Showing posts with label orang asli. Show all posts

TRAGEDI OKTOBER  

Posted by azhar mohamed in , , , ,

Wahh,

Sudah lebih 10 bulan tidak update blog kesayangan ku ini. Memang sesuai 'tragedi Oktober' menjadi tajuk kali ini... :)

Peralihan zaman belajar ke zaman bekerja betul-betul dua dimensi  yang berbeza. Tiada masa menulis cerita berbentuk personal  seperti dahulu lagi. Rindu zaman itu....

Kesibukan diri yang terlampau dengan pelbagai aktiviti sukarelawan di seluruh Malaysia di bawah NGO Yayasan Al-Khalifah yang aku terajui betul-betul memerlukan fokus pada tugasan. Sekarang tugasan ku masuk hutan keluar hutan setiap minggu.

Ya Allah,permudahkan urusan hidupku buat masa sekarang dan mendatang.

Walaubagaimanapun,boleh lihat setiap aktiviti hidupku di blog yang satu lagi iaitu,di sana masih aktif.. :) 


2 orang penting yang menerajui Yayasan Al-Khalifah :)
note:berlatarbelakang gunung kinabalu

XPDC OFFROAD MONSUN TRAIL POS BALAR 25 DISEMBER 2011  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,
















XPDC POS BALAR MONSUN TRAIL DI MUSIM TENGKUJUH 2011

XPDC OFFROAD TERBAIK SEPANJANG ZAMAN!

SALAM PERJUANGAN

AL-AZHAR

CHARITY DRIVE POS TOHOI  

Posted by azhar mohamed in , , ,






KISAH PENUH DALAM WEBSITE YAYASAN AL-KHALIFAH

PROGRAM DAKWAH KG KUALA LAH (KAUM MENDRIQ) KELANTAN  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,






lama sangat x update blog ini. rindu nak menulis tapi tiada masa.. sangat2 sibuk yang tidak boleh dikawal dengan pelbagai projek syarikat sendiri :)

cuma gambar sekadar perkongsian..
Link
Sekitar program bersama kaum medriq di Kg Kuala Lah, Gua Musang Kelantan..

cerita penuh boleh dibaca di website yayasan Al-Khalifah :)

KISAH KERJA  

Posted by azhar mohamed in , ,

Rasanya terlampau sibuk untuk meng'update' blog ini, tidak seperti semasa zaman belajar dulu yang mempunyai kesempatan waktu untuk 'update' setiap minggu. Kali ini cuma hendak mengekspresikan kisah kerja terbaru bersama rakan sejawat baru..


Walaubagaimanapun, kisah dunia sukarelawanku masih boleh diperolehi di website Yayasan Al-Khalifah kerana di situlah aku masih mencoret kisah ekspedisi dakwah ke perkampungan orang asli seluruh Malaysia. Alhamdulillah, target untuk menemui 18 suku kaum asli seluruh Malaysia hampir tercapai di mana 14 daripadanya sudah diketemui. Syukur kepada tuhan kerana mempunyai kesempatan waktu lagi walaupun sudah bekerja tetapi masih dapat terbabit dengan aktiviti luar lagi..


Sekarang ini, aku bekerja bersama sebuah syarikat IT di Sentul. Bukan menjadi seorang engineer seperti kos pengajiaan yang aku belajar dahulu tetapi menjadi PM untuk satu projek setelah aku bertukar banyak department selama 6 bulan di situ. Jawatan ini agak besar untuk dipikul. Walaubagaimanapun, aku cuba buat yang terbaik walaupun masih bertatih di dunia luar ini. Insya Allah bakal membuka company baru tidak lama lagi.. :)


Gambar di bawah adalah gambar sekitar menguruskan projek SKMM 'Netbook 1Malaysia ' yang membuatkan aku selalu Out Station selama 3 bulan sebelum ini menuju ke parlimen-parlimen di negeri Kedah, Terengganu dan Pahang. Dapatlah juga berkenal-kenalan dengan YB di sana..


semasa di Parlimen Temerloh,Pahang


Ini pula di negeri Terengganu


bersama team project.. berkerja sambil bercuti..hehee.



XPDC 4X4 POS LEMUI, CAMERON HIGHLAND (20-22 MEI 2011)  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,









salam perjuangan

al-azhar

~Mei 2011~

PROGRAM BERSAMA MRA & MSU DI KG KEDING DAN POS BERSIH,SLIM RIVER (18-20 FEB 2011)  

Posted by azhar mohamed in , , , ,

gambar candid.. :)

orang-orang penting program

tapak dewan baru di pos Bersih

sesi pecah tanah dewan baru di kg Bersih 2

semua peserta program MRA+MSU

gambar sebelum pulang

Lawatan dan rawatan perubatan di kampung perdalaman (kg Keding)- 1 jam perjalanan dari Pos Persih

wassalam

salam perjuangan

KEMBARA TERAKHIR EDISI 2010 -POS HAU DAN POS BALAR KELANTAN  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,

Pos Hau (28-30 Disember 2010)
Pos Balar (30 Disember 2010-2 Jamuari 2011)

Salam,

Rasanya sudah terlalu lama tidak update entri dalam blog ini..Tahun lepas blog ini agak suram dek masa yang tidak mengizinkan kerana pelbagai agenda yang dilakukan. Diharap tahun 2011 ini akan kembali aktif bernukilan dalm blog ini.

Ekspedisi ke Pos Balar dan Pos Hau yang lalu agak mencabar kerana musim tengkujuh dan sepanjang perjalanan hujan hampir setiap hari di sana. Dan program ini sememangnya diberi nama  "Balar monsun trail'. Alhamdulillah, ziarah mesra dapat dilakukan bersama penduduk kampung dengan jayanya.

Dan program ke Pos Balar ini adalah menjadi program terakhir aku sebagai staff  sementara Yayasan Al-Khalifah  (YAK). Maaf kepada Dato Razak dan En Shamsul kerana menolak tawaran untuk menjadi staff tetap yayasan kerana ada benda lain yang perlu aku dahulukan. Dan diri ini masih belum bersedia untuk itu ditambah dengan masalah peribadi yang kalian tidak ketahui.

InsyaAllah, akan kembali menjadi 'freelance volunteer' untuk masa hadapan. Semoga dipermudahkan untuk aku pada 'jalan itu'. Wallahualam..






















salam perjuangan
al-azhar