SYAHADAHMU ADALAH TANGGUNGJAWABKU-a true story  

Posted by azhar mohamed in , ,

POS BROOKE,GUA MUSANG (16-18 JAN 2009)


"Pergi pos Brooke lagi?",pertanyaan ku penuh semangat kepada k. Engku.

"Ya,kita akan pergi ke kampung Liak dan kg. Renggil pula!"

Wah,kali ini aku rasa teruja kembali kerana pos Brooke telah lama aku tidak jejaki..Pabila di hitung aku sudah 2 bulan tidak ke sini.Dan kali ini pula pergi ke kampung yang berlainan pula.

Untuk pengetahuan, pos Brooke ini mengandungi 18 buah kampung asli semuanya.Satu kawasan yang agak besar.Pos Brooke sangat hampir dengan Cameroon Highland tapi ia berada dalam jajahan Kelantan bukannya Pahang.

“Kita akan pergi dengan satu pajero sahaja kali ini,tunggu macam biasalah kat grand stair UIA tu yek, hari jumaat pada pukul 9 malam”.kata kak Engku kepadaku.

Di situlah tempat aku menunggu untuk ke setiap kali program bersama ABIM setiap minggu dan akan di ambil oleh En.Shamsul dengan pajero ,wakil dari IOA ABIM. Perjalanan kali ini di temani dengan 5 orang sahabat ku yang lain iaitu sem, haidir, irah, k.Adah dan K. Engku. Mereka ini adalah orang yang sudah berpengalaman dalam kembara dakwah di kampung orang asli .Tiada getar untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang akan di terima kerana yakin Allah akan bersama-sama kami.

Perjalanan seterusnya, ke rumah Dato’ Razak di Sg Buluh untuk mengambil Irah Dan K Engku kerana mereka sudah menunggu di sana bukan di UIA. Dan perjalanan kali ini ditemani adik comel yang baru berusia 8 tahun,iaitu adik Anis, anak kepada Dato’Razak.Tubuh munggil yang bersemangat waja dan sangat menyukai perjalanan ke belantara, bercita-cita mahu menggantikan ayahnya berjuang dalam medan dakwah kepada orang asli pabila dewasa kelak.

Sebelum berangkat terus ke Kelantan, Dato’Razak telah berpesan lagi kepada kami agar sentiasa menanamkan niat ikhlas untuk berdakwah pada misi kali ini,supaya bersabar dalam ujian yang bakal dihadapi dan agar apa yang kita hajati dalam medan dakwah akan tercapai. Kata-kata hikmah itu akan sentisa menemani kami dan menjadi pembakar semangat serta pendorong kepada kami.

Seperti yang direncanakan,kami terus menuju ke pos brooke ,Kelantan dan sampai pada 3 pagi, Kembara malam yang amat mengasyikkan dengan mengharungi kedingini tanah tinggi benar-benar mengujakan.Tidur sebentar di rumah tumpangan di Pos Brooke untuk merehatkan badan sebelum melakukan misi yang lagi besar pada esok pagi.

“Esok pagi kita akan ke kg Liak dahulu ya“ kata Encik Shamsul kepada kami..

“Kita akan masak makanan untuk kampung di sana” sambung En Shamsul lagi.

Seperti biasa, semasa berkunjung ke kampung orang asli, kami akan memasak untuk makan kenduri bersama penduduk kampung atau dipanggil ‘cak raya’ oleh masyarakat asli.

Perjalanan ke kampung Liak walaupun tidak sampai satu jam tapi agak mencabar juga, kerana terpaksa mengharungi jalan tanah laluan balak yang agak teruk , tanah runtuh di tengah perjalanan dan terpaksa menyeberangi sungai yang tidak berjambatan. Tapi itu semua sudah biasa di lalui pada kembara-kembara sebelum ini ,menjadikan cabaran-cabaran seperti itu sebagai suatu asam garam dalam dunia dakwah di kawasan belantara.

Sebelum sampai ke kg kampung Liak ,terpaksa mengharungi sebuah bukit cerun yang yang agak tinggi lebih kurang 70 darjah. Dengan kemahiran en.Shamsul mengendalikan jentera 4wd tu tidak menjadi masalah kepada kami untuk menuruni bukit yg tinggi itu.Akhirnya ,kami selamat sampai dan kehadiran kami dinantikan oleh penduduk asli di situ.

Kampung Liak-adalah kampung yang agak kecil dengan hanya 10 buah rumah dengan penduduk lebih kurang 80 orang. Kebanyakkan adalah kaum temiar,hmmm…
bolehlah paham sikit-sikit bahasa diorang.

Pabila sampai, kami segera memasak makanan untuk penduduk kampung dan membuat modul untuk kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak kali ini kurang, kerana menurut penduduk kampung sebilangan daripada mereka masih tinggal di asrama sekolah dan akan pulang pada raya cina nanti.

“ Adah, bawa perempuan asli ke dalam rumah itu,ada dua orang wanita asli yang mahu memeluk islam ”

Tiba-tiba encik Shamsul meminta k. adah membawa mereka ke salah satu rumah penduduk di situ.Mendengar perkhabaran itu hatiku berasa sangat bersyukur kepada Allah kerana sebentar lagi akan ada saudara baru yang akan memeluk Islam.

Oleh kerana perempuan asli yang mahu memeluk.jadi perempuan dari team kami yang afdal meng’akad’kad majlis peng’syahadah’an mereka dan k. adah menjadi wakilnya. Kemudian,datang lagi seorang lelaki asli meminta untuk disyahadahkan. Dan kini giliran Sem pula meng’syahadah’kan lelaki tersebut.Bersyukur kepada tuhan kerana di kampung Liak ini seramai 3 orang telah kembali kepada agama fitrah, iaitu agama Islam.

Kemudian, pada sebelah petang kami meneruskan misi ke kampung Renggil, kampung yang tidak berapa jauh dari kampung Liak tapi sangatlah mencabar.Halangan kali ini kami terpaksa menyeberangi sungai yang sangat lebar dan deras lebih kurang 15 meter dengan kedalaman paras pinggang. Tiada jambatan yang menghubungkan kampung itu.Pajero pun tidak mampu untuk menyeberangi sungai itu kerana sangat dalam.Kampung itu betul-betul berada seberang sungai di bahagian satu lagi.

Dan tiada cara lain untuk ke kampung tersebut, melainkan diri ini akan basah juga dengan air kedalaman paras pinggang. Kami berjalan di dalam sungai tersebut sambil membawa makanan yang di masak untuk ke kampung tersebut. Sungguh mengujakan kerana sungai yang berbatu dan air yang deras benar-benar mencabar fizikal kami,sehinggakan selipar salah seorang sahabat telah dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.Namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk ke kampung tersebut kerana di sana beberapa orang telah menunggu untuk di islamkan.

Tiba di seberang sungai, badan ini sudah separuh badan basah dek air sungai itu, namun misi mesti diteruskan.Kali ini sudah menunggu sekumpulan orang asli di sebuah rumah..Kami pun masuk ke rumah tersebut, dan kelihatan wajah-wajah tenang orang asli yang minta diislamkan.

“Azhar,tolong islamkan kawan-kawan ini.”

Tiba-tiba en. Shamsul meminta aku untuk mengislamkan mereka. Aku berasa sangat terkejut. Perasaan ini benar-benar bercampur-baur kerana pengislaman yang di lakukan sebelum-sebelum ini di lakukan oleh ustaz dari ABIM dan aku hanya menolong di belakang tabir sahaja.Tetapi kali ini, aku diberikan tugas yang amat berat ini.Aku cuba melepaskannya kepada sahabatku yang lain tetapi semua memintaku sendiri mengislamkan mereka.

Dengan perasaan berdebar-debar aku mengambil tanggungjawab itu.Dengan menarik nafas panjang ,aku meyakinkan diri ini untuk mengislamkan mereka kerana ini adalah tanggungjawabkan kita pada masyarakat,membawa mereka kepada jalan yang benar. Dan aku pun memanggil nama salah seorang pemuda yang mahu di islamkan.

“Encik Sifu!” dan dijawabnya “Ya!” Kebetulan nama sebenar salah seorang asli itu adalah Sifu.

“Anda sudah yakin untuk masuk Islam?” aku bertanya lagi kepadanya.

“Ya, saya yakin!”jawabnya.

“kalau begitu ikut cara saya mengucap ya!”kataku lagi.

“Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah!”

Ku sebut kalimah itu satu persatu kepadanya,lalu dikutinya dengan lancar sekali. Kemudian, ku terjemahkan dalam bahasa melayu agar mudah baginya untuk memahami maksud kalimah itu..

“Ok, saya baca maksudnya dalam bahasa Melayu dan ikut saya kembali lagi ya?”
“Ok ikut saya !”

“Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah , dan nabi Muhammad pesuruh Allah!”

Dan kali ini aku menyuruhnya melafazkan 3 kali lafaz itu dalam bahasa melayu agar kalimah itu serap ke dalam sanubari dirinya.

“Amin!”,aku mengakhiri majlis akad tersebut dan bersalaman dengan Sifu.

“Kini ,En Sifu sudah memeluk Islam dan en. Sifu percaya bahawa tuhan kita adalah Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Jadi sekarang kami bersaudara dengan en. sifu!”kataku lagi.

Dan En Sifu tersenyum dengan penuh makna .Sinar Islam sudah menyinar hati nya.

“Azhar,selesaikan juga yang lain juga ya!”kata en Shamsul kepadaku.

Dan pada petang itu juga 6 orang lelaki asli telah diislamkan oleh ku, 5 orang perempuan asli diislamkan oleh K. Adah. Bersyukur kepada Allah telah memberikan hidayah kepada mereka. Tetapi, perasaan ini masih lagi bercampur baur dan terharu kerana ku merasakan ‘halawatuliman’ atau ‘kemanisan iman’ yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Keseluruhan 11 orang penduduk kampung Renggil berjaya diislamkan pada petang itu .

Kemudian,kami pun pulang kembali pos Brooke untuk berehat pada malam tersebut dan meneruskan misi pada esok nya pula. Dan malam tersebut berlaku peristiwa yang agak ‘seram’ tapi tidak boleh ku ceritakan pada entri kali ini.

Esoknya ,misi di kampung Brooke lama dan kampong Jerdip. Dan tengahari kembali semula ke rumah tumpangan di pos Brooke.Dan ketika badan ini mahu merehatkan diri dalam rumah tumpangan itu,aku di kejutkan lagi oleh En Shamsul..

“Azhar,luar ada 4 orang lagi mahu memeluk Islam.Tolong ya meng’syahadah’kan mereka lagi!”kata encik Shamsul kepadaku.

Lantas diri ini bangkit dan memandang keluar pintu.Kelihatan 4 orang sudah bersedia untuk memeluk Islam di beranda.Mereka adalah orang asli dari Kg Brooke Lama. Aku lantas menjemput mereka masuk dan meng’syahadah’kan mereka lantas memberikan sedikit penerangan kepada mereka pasal Islam. Kemudian,ku berikan sedikit sumbangan kepada mereka .

Tidak ku sangka misi kali ini berjaya mengislamkan 18 orang asli di pos brooke ini.Bersyukur kepada tuhan kerana telah membuka hati mereka menerima agama yang satu,dan tuhan yang satu, iaitu Allah SWT. Semoga iman di dalam hati saudara baru kita akan berkekalan dan mereka akan merasakan ‘halawatuliman’ atau kemanisan iman itu sendiri.

Jiwa-jiwa yang syahid berjuang di bumi Palestin pada masa hari ini , kini sudah mendapat pengganti jiwa Islam yang baru di bumi Malaysia ini untuk meneruskan perjuangan mereka.Allahuakhbar..

InsyaAllah, minggu depan akan aku berkunjung kembali ke Pos Brooke untuk misi seterusnya..

Wassalam…

This entry was posted on 20.1.09 at Tuesday, January 20, 2009 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 komen

Anonymous  

tahniah azhar..berjuang pada jalan Allah akan merasa kemanisan hidup di dunia dan di akhirat..

January 20, 2009 at 11:16 PM
yan  

bestnya nikmat islam dan iman ni...

June 26, 2009 at 12:09 AM

Post a Comment