24
Oct
ZOO NEGARA VOLUNTEER
Setelah bertahun-tahun berkhidmat untuk komuniti servis untuk 'manusia', awal bulan lepas pertama kali berkhidmat untuk 'haiwan' pula..hehe..
Seronok dan mengkagumkan!
'Zoo Negara Volunteer' atau dalam bahasa Melayunya 'sukarelawan zoo negara' anjuran Corporat Social Responsibility syarikat ku sekarang.. Bertugas membersihkan kandang-kandang haiwan seperti beruang, kijang, burung sangat mengujakan..
Mujur tak bersihkan kandang harimau.. hehee
Di bawah ini sedikit kenangan bersama rakan sekerja menjadi sukarelawan untuk seharian di situ.
Masuk adalah percuma jika menjadi sukarelawan zoo.. So,kawan2 apa lagi??... :)
p/s:Cubaan untuk update entri ini berjaya, walaupun sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan kerja namun tetap mencari peluang berbakti untuk seketika.. Aktiviti ke hutan bersama Orang Asli semakin kurang kerap berbanding dahulu namun aku cuba mencari peluang walaupun sekali dalam sebulan..Ya Allah, permudahkan urusanku.. Amin!.. :)