REUNION ALUMNI JASA @ RESTORAN KUNANG-KUNANG, GOMBAK SELANGOR (20 FEB 2010)  

Posted by azhar mohamed in , ,

1.RESTORAN KUNANG-KUNANG, GOMBAK SELANGOR (8-10 PM)





Hari Sabtu yang lepas, reunion Alumni JASA beberapa generasi seramai 9 orang terdiri daripada Ustad Mid , Haidir, Syuk, Hisham, aku, Kak Dila, Kak Adah, Kak Affern dan Tikah..

Semua adalah rancangan daripada Haidir (bekas Presiden JASA 2007 & 2008) yang sanggup datang dari Kuantan (tempat tinggal beliau) untuk meneruskan ukhwah antara Alumni ini. Ternyata seperti slogan JASA "UKHWAH ITU INDAH".. Indahnya terasa bila dapat berjumpa kembali setelah lama tidak berjumpa, indahnya bila terkenang kembali segala susah senang semasa bersama dalam program dan indahnya pabila bersama mengingati memori silam yang menjadi kenangan sepanjang zaman dalam medan perjuangan ini..

Sekarang masing-masing sudah bekerjaya, sudah berada dalam bidangnya dan berada dalam dunia ciptaan sendiri.. Walaupun kalian sibuk dan tidak berpeluang lagi masuk 'kampung' tapi semangat kalian bersama kami... :)

Aku memang merindui saat ketika 'waktu' itu, ketika aku masih mentah lagi, ketika baru mengenali dunia luar dan ketika aku berjinak-jinak dalam medan dakwah ke orang asli... Aku akui bahawa aku bermula dari kosong, dan aku belajar banyak dari kalian semua.. Terima kasih kepada senior-senior JASA akan jasa baik kalian dan tunjuk ajar kalian kepadaku.. Sekarang aku mampu bergerak sendiri tanpa terlalu bergantung kepada orang lain..

Terlalu cepat masa berlalu.. sekarang aku pula menjadi senior dalam JASA.. Dan aku meminta maaf kepada junior-junior JASA kerana kurang bersama kalian.. Kehidupan ku di tahun-tahun akhir pengajianku agak sibuk.. apatah lagi masyarakat di luar sana lebih memerlukan bantuan ku.. Walaubagaimanapun, aku tetap sokong kalian dari kejauhan.. :)


2.TASIK TITIWANGSA, AMPANG KUALA LUMPUR (10PM-12 AM)


Setelah jamuan malam di Restoran Kunang-Kunang ,kami semua pergi ke Taman Tasik Titiwangsa.. Menikmati keindahan malam di tasik yang aman damai ini.. Masa ini semua orang menjadi seperti 'budak kecil'.. Semua permainan kanak-kanak dimainnya.. Maklumlah malam tiada orang berkunjung ke sini.. Begitulah lumrah manusia, pabila sudah meningkat dewasa , peristiwa semasa kecil menjadi kenangan abadi.. Jika difikirkan balik, mahu sahaja menjadi kanak-kanak semula.. Dunia kanak-kanak yang tidak perlu memikirkan masalah seperti apa orang dewasa alami...

Tetapi kita perlu terima hakikat.. walabagaimana payah pun hidup.. Hidup mesti diteruskan... dan Hidup mesti BERANI terima kenyataan!..

Semoga bertemu kembali pada reunion yang mendatang... !

p/s: Cerita penuh berkenaan reunion boleh dibaca di blog cik Saadah


~UKHWAH ITU INDAH~

This entry was posted on 26.2.10 at Friday, February 26, 2010 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 komen

smpi ati abg haidir xajak kitorg skali.. T_T

March 2, 2010 at 5:43 AM

tu lah,ingat ramai yg dtg..jaa pun taw last2 minit je...huhuu..

March 2, 2010 at 6:35 PM
eYu_sHiKa  

tikah pun alumni gak ke? haha~

March 3, 2010 at 11:57 PM

tikah bakal..lagi setahun je pun..

tp dlm jasa dia lah paling tua skrg..hehhee

March 4, 2010 at 12:17 PM

Post a Comment