JOM HEBOH DANGA BAY- 24 APRIL 2010
Posted by azhar mohamed in aku, berkelah, jalan2 cari makan, keluarga, melancong, monolog
jalan-jalan di Jom Heboh Danga Bay,Sabtu,24 April 2010 bersama keluarga tercinta...
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR PWTC KL (26 MAC 2010)
Posted by azhar mohamed in aku, jalan2 cari makan, melancong, monolog, orang asli
Buat pertama kali,dalam hidupku pergi ke pesta buku kebangsaan yang diadakan di PWTC.. Mengambil kesempatan pergi ke sana, selepas 2 paper final exam telah selamat diduduki selama 2 hari berturut-turut semalam dan selangan masa untuk paper ketiga agak lama iaitu 3 hari, jadi keluar lah untuk 'release' kan tension sementara.. Untuk pengetahuan, semester ini aku hanya 4 subjek yang ada final exam dan 2 subjek lagi tiada final exam.. dan sudah pasti, yang paling 'stress' adalah untuk projek FYP 2.. Bertahan lah kamu wahai Azhar..
Berbalik pada pesta buku ini, aku pergi bersama 2 orang bernama kak Adah (kedua-duanya nama sama) dan ayah kepada salah seorang kak Adah ni.. hehe..
Hanya 3 buku yang aku borong, yang bertajuk 'Yakjuj dan Makjuj:bencana di sebalik gunung' & 'Alexander adalah Zulkarnain'.. Kedua-duanya adalah karya Muhammad Alaxender, penulis dari Indonesia.. Manakala satu lagi adalah buku 'Bahlut' karya Faisal Tehrani yang baru.. Buku novel berkisarkan 'orang asli'.. Sudah pasti aku tertarik untuk membelinya kerana aku sendiri bergelumang dengan kehidupan orang asli sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. Jadi aku mahu mengetahui sejauh mana penulis (Faisal tehrani) ini dapat menterjemahkan kehidupan, fantasi,dan dunia mereka ini dalam novel terbarunya.. Pasti menarik kisahnya!..
Walaubagaimanapun, buku-buku ini akan dibaca selepas berakhirnya final exam ini yang tidak lama lagi, 31 Mac.. Aku menanti saat itu!..
Selamat maju jaya untuk diriku dan juga sahabat perjuangan, minggu depan adalah exam ku yang terakhir untuk tahun dan semester terakhir di UIA ni.. dan aku bakal meninggalkan bumi UIAM yang tercinta tidak lama lagi!..
Buku 'Alexander adalah Zulkarnain'
Buku 'Yakjuj dan Makjuj:bencana di sebalik gunung'
Buku 'Bahlut' karya Faisal Tehrani
"Ilmu adalah sesuatu yang misteri,
kertas bukan semestinya tempat untuk dipamerkan kekuatan ilmu,
tapi ianya di ‘sini’ (kepala)..!"
~Allahyarham Wahyudi B. Martono~
(amanat pensyarahku di UIA yang baru sahaja meninggal dunia pada 7 Mac 2010.. Jasamu akan dikenang selamanya!..)
salam perjuangan al azhar
Selamat ulang tahun yang ke 23 buat diriku...
Seperti nukilan yang tertera di dalam e-kad ini..
"Semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu!.."
Jadi beringatlah kamu wahai Azhar,Zahar,Ja'a,Aja,Ajehar,Jahar,Jehar,Har,R,Joe,A.J., dan Spike!..
Masa berlalu tidak akan kembali. Jadi teruskanlah... teruskan perjuangan kerana perjuangan kamu masih belum selesai!...
salam perjuangan al-azhar
23 TAHUN
20 NOVEMBER 1986 - 20 NOVEMBER 2009
Kawan,terlalu melangit pujian anda terhadap ku!..tapi ku harap kata-katamu menjadi doa buat diriku..
Namun, aku berusaha ke arah itu. Berusaha untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Walaubagaimana payah pun hidup, hidup mesti diteruskan.. dan Hidup mesti BERANI berani terima kENYATAAN!... sekarang yang aku lalui hanyalah baru berada dalam linkungan skop yang kecil, sekadar permasalahan di universiti.. Dan hakikat yang perlu dilalui adalah di dunia luar sana.. Dunia yang penuh pancaroba.. Dunia yang tidak mengenal mangsanya.. Barangkali kita berjaya atau tewas di dunia ciptaan kita sendiri.. Yang penting itulah ujian yang tuhan berikan untuk menguji sejauh mana ketaqwaaan hambanya di dunia ini dan yang pasti ujian itu masih mampu ditanggung oleh manusia seperti mana dalam firman Allah:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Dan pabila setiap kalian aku mendapat tekanan kerja dan beban yang banyak akan ku ingat firman tuhan ini. Ia memberi motivasi kepada diri untuk memperbaiki diri. Yang pasti itu hanyalah ujian buat diri ku dan ingatan akan kekhilafan dan kesalahan diriku sendiri kerana manusia sendiri adalah makhluk yang mudah alpa yang perlu diberi peringatan.
Dan sewaktu masih belajar inilah kita kutip seberapa banyak pengalaman. Kerana pengalaman yang akan mengajar kita akan erti sebuah kehidupan.
Kali ini ku bermonolog pasal kehidupan akademik ku yang jarang ku terjemahkan dalam blog ini.. Sebagai peringatan untuk diriku juga.. bagi menyiapkan diri ini sebagai bakal 'muslim engineer' untuk masa mendatang!... dan sebagai peringatan kepada diriku bahawa aku akan melangkah usia yang lebih tua dalam tempoh 2 hari lagi!...:) ...
HAKIKAT SEBUAH PERJUANGAN!
Posted by azhar mohamed in aku, dakwah, islam, monolog, orang asli, teladan
Aku rasa bukan sia-sia mendaki bukit, meredah hutan bersama kawan-kawan
Bersama mereka yang masih dahagakan ilmu dan iman jauh sekali kemodenan.
Yang hidup dalam serba kekurangan dan kegelapan…
Aku rasa bukan sia-sia ketika aku turun ke lembah untuk memancing ikan
Bersama budak-budak yang kotor berselut, berbau hapak dan hingus kering di pipi
Namun mereka bersuka-ria dengan kehidupan beralunan nyanyian kebebasan
Sebebas unggas di hutan yang terbang ke sana ke mari, bergurau senda bersama
Tiada keganasan macam yang kita rasai di hutan batu…
Aku rasa bukan juga sia-sia bila aku mengenali dan menghayati kehidupan mereka
Yang daif pada pandangan, namun kaya pada ketenangan dan kedamaian
Dapat merasai nikmat yang Allah berikan pada tangan sendiri
Dari kecil bila dewasa terus mengasari tangan sendiri, menarik rotan,
Tanam padi atas bukit, cari akar kayu,
Demi kehidupan yang temurun diwarisi mereka akur dengan keadaan diri
Cuma mengharapkan generasi kini mengubah kembali pilihan moyang dulu
Yang memilih jalan sepi di hutan demi menjaga adat resam sendiri
Dan mengubah nasib bangsanya…yang moden pada kemusnahan…
Kerana mereka kenali kemajuan hanya pada keseronokan dan hiburan
Perjuangan kita… seharusnya tiada noktah… kerana pada tangan kita
Terletak satu amanah ilmu…yang perlu disampaikan pada yang perlu
Dan bukan sia-sia kita berjuang…bukan sia-sia kita berjalan jauh
Menyusuri jalan sempit nan redup… gugur keringat dan kepenatan
Menuruni selekoh bahaya… namun… kita gembira kerana
Di situ kita tersenyum tanda syukur pada Ilahi
Yang memberi kudrat sebagai pencinta.
Pencinta kedamaian, ketenangan dan….. kasih sayang
Pada malam ini, kita bangga dengan perjuangan kita selama ini
Setelah sepuluh tahun berlalu, kita masih gagah membawa misi
Dalam mencari keredhaan yang hakiki juga ketenangan tersembunyi
Lihatlah temanku… kini terbukti
Perjuangan kita bukan sia-sia… hasilnya sama-sama kita rasai…
Teruskan berbakti... teruskanlah!
A 4.5 Mahallat Bilal
2002
dan hakikatnya..
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
RASA FRUSTASI?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung
Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: eleh kontrol laa tuu..
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: pemalu agaknya..
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: harap muka ja lawa, tapi perangai hampeh..
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: hmmm,org lawa pun de wat jahat..sama jek..
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: nak cari laki hensem jekk..
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: dah jodoh beb..
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: padan muka..
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...cari je la lain,nak wat camne takde jodoh..
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: eleh,nak je tu,saja je wat2 taknak..
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: bkn taknak bergambar,tp kamera abih bateri..
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk baik nih..
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: alahai,bagusnya..
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: pompuan kena la pandai masak..
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: kita rasa la dulu masakan dia,baru nilai..iye tak?
kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: ishh gedik sungguh..ingat lawa sangat aku nak heran ke,ntah sapa ntah..lain la makwe aku yg misscall..
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: hmmm,tersilap nombor agaknya..nanti aku gitau dia lah..
Ni adalah video doa taubatan nasuha dari kumpulan junied singapore...senikata ngan melodi yang amat sayu lagi menginsafkan diri...Mengingatkan kita akan senario sekarang yang banyak sangat berlaku peperangan,pembunuhan dan penindasan....Hish2...dunia dah tua agaknya..
Kepada pejuang palestin,berjuanglah!!Jika anda mati dalam peperangan,anda bukan akan mati dengan sia2,malahan mendapat mati syahid di sisi Allah ..Subhanallah..Kami di sini akan meneruskan perjuangan kalian menyebarkan islam di bumi malaysia ni terutama kepada masyarakat peribumi....Allahuakhbar!!!
Alkisah, setahun setengah yang lalu, telah mendedahkan aku dengan satu 'dunia baru' yang aku sendiri tidak sedari sebelumnya..dan x ambil endah akannya...
bermulalah pengenalan aku akan masyarakat 'ORANG ASLI' pada ketika itu..ni semuanya adalah kerana aku masuk persatuan JASA di UIA..Persatuan inilah telah mendedahkan aku ngan orang asli...
Ada Apa Ngan Orang Asli?
Itulah ungkapan yg selalu orang tanya kat aku..huhuuu..nak tau jawapannya,cubalah explore sendiri dunia mereka..anda akan merasai kemisterian hidup mereka.huhuu...
Alhasil, aku kini sudah banyak berkunjung ke kg orang asli.Sedar x sedar sudah 32 kampung orang asli telah aku kunjungi atas alasan berprogram...semua ini adalah atas satu tujuan iaitu 'berdakwah ' kepada mereka..sebenarnya,aku bukanlah seorang yang tinggi akan ilmu agama, kerana aku bukan dari latar belakang sekolah aliran agama,bukan dari mahad malah bukan dari darul quran tapi hanya dari sekolah asrama penuh sahaja..tapi tugas berdakwah tu adalah tanggungjawab semua orang islam?betul x?jadi aku cuba lakukan terbaik untuk diriku dan orang lain..
bawah ni adalah list2 kg asli yg aku telah pergi, banyak yang kena redah jalan hutan,ngan jalan balak,seberang sungai.naik turun bukit dan gunung,semua tu hanya boleh ngan 4 wheel drive kereta jer...kalo jalan kaki x tau lah berapa lama..mungkin berhari2 kot...humm,kebanyakan yang aku pergi ni memang mundur terutama yg kat kelantan..tapi ade gak yg dah moden..hehee.. jadi,kita hendaklah bersyukur akan apa yang kita miliki...
selama itu jugak,kami berjaya meng'syahadah'kan hampir seratus orang asli...
alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..
bersyukur kepada tuhan kerana telah memberikan hidayah kepada mereka..agar jalan dakwah ini akan terus menyinari kehidupan orang asli...amien..
senarai nama kampung asli
negeri sembilan
1.kg tohor,jelebu (kg asli pertama aku pergi..huhuu)
2.kg dusun kubur,jelebu
3.kg air lerek,kuala pilah
4.kg air pulasan,kuala pilah
5.kg air runtuh,kuala pilah
6.senibai,kuala pilah
selangor
7.air kuning,bukit bandaraya,shah alam
8.pulau indah,klang
9.bukit kala, gombak
terengganu
10.kg sg berua, kuala berang
kelantan
11.pos tohoi,gua musang
12.pos brooke,gua musang
13.kg jelgep,g musang
14.kg tuel, g musang
15.kg mendrop,g musang
16.kg ber,g musang
17.kg hendrop,gua musang
18.Kg Hanir,g musang
19.kg pelug,g musang
20.kg brooke lama,g musang
21.kg liak,g musang
22.kg renggil,g musang
23.kg sigar,lojing
24.kg jerdip,g musang
perak
25.kg kenang,sg siput
26.kg asap,sg siput
27.pos poi,sg siput
28.bukit tinggi,kuala kangsar
29.pos kerawak,s pulai
30.kg lalang.simpang pulai
Pahang
31.kg teji,cameron highland
32.kg abu,cameron highland
bawah ni video pengislaman orang asli temiar kat kg mendrop,gua musang kelantan..saksikanlah...
thankz pada sahabat2 JASA, ABIM ngan COMRADE kerana sudi menjadi teman di medan juang ini..wassalam!!
akhirnya aku berjaya mencipta aku punya sendiri blog..huuhuu..dan aku sekarang seorang blogger..heheee.
bermulanya tahun baru maka bermulanya azam baru,jadi buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan masyarakat umum khususnya...setelah meninggalkan tahun 2008 dengan pelbagai ranjau yang dilalui menjadikan aku semakin matang untuk mengharungi ranjau duniawi ni..
dengan adanya blog ini bakal menjadi satu wadah untuk aku menceritakan retetan kehidupan duniawi..
ok, all da best...
HAPPY NEW YEAR!!!
PENGARANG
- azhar mohamed
- Selangor, Malaysia
- AKU adalah seorang musafir yang gemar berkelana dan mengembara di pentas duniawi berusaha mencari keredhaan-NYA.. mencari kasih sayang-NYA.. dan mengejar cinta-NYA... Blog yang dinukilankan ini sebagai menceritakan rentetan sebuah kisah kembara hidupku di dunia yang fana ini untuk diabadikan sebagai 'KISAH KLASIK UNTUK MASA HADAPAN!'.. Kurang aktif sekarang menulis blog kerana sibuk dengan tugasan sukarelawan seluruh Malaysia. Mahu melihat update program saya boleh kunjungi di www.yayasanalkhalifah.com
MY LINKZ
EPILOG HATI
SAHABAT BLOGGER LINKZ
- abg zul
- al irfan
- ashraf
- comrade
- effy
- En. Shamsul IOA
- engku
- eyu
- faisalkhamis
- huzaimah
- idah
- jalie
- jannah
- jasa
- jenol
- k pijan
- k sarah
- K syariah
- k. adah
- kak engku
- kak tikah
- madam martinelli
- mirul
- miye
- mr amry
- mrsm mersing
- muhaimin
- munna izzah
- Nadirah
- nazri
- nik sabariah
- peja
- pokma
- raihan
- ricca
- riduan
- rosli
- shazni
- tikah
- wani
- wildan
kg asli yg sudah dikunjungi..
1.kg Tohor,jelebu
2.kg Dusun kubur, jelebu
3.kg air lerek, kuala pilah
4.kg air pulasan, kuala pilah
5.kg air runtuh, kuala pilah
6.kg Senibai, kuala pilah
Selangor
7.kg Air kuning, bukit bandaraya, shah alam
8.kg asli pulau indah,klang
9.kg asli batu 12, gombak
10.kg ulu batu,ulu yam
11.kg kemensah,Ampang
12.kg Pertak,Kuala Kubu Baru
13.kg Gerachi Jaya,Kuala Kubu baru
14.kg bukit Tampoi,Dengkil
15.kg songkok.batang kali
16.kg hulu tamu, batang kali
17.kg batu 16,gombak
Terengganu
18.kg sg Berua, kuala berang
Kelantan
19.pos brooke,gua musang
20.kg jelgep,g musang
21.kg tuel, g musang
22.kg mendrop,g musang
23.kg ber,g musang
24.kg hendrop,gua musang
25.Kg Hanir,g musang
26.kg pelug,g musang
27.kg brooke lama,g musang
28.kg liak,g musang
29.kg renggil,g musang
30.kg sigar,Lojing
31.kg jerdip,g musang
32.pos tohoi,gua musang
33.kg kuala Tahu,Lojing
34.kg kuala Labu,Lojing
35.pos Simpor,gua musang
36.kg Jegjok,Gua Musang
37.Kg Perawas,Gua Musang
38.Kg Balar,Gua Musang
39.Kg Dakoh,Gua Musang
40.Kg Belatim,Gua Musang
41.Kg Ipes,Gua Musang
Perak
42.pos poi,sg siput
43.bukit tinggi,kuala kangsar
44.pos kerawak,s pulai
45.kg lalang.simpang pulai
46.Kg Palas,pos slim,s. pulai
47.Kg Pawong,pos Slim,S.Pulai
48.kg kuala Mu,Sg Siput
49.kg Gapeh hulu,Sg Siput
50.kg Gapeh Hilir,Sg Siput
51.kg Toi,Sg Siput
52.kg Bersah,Sg siput
53.kg kenang,sg siput
54.kg asap,sg siput
55.Pos Tisong,Sungkai
56.Pos Jernang,Sungkai
57.Kg Husen,Sg Siput
58.Kg Kelah,Sg Siput
59.Kg Awal,Sg Siput
Pahang
60.kg teji,cameron highland
61.kg Abu,cameron highland
62.kg Selangkar,cameron highland
63.kg Temangan,Tasek Bera,Bera
64.kg Nyentil, pos lanai, Kuala Lipis
65.kg Pantos, Kuala Lipis
66.kg Chemperoh, Janda Baik
67.Kg Penangau, Cameron Highland
68.kg Gumum, tasik Chini,Pekan
Johor
69.Kg Sayong Pinang, Kota Tinggi
Kedah
70.Kg Lubuk Legong, Baling
etc..
p/s: Alhamdulillah, sehingga hujung tahun 2009, lebih 100 kampung asli sudah dikunjungi..
SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga..
Lirik Nasyid :Hijjaz
TRAFFIC FEED
LAGUKU UNTUKMU!!
TAG
KOMEN SAHABAT!
SAHABAT BLOGGERZ!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Cabaran itu seronok!11 years ago
-
Kau Pula???11 years ago
-
-
-
-
-
I’m moving15 years ago
-
-
PENGUMUMAN15 years ago
-
not what i bargained for15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MAYA BLOGGERZ
ISLAM BOLEH!
Hari ini mesti lebih baik dari semalam..
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!..




