JELAJAH INTEGRITI 2010 - POS BALAR, GUA MUSANG KELANTAN (2-3 JULAI 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,

POS BALAR GUA MUSANG KELANTAN

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan “Jelajah Integriti” pada 2-6 di pos Balar dan 6-8 di pos Brooke Gua Musang,Pahang. Acara ini bertujuan untuk membawa duta-duta muda IIM ke pelusuk negara sendiri untuk mempelajari mengenai Orang Asli dan mendekati alam semulajadi bakal warisan. Jelajah Integriti 2010 yang membabitkan 40 orang ahli Integrity Business Club (IBC) terpilih dari 6 buah universiti termasuk Universiti Teknologi Petronas, Management & Science University, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Tenaga Nasional Bangi dan Muadzam Shah dan Nottingham University Business School.

Program ini bertemakan "Alam Lestari, Integriti Asli" yang memfokuskan tema pendidikan bagi seluruh lapisan masyarakat Orang Asli khususnya di Pos Brooke dan Pos Balar. Usaha ini selari dengan konsep 1 Malaysia dan mengurangkan jurang antara etnik dan wilayah menerusi aktiviti ekonomi yang menjadi salah satu objektif di bawah Pelan integriti Nasional.

p/s:
Aku pergi ke sana mewakili yayasan Al-khalifah kerana jemputan dari IIM sendiri. Cuma hanya berada di sana selama 2 hari sahaja kerana sibuk menguruskan program di kg Asli di lubuk Legong, Baling Kedah pada minggu tersebut.










salam perjuangan al-azhar