PROGRAM IHYA RAMADHAN POS BROOKE (11 OGOS -9 SEPT 2010)  

Posted by azhar mohamed in , ,

Program Ihya Ramadhan ke semua 18 kg asli di dalam pos Brooke, Gua Musang Kelantan

Aku berada di pos Brooke ini lebih kurang 3 minggu untuk menguruskan program Ihya Ramadhan di sini.. Mengetuai misi di sini untuk menyediakan hidangan berbuka puasa untuk penduduk kg Jerdip dan sekitar setiap hari selama sebulan, pembahagian bubur lambuk ke semua 18 kampung asli di dalam pos Brooke dan sembahyang terawikh bersama penduduk.. Suatu pengalaman berharga yang tidak boleh dilupakan di mana inilah tempoh paling lama berada di dalam kg asli pada ketika itu hanya akulah insan melayu seorang sahaja di kampung ini berasimilasi dengan masyarakat asli.. Sehinggakan kemahiran bahasa asli (temiar) ku semakin mahir..Syukur Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah , perjalanan program berjalan lancar.. Sambutan penduduk kampung sangat baik..

Syukur kepada tuhan,agar apa ilmu yang telah kuajarkan kepada mereka dapat diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.. Aku merindui mereka pada ketika ini .. :)

p/s:Blog ini sudah lama tidak di update ,kerana masalah pada laptop ku yang sering rosak, menghintung hari saja kerana umurnya sudah tua..hampir 4 tahun.. semoga engkau dapat bertahan untuk berbakti pada tuanmu wahai laptop.. :)











salam perjuangan
al azhar

PROGRAM TAUTAN KASIH 4 (RAMADHAN) POS BERSIH (27-29 OGOS 2010)  

Posted by azhar mohamed in , ,


Jumaat 27 Ogos 2010 :

Perjalanan ke Perkampungan Orang Asli di Pos Bersih Slim River, Perak di mulai seawal lebih kurang pukul 10:30 pagi. Seramai 3 orang sukarelawan kumpulan pertama Azhar, Anam dan Fadhli, dengan menaiki sebuah pacuan empat roda tiba di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih yang merupakan destinasi utama sekaligus merangkap tempat penginapan kami sepanjang program ini diadakan. Barang-barang keperluan yang dibawa untuk digunakan sepanjang program dikumpulkan dan disusun di kantin.

Kumpulan seterusnya tiba lebih kurang pukul 5.30 petang yang diketuai oleh En.Rezaidi Ishak. Kami berbuka puasa di pekan Ulu Slim yang berhampiran. Selepas itu kami pulang semula ke sekolah dan solat tarawih berjemaah dengan diimami oleh salah seorang sahabat MRA, sdr. Faiz Yusof. Kumpulan terakhir yang seramai 4 orang telah selamat tiba di destinasi lebih kurang pukul 10.00 malam. Secara keseluruhannya program ini telah disertai oleh 13 orang siswa-siswi pelbagai latar belakang IPT iaitu dari Universiti Al-Azhar, MSU,UIA,dan Uniten serta 12 orang sahabat MRA dengan jumlah keseluruhan seramai 25 orang sukarelawan telah terlibat. Selesai solat tarawih, khemah-khemah didirikan dan semua peserta berehat awal bukan sahaja kerana keletihan, bahkan sebagai persediaan untuk program pada keesokkan harinya.

Sabtu 28 Ogos 2010 :

Program pagi ini di mulai seawal jam 8 pagi dengan modul yang pertama iaitu 3M.Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sasaran pertama kami pada pagi tersebut ialah kanak-kanak. Alhamdulillah, walaupun jumlah kanak-kanak yang hadir hanya 27 orang dan tidak mencapai sasaran 30 orang, namun program tersebut terlaksana dengan jayanya.

Namun, modul KEDAP dan sukaneka pada hari tersebut tidak dapat djalankan dan terpaksa ditunda pada keesokkan harinya kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Walaubagaimanapun, latihan membuat karipap di kalangan kaum wanita dapat dijalankan dengan baik hasil komitmen daripada semua sukarelawan dan juga penglibatan seramai 10 orang wanita dari komuniti orang asli. Pengagihan makanan seperti bihun goring dan kurma turut diagihkan kepada penduduk orang asli terutamanya kanak-kanak .

Ahad 29 Ogos 2010:

Program disambung semula seawal jam 9 pagi di Pos Bersih 3. Di sana, sukaneka dan Modul KEDAP telah dijalankan, malah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sana dengan kehadiran seramai 15 orang asli. Manakala untuk sukaneka juga meriah dengan penglibatan kanak-kanak orang asli seramai 36 orang. Selain itu, klinik bergerak turut dijalankan di sana. Klinik perubatan ini diketuai oleh Dr. Mohd Daud Sulaiman dengan dibantu oleh 4 jururawat daripada Pusat Perubatan Kajang Plaza, Hospital Pakar Damansara dan Hospital Pakar Al-Islam. Seramai 80 orang penduduk telah mendapatkan rawatan di klinik tersebut.

Klinik bergerak ini diadakan di ketiga-tiga gugusan kampong Pos Bersih di samping pengagihan barangan keperluan seperti beras, sardin, teh, gandum, susu, dan biskut kepada penduduk kampung. Program kali ini berakhir sekitar jam 2 petang. Selepas solat zohor, kami mula berkemas untuk pulang. Tepat jam 4.30 petang, kami bertolak pulang dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang.

Sumber asal dari web Sekretariat MRA

p/s: Kehadiran aku sebagai SAHABAT MRA di sana dan bertugas sebagai PIC bahagian catering dan logistik.. Jadi chef jemputan.. :)

KEMBARA DAKWAH POS BERSIH BERSAMA MRA & TNB (8 0G0S 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,

Pos Bersih 3, Slim River Perak Darul Ridzuan





Majlis penyerahan tenaga elektrik kepada penduduk kg pos Bersih 3 yang dirasmikan oleh TNB dan MRA ..