KEMBARA DAKWAH KG SUSU,CAMERON H'LAND & KG PANTOS K. LIPIS (29-30 NOV 2009)  

Posted by azhar mohamed in , , , ,

1.Kg Susu, Cameron Highland Pahang-29/11/2009





sesi bergambar beramai-ramai bersama penduduk kampung

kami seramai 9 orang terdiri dari kiri:daniel,ismail,yusuf,en,Shamsul,Azhar,Faiz,Nasir
depan:Adam

Pengembaraan seterusnya ke kg Susu selepas berakhir program di pos Brooke semalam.. Bergerak terus dari Gua Musang dan menuju ke Cameron Highland dan melalui lembah Bertam untuk ke kg Susu di mana masih menggunakan jalan merah lagi kerana highway Cameron-k. Lipis masih dalam pembinaan lagi.. Ketibaan kami amat 'suprise' untuk rakan-rakan seperjuangan Comrade yang berprogram selama seminggu di sini kerana tidak memberitahu mereka untuk turut hadir ke sini.. Terkejut juga diorang ini terutama budak-budak lama Comrade...:)

Malam itu adalah malam terakhir mereka berprogram di situ..Walaupun ketibaan kami sebentar,tapi kehadiran kami mampu memberikan keceriaan kepada penduduk kampung pabila bro. Jalie meminta daripada aku cerita filem 'Upin Ipin-Pengembaraan Bermula' untuk ditayangkan kepada penduduk kampung..bergelak sakan pabila diorang menonton cerita ini.. :)

Memang setiap kali masuk kampung aku akan membawa koleksi filem untuk ditayangkan kepada penduduk.. Sebagai salah satu tarikan untuk mereka berkumpul bersama dan mengeratkan ukhwah sesama kita...


Walaupun berada di kampung ini hanya sebentar,terasa bahawa 'ukhwah itu sangat indah'..Dan dapat juga melihat banyak muka-muka baru junior.. Diharap mereka ini lah yang akan meneruskan jalan juang ini..


2.Kg. Pantos,Pos Lanai,Kuala Lipis pahang-30/11/2009

Esoknya,menuju pula ke kg Pantos di kuala Lipis kerana pada hari itu ada program penyembelihan daging Qurban di situ oleh ASDAF.. Sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan .. Dan berjumpa lah dengan pak Abu ,pengetua ASDAF di situ..Kampung yang indah ini adalah kunjungan kali kedua ku ke sini..





Maka berakhirlah siri pengembaraan ibadah Qurban pada tahun ini..Semoga usaha kita mendapat redha daripada tuhan pencipta Alam dan semoga di masa-masa mendatang usaha ini dapat diteruskan lagi...dan memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan..
InsyaAllah...

'Berkorban demi agama'


salam perjuangan al azhar


This entry was posted on 9.12.09 at Wednesday, December 09, 2009 and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 komen

tahniah krn anda telah terlibat dgn perkara ni dari muda lagi. Saya sgt bangga dgn mahasiswa yang sanggup berbakti dgn rakyat. Cuma boleh ty, buat program dakwah mcm ni ada dapat sumbangan atau tajaan ke? atau keluar duit sendiri?

December 9, 2009 at 8:37 AM
faizal  

bagus la jaha..
taniah...

December 10, 2009 at 6:08 PM

terima kasih kak mila.. sebagai mahasiswa saya sumbangkan apa yang mampu untuk masyarakat..

kebanyakkan program yang saya joint kebanyakkan mendapat sponsor dari NGO2 yang terbabit dgn aktiviti khidmat sosial kepada peribumi...dan kebanyakan sumbangan pun daripada orang2 awam seperti pakaian terpakai dll..

kadangkala jugak menggunakan wang sendiri... :)


'tugas berdakwah tugas manusia,
tugas memberikan hidayah Islam adalah tugas Allah SWT..."

kita hanya berusaha apa yang mampu...


wAllahuallam..

December 12, 2009 at 6:56 AM

to faizal
terima kasih akhi...:)

December 12, 2009 at 7:29 AM

Post a Comment