VIDEO IOA ABIM DAKWAH PROGRAM  

Posted by azhar mohamed in , ,





VIDEO DI ATAS BERKENAAN ISLAMIC OUTRICH ABIM ATAU DIKENALI SEBAGAI IOA ABIM YANG MERUPAKAN SALAH SATU BADAN NGO (NON GOVERNMENT ORGANIZATION) YANG BERGIAT AKTIF DALAM MISI DAKWAH DAN SILATURRAHMI KEPADA MASYARAKAT PERIBUMI TERUTAMA MASYARAKAT ASLI YANG BERADA DI PERAK DAN KELANTAN..

DAN HAYATI LIRIK LAGU DI BAWAH INI KERANA IANYA MEMBERIKAN PENDORONG DAN PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA KAMI UNTUK TERUS BERJUANG DI MEDAN DAKWAH INI..AYUH RAKAN-RAKAN, MARILAH KITA BERSATU DAN MENGEMBELING TENAGA DEMI MEMERTABATKAN AGAMA YANG HAK, AGAMA ISLAM DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI..ALLAHUAKHBAR..

JALAN DAKWAH

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islam terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

This entry was posted on 17.2.09 at Tuesday, February 17, 2009 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 komen

teringat masa zaman sekolah dulu , hari2 nyanyi lagu abim masa perhimpunan :

Menegakkan Kebenaran
Memperjuangankan Keadilan
Satu Perjuangan Demi Keimanan
ABIM Bangunkan Usaha

Angkatan Belia Islam
Angkatan Maju Cemerlang
Mengorak Langkah Lalui Cabaran
ABIM Tetap Gigih Berbakti

Bangunlah Belia Islam
Persiapkan Keupayaan
Membela Kedaulatan
ABIM Terus Kehadapan

Menghadapi Masa Depan
Dengan Penuh Keyakinan
Hasrat Dirangsangkan Tekad Perkuatkan
ABIM Terus Berjasa

Hehehe ;p

February 17, 2009 at 9:22 PM

nyanyi kat sekolah mana?sekolah abim ke?

February 18, 2009 at 1:01 AM
Anonymous  

camner nak join korang yek?

February 23, 2009 at 2:46 AM

Post a Comment