KEMBARA TERAKHIR EDISI 2010 -POS HAU DAN POS BALAR KELANTAN  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,

Pos Hau (28-30 Disember 2010)
Pos Balar (30 Disember 2010-2 Jamuari 2011)

Salam,

Rasanya sudah terlalu lama tidak update entri dalam blog ini..Tahun lepas blog ini agak suram dek masa yang tidak mengizinkan kerana pelbagai agenda yang dilakukan. Diharap tahun 2011 ini akan kembali aktif bernukilan dalm blog ini.

Ekspedisi ke Pos Balar dan Pos Hau yang lalu agak mencabar kerana musim tengkujuh dan sepanjang perjalanan hujan hampir setiap hari di sana. Dan program ini sememangnya diberi nama  "Balar monsun trail'. Alhamdulillah, ziarah mesra dapat dilakukan bersama penduduk kampung dengan jayanya.

Dan program ke Pos Balar ini adalah menjadi program terakhir aku sebagai staff  sementara Yayasan Al-Khalifah  (YAK). Maaf kepada Dato Razak dan En Shamsul kerana menolak tawaran untuk menjadi staff tetap yayasan kerana ada benda lain yang perlu aku dahulukan. Dan diri ini masih belum bersedia untuk itu ditambah dengan masalah peribadi yang kalian tidak ketahui.

InsyaAllah, akan kembali menjadi 'freelance volunteer' untuk masa hadapan. Semoga dipermudahkan untuk aku pada 'jalan itu'. Wallahualam..






















salam perjuangan
al-azhar