'Practical training' di PERODUA-hari pertama  

Posted by azhar mohamed in , ,


Start 22 hb april ,aku menjalani latihan industri di perodua di Rawang.Menerima Perodua sebagai tempat internship setelah menolak beberapa tawaran dari company2 lain seperti Boustead Holding kat Lumut yg buat Kapal Laut,Molex kat Penang yg buat electronic part especially connector,syarikat Jepun Yamatake di Penang dll.. Memang payah nak buat keputusan untuk pilih mana satu company yg terbaik untuk internship,tapi setelah membuat analisis dan pandangan dari orang2 tertentu ,aku tekad memilih perodua sebagai tempat praktikal walaupun elaunnya sedikit berbanding company2 lain. Perodua Rawang ni agak jauh lah dari UIA..Perjalanan mengambil masa 45 minit dari UIA,tapi aku tidak duduk UIA.tapi tinggal di hostel yg disediakan oleh PERODUA sendiri...

Sewa sebulan dalam 40 ringgit,tapi tersangat berbaloi berbanding duk hostel yg kat UIA tu yg kena byr seratus lebih sebulan.Hostel di perodua ni style rumah pangsapuri ada 3 buah bilik dalam satu umah.. ruang rumah sangat luas.. dan semua kemudahan adalah cukup dari segi dapur,bilik air,tv,katil ,loker,sofa,peti ais dan macam2 lagi lah...tersangat berbaloi berbanding harga sewa yg 40 ringgit..KAlo duk Hostel UIA tu x de apa dalam bilik tu, cuma katil ngan loker sahaja..Kan bagus kalo hostel UIA cam hostel di Perodua ni!..huhuu

Seramai 5 budak Engin UIA yg dapat praktikal kat sini ,3 budak mecha dan 2 budak Auto..Aku,PAk Said,Arif,Lat,ngan sorang perempuan iaitu Solehah..Aku ngan Lat di department Production Engineering,Pak Said ngan Arip di department Quality Control bawah Perodua Manufacturing dan Solehah di Di Department Machining di Perodua Engine Manufaturing..

Atas ni adalah pelan perodua Rawang,tersangat luas,tengok kereta cam semut je dari pandangan atas.Kalo nak taw kawasan perodua ni tersangat lah luas,penat kalau berjalan,besar kawasan separuh luas UIA ni..Sebab tu diorang sediakan basikal untuk pergi ke mana2 department kerana jarak yg jauh antara satu depatment ke department yg lain..

Dalam department Production ni aku bawah QREA iaitu bermaksud 'Quality Resident Engineering Assembly'.. bahagian yg penting dalam menjaga quality model kereta baru sebelum di'release'kan. Kiranya orng tengah dari R&D sebelum production..Dan akan deal ngan vendor...kiranya nanti aku akan banyak pergi kerja kat luar lah untuk jumpa vendor2 perodua..

Hari pertama aku kat sini,dah dapat 'my own table'..huhuu.. sangat best..kiranya ni lah meja aku untuk buat segala kerja dan projek selama praktikal ni di sini. Tapi meja ni x de komputer,jadi boleh lah aku bawah laptop aku ke sini. Dan paling menarik, meja aku betul2 menghadap meja Assistant Manager ngan Manager..Memang menghadap muka mereka terus.. X boleh lah nak curi tulang,,huhhuu..tapi bos aku memang sempoi orang nya..x delah serius sangat...

Dan aku juga mendapat kerja tambahan iaitu sebagai operator sebab kat meja aku tu ade telefon QRE division. Jadi, memang aku lah yang kena angkat dan jawab panggilan..Huhuu. .Dan yg best sebelah meja aku tu ada cermin yg boleh lihat kawasan plant disebelah, di mana tempat kereta2 dihasilkan iaitu kawasan 'assembly plant'..

Kat perodua ni style kerja diorang tiru style jepun, jadi akan dapat lihat banyak istilah2 jepun kat sini.. pengurusan masa memang amat penting di sini.. dan sebelum masuk waktu kerja akan ada senaman yg disebut 'taisoe' istilah dalam bahasa jepun (kalo x silap lah)...lebih kurang macam aerobik juga..boleh cergaskan badan sebelum kerja bermula..

Ok, oleh kerana minggu ni baru minggu pengenalan kepada perodua jadi kisah perjalanan latihan praktikal di perodua ni akan di sambung ke posting yg akan datang .. retetan perjalanan hidup sebagai bakal seorang engineer pada masa masa hadapan.Wassalam...

This entry was posted on 25.4.09 at Saturday, April 25, 2009 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

16 komen

sonok practical..
nk mintak myvi free satu bleh? hehe
sy arini dah start practical gak.
trus kene masuk kelas, ganti cikgu. huhu

April 27, 2009 at 6:36 PM
yus  

bestnya dapat perodua,setau aku bukan senang nak dapat praktikal kat sana,camner hang apply na?

May 3, 2009 at 11:33 PM

tu cikgu,mana ada dalam dunia ni free,sedangkan nak masuk tandas awam pun kena bayar 20 sen..huhuu..

tapi kalo nak diskaun boleh..hehee

May 3, 2009 at 11:34 PM

ade je mende free.
iium nye wifi kan free??
haaaaaa... lupe la tu. huhu

May 4, 2009 at 4:55 PM
Anonymous  

attire dia camne bro.kena pakai cam keje office ke.ke juz casual je?

May 6, 2009 at 9:32 PM

to ano, pakaian perodua cam keje ofic la dan akan dibagi percuma masa start kerja.Pakaian perodua adalah warna biru cair..

Bg trainee ,dpt baju kemeja sama cam engineer dan staff yg yg lain..operator plak dapat baju t shirt sbb diorang kerja kat plant yg agak panas lah keaadaanya..

dr jenis baju dan topi kita akan dapat bezakan status pekerja2 kat sini..

May 7, 2009 at 12:00 AM
Anonymous  

oo.trimas atas info.teman ble department Maintenance.best x bro?

May 7, 2009 at 9:06 PM

teman x taw lah pasal maintenance department tu,sebab teman kat production dept...Perodua ni besar sgt.x sempat nak explore lg..huhuu..

bila kawan ni akan praktikal kat sini?..boleh lah berjumpa kat sini..hehe

May 8, 2009 at 8:50 AM
Anonymous  

mybe bln 6.Insya Allah

May 13, 2009 at 9:46 PM

salam..
nk tnya ckit..
yamatake penang tu beri berapa elaun??
bagus x company tu??

October 15, 2009 at 8:21 AM
Anonymous  

hello..im Zasya
lehh tau x cmne ekk nk apply wat practikal kt Perodua??..

November 1, 2009 at 5:28 AM
annie  

salam...

sye dh email resume sye kt pn.rabiatul staff perodua last week. tp x dpt pape feedback drpd mrke. perlu ke sye pos smle resume slps ni? klu perlu nak d tujukan pd sape di alamat perodua?

TQ

July 6, 2010 at 5:36 PM
Anonymous  

practical bahagian design ade x??? sbb saya amik cost product design...

July 23, 2011 at 10:14 AM

bahagian design ada..tp R&D lah.. cubalah apply mana2 department..semua ade kaitan je..

July 25, 2011 at 11:29 AM
rizlisanadia@gmail.com  

salam,
nak tanye la..
ade x amek gmbar dlm kwsan factory..saya tgh bwt research..boleh share..n possible x kalau org luar nak dtg mlawat?

March 14, 2013 at 12:48 PM

salam, saudara. saya terjumpe blog nie mase cari maklumat pasal produa. saya ade dapat pratikal di sini, under Assembly Department. saya nak tanya, department nie bese nyer ape tugas dia ea? best x? thank u! shahir_burd@yahoo.ca

June 14, 2013 at 8:20 PM

Post a Comment