KISAH KERJA  

Posted by azhar mohamed in , ,

Rasanya terlampau sibuk untuk meng'update' blog ini, tidak seperti semasa zaman belajar dulu yang mempunyai kesempatan waktu untuk 'update' setiap minggu. Kali ini cuma hendak mengekspresikan kisah kerja terbaru bersama rakan sejawat baru..


Walaubagaimanapun, kisah dunia sukarelawanku masih boleh diperolehi di website Yayasan Al-Khalifah kerana di situlah aku masih mencoret kisah ekspedisi dakwah ke perkampungan orang asli seluruh Malaysia. Alhamdulillah, target untuk menemui 18 suku kaum asli seluruh Malaysia hampir tercapai di mana 14 daripadanya sudah diketemui. Syukur kepada tuhan kerana mempunyai kesempatan waktu lagi walaupun sudah bekerja tetapi masih dapat terbabit dengan aktiviti luar lagi..


Sekarang ini, aku bekerja bersama sebuah syarikat IT di Sentul. Bukan menjadi seorang engineer seperti kos pengajiaan yang aku belajar dahulu tetapi menjadi PM untuk satu projek setelah aku bertukar banyak department selama 6 bulan di situ. Jawatan ini agak besar untuk dipikul. Walaubagaimanapun, aku cuba buat yang terbaik walaupun masih bertatih di dunia luar ini. Insya Allah bakal membuka company baru tidak lama lagi.. :)


Gambar di bawah adalah gambar sekitar menguruskan projek SKMM 'Netbook 1Malaysia ' yang membuatkan aku selalu Out Station selama 3 bulan sebelum ini menuju ke parlimen-parlimen di negeri Kedah, Terengganu dan Pahang. Dapatlah juga berkenal-kenalan dengan YB di sana..


semasa di Parlimen Temerloh,Pahang


Ini pula di negeri Terengganu


bersama team project.. berkerja sambil bercuti..hehee.



This entry was posted on 16.7.11 at Saturday, July 16, 2011 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 komen

bagus2...amalkan selalu..hihi

July 28, 2011 at 10:00 PM

Post a Comment