PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR PWTC KL (26 MAC 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , , ,

PUTRA WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR-26/03/2010

Buat pertama kali,dalam hidupku pergi ke pesta buku kebangsaan yang diadakan di PWTC.. Mengambil kesempatan pergi ke sana, selepas 2 paper final exam telah selamat diduduki selama 2 hari berturut-turut semalam dan selangan masa untuk paper ketiga agak lama iaitu 3 hari, jadi keluar lah untuk 'release' kan tension sementara.. Untuk pengetahuan, semester ini aku hanya 4 subjek yang ada final exam dan 2 subjek lagi tiada final exam.. dan sudah pasti, yang paling 'stress' adalah untuk projek FYP 2.. Bertahan lah kamu wahai Azhar..

Berbalik pada pesta buku ini, aku pergi bersama 2 orang bernama kak Adah (kedua-duanya nama sama) dan ayah kepada salah seorang kak Adah ni.. hehe..

Hanya 3 buku yang aku borong, yang bertajuk 'Yakjuj dan Makjuj:bencana di sebalik gunung' & 'Alexander adalah Zulkarnain'.. Kedua-duanya adalah karya Muhammad Alaxender, penulis dari Indonesia.. Manakala satu lagi adalah buku 'Bahlut' karya Faisal Tehrani yang baru.. Buku novel berkisarkan 'orang asli'.. Sudah pasti aku tertarik untuk membelinya kerana aku sendiri bergelumang dengan kehidupan orang asli sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. Jadi aku mahu mengetahui sejauh mana penulis (Faisal tehrani) ini dapat menterjemahkan kehidupan, fantasi,dan dunia mereka ini dalam novel terbarunya.. Pasti menarik kisahnya!..

Walaubagaimanapun, buku-buku ini akan dibaca selepas berakhirnya final exam ini yang tidak lama lagi, 31 Mac.. Aku menanti saat itu!..

Selamat maju jaya untuk diriku dan juga sahabat perjuangan, minggu depan adalah exam ku yang terakhir untuk tahun dan semester terakhir di UIA ni.. dan aku bakal meninggalkan bumi UIAM yang tercinta tidak lama lagi!..

Buku yang ku beli di PWTC

Buku 'Alexander adalah Zulkarnain'


Buku 'Yakjuj dan Makjuj:bencana di sebalik gunung'



Buku 'Bahlut' karya Faisal Tehrani



'Selamat berjuang di medan pertembungan Ilmu dan naskah penentuan!.. '

"Ilmu adalah sesuatu yang misteri,

kertas bukan semestinya tempat untuk dipamerkan kekuatan ilmu,

tapi ianya di ‘sini’ (kepala)..!"

~Allahyarham Wahyudi B. Martono~

(amanat pensyarahku di UIA yang baru sahaja meninggal dunia pada 7 Mac 2010.. Jasamu akan dikenang selamanya!..)

salam perjuangan al azhar

WALIMATULURUS DI LUBUK KAWAH,TEMERLOH PAHANG (20 MAC 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , ,

KG BUKIT TINGKAT, LUBUK KAWAH,TEMERLOH PAHANG-20/3/2010

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Nya ialah diciptakan Nya
untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri, Supaya kamu mendapat
ketenangan hati dan dijadikanNya kasih sayang di antara kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda kebesaran Nya
bagi orang-orang yang berfikir"

(Surah Ar Rum Ayat 21)


TAHNIAH kepada pasangan Zaffrullah dan Hayati atas walimatulurus yang diadakan pada hari sabtu lepas bersamaan 20 Mac 2010. Hayati atau kami panggil sebagai "kak Yati" merupakan senior JASA.. Seorang kakak yang saya kenali sebagai seorang yang ceria, happy go lucky dan mudah didekati.. Semoga rumahtangga dibina berkekalan sampai bila-bila..



Tahniah buat kalian berdua!.. :)

~***~

'Memasuki gerbang perkahwinan!'

Buku di atas ini adalah buku yang aku dapat semasa mengikuti kursus perkahwinan dua hari pada 2 minggu lepas (12 & 14 Mac 2010)..

Aku punya majlis bila lagi? hehe..Tunggu.....!


REHLAH FRASER'S HILL, RAUB PAHANG (6-7 MAC 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,

BUKIT FRASER RAUB PAHANG -6&7 MAC 2010

Minggu lepas, aku curi sedikit masa dari jadual kesibukkanku untuk merehatkan diri dan menenangkan fikiran di pusat peranginan tanah tinggi di Bukit Fraser Pahang. Terima kasih atas jemputan Cik Fauziah dari NGO MRA (Malaysian Relief Agency) mengajak kami (saya, en shamsul dan Yusuf) untuk ke sana atas satu program bersama OKU.. Dan bersama kami kali ini juga adalah ustaz Labai dari Riau Indonesia yang sedang mengambil PHD di UKM sebagai penceramah motivasi bagi program ini.

OKU kali ini bukan lah dari golongan yang buta, bisu, pekak mahupun 'disable person', tetapi adalah OKU dari golongan 'slow learner'.. Golongan seperti ini perlu diberi perhatian sewajarnya.. Dengan sebab itu, MRA mengambil inisiatif membantu golongan ini untuk meningkatkan nilai tambah mereka. Di Fraser hill ini, mereka mendapat latihan 'hospitaliti' di hotel Silver Park Resort dibawah jagaan senior manager hotel, En Aziz ..

Semasa aku di sini, aku berasa kasihan dengan mereka.. Dari air muka mereka, aku lihat mereka perlukan perhatian.. terutama perhatian dari kita.. Masyarakat selalu memandang enteng pada golongan seperti ini.. Sebenarnya mereka sama sahaja dengan kita.. Mereka boleh sahaja lakukan tugas dan lakukan sebaik kita juga. Cuma mereka perlu diberikan ruang agar mendapat latihan serta bimbingan untuk terus hidup.. Hidup dengan nilai tambah.. Agar mereka boleh 'survive' dan meneruskan kelangsungan hidup di kemudian hari..

'Berprogram sambil bercuti'.. kesempatan itu yang ku ambil pada minggu lalu.. Mengelilingi puncak Fraser Hill menikmati keindahan hutan tropika yang indah, berkunjung ke air terjun Jeriau yang airnya tersangatlah sejuk dan singgah ke beberapa kampung asli di Kuala Kubu Bharu yang hampir setahun tidak ku kunjungi (kg Pertak dan Gerachi Jaya). Mengingatkan ku beberapa kenangan indah di sini..

Selamat tinggal bumi Fraser!.. semoga suatu hari aku akan kembali ke sini semula :)

salam perjuangan al azhar

KOLEKSI FOTO TERBAIK XPDC 4X4 REDAH CLUB + UIAM  

Posted by azhar mohamed in , , ,


JAMBOREE 4X4 1 MALAYSIA LEMBAH KIOL JERANTUT PAHANG
25-27 DISEMBER 2009

LOST WATERFALL 4X4 EXPEDITION ULU SALAN JERANTUT PAHANG
22-24 JANUARI 2010


KEMBARA DAKWAH KG GUMUM,TASIK CHINI PAHANG (26-28 FEB 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , ,

KG ASLI GUMUM,TASIK CHINI PAHANG- 26-28/2/2010


perarakan sambutan maulidurrasul

hari keluarga dan sukaneka

pembahagian hadiah

DJ sukaneka.. hehe :)

' wajah-wajah' sukarelawan hari Keluarga Kg Gumum

Program Sambutan Maulidurrasul dan ‘Hari Keluarga’ di kampung asli Gumum Tasik Chini kali ini sangat meriah.. Dianjurkan IOA bersama dengan pelajar-pelajar dari KLMU dan Kolej Darul Hikmah Kajang... Program sebegini sebenarnya adalah yang pertama kali diadakan di kampung ini kerana penduduk Islam di sini adalah minoriti sahaja.. Bilangannya terlalu kecil berbanding dengan yang bukan beragama Islam..

Kunjungan kali kedua ku ke sini ( kali pertama semasa program sambutan raya puasa).. Sambutan penduduk amat menggalakkan. Sangat respek kepada jawatankuasa program daripada penduduk kampung yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini.. Tahniah kepada abang Amir (penyelaras program dari penduduk kampung) yang berusaha mengadakan program di sini.. dan Kami membantu kalian seadanya..

Program kali ini kelihatan amat berjaya dengan sambutan yang meriah dari penduduk kampung.. Sambutan dari penduduk yang bukan beragama Islam juga amat menggalakkan. Beberapa penduduk yang duduk di ‘pulau’ seperti Chendahan dan Tanjung Kuput juga datang kerana bot disediakan untuk mereka..

Satu hari penuh dengan aktiviti.. Di pagi hari diadakan ‘perarakan maulidurrasul’ oleh anak-anak kecil dari kg Gumum.. Kemudian dari pagi sampai ke petang sukaneka untuk penduduk kampung.. Petangnya adalah perlawanan bola sepak Akhir Liga untuk penduduk kampung dan malamnya adalah ceramah maulidurrasul dan pembahagian sumbangan untuk setiap penduduk kampung..

Dan buat pertama kali, aku menjadi DJ untuk ‘hari Keluarga’ dan MC ‘ceramah maulid’ untuk malamnya.. MC ‘adhoc’ untuk malam itu.. Tiada persediaan apa-apa tapi sebab tugas dan amanah diberikan oleh abang Amir, aku terima sahaja tugas itu.. Belajar lagi satu pengalaman baru.. Bukan senang rupanya jadi MC ya! hehe.. :)

Tahniah kepada Dato Razak (Penaung IOA) ,sebagai penerima untuk anugerah Tokoh Maulidurrasul tahun ini.. Setelah mengambil anugerah pagi itu di PutraJaya, beliau terus bersama kami untuk program 2 hari itu..Sangat respek kepada beliau dan sememangnya beliau seorang tokoh sukarelawan dan da’ie yang sejati…

Respon dari penduduk kampung juga sangat baik, mereka sangat teruja dan berminat serta mahukan program-program seperti ini diadakan lagi pada masa-masa mendatang.. Insya Allah,ada rezeki kita berjumpa lagi agar ukhwah yang terjalin berterusan sampai bila-bila ..

salam perjuangan al-azhar