KEMBARA DAKWAH KG HUSIN,SG SIPUT,PERAK ( 21-23 OGOS 2009)  

Posted by azhar mohamed in , , , ,

kg Husin,Jalong,Sg Siput,Perak-21-23 OGOS 09

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Ramadhan al Mubarak..

Hari pertama bersahur dan berbuka puasa di perkampungan orang asli..

Minggu ini kembara diteruskan lagi ke perkampungan asli kg Husin di atas sebuah tanah tinggi yang dikelilingi bukit bukau yang mempersonakan. Bersama-sama sahabat dari kelab Comrade UIA dan berkolaborasi dengan rover scout UIA meneruskan misi dakwah dan iftar bersama -sama penduduk di sini. Selain di Kg Husin hamba turut ziarah ke kg Awal dan Kg Kelah..

Sebenarnya minggu ini hamba tidak plan untuk ke mana-mana kampung oleh kerana sibuk dengan exam, tetapi oleh kerana tiba-tiba 2 daripada 3 exam sepatutnya dilakukan pada minggu depan ditangguh ke minggu depan satu lagi jadi bersyukur kepada tuhan dapatlah hamba bersama-sama sahabat meneruskan misi lagi.

Pada masa yang sama ada 5 program yang sama di tempat berlainan iaitu 2 di Cameron Highland,1 di bukit Bandaraya Shah Alam,1 di Kg Harong kuala Lipis dan 1 lagi di Kuantan Pahang dianjurkan oleh sahabat-sahabat da'i yang lain..

Semua program selamat dianjurkan dengan jayanya..Dan pada masa-masa mendatang program ini akan diteruskan lagi terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini..

gambar sebelum pulang

waktu sahur

menunggu waktu berbuka

dugaan bulan puasa,buka durian waktu siang untuk jadikan tempoyak

modul kanak-kanak

bergambar beramai-ramai

ziarah di kampung asli Kelah

ziarah di kampung asli Awal

salam perjuangan al-azhar

This entry was posted on 26.8.09 at Wednesday, August 26, 2009 and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 komen

Anonymous  

kuang asam nye jaa, dah la orang mintak tolong basuh bekas2 yang guna wat tempoyak tu tanak, pastu selamber je kerat kepala rehan ek dalam gambar tu.. wuwu~

August 26, 2009 at 5:50 PM

tu gambar ori lah cik rehan,x de nye nak edit2 gambar..

anyway bukan x nak tolong basuh, time tu ade kerja lain sikit kena buat.huhuh...

August 26, 2009 at 7:08 PM

wah~ durian...best3.... ^^ Abg sem pun ade~

April 15, 2011 at 11:16 AM

Post a Comment