AZHAR @ UTUSAN MALAYSIA - 06 FEB 2010  

Posted by al-azhar in , , ,

Sila klik gambar untuk besarkan imej..


Laporan penuh berkenaan xpdc Redah 4x4 ke lost waterfall, Ulu Salan, Jerantut Pahang di utusan Malaysia bertarikh 6/2/2010 di ruangan "Rekreasi WOW".. Terima kasih kepada wartawan abang Amir Sarifudin kerana menyediakan laporan ini dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman semasa xpdc tempoh hari... :)

KEMBARA DAKWAH PULAU INDAH & PULAU CAREY,SELANGOR-EPISOD 2 (30 JAN 2010)  

Posted by al-azhar in , , , , , ,

Entri kali ini sambungan kisah sebelumnya…


Berangkat keluar dari pulau Indah dalam lebih kurang pukul 2 petang kemudian menuju terus ke Pulau Carey..Dan kembali semula ke semenanjung lalu mencari semula jalan ke Pulau Carey melalui Teluk Panglima Garang arah ke Banting.

Kali ini, kami hanya berpandukan papan tanda di jalan raya kerana ini kali pertama kami ke Pulau Carey ini.. Jarak pemisah antara pulau Carey dan semenanjung tidaklah terlalu besar, sekadar selat yang berbentuk sungai sahaja.. Pabila sampai ke Pulau Carey mata akan dihidangkan dengan keindahan permandangan ladang kelapa sawit milik Sime Darby.. Dan setibanya di pulau ini, misi mencari perkampungan asli diteruskan…

1.Kg Sg Bumbun, Pulau Carey, Selangor

Ini kampung pertama yang dikunjungi. Dan di pulau ini, kampung ini yang paling terkenal sekali dengan kebudayaan dan adat mahmeri..Kiranya,di sini adalah kampung pelanconganlah untuk orang luar kunjungi.. Pusat Kraftangan yang baru dibina oleh JHEOA masih belum dirasmikan lagi. Kerajaan iaitu melalui kementerian Kesenian dan Warisan (bawah Dr Seri Rais Yatim) juga telah membina 11 teratak kraftangan di rumah-rumah terpilih untuk mereka menjual hasil kreativiti mereka.

Tapi apa yang aku risaukan, dengan terbinanya pusat kraftangan ini sama seperti kes pembinaan Tesco(contoh pasaraya besar) di satu kawasan..Jadi apa akan jadi ke kedai-kedai kecil disekitarnya?.. Dan pasti ‘teratak kraftangan’ ini barangkali menghadapi nasib yang serupa.. Semoga penaakulan aku itu tidak betul..

pusat kraftangan baru dibina

Dan kami sempat berkenalan dengan Abg Mizan yang juga seorang pengukir kayu di teratak miliknya. Hasil tangannya cantik. Manakala jualannya tertumpu kepada pelancong asing dan mencecah ratusan ringgit. Setiap ukiran mempunyai maksud dan cerita yang tersendiri. Dan beliau tunjukkan kepada aku buku tentang segala kisah sejarah tentang kaum mahmeri..

Buku yang sangat tebal, kagum aku mengenai kaum mahmeri ini walaupun mempunyai jumlah penduduk yang dalam ribuan sahaja tetapi nilai ketamadunan mereka sangat tinggi dengan kebudayaan dan kraftangan mereka sehingga dikitiraf dunia di mana ada diantara kraftangan mereka berbentuk patung-patung ini mendapat pengiktirafan UNESCO..

Sebelum beredar ke kampung lain,sempat juga kami memberi sumbangan buah tangan di atas kesudian beliau berkongsi cerita dan melayan baik kehadiran kami yang tidak diundang ini.

penerangan dari yek (abang ) Mizan tentang adat orang asli

tunjuk ajar cara mengukir

sumbangan untuk abang Mizan


2.Kg Rambai laut, Pulau Carey Selangor

Di sebabkan keadaan minyak yang semakin kurang, kami keluar ke Telok Panglima Garang untuk memenuhkan petrol, solat, dan makan tengahari.


Seterusnya kami singgah di Kg Rambai Laut. Terjadi satu cerita lucu di sini apabila kami digelar ‘penculik’ oleh seorang budak lelaki di sana. Ini adalah kerana kami akan berhenti memberi gula-gula kepada kanak-kanak yang kami temui, dan mereka tidak akan menolak manisan ini. Tetapi, kanak-kanak ini melarikan diri ke rumahnya..

Lantas kami menuju ke rumahnya dan berjumpa dengan keluarganya menceritakan keadaan yang sebenarnya.. Mereka memahami, dan kami disambut dengan layanan yang baik dari keluarga mereka dan ternyata mereka sangat ramah..

Bagus, kerana anak-anak di sini dididik agar berwaspada dengan orang yang tidak dikenali kerana zaman sekarang banyak kes penculikan kanak-kanak yang menjadi isu negara…



3. Kg Kepau laut,Pulau Carey Selangor

Solat Asar di Masjid Jamek Kg Melayu dan kemudian menuju ke Kg Kepau Laut. Kehadiran kami disambut hebat oleh anjing dan hambar oleh penduduk Kg Kepau Laut. Dikatakan di hujung kampung ini terdapat satu pantai, tetapi kami tidak berjumpa kerana sesat di dalam ladang kelapa sawit dan kereta kami tidak mampu meneruskan perjalanan kerana jalan yang semakin teruk..

Dan di sini juga lah, kak Adah dan kak Syariah dikejar anjing garang.. Anjing-anjing di pulau lagi garang dari anjing-anjing di kawasan bukit rupanya.. hehe..



4. kg Sg Judah, Pulau Carey Selangor


Kami singgah lagi ke kampung yang berikutnya, Kg Judah. Waktu petang sebegini, penduduk kampung mula keluar rumah. Ramai juga peniaga cina datang menjual barang masuk ke kampung ini.Kampung ini agak besar juga dan mempunyai sebuah sekolah Rendah..

Rumah-rumah di sini juga banyak dan di sini juga kita dapat melihat rumah kecil (tempat pemujaan) mereka..


tempat pemujaan kaum mahmeri


5.Kg Sg Jugra,Pulau Carey Selangor

Kampung terakhir ialah Kg Sg Jugra. Kenderaan tidak boleh masuk ke sini. Jadi kami parking di tepi jalan sahaja kenderaan kami. Lalu berjalan kaki melalui jalan kecil merentasi ladang kelapa sawit untuk masuk ke kampung dipenuhi tong dan bekas-bekas plastik. Dan kami disambut dengan teriakan anjing yang galak juga.

Tapi kehadiran kami disambut dengan senyuman seorang budak lelaki dan makcik sangat melegakan hati kami. Mereka tidak segan dengan kami.. Dan keluarga ini juga sangat mesra. Dikhabarkan kepada kami, sumber rezeki sekeluarga ini adalah dengan menjual bekas-bekas pelastik ini kepada lelaki India dengan hanya harga 80 sen sekilo .Betapa murahnya hasil jualan itu. Dan mereka memungut sampah-sampah ini di tepi sungai Klang dan dijual untuk mendapatkan wang.

Ini bukan sampah ye..tapi adalah plastik yang dikumpulkan dari sungai Klang sebagai sumber rezeki mereka..

Kampung ini hanya menempatkan 7 buah rumah kayu yang agak usang. Tidak mempunyai Tok Batin sendiri kerna Tok Batin mereka adalah dari Kg Bumbun. Di pulau ini ,kampung inilah aku rasakan paling banyak kekurangan. Masih tidak mendapat bantuan rumah PPRT berbanding kampung lain walaupun mereka telah memintanya dan juga kurang mendapat bantuan.. Sungguh kasihan pabila melihat nasib mereka ini..

Sebelum pulang aku hulurkan sedikit wang kepada mereka, walaupun aku tahu nilainya tidaklah terlalu besar kepada mereka tetapi sekurang-kurangnya aku mahu pancarkan sedikit kegembiraan kepada mereka..

Agar mereka memahami, di dunia ini masih ramai lagi manusia yang ambil berat akan kehidupan seperti mereka kerana orang asli atau orang Melayu, kita sebenarnya adalah 'serumpun'!...

~****~

"haga kaca laut hap
ka lundu kaca kele
haga ngayuh pahuk hap
gerih rindu tahat kele"

(bahasa mahmeri)

"hendak makan lauk tiada
ikan lundu makan juga
hendak mengayuh dayung tiada
hati rindu ku tahan juga "

(bahasa melayu)

~azhar, pantai morib 30/1/10~

salam perjuangan al azhar

KEMBARA DAKWAH PULAU INDAH & PULAU CAREY,SELANGOR -EPISOD 1 (30 JAN 2010)  

Posted by al-azhar in , , , , , ,

Kali ini, destinasi kembara ku menjejaki dua buah pulau di Selangor iaitu di Pulau Indah dan Pulau Carey. Program minggu ini atas inisiatifku sendiri dan dibantu oleh kak Adah dan Kak Syariah kerana ‘perasaan’ itu memanggilku.. Hanya diri ini sahaja yang memahami ‘perasaan’ itu.. lalu menyewa sebuah kereta untuk menjejaki suku kaum ‘Mahmeri ‘ yang penuh misteri dan mistik di kedua-dua pulau tersebut… Kisah perjalanan kali ini seperti berikut..


1.Kg Asli pulau Indah, Pulau Indah Selangor

Di pulau Indah ini hanya satu kampung asli sahaja berbanding di pulau induknya, Pulau Carey yang mempunyai 6 buah kampung asli Mahmeri.

Dan ini merupakan kali ketiga aku berkunjung ke sini.. Jika dihintung, sudah hampir 2 tahun tidak berkunjung ke sini.. Kali pertama adalah semasa aku menjadi ‘Pengarah Program’ untuk program ‘Kembara Asli’ anjuran kelab JASA dengan kerjasama MAIS.. Ketika itu, hanya 2 keluarga sahaja yang Islam.. Dan yang terbaru, dikatakan sudah 5 keluarga yang Islam di situ.. Alhamdulillah, semakin bertambah keluarga Islam di pulau ini..

Sayang sungguh kerna tidak dapat menemui Tok Batin (Intan) kampung ini kerana beliau ada urusan di luar.. Sempat beramah mesra dengan beberapa orang penduduk di situ, dan kebanyakan kaum lelaki situ turun ke laut kerana kami sampai di sini waktu tengahari.. Dan berboraklah aku dengan pak Wan, satu-satunya keluarga melayu di kampung asli tersebut dan beliaulah yang berniaga runcit untuk keperluan penduduk kampung di situ tentang perkembangan kampung itu..

Dan penduduk Islam di kampung ini dijaga dan diberi perhatian yang baik oleh MAIS serta JAKIM.. Mendapat maklumat bahawa kelas Fardhu Ain diadakan sebanyak 3 kali seminggu di waktu malam, dan sekali di waktu siang (rabu) adalah satu berita baru yang menyenangkan… Setiap keluarga Islam juga mendapat bantuan seperti rumah mereka diperbesarkan, engin bot, dll.. Dan ketika ini juga, sekolah rendah yang baru sedang rancak dibina di kampung ini.. Alhamdulillah, perkembangan Islam di kampung ini agak memberangsangkan..

Bila teringat kembali kenangan semasa mengetuai program 2 tahun lepas di sini, ia antara kenangan manis yang pernah aku lalui.. Yang menarik adalah demo upacara perkahwinan, dari mula merisik sampai ke persandingan hingga mandi pengantin esok harinya mengikut adat kaum mereka , di mana aku terbabit juga dalam upacara ini... Dan pastinya upacara mereka ada unsur mistik dengan menggunakan tok pawang mereka .. Seriau jugalah rasanya, pabila persandingan menggunakan abu,kemenyan,api dan bahan-bahan mistik lain lah dan diri ini pula antara orang ‘terpilih’ untuk melakukan upacara tersebut..

Lagi satu kenangan adalah semasa modul anyaman oleh penduduk kampung kepada pelajar UIA.. Kaum mahmeri memang pakar dan hebat dalam membuat anyaman berbentuk haiwan dan tumbuhan seperti burung,ikan ,obor-obor, udang,bunga dll.. Tengah masing-masing sibuk menunjukkan cara anyaman kepada pelajar-pelajar ini, tiba-tiba aku bersuara…” Gomok (makcik dalam sebutan mahmeri) pandai buat ‘belalang’?”.. Tiba-tiba keadaan yang sebelum ini bising menjadi senyap.. Gomok-gomok ini memandang sesama sendiri.. Mereka pun rasa pelik juga lah kenapa aku bertanya begitu.. Aku lagi lah rasa pelik tiba-tiba keadaan berubah..

Sebenarnya, aku bertanya mereka sebab aku tahu cara buat anyaman ‘belalang’ itu.. Jadi nak pastikan sahaja mereka tahu ke tidak.. Dan rupanya gomok di sini tidak tahu membuatnya walaupun banyak jenis anyaman yang lain mereka tahu.. lantas seorang gomok ini berkata ‘zahar, gomok dah ajar buat burung dan ikan itu, ajarlah kami pula buat belalang itu!..kita kongsi lah ” . Aku ketika itu tersenyum sahaja bila mereka kata begitu..

Sepatutnya pada masa itu seharusnya kami bertukar ke modul lain pula, dan tiba-tiba aku ditahan pula oleh gomok-gomok ini untuk mengajar cara membuat anyaman ‘belalang’ kepada mereka. Jadi aku serahkan anak buah yang lain untuk ‘handle ‘modul yang lain pula.. huhuu..

Oleh itu, kesimpulannya, dalam hidup ini ,bukan semua kita tahu. Barangkali ada yang kita tahu orang lain tak tahu, dan adakala kita tak tahu dan orang lain tahu.. Jadi hidup ini adalah suatu proses pembelajaran.. Belajar dari pengalaman kita dan pengalaman orang adalah yang terbaik.. Jangan kedekut ilmu yang diperolehi.. Bak kata orang “ sharing is caring!..” kan!

Walaubagaimanapun kisah itu tidak berakhir di sini sahaja, posting pasal kembara ke pulau seterusnya iaitu ke pulau Carey akan di ceritakan pada entri seterusnya.. Di sana lagi ‘menarik ‘ kisahnya… Sekian dulu,nantikan episod 2 siri kembara kali ini.. wassalam…

~***~

Gambar di bawah ini adalah kisah 2 tahun yang lepas..

Semasa menjadi pengarah program 'Kembara Asli' 2008

Bersama barisan VVIP

Upacara perkahwinan kaum mahmeri

Upacara Mandi Pengantin

~****~

Gambar di bawah ini pula adalah kisah yang terbaru (kunjungan minggu lepas)..

Pintu gerbang baru

laluan masuk terpaksa melalui kawasan pembinaan sekolah dengan lori keluar masuk

Setiap keluarga Islam mendapat bantuan rumah dari Lembaga Zakat selangor

Sesi kunjungan

Cik Adah bersama anak buahnya dahulu.. Sudah besar adik kecil ini..

Menemubual bersama pak Wan yang peramah tentang perkembangan kampung ini..


salam perjuangan al-azhar

FOTO XPDC REDAH 4X4 TO LOST WATERFALL SG SALAN,JERANTUT PAHANG (22-24 JAN 10)  

Posted by al-azhar in , , , ,

Lost Waterfall, Sg Salan, Jerantut Pahang- 22-24/1/09

















p/s: credit to hasnoor untuk foto-foto dslr yang menarik untuk xpdc kali ini ..

cerita penuh pasal ekspidisi ke lost waterfall boleh dibaca di dalam utusan malaysia 06/02/10 :)

klik sini

XPDC REDAH 4X4 OFFROAD TO LOST WATERFALL SG SALAN, JERANTUT, PAHANG (22-24 JAN 10)  

Posted by al-azhar in , , , ,

Lost Waterfall, Sg Salan, Jerantut Pahang- 22-24/1/09

‘TERHARU!’..

Itulah perkataan yang harus aku katakan kerana ekspedisi 4x4 bersama kelab REDAH kali ini adalah semata-semata untuk ‘majlis penghargaan’ kepada pelajar UIA yang menjadi petugas atau sukarelawan untuk Jamboree 4x4 di Lata Meraung baru-baru ini. Kalau diikutkan, tugas kami tempoh hari tidaklah berat sangat sekadar bertugas pada hari program sahaja bukan dari awal-awal lagi. Bahkan kami dilayan sebagai satu keluarga dalam Redah tempoh hari..

Tapi oleh kerana ada beberapa peserta yang tidak pernah lagi merasai sendiri menaiki kenderaan 4wd ini dan semasa program diberikan tugas di belakang tabir sahaja, jadi bos Redah ini sudah berjanji akan membawa kami semua ke destinasi lain..Oleh sebab itulah, xpdc kali ini dirancang untuk kami ~Terima kasih Redah..~ huhu..

HARI PERTAMA (JUMAAT)-22-01-10

Dengan lebih kurang 20 buah kenderaan pacuan 4 roda dan kira-kira 70 orang, destinasi kami kali ini adalah ke ‘lost waterfall ‘ di sungai Salan Jerantut iaitu pinggir hutan Taman Negara Pahang. Kali ini aku menaiki kenderaan Jeep Cherokee milik Pak Keladi ( yang dulu Event Manager untuk Jamboree tu) dan bersama abang Rufi (RF Mediaworks)..

Setelah semua kenderaan milik anggota Redah berkumpul di UIA dan mengambil budak2 UIA ini, kami terus menuju ke Jerantut dan sampai ke sana dalam tengahari dan berkumpul di motel ‘middle earth’..

Selepas solat Jumaat baru kami mula jalan offroad untuk sampai ke camping site di sg Salan. Perjalanan pergi tiada masalah kerana keadaan cuaca yang elok dan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah sahaja untuk offroad sepanjang lebih kurang 7 kilometer sahaja.. Cuma perlu berhati-hati semasa melalui 2 jambatan yang hanya menggunakan titian batang balak yang dibuat sendiri. Silap sikit sahaja boleh masuk ke gaung bawahnya.

Sampai saje sana adalah aktiviti memasang khemah dan aktiviti bebas sampai malam.. nak pergi pancing ke,nak pergi mandi sungai ,tengok tayangan filem ,karaoke, nak layan perasaan ke, buat lah aktiviti sepatutnya..

Dari segi penyediaan makanan aku boleh bagi 5 bintang, memang terbaik.. Camping kali ini memang mewah menu,ikan ,ayam ,dan daging ada sahaja setiap kali makan.. Terima kasih kepada chef-chef jemputan dari team ‘middle earth’,servis terbaik!...

HARI KEDUA (SABTU)-23-01-10

Hari kedua, VIP sampai dalam pukul 10 ke camping site . YDP Majlis Daerah Jerantut Tuan Yang Dipertua, Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Ali bersama wakil Jabatan hutan untuk turut sama dalam program ini.. Hari kedua inilah kami ekspedisi ke ’lata telur’ ,’Japanese garden’ dengan trekking di dalam hutan dara Pahang itu..

‘Japanese Garden’ atau Taman Jepun dipercayai sebuah tempat bersejarah kerana bentuk air terjun yang bertingkat-tingkat serta terdapat ketulan-ketulan batu berbentuk segi empat. Bukit-bukit di sekeling dipercayai sebuah tembok lama kerana dindingnya terdiri dari blok-blok batu seperti disusun oleh manusia. Kedudukannya hanya 20 minit dari base camp. Team middle earth menamakannya taman Jepun kerana mengikut orang asli tempatan terdapat bangkai kapal terbang Jepun di hutan berhampiran.

Setelah puas bermandi manda di air terjun situ dengan paras air yang sangat dalam , baliklah semula ke base camp situ dan sampai sana dah waktu petang jugalah..

Dan akhirnya, bumi Sg Salan dihujani dengan hujan lebat pada petang itu.. Dan terus dalam hati ku berdetik ,bagus juga hujan petang itu.. Esok boleh lah main ‘geli-geli’ masa offroad pulang itu.. Kalau tidak,bosan!.. jalan kurang mencabar,dah hujan baru jalan boleh jadi mencabar sikit.. Itu baru perasaan aku yang amatur dalam bidang 4wd , apatah lagi perasaan ahli Redah yang sudah professional itu.. Mereka pasti lagi mahu jalan yang mencabar lagi..

Dan petang itu jugalah 4 buah kereta pergi ‘mengecas’ kenderaan mereka.. Dan tak sampai 20 meter, semua kereta sangkut di selut yang dalam dan masing-masing pusing balik ke base camp semula, tak berani pergi jauh sebab malam ini ada program rasmi lagi…hehe.

Dan waktu maghrib itu ada diadakan majlis tahlil sempena kenduri kesyukuran program Jamboree tempoh hari.. Manakala diri ini dilantik menjadi ‘imam terjun’ untuk mengetuai solat dan bacaan tahlil itu..Terima sajelah tanggungjawab itu walaupun sebelum ini tidak pernah mengetuai majlis tahlil pun.. Kena yakin pada diri.. :)

Malam pula adalah aktiviti barbekue dengan hidangan special kambing golek,ayam,hot dog dan menu-menu barbekue yang lain lah..Sangat banyak,sampai tak terlarat nak makan.. Dan diadakan juga majlis penyampaian sijil untuk petugas dan committe semasa program jamboree tempoh hari oleh YDP Jerantut..Serta tayangan video sempena program tempoh hari…Sangat menarik video yang dibikin oleh Abang Rufi, partner satu kereta aku… Dia ini memang professional dalam membikin video..

Semasa menjamu hidangan, ada ceramah istimewa disampaikan oleh Dr Hasan Ali dari Unit Perancang Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan perdana Menteri .Ceramah berkenaan ekonomi Negara.. Sepatutnya ceramah ini dikhususkan untuk kami pelajar UIA ini , tapi oleh kerana topik ini hangat maka ia menarik perhatian ahli-ahli Redah untuk join sama. Maklumlah, kebanyakkan ahli Redah ini golongan professional terdiri dari arkitek,kontraktor,engineer dan businessman.. Jadi isu ini menjadi isu mereka: ketelusan dari pembahagian tender, keseimbangan ekonomi antara kaum,harga barang naik dll..

Kemudian ,habis sahaja sesi ceramah adalah adalah tayangan filem sehingga 2 pagi rasanya..Tak sempat tengok sampai habis sebab mengantuk sangat malam itu,sebab malam itu aku belajar tentang nak gunakan GPS dari abang2 Redah ini.. Memang bagus GPS ini untuk aktiviti offroad ini.. Kita boleh set kan jalan ke destinasi yang mahu pergi kerana jalan itu jalan baru.. Lain kali nak pergi sekali lagi,kita tahu dah mana jalan, simpang harus masuk dll.. Tak lah sesat lagi nanti ke destinasi yang dituju terutama dalam hutan itu.

HARI KETIGA(AHAD)-24-01-10

Pagi selepas Subuh adalah aktiviti bebas, bersihkan kawasan camping kerana pukul 10 akan keluar dari tapak khemah ini.. Perjalanan balik barulah mencabar tidak seperti perjalanan pergi disebabkan hujan semalam menjadikan jalan menjadi teruk habis..Aktiviti tarik menarik menggunakan winch untuk semua kenderaan yang sangkut.. Dan 4 kenderaan mengalami kerosakan disebabkan terpaksa ditarik keluar. Semasa pergi hanya 1 jam setengah je sampai, tapi balik memakan masa 6-7 jam.. memang berbaloi-baloi..

Dua kenderaan telah keluar awal untuk menghantar YDP Jerantut pulang ke bandar.. Pak Keladi yang dikehendaki menghantar mereka, jadi aku terpaksa bertukar kereta ke pak Bakawali kerana memberi laluan kepada YDP itu ,sementara aku menunggu teman yang lain yang masih sangkut di dalam..Semua kenderaan dapat keluar dari hutan lebih kurang pukul 4 lebih…

Sampai semula ke motel Middle earth dalam pukul 5 lebih… Berehat-rehat sementara sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas Maghrib.. Masa pulang ini aku menumpang pula pak Syed ,maklumlah Pilot aku Pak Keladi itu dah balik awal dan sampai KL pada waktu petang selepas dia menghantar YDP itu keluar awal siang tadi..

Dan akhirnya kami sampai ke KL dalam pukul 12 lebih.. Itu kumpulan pertama sampai.. Kumpulan kedua yang menarik 4 kereta rosak sampai ke KL tak tahu lah pukul berapa..dalam pukul 3 pagi baru sampai.. Kesian kat mereka ini..

Ekspedisi kali ini amat menarik, walaupun sekadar camping 4x4 di hutan belantara, tapi pengisian aktiviti juga bagus.. Sangat seronok dan santai.. Satu lagi pengalaman menarik bersama Redah 4x4 team..Terima kasih dan tahniah sekali lagi untuk Redah team.. :)

p/s:
1.nama ahli-ahli Redah digelar berdasarkan nama pokok dan tumbuhan.
2.gambar-gambar xpdc 4x4 akan di 'upload' kemudian..

MCT 'MAKAN BESAR' DI DEEN'S RESTORAN SEAFOOD- 20 JAN 2010  

Posted by al-azhar in , , ,

DEEN'S RESTORAN SEAFOOD, KUBUR- 20/1/2010








Sekali lagi jamuan yang dinamakan 'MCT Makan Besar' untuk budak-budak Mechatronics last sem ni.. Sambutan hangat dengan lebih kurang 48 orang yang hadir.. 2 'Thumb up' lah untuk mereka yang handle program makan2 ini.. Dah semester akhir ini baru banyak program sesama kita, kalau dulu payah nak berkumpul bersama, terutama aku yang sibuk dengan program luar :).. Itulah dinamakan 'ukhwah'... Apa-apa pun, kalian memang 'terbaik!' ...

REHLAH AIR TERJUN KANCHING,RAWANG & SERENDAH, HULU SELANGOR (17 JAN 2009)  

Posted by al-azhar in , , ,

1.Air terjun Kanching,Rawang Selangor

Destinasi minggu ini adalah ke Air Terjun Kanching dan Air Terjun Serendah di Rawang Selangor. Kali ini kami bertiga: aku,Lan dan ‘kawan tapi mesra Lan’ (tidak boleh tonjolkannya di sini atas permintaan Lan :).. Memang enjoy sangat kat sini kerana kami pergi ke level paling atas air terjun ni.. Tak sangka ketinggian air terjun yang atas sekali beratus-ratus meter tinggi.. Sangat kagum dengan alam ciptaan tuhan, sungguh sangat mengkagumkan.. Dan yang best lagi dapat tengok pelangi beberapa kali di air terjun ini.. :)


pintu gerbang

aku dengan Lan

ini kat level bawah sekali,tapi kami x mandi kat sini..

Ini destinasi kami, kat level 5 air terjun, sangat tinggi kan? penat juga lah nak daki ke sini..huhu..


sahabat sejati..dua2 dari Johor..We're proud to be Johorean!..

Kisah sebelum itu....

2.Air Terjun Serendah, Hulu Selangor

Hujung minggu aku tak kan seronok jika tidak masuk ke kampung asli, kali ini ke kg asli Serendah yang menjadi pintu masuk ke Air terjun Serendah.. Di sini air terjun tidaklah sehebat Air terjun kanching tapi boleh tahanlah kerana pabila berada di tempat tinggi air terjun ini akan keluar ke satu kawasan seperti lembah yang penuh dengan ladang2 roselle.. dan ia hanya boleh didaki dengan motor atau kereta 4WD sahaja...


laluan masuk ke air terjun Serendah

kampung asli ini menghadap tasik yang cantik


air terjun Serendah

Ini lah pokok Roselle yang ditemui

Kebanyakan pelawat di blog ini, banyak bertanyakan tempat2 perlancongan yang pernah ku kunjungi.. Tidakku sangka pula menjadi tempat rujukan pada mereka ini untuk percutian .. tetapi aku tidak perlu kedekut untuk berkongsi pengalaman ke tempat2 menarik di Malaysia agar mereka dapat juga merasai kenikmatan permandangan dan suasana ciptaan tuhan agar kita sama-sama berfikir akan kehebatan alam semulajadi ciptaan Allah.. Agar blog ini bermanfaat untuk kalian yang masih mencari tempat2 percutian terutama di Selangor ini.. :)

MCT 'VERY LAST PICNIC' AT PORT DICKSON,N. SEMBILAN(8-9 JAN 2010)  

Posted by al-azhar in , , , , ,

Pantai Blue Lagoon, Pantai Batu 4, Pantai Holiday Bungalow, Port Dickson-8-9/01/10
Alamanda dan Masjid Besi PutraJaya-9/10/2010


Minggu lepas, kami yang geng2 MCT yang bermaksud 'Mechatronics Engineering Society' untuk batch 053& 061 yang akan grade tahun ni (kira-kira dalam bulan 4 ni) pergilah berlibur dan picnic di Port Dickson untuk 2 hari.. hanya lebih kurang 46 orang (separuh dari batch kitorang) yang pergi kali ini.. Menyewa 2 buah banglo yang besar (Holiday Bungalow) sangat berbaloi2 dan berdekatan dengan pantai.. Terima kasih banyak2 lah pada member2 yang handle picnic ini secara 'sukarela' kerna picnic kali ini memang sangat best dengan adanya barbekue, karaoke, sukaneka dan macam2 acara lagi lah.. dan semestinya, kami semua enjoy!!... :)

Dan lepas ini masing2 akan semakin sibuk dengan 'Final Year projek ' masing-masing dan pelajaran semester akhir ini... Susah payah kita bersama selama 4 tahun ini (tambah 2 tahun lagi semasa di matriks, jadi 6 tahun semuanya) untuk belajar course ini (mechatronics antara course paling 'tough' dalam engineering) dan ku harap kejayaan pada akhirnya.. Dan ku doakan yang terbaik untuk kalian semua.. Selamat maju jaya dalam memburu kerjaya sebagai jurutera... Dan semoga suatu hari nanti kita buat reunion lagi dan masa itu masing2 dah jadi orang2 yang hebat dalam bidangnya.. Semoga ukhwah itu berkekalan sampai bila-bila kerna "ukhwah itu indah!"..











beach boy :)

p/s:credit to-alif,munem & Syazwan untuk gambar-gambar yang ' cool' dan 'nice' ini.. :)

KEMBARA DAKWAH POS SIMPOR , GUA MUSANG (1-3 JAN 2009)  

Posted by al-azhar in , , , , ,

KG SEDAL, KG SIMPOR & KG DANGDUT POS SIMPOR, GUA MUSANG KELANTAN -1-03/01/10


Kembara dakwah untuk permulaan tahun 2010 ke Pos Simpor, Gua Musang bersama gabungan IOA, ASDAF dan Muhammadiyah International dan 2 wakil dari Dato Shahidan Kassim.. serta gabungan beberapa sukarelawan dari universiti, UIA(1), UPM(2), UITM(1) dan UM(3) orang semuanya.. Jemaah kami seramai 14 orang semuanya. Pemergian kami akan asbab program susulan untuk kampung ini yang telah dikunjungi pada minggu sebelum ini.. Secara ringkas pasal program susulan kali ini..

1)Penduduk semakin mesra dengan kedatangan kami, sambutan semakin baik.. Kawasan sekitar surau juga telah dibersihkan..Tok Batin yang beragama kristian juga semakin mesra dengan kedatangan kami..

2)Pembahagian sekampit beras bagi setiap keluarga Islam di kg Simpor seperti apa yang telah dijanjikan sebelum ini..(Program pada minggu lepas 25/12/2009)

3)Pengislaman seorang lagi perempuan asli di kg Dangdut,pos Simpor...

4)Majlis pernikahan satu pasangan asli di kg Dangdut juga.. pengantin lelakinya baru sahaja memeluk agama Islam pada minggu lepas dengan pasangan perempuannya dari kampung Simpor.. majlis nikah secara syariah Islam dengan mas kahwin sebanyak RM20 (sumbangan ikhlas dari seorang ahli kumpulan kami) dan kami mengadakan jamuan untuk majlis perkahwinan mereka kepada semua penduduk kg Dangdut..

5)Kunjungan kali kedua ke kampung Sedal tidak kurang hebat sambutannya dari penduduk kampung. Di situ majoriti adalah menganut krisitian dan hanya 3 orang sahaja beragama Islam.

6)Mendapat kebenaran dari tok batin kg Sedal menggunakan gereja untuk mengadakan aktiviti kenduri 'cak raya' kepada penduduk kampung dan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk..

7)Alhamdulillah,kami sempat solat berjemaah di dalam gereja tersebut... Diharap, semoga suatu hari nanti gereja tersebut bertukar menjadi surau untuk penduduk situ.. :)

8) Perjalanan offroad yang memakan masa lebih kurang 3 jam setengah semasa pergi menjadi 5 jam semasa balik kerana keadaan hujan lebat..Dan Steyr Daimler Puch milik abang Azmarul menggunakan tayar dipasangkan rantai untuk memudahkan perjalanan di jalan yang teruk dan licin itu..

9)Semasa perjalanan ke Pos Simpor, kami melihat satu kawasan penuh dengan replika salib di situ.. Apakah maksudnya?Adakah di situ mereka mahu menunjukkan itu kawasan mereka?

Apakah maksud dari 'mereka' ini?

Inilah replika salib


10) Semasa keluar ke Kuala Betis, kami membawa seramai 8 orang asli dari pos Simpor menumpang kenderaan kami untuk urusan ASB mereka..

11) Membawa kak Rokiah dan anaknya Ason (pos Simpor) yang menghidap penyakit mata terus ke Hospital JHEOA Gombak semasa pulang ke KL..

Alhamdulillah,tuhan memudahkan perjalanan kami pada kali ini. Meminjam kalimah indah dari blog seorang teman

“Tidak bertemu dua debu; debu api neraka dan debu perjuangan…”

Dan kisah perjalanan sepenuhnya boleh dibaca di blog Nadirah (pelajar UPM) episod 1 dan episod 2 .Sekian,wassalam..

majlis pengislaman

majlis akad nikah




salam perjuangan al-azhar

KONKLUSI SIRI KEMBARA TAHUN 2009  

Posted by al-azhar in , , , , , ,

Tahun 2009 sudah pun berlalu, maka masuklah sekarang kita ke tahun 2010.. Bila difikirkan kembali tahun 2009 menyimpan seribu satu rasa kebahagian ,kepahitan, suka dan duka serta bermacam-macam lagi perasaan yang hanya dapat difahami oleh tuan empunya blog ini disepanjang pengembaraan di dunia yang fana ini.. Dan blog ini juga telah berusia genap setahun pada 31 Disember yang lalu... pejam celik,pejam celik terlalu cepat masa berlalu dan pastinya kita menghampiri 'ketetapan' itu..

Adakah aku menggunakan masa yang lalu dengan sebaiknya?.. Adakah apa yang aku lakukan selama ini berguna untuk masa depan ku?..

Disepanjang tahun 2009 menjadi saksi kepada pengembaraan dakwahku... Ya, "Perjuangan memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan kesungguhan, Kesungguhan memerlukan keIKHLASan...!" Ramai di luar sana berkobar-kobar mahu berjuang, tapi tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang diperjuangkan.. Jangan hanya pada slogannya sahaja, amalinya hendaklah seiring dengan apa yang diperjuangkan.. Dan dalam kerja dakwah hendaklah memerlukan ke'IKHLAS'an.. Jangan mengharapkan kejayaan datang bergolek dan pasti banyak rintangan yang akan ditempuhi sepanjang 'jalan' ini.

Pengorbanan dari segi masa dan tenaga amat diperlukan dalam kerja dakwah ini.. Sekadar berkongsi pengalaman, terlalu banyak dugaan dan rintangan yang telah kutempuhi bukan sahaja di hutan belantara sana malah di dunia maya ini aku mendapat tentangan dari sesetengah pihak yang tidak senang akan kerja yang ku lakukan untuk agama Allah ini.. Tapi aku harus sedar bahawa di zaman Nabi dahulu lagi dasyat menerima dugaan semasa berdakwah.. Jadi dengan itu perlu sabar dan tabah di jalan juang ini kerna itu baru sedikit dugaan yang ku alami .. Dan yang penting kita ikhlas dalam apa yang kita lakukan..

Sehingga penghujung tahun 2009 ini lebih seratus kampung asli telah ku kunjungi di seluruh Malaysia setelah lebih kurang 3 tahun telahku berkecimpung dalam lapangan ini . Dan bersyukur kepada tuhan pencipta alam, tahun 2009 ini juga, aku telah menjadi saksi kepada ratusan orang asli yang telah disyahadahkan kepada agama fitrah termasuklah berbelas orang asli disyahadahkan oleh aku sendiri.. Di situ telah ku sedar.. Sesungguhnya, tanggungjawabku semakin besar, mereka memerlukan perhatian dari kita, umat Islam di Malaysia ini.. Sesungguhnya agama Islam itu agama kebahagian yang akan memberikan kebahagian di dunia dan akhirat.. Dan aku berdoa kepada tuhan agar ditetapkan hati ini dan lindungi diri ini dari sikap putus asa agar dapat terus berjuang pada jalan ini.. Dan ku doakan juga untuk para da'e di luar sana, istiqamah lah dalam perjuangan kalian..

Dan almanac di bawah ini menjadi saksi bahawa hujung minggu ku tidak sama seperti orang lain.. Dalam seminggu ,5 hari untuk ku belajar (untuk menjadi jurutera pada masa hadapan) dan 2 hari untuk khidmat sosial dan pembangunan ummah... Ia sudah setahun berada di side kanan blog ini untuk perancangan jadualku, dan sekarang akan kugantikan dengan almanac yang baru tahun 2010.. Jadi akan kuabadikan almanac 2009 ini pada entri kali ini untuk kenangan ku sepanjang tahun 2009.. SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009!..



JANUARI

9-11 JAN 2009-KEMBARA DAKWAH KG TEJI & KG ABU, CAMERON HIGHLAND,PAHANG

16-18 JAN 2009-KEMBARA DAKWAH KG LIAK & KUALA RENGGIL, GUA MUSANG

23-27 JAN 2009-KEMBARA DAKWAH POS BROOKE, GUA MUSANG

FEBRUARI

22 FEB 2009-REHLAH KOLAM AIR PANAS ,BENTONG PAHANG

MAC

27-1 MARCH 2009-KEMBARA DAKWAH KG PALAS POS SLIM,PERAK

1 MARCH 2009-PROGRAM BERSAMA ANGKASAWAN DI ASRAMA ABU,SETAPAK INDAH

7-9 MARCH 2009-RECREATION TRAINING PULAU PANGKOR,PERAK

13-15 MARCH 2009-KEMBARA DAKWAH POS KUALA MU, SUNGAI SIPUT,PERAK

20 MARCH 2009- REHLAH ULU YAM ,SELANGOR

29 MARCH 2009- REHLAH KEMENSAH WATERFALL, AMPANG SELANGOR

APRIL

22 APRIL-8 JULY 2009 PRACTICAL TRAINING PERODUA MANUFACTURING SDN BHD, RAWANG

MEI

1-3 MEI 2009 CUTI2 MALAYSIA PULAU PINANG

8-10 MEI 2009 CUTI2 MALAYSIA PULAU TIOMAN PAHANG

17 MEI 2009 PAINTBALL TOURNAMENT PERODUA AT DE RIMBA AMPANG

22 MEI 2009 KEMBARA DAKWAH TASIK BERA, PAHANG

31 MEI 2009 BOWLING TOURNAMENT, BUKIT BERUNTUNG RAWANG

JUN

7 JUN 2009 REHLAH KOLAM AIR PANAS, BATANG KALI, SELANGOR

19-21 JUN 2009 KEMBARA DAKWAH KG NYENTIL, POS LANAI PAHANG

27 JUN 2009 KEMBARA DAKWAH KG GERACHI JAYA & KG. PERTAK, KUALA KUBU BARU,SELANGOR

JULY

4 JULY 2009 REHLAH AIR TERJUN PERTAK, KUALA KUBU BARU,SELANGOR

17-19 JULY 2009 KEMBARA DAKWAH KG TAHU, POS BROOKE, LOJING KELANTAN

24-27 JULY 2009 KEMBARA DAKWAH KG PANTOS, POS LANAI,K. LIPIS PAHANG

OGOS

1-2 OGOS 2009 KEMBARA DAKWAH POS TISONG & POS JERNANG, SUNGKAI PERAK

7-8 OGOS 2009 KEMBARA DAKWAH KG TEJI, ABU & SELANGKAR CAMERON HIGHLAND

9 OGOS 2009 KEMBARA DAKWAH PULAU KETAM , KLANG SELANGOR

15 OGOS 2009 KEMBARA DAKWAH KG HULU TAMU & KG SONGKOK, BATANG KALI SELANGOR

21-23 OGOS 2009 KEMBARA DAKWAH KG HUSIN, SG SIPUT, PERAK

28-31 OGOS 2009 KEMBARA DAKWAH POS SIMPOR, GUA MUSANG, KELANTAN

SEPTEMBER

6 SEPT 2009 REUNION & IFTAR ALUMNI ZUHALIAN MRSM MERSING DI AMPANG

11-13 SEPT 2009 KEMBARA DAKWAH POS TUEL & POS SIGAR, GUA MUSANG, KELANTAN

13-16 SEPT 2009 KEMBARA DAKWAH POS BALAR, GUA MUSANG, KELANTAN

17-27 SEPT 2009 CUTI HARI RAYA AIDILFITRI DI JOHOR

24 SEPT 2009 KEMBARA DAKWAH KG SAYONG PINANG, KOTA TINGGI JOHOR

OKTOBER

3-4 OKT 2009 KEMBARA DAKWAH KG GUMUM, TASIK CHINI,PEKAN PAHANG

10 OKT 2009 KEMBARA DAKWAH BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM, SELANGOR

16 OKT 2009 PROGRAM RAYA DAN SADARAK HOSPITAL JHEOA GOMBAK, SELANGOR

16 OKT 2009 ANNUAL GRADUATION DINNER, ENGINEERING FACULTY, THE SUMMIT HOTEL, SUBANG JAYA

24 OKT 2009 TILAWAH AL QURAN JHEOA PERINGKAT KEBANGSAAN, DI UIAM, SELANGOR

NOVEMBER

26-28 NOV 2009 KEMBARA DAKWAH RAYA QURBAN DI POS BROOKE,G MUSANG KELANTAN

28 NOV 2009 KEMBARA DAKWAH KG SUSU CAMERON HIGHLAND,PAHANG

29 NOV 2009 KEMBARA DAKWAH KG PANTOS, KUALA LIPIS,PAHANG

30 NOV 2009 MISI PENGAMBILAN SUMBANGAN BENCANA BANJIR DI ABIM BATU PAHAT JOHOR

DISEMBER

1-6 DIS 2009 KEMBARA DAKWAH POS BALAR-POS BELATIM ,GUA MUSANG ,KELANTAN

11 DIS 2009 KEMBARA DAKWAH KG SG MAS & KG SG JIN, KUANTAN PAHANG

18 DIS 2009 KEMBARA DAKWAH KG MANCHUNG,BUKIT BERUNTUNG,RAWANG ,S'GOR

25-27 DIS 2009 JAMBOREE REDAH 4X4 CLUB 1 MALAYSIA DI LEMBAH KIOL, LATA MERAUNG, JERANTUT PAHANG




salam perjuangan al-azhar

2009

JAMBOREE REDAH 4X4 1MALAYSIA DI LEMBAH KIOL,LATA MERAUNG JERANTUT PAHANG (25-27 DIS 2009)  

Posted by al-azhar in , ,

LEMBAH KIUL,LATA MERAUNG,JERANTUT PAHANG-25-27/12/2009



Akhirnya,program hujung minggu lepas melengkapkan pengembaraan aktivitiku sepanjang tahun 2009. Ia antara program besar yang ku sertai tahun ini.. Jambori 1 Malaysia REDAH 4X4 betul-betul sangat mengujakan dengan pelbagai aktiviti lasak seperti 4wd challenge,motorbike, paramotor dll yang diadakan di Jerantut Pahang..

Aku ceritakan secara ringkas siri pengembaraan kali ini.. Dalam lebih kurang 100 buah kenderaan pacuan 4 roda turut serta dalam jamboree ini.. Paling menarik adalah semasa konvoi beramai-ramai dari tol Gombak sampai ke Jerantut pahang.. Konvoi diawasi oleh polis trafik dari bukit Aman dengan kenderaan 'belalang'nya .Dengan jarak sepanjang lebih kurang 5 kilometer dari kenderaan pertama hingga ke akhir,konvoi kali ini memang 'masyuk'!.. Semua tol lepas dengan mudah sahaja tanpa membayar tol dan semua simpang dijaga polis trafik dan Rela sampai ke tapak jamboree..Segala kenderaan ditahan untuk memberi laluan kepada kami...Traffic memang sangat lancar .. thank u untuk abang2 polis ya..





UIA sebagai 'co-organiser' untuk program kali ini dan lebih kurang 30 orang menjadi petugas melancarkan program. Semasa pergi,semua budak UIA menaiki bas.. kecuali aku.. Aku membawa kenderaan untuk rakan media rasmi untuk program kali ini iaitu bro Faisal (kenalan aku juga) untuk tayangan di slot 'scoreboard' di TV3 pada 29/12/09.. Jadi masuk TV lah muka kami ini.. :)
Sepanjang aktiviti, ia agak santai dan seronok dengan tapak perkhemahan yang sangat luas dan panjang sepanjang 500 meter di sepanjang sungai kiol. Aku bertugas di tempat 4wd challenge (SS) di mana ada 2 stage 'light and easy' dan 'hardcore'.. Masa ini dapatlah melihat camne mereka yg professional ini mengawal kenderaan masing-masing, dengan peranan co-pilot amat membantu sekali.. Dapat jugalah aku belajar ilmu tambahan kendali 4wd dari pakar-pakar ini walaupun aku dah biasa juga bawa 4wd ke hutan.. 'Lain padang lain belalang' jadi gitu jugalah lain orang lain ilmunya.. Belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain amat berguna untuk kebaikan memajukan diri ini dalam bidang ini..













Dan pada hari ahad baru aku berkesempatan mandi di air terjun Lata Meraung..Memang best air terjun ini dan sangat masyuk... Insya Allah,next trip bersama REDAH 4x4 team akan diadakan pada bulan satu ini..




Gambar kenangan bersama team REDAH yang sempoi.. Tahniah kepada semua yang menjayakan acara Jamboree kali ini..Anda memang best!..



REHLAH SELANGOR STATE PARK, ULU YAM S'NGOR (20 DIS 2009)  

Posted by al-azhar in ,

Taman Negeri Selangor, Ulu Yam,Selangor -20/12/2009)








KEMBARA DAKWAH KG BUKIT MANCHUNG,BUKIT BERUNTUNG RAWANG SELANGOR (18 DIS 2009)  

Posted by al-azhar in , , , , ,

KOA Bukit Manchung, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor Darul Ehsan- 18/12/2009


Ziarah mahabbah kali ini di perkampungan asli Bukit Manchung di Bukit Beruntung. Kampung ini terdiri daripada suku Temuan dan berpenduduk seramai lebih kurang 580 lebih..dan lebih kurang 285 penduduk beragama Islam bermaksud separuh daripada penduduknya sudah memeluk Islam.. Kehadiran diriku di sini kebetulan bersama dengan jemaah dari Bukit Sentosa seramai lebih kurang 15 orang yang akan berprogram di sini selama 3 hari.. Jadi join sekali aktiviti bersama mereka selama sehari dan bermalam di kampung tersebut satu malam, kerana hari sabtu ada urusan lain yang perlu diselesaikan di Gombak..




Jemaah dari bukit Sentosa,Rawang


Berjumpa dan beramah mesra dengan penggerak di sini ,ustaz Yusuf amat bermakna sekali. Ustaz Yusuf sudah berkhidmat di kampung ini selama 18 tahun untuk kemajuan agama Islam di sini. Satu tempoh yang agak lama. Beliau merupakan seangkatan dengan ustaz Abu Yazid (penggerak kg asli Sg Mas Kuantan yang dikunjungi minggu lepas).. Banyak kisah-kisah dan pengalaman dikongsi bersama, berkenaan dugaan dan cabaran selama menjadi penggerak di sini.. Hamba benar-benar mengagumi kecekalan beliau menyebarkan dakwah di kampung asli yang semestinya berbeza pendekatan dakwahnya .. dan sebenarnya, beliau juga adalah merupakan orang asal dari suku Semai dari Tapah.. Kisah pengislaman nya juga sangat menarik hati sebelum menjadi penggerak kepada masyarakatnya. Dan kisah hidupnya pernah disiarkan di akhbar utusan Malaysia dan boleh klik di (sini ) untuk membaca lebih lanjut.. Walaupun kunjungan ke kampung ini singkat, tapi ia sangat bermakna... Terima kasih ustaz Yusuf atas layanan yang baik terhadap diri ini..

'Mengembara untuk mencari erti hidup'

Ustaz Yusuf

salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH KG SG MAS & KG SG JIN, KUANTAN PAHANG-11 DIS 2009  

Posted by al-azhar in , , , ,

Kg Sg Mas dan Kg Sg Jin,Sungai Lembing ,Kuantan Pahang- 11/12/2009




Jumaat lepas, 4 orang daripada SKUAD PRIHATIN ABIM( 2 SP Pusat dan 2 SP Johor),En. Shamsul, Azhar, Azam dan Salleh telah melakukan misi untuk mangsa bencana banjir di Sg. Lembing Kuantan Pahang. Kawasan yang dipilih adalah perkampungan asli Sg Mas & Sg Jin.

Penduduk di sini terdiri dari suku Jakun dan Semaq Beri yang terdiri dalam 400 orang penduduk.. Kampung ini mempunyai 121 keluarga dan 71 keluarga adalah beragama Islam dan selebihnya bukan Islam..Bantuan diberikan adalah berbentuk sumbangan 50 kampit beras dan air mineral untuk penduduk yang terlibat dengan banjir.. Sumbangan diberikan kepada semua penduduk tanpa mengira latar belakang keluarga dan agama.. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka ketika ini...






salam perjuangan al azhar

KEMBARA DAKWAH POS BALAR-POS BELATIM,G MUSANG KELANTAN (1-6 DIS 2009)  

Posted by al-azhar in , , ,

Pos Belatim, Gua Musang kelantan (1-6/12/2009)




Bismillahirrahmanirrahim..

Kembara dakwah semasa cuti semester UIA terus menerus tiada berhenti...Tiada istilah rehat dalam diriku.. Cuti kali ini mesti digunakan semanfaatnya sebelum semester akhir pengajian ku di UIA bermula pada 7 hb 12.. Ketika itu nanti aku akan sibuk dengan bebanan dunia akademikku dan tugasan projek tahun akhir.. Semoga tuhan tabahkan hatiku untuk hari-hari mendatang..

Selepas ke kg Pantos Pahang, sehari kemudian misi mengambil barangan sumbangan untuk mangsa banjir Perak di ABIM daerah Batu Pahat Johor (30 Nov) yang terdiri daripada sumbangan beras untuk mangsa bencana,dan kemudian balik ke KL semula pada hari yang sama...kerana esoknya ada 'misi besar' di Kelantan...

Aku akan ke Pos Belatim di Gua Musang.. Kampung asli yang paling terdalam di dalam hutan di Kelantan setakat ini yang pernah aku kunjungi mengambil masa selama 6 hingga 7 jam daripada jalan Besar di Kg Kuala Betis...Kami seramai 4 orang dari UIA (Azhar,Yusuf, K. Adah dan Aishah) dan (abe Nasir & En Shamsul).. Dan di bawah ini adalah antara senarai kampung yang kami berjaya membuat program untuk penduduk kampung di sana...

kg Ipes,Pos Balar-2 Dis 2009

kg Balar,Pos Balar-3 Dis 2009

kg Dakoh,Pos Balar-4 Dis 2009

kg Belatim,Pos Belatim-4-5 Dis 2009






Kali ini pengembaraan sangat mencabar, kerana Kelantan mengalami musim tengkujuh.. Kawasan Gua Musang juga tidak terlepas dari menerima kesannya walaupun di situ tidak banjir..Dan jalan balak masuk ke Pos Balar dan Pos Belatim amatlah teruk sekali kali ini..Beberapa kali jentera 4WD kami tersangkut di tanah berselut dan bukit yang yang licin..Dan kali ini merentasi 7 buah sungai tiada jambatan sehingga ke Kg Cherok di Pos Belatim.Keadaan air sungai yang naik kerana hujan menyebabkan ia agak dalam untuk direntasi dan ada di beberapa batang sungai yang dilalui air dapat masuk ke dalam tempat penumpang.. Alhamdulillah,dengan izin Allah, perjalanan kami dipermudahkan dan semua selamat sampai ke tempat destinasi..






Dan kali ini aku tidak dapat ceritakan perjalanan penuh perjalanan ke Pos Belatim kerana kebatasan waktu yang tidak mengizinkan.. Cuma di sini nak menekankan beberapa kejadian dan peristiwa menarik di sini:

1. Kg Cherok merupakan kampung kedua akhir sebelum kg Sempadik di Pos Belatim..Dari jalan besar ke Kg Cherok ambil masa 7 jam,kalau mahu ke Kg Sempadik akan menambah 2 jam lagi perjalanan 4WD dengan keadaan jalan yang maha dasyat..

2. Aku dan Kak Adah adalah perintis dan merupakan orang terawal dari kumpulan kami untuk kunjungan ke Kg Cherok semasa kami mencari sayur-sayuran untuk dijadikan bahan makanan semasa bermalam di Kg Belatim.. penduduk di sini amat peramah walaupun ini kali pertama kami ke sini.

3. Kak Hajar di Pos Belatim seperti di ceritakan dalam entri sebelum ini (klik sini) berjaya di pujuk untuk ikut kami kembali Kuala Lumpur untuk belajar asas Islam di ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia) di Bangi di mana sekarang ini berlangsungnya kursus untuk orang asli mendalami Islam selama 3 minggu anjuran ASDAF dan JAKIM..
kak Hajar (pos Belatim)

4. Seorang wanita asli menghidapi penyakit gastrik semasa kunjungan kami ke sana.. Dan sudah seminggu menderita penyakit itu.. Kami membawa wanita itu juga kembali ke kuala Lumpur serta ditemani oleh ibu bapanya ke Hospital JHEOA Gombak menggunakan kenderaan kami setelah Helikopter yang dipanggil untuk membawa pesakit tidah dapat berlabuh di Pos Balar kerana keadaan kabus yang tebal untuk beberapa hari di Pos Balar..

5.Penerimaan penduduk di pos Balar dan pos Belatim semakin baik terhadap kami walaupun dari penduduk bukan Islam..Alhamdulillah..

6. Diri ini semakin mahir mengawal kenderaan 4WD.. Sepanjang perjalanan yang mencabar itu aku yang membawanya..Semakin mencabar semakin seronok rasanya... Tapi diri ini mesti beringat bahawa di belakang banyak nyawa yang mesti dilindungi.. Terima kasih banyak en. Shamsul kerana melatih diri ini...


Lagi cerita pasal kembara kali ini boleh dibaca di blog kak Adah ( klik sini )..

Berakhirnya program di Pos Belatim,maka berakhirnya siri pengembaraan dakwah selama 2 minggu berturut-turut...Semoga diri ini masih mempunyai 'peluang' seperti ini di masa-masa mendatang..hanya masa yang akan menentukan...




salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH KG SUSU,CAMERON H'LAND & KG PANTOS K. LIPIS (29-30 NOV 2009)  

Posted by al-azhar in , , , ,

1.Kg Susu, Cameron Highland Pahang-29/11/2009





sesi bergambar beramai-ramai bersama penduduk kampung

kami seramai 9 orang terdiri dari kiri:daniel,ismail,yusuf,en,Shamsul,Azhar,Faiz,Nasir
depan:Adam

Pengembaraan seterusnya ke kg Susu selepas berakhir program di pos Brooke semalam.. Bergerak terus dari Gua Musang dan menuju ke Cameron Highland dan melalui lembah Bertam untuk ke kg Susu di mana masih menggunakan jalan merah lagi kerana highway Cameron-k. Lipis masih dalam pembinaan lagi.. Ketibaan kami amat 'suprise' untuk rakan-rakan seperjuangan Comrade yang berprogram selama seminggu di sini kerana tidak memberitahu mereka untuk turut hadir ke sini.. Terkejut juga diorang ini terutama budak-budak lama Comrade...:)

Malam itu adalah malam terakhir mereka berprogram di situ..Walaupun ketibaan kami sebentar,tapi kehadiran kami mampu memberikan keceriaan kepada penduduk kampung pabila bro. Jalie meminta daripada aku cerita filem 'Upin Ipin-Pengembaraan Bermula' untuk ditayangkan kepada penduduk kampung..bergelak sakan pabila diorang menonton cerita ini.. :)

Memang setiap kali masuk kampung aku akan membawa koleksi filem untuk ditayangkan kepada penduduk.. Sebagai salah satu tarikan untuk mereka berkumpul bersama dan mengeratkan ukhwah sesama kita...


Walaupun berada di kampung ini hanya sebentar,terasa bahawa 'ukhwah itu sangat indah'..Dan dapat juga melihat banyak muka-muka baru junior.. Diharap mereka ini lah yang akan meneruskan jalan juang ini..


2.Kg. Pantos,Pos Lanai,Kuala Lipis pahang-30/11/2009

Esoknya,menuju pula ke kg Pantos di kuala Lipis kerana pada hari itu ada program penyembelihan daging Qurban di situ oleh ASDAF.. Sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan .. Dan berjumpa lah dengan pak Abu ,pengetua ASDAF di situ..Kampung yang indah ini adalah kunjungan kali kedua ku ke sini..





Maka berakhirlah siri pengembaraan ibadah Qurban pada tahun ini..Semoga usaha kita mendapat redha daripada tuhan pencipta Alam dan semoga di masa-masa mendatang usaha ini dapat diteruskan lagi...dan memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan..
InsyaAllah...

'Berkorban demi agama'


salam perjuangan al azhar


KEMBARA DAKWAH POS BROOKE, G. MUSANG-AIDILADHA & IBADAH QURBAN 1430H (26-28 NOVEMBER 2009)  

Posted by al-azhar in , , , , , ,

Pos Brooke,Gua Musang Kelantan- 26-28/11/2009
(Kg Penangau,Kg Sigar,Kg Bahong,Kg Sendrod,Kg Sangwai,Kg Jerdip,Kg Mendrop,Kg Jegjok,Kg Brooke Lama,Kg Jelgel)


Bismillahirrahmanirrahim..

Sebanyak 4 ekor lembu selamat dikorbankan sempena raya AidilAdha dan Qurban pada tahun ini yang julung-julung kali diadakan di pos Brooke.. Lebih kurang 9 orang jawatankuasa Ibadah Qurban yang diketuai olen en Shamsul sendiri (IOA) dan dibantu oleh 7 pelajar UIA terdiri dari
Adam,Daniel,Ismail,Yusuf,Faiz,Rahman dan aku sendiri serta abe Nasir..Buat pertama kali, surau yang baru sahaja siap untuk penduduk kampung Jerdip menjadi tuan rumah untuk sembahyang raya dan pusat penyembelihan binatang Qurban.. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk kampung.

Ia dianjurkan di sini bagi menunjukkan kepada mereka bahawa dalam agama Islam ada 2 hari utama kebesaran iaitu raya puasa dan raya Qurban kerana rata-rata penduduk di Pos Brooke ini baru memeluk Islam.. dan kepentingan ibadah Qurban ini adalah untuk menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama 'kasih sayang' dimana yang 'mampu' berkorban membantu yang tidak mampu..Semoga ada insan yang lain dapat menikmati daging haiwan yang kadangkala bagi golongan ini tidak mampu untuk mendapatkannya walaupun sekali dalam setahun terutamanya kepada masyarakat asli di sini yang kehidupan mereka agak daif sekali..dan sesungguhnya betapa signifikan sekali peristiwa bersejarah antara nabi Ibrahim dan nabi Ismail yang menjadikan ibadah Qurban ini penting kepada masyarakat Islam ..

Dan program raya Qurban kali ini memerlukan aku melakukan pengorbanan dimana yang pertama ,tidak dapat menyertai rakan sekuliah ke Pulau langkawi (maaf kawan-kawan).. dan yang kedua,yang paling penting ialah tidak bersama keluarga di hari peristiwa,tidak dapat menikmati hidangan enak di pagi raya.. kerana suasana raya Qurban dan raya puasa adalah sama bagi keluarga ku... Hidangan di pagi raya yang paling aku rindui...Ketika itu ada segala hidangan ketupat,dan pelbagai jenis juadah..yang paling 'special' adalah semua lauk ayam, daging,kuah lodeh sebanyak 10 rasa...kerana keluarga kami mengamalkan bertukar-tukar hidangan kepada jiran sekeliling lebih kurang 10 rumah... dan bila laungan takbir raya buat pertama kali di surau yang baru dibina ini membuatkan aku agak hiba sebab aku kini betul-betul di perantauan...di tengah-tengah hutan belantara... walaupun dah biasa berada di dalam hutan,tapi disebabkan hari raya aku tidak dapat sembunyikan perasaan itu..tapi demi kebaikan orang lain, aku sanggup berkorban untuk itu.. harap mereka ini memahami..

saksikan beberapa keping gambar sepanjang peristiwa program ibadah Qurban untuk tahun ini..dan kisah-kisah pengembaraan dakwah selama 2 minggu berturut-turut akan diceritakan pada entri seterusnya..

lembu diimport dari kuala kangsar,perak

ismail dengan rahman, si penggembala yang setia

sesi penerangan cara penyembelihan

En Shamsul sebagai tukang sembelih untuk keempat2 ekor lembu





di bawah ini adalah antara nama penyumbang binatang Qurban di pos Brooke





proses melapah dan pengagihan daging Qurban


salam perjuangan al azhar

KISAH AKU DAN MPV PERODUA 'ALZA'  

Posted by al-azhar in , ,





Akhirnya ,MPV Perodua yang dinanti-nantikan selama ini selamat dirasmikan pada tarikh 23 November 2009 kepada umum dan media.. Inilah model yang berkod D46T seperti yang pernah aku ceritakan pada entri sebelum ini (klik sini) Dan namanya adalah 'Alza'.. Orang kata gabungan nama 'Alphard' dan 'Avanza'..Itu yang jadi Alza tu.. Dan hampir dekat pula dengan namaku juga... Cuba sebut 'Alza' dengan 'Azhar'?.. kan lebih kurang sama intonasi menyebut namanya...Walaubagaimanapun perkataan 'Alza' itu diambil daripada perkataan Spanish bermaksud 'rise' atau dalam bahasa melayunya 'bangkit'.

Semestinya, Perodua mahu bersaing dalam pasaran MPV Malaysia. Pesaing hebat kepada Exora.. Dan pastinya jualan untuk Avanza pasti akan jatuh lagi merundum selepas ini (selepas kalah dengan Exora dan Livina) walaupun Avanza dipasang di kilang Perodua juga di Rawang itu.. 2 model MPV dalam satu kilang.. Barangkali mereka akan 'stop'kan model Avanza tak lama lagi kerana yang pasti 'Alza' ini menjadi fokus kepada Perodua sekarang..

Dan model ni sesuai untuk keluarga muda yang masih mempunyai anak-anak kecil, dan orang bujang yang mahukan 'compact' MPV.. Untuk aku, aku berminat lagi dengan kereta '4wd', boleh pergi mana-mana tempat,bandar ke,kampung ke,hutan ke..hehe..Tetapi barangkali model ini akan dipertimbangkan, kerana ia menyimpan 'sweet memory' semasa turut join bersama ' team engineer' untuk projek model 'Alza' ini semasa praktikal di Perodua tempoh hari..

Sememangnya dengan keluarnya model ini ke pasaran mengingatkan aku kepada team D46T PE-QRE..Korang memang best!.. dan teringat balik slogan Perodua iaitu


"tingkatkan kualiti kerja!....Yosh...."

gambar suatu ketika dulu di Perodua Production Engineering

WARKAH BUAT AZHAR!...  

Posted by al-azhar in ,


Selamat ulang tahun yang ke 23 buat diriku...

Seperti nukilan yang tertera di dalam e-kad ini..

"Semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu!.."

Jadi beringatlah kamu wahai Azhar,Zahar,Ja'a,Aja,Ajehar,Jahar,Jehar,Har,R,Joe,A.J., dan Spike!..

Masa berlalu tidak akan kembali. Jadi teruskanlah... teruskan perjuangan kerana perjuangan kamu masih belum selesai!...

salam perjuangan al-azhar

23 TAHUN

20 NOVEMBER 1986 - 20 NOVEMBER 2009

AKU DAN DUNIAKU!..  

Posted by al-azhar in , , ,

Sudah lama tidak menulis blog, kerana sibuk dengan projek Tahun akhir (FYP) fakulti kejuruteraan dan exam akhir semester ini. Selepas raya tempoh hari, aku menghadapi satu tempoh yang paling sibuk dan kritikal sepanjang keberadaan aku di UIA ini. Banyak projek kena siapkan sampaikan nak mencari masa berehat langsung tiada. Termasuk hujung minggu ku juga terpaksa habiskan di lab. Ketika itu kerja-kerja ku seperti tiada kesudahan. Selepas habis satu projek kena sambung projek yang lain. Kadangkala aku lelah untuk mencari masa untuk bernafas pun tiada. Dan dalam sebulan itu aku tidak cukup tidur. Hampir-hampir sikap putus asa menerjah ke diri ini tapi nasib baik ada rakan-rakan di sekeliling memberi sokongan... Kalau dihintung hampir 5 bulan sahaja akan ku tinggalkan bumi UIA ini. Terlalu banyak kenangan dan kisah suka duka di sepanjang pengajian ku di sini. Suatu tempoh yang agak mencabar untuk diri ini yang bergelar mahasiswa dan bakal bergelar jurutera untuk masa hadapan..


"Bersabarlah kamu wahai azhar , semoga kamu akan segah universiti tersohor al-azhar di Mesir itu suatu hari nanti!" pesan dari kawan rapatku...

Kawan,terlalu melangit pujian anda terhadap ku!..tapi ku harap kata-katamu menjadi doa buat diriku..

Namun, aku berusaha ke arah itu. Berusaha untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Walaubagaimana payah pun hidup, hidup mesti diteruskan.. dan Hidup mesti BERANI berani terima kENYATAAN!... sekarang yang aku lalui hanyalah baru berada dalam linkungan skop yang kecil, sekadar permasalahan di universiti.. Dan hakikat yang perlu dilalui adalah di dunia luar sana.. Dunia yang penuh pancaroba.. Dunia yang tidak mengenal mangsanya.. Barangkali kita berjaya atau tewas di dunia ciptaan kita sendiri.. Yang penting itulah ujian yang tuhan berikan untuk menguji sejauh mana ketaqwaaan hambanya di dunia ini dan yang pasti ujian itu masih mampu ditanggung oleh manusia seperti mana dalam firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Dan pabila setiap kalian aku mendapat tekanan kerja dan beban yang banyak akan ku ingat firman tuhan ini. Ia memberi motivasi kepada diri untuk memperbaiki diri. Yang pasti itu hanyalah ujian buat diri ku dan ingatan akan kekhilafan dan kesalahan diriku sendiri kerana manusia sendiri adalah makhluk yang mudah alpa yang perlu diberi peringatan.

Dan sewaktu masih belajar inilah kita kutip seberapa banyak pengalaman. Kerana pengalaman yang akan mengajar kita akan erti sebuah kehidupan.

Setakat ini aku bolehlah berbangga dengan percapaian ku setakat ini walaupun tidak seberapa. Pernah memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan di UIA, mewakili UIA ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk pertandingan robot, menjadi tutor dan banyak lagi.. Kadangkala aku seperti tidak percaya mampu sampai ke tahap begini. Cuma yang penting keyakinan kepada diri sendiri dan bagaimana aku mencari peluang itu sendiri. Tidak mengambil pusing apa perpekstif negatif rakan-rakan dan jadikan ia sebagai motivasi kepada diri sendiri. Ku akui, sejak kebelakangan ini prestasi akademik ku tidak begitu memberangsangkan, tidak secemerlang semasa aku di masa matrix dan '1st year' yang aku mampu mendapat anugerah dekan tetapi aku masih berpuas hati lagi.. Aku bahagia dengan kehidupan ku setakat ini.. Sekarang inilah dunia ku, inilah impian ku, dan inilah bahagia ku!.. Aku bangga menjadi diri ku sendiri!..

Bagi diriku yang selalu turun di lapangan masyarakat di luar sana ,merasakan diri ini terlalu kerdil bila berdampingan dengan mereka.. Terlalu banyak orang-orang hebat di luar sana.. Alhamdulillah, mereka tidak kedekut ilmu untuk berkongsi bersama... Kadang-kadang aku tidak meminta,tetapi mereka sendiri yang memberinya. Aku sangat mengkagumi mereka semua.

Kali ini ku bermonolog pasal kehidupan akademik ku yang jarang ku terjemahkan dalam blog ini.. Sebagai peringatan untuk diriku juga.. bagi menyiapkan diri ini sebagai bakal 'muslim engineer' untuk masa mendatang!... dan sebagai peringatan kepada diriku bahawa aku akan melangkah usia yang lebih tua dalam tempoh 2 hari lagi!...:) ...




HAKIKAT SEBUAH PERJUANGAN!  

Posted by al-azhar in , , , , ,

Perjuangan kita!


Aku rasa bukan sia-sia mendaki bukit, meredah hutan bersama kawan-kawan
Malah inilah medan perjuangan selayak dengan daya kekuatan usia kita
Yang masih muda belia… apa salahnya kita luangkan sedikit tenaga, masa
Bersama mereka yang masih dahagakan ilmu dan iman jauh sekali kemodenan.
Yang hidup dalam serba kekurangan dan kegelapan…

Aku rasa bukan sia-sia ketika aku turun ke lembah untuk memancing ikan
Bersama budak-budak yang kotor berselut, berbau hapak dan hingus kering di pipi
Namun mereka bersuka-ria dengan kehidupan beralunan nyanyian kebebasan
Sebebas unggas di hutan yang terbang ke sana ke mari, bergurau senda bersama
Tiada keganasan macam yang kita rasai di hutan batu…

Aku rasa bukan juga sia-sia bila aku mengenali dan menghayati kehidupan mereka
Yang daif pada pandangan, namun kaya pada ketenangan dan kedamaian
Dapat merasai nikmat yang Allah berikan pada tangan sendiri
Dari kecil bila dewasa terus mengasari tangan sendiri, menarik rotan,
Tanam padi atas bukit, cari akar kayu,
Jadi hamba keparat penghisap darah mentah..

Demi kehidupan yang temurun diwarisi mereka akur dengan keadaan diri
Cuma mengharapkan generasi kini mengubah kembali pilihan moyang dulu
Yang memilih jalan sepi di hutan demi menjaga adat resam sendiri
Dan mengubah nasib bangsanya…yang moden pada kemusnahan…
Kerana mereka kenali kemajuan hanya pada keseronokan dan hiburan
Perjuangan kita… seharusnya tiada noktah… kerana pada tangan kita
Terletak satu amanah ilmu…yang perlu disampaikan pada yang perlu

Dan bukan sia-sia kita berjuang…bukan sia-sia kita berjalan jauh
Menyusuri jalan sempit nan redup… gugur keringat dan kepenatan
Menuruni selekoh bahaya… namun… kita gembira kerana
Di situ kita tersenyum tanda syukur pada Ilahi
Yang memberi kudrat sebagai pencinta.
Pencinta kedamaian, ketenangan dan….. kasih sayang

Pada malam ini, kita bangga dengan perjuangan kita selama ini
Setelah sepuluh tahun berlalu, kita masih gagah membawa misi
Dalam mencari keredhaan yang hakiki juga ketenangan tersembunyi
Lihatlah temanku… kini terbukti
Perjuangan kita bukan sia-sia… hasilnya sama-sama kita rasai…
Teruskan berbakti... teruskanlah!

Wan Norhisyam
A 4.5 Mahallat Bilal
2002


Sajak ini pernah dideklamasikan pada malam sambutan Sepuluh Tahun COMRADE UIA..

sambungan..

Perjuangan ini,
bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirkannya.
Ia telah bermula sejak zaman Adam
sehingga ke akhir zaman
dan hakikatnya..
Kita adalah mata rantai daripada satu perjuangan yang panjang!..

sisipan kenangan di kg Tembaga, Pos Balar, Gua Musang Kelantan


salam perjuangan al-azhar
2009


MAJLIS TILAWAH AL QURAN MASYARAKAT ASLI PERINGKAT KEBANGSAAN- 24 OKTOBER 2009  

Posted by al-azhar in , , , , , ,

AUDITORIUM UTAMA, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK, SELANGOR- 24 OKTOBER 2009

PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN DAN NASYID

ORANG ASLI PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMPAT : MAIN AUDI , BANGUNAN PENTADBIRAN UIAM

HARI / TARIKH : SABTU /24 OKT 2009

MASA : 9.00 pagi - 7mlm

ANJURAN BERSAMA :COMRADE UIA, JHEOA & JAKIM











Tahniah kepada penganjur terutamanya tuan rumah, Kelab COMRADE UIAM kerana berjaya menganjurkan program yang berprestij kepada masyarakat asli yang beragama Islam di seluruh Malaysia. Dengan bertemakan "Wahdah pemangkin khaira ummah" menjadi pemicu utama kepada kegemilangan Islam dan perkembangan syiar Islam di tempat-tempat mereka. Tahniah juga kepada peserta yang mewakili setiap negeri kerana merekalah bakal menjadi 'role model' kepada masyarakat Islam umumnya dan masyarakat asli khususnya.. Anda adalah terbaik dari kalangan yang terbaik!

salam perjuangan al-azhar

ANNUAL GRAND DINNER KULLIYAH OF ENGINEERING UIAM- 16 OKTOBER 2009  

Posted by al-azhar in , ,

THE SUMMIT HOTEL , SUBANG JAYA, SELANGOR-16 /10 /09 (5.30 pm - 12.00pm)





















"THE GREATEST EVENT FOR THE YEAR"


KULLIYAH OF ENGINEERING


INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

PROGRAM RAYA & PELANCARAN KELAB 'SADARAK' HOSPITAL JHEOA- 16 OKTOBER 09  

Posted by al-azhar in , , , ,

HOSPITAL JHEOA GOMBAK ,BATU 12 GOMBAK, SELANGOR -16/10/09 (8 am-5.30 pm)











MAJLIS PELANCARAN

PERSATUAN RAKAN HOSPITAL JHEOA GOMBAK

'SADARAK'

secara rasminya pada

JUMAAT, 16 OKTOBER 2009


Terima kasih kepada semua sukarelawan yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis terutama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia terdiri dari COMRADE, TITIAN ASLI, JASA & PKPIM yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.Semoga tuhan membalas baik jasa kalian semua.

Dan pastinya kerjasama baik daripada beberapa NGO seperti Yayasan Al-Khalifah,PERKIM, JHEOA dan ABIM GOMBAK akan dapat mengukuhkan lagi persatuan 'SADARAK' ini untuk membantu golongan yang memerlukan terutama masyarakat peribumi ini. InsyaALLAH..

"Hidup untuk Memberi"

salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH BUKIT BANDARAYA ,SHAH ALAM SELANGOR- 10 OKTOBER 2009  

Posted by al-azhar in , , ,

KEMBARA DAKWAH BUKIT BANDARAYA ,SHAH ALAM SELANGOR- 10/10/ 2009

Pada minggu lepas program hanyalah berbentuk ziarah raya di bukit Bandaraya di mana antara kawasan orang asli termaju di Selangor ini.. Menziarahi rumah Tok Batin , Penggerak di situ (Ust Syarif) dan penduduk di situ bersama-sama sahabat dari Kelab Jasa. Sebenarnya kampung ini sudah 2 tahun tidak dikunjungi oleh hamba di mana program last di sini hamba join adalah ihyak ramadhan 2 tahun lepas..Bersyukur kepada tuhan kerana masih diberikan kesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat sebegini walaupun kehidupan hamba buat masa ini dan masa-masa mendatang amatlah sibuk sekali dengan pelbagai projek 'engineering' yang perlu disiapkan.. Semoga dipermudahkan tugas-tugas hamba masa ini..Insya Allah..



Tok Batin berbaju merah




salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH TASIK CHINI,PEKAN PAHANG (3-4 OKTOBER 2009)  

Posted by al-azhar in , , ,

KG GUMUM,TASIK CHINI PEKAN PAHANG - 3-4 OKTOBER 2009

Lagenda naga tasik Chini benar-benar menarik perhatian hamba untuk ke tasik yang banyak kisah mistik ini.. Kg Gumum ini pun dikatakan diambil namanya sempena naga 'Gumum' di tasik Chini ini. Benar atau tidak, ia hanyalah sekadar mitos atau lagenda tasik ini untuk menarik perhatian pengunjung luar untuk ke mari menikmati keindahan alam semulajadi kurnian tuhan..

peta lokasi

tasik chini

Hamba ke sini adalah untuk menjayakan program jamuan hari raya atau 'Open House' bersama penduduk asli kg Gumum yang beragama Islam kerjasama antara ABIM dan Yayasan Rahah (yayasan milik Dato Najib, perdana menteri kita lahni). Majoriti penduduk sini adalah suku kaum jakun. Yayasan Rahah diwakili oleh Ustad Mad dan Ustad Salim manakala ABIM diwakili oleh en Shamsul sendiri (Dato Razak tidak dapat hadir).




Sambutan amat meriah dan menggalakkan kerana penduduk memberi kerjasama yang baik sekali, membuat lemang, ketupat dan juadah raya bersama-sama.. Ukhwah itu memang benar-benar kelihatan bersama mereka. Mereka benar-benar amat peramah. Apa yang hamba dimaklumkan ini adalah pertama kali program seperti ini diadakan di situ. Dan mereka pun mengatakan ini pertama kali mereka membuat ketupat dan lemang untuk sambutan hari raya. Sekurangnya dengan adanya program seperti ini dapat mengajar mereka ilmu baru akan cara membuat ketupat dan lemang dan bolehlah diaplikasikan pada masa-masa mendatang disamping mengukuhkan ukhwah sesama umat Islam di situ yang berjumlah dalam 100 lebih daripada penduduk yang lebih kurang 600 orang.

Seorang pemuda berasal dari Sarawak yang mengahwini penduduk sini dikenali sebagai 'abang Amir' pula dilantik sebagai ketua untuk menguruskan majlis ini. Jadi program ini diuruskan oleh mereka dahulu sebelum ketibaan kami. Jadi tugas kami agak ringanlah semasa program ini kerana tugasan memasak telah di'settle'kan oleh mereka. Manakala hamba buat tugas-tugas prep & tech seperti 'wiring' ,'media presentation' etc... Rileks sikit..:)..Pada petangnya pergi ke tasik Chini, pusing-pusing tasik sambil menikmati matahari terbenam.. Malam, lepas maghrib baru jamuan besar diadakan. Walaupun sederhana tapi kelihatan meriah dengan dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis juadah raya sambil karaoke lagu-lagu raya dan tayangan filem menggunakan layar kepada penduduk kampung..

Kami pulang esoknya ke KL, dan menghadiri 2 lagi open house di KL.. Memang rezeki amat murah setiap kali semasa musim perayaan ini kerana 'Open House' di mana-mana sahaja ..:)







salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH KG SAYONG PINANG.KOTA TINGGI JOHOR-25 SEPT 2009  

Posted by al-azhar in , , ,

KG SAYONG PINANG, KOTA TINGGI JOHOR- 25.09.09


"Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. "







Buat julung-julung kali hamba melawat kampung asli di negeri Johor iaitu di negeri kelahiran hamba.. Walaupun hamba dilahirkan dan dibesarkan di Johor tetapi ini pertama kali berkunjung ke kawasan pertempatan di sini. Selama ini pun banyak berkunjung ke kawasan asli di Kelantan, Perak, Kelantan,Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan..

Kampung yang dikunjungi adalah kg Sayong Pinang, petempatan asli kaum Jakun terletak di jalan yang menuju ke air terjun kota Tinggi kalau dari tempat hamba. Kampung asli yang agak maju. Di sini juga terdapat sungai besar yang masih menjadi nadi sumber rezeki kepada penduduk dan orang tempatan untuk menangkap ikan air tawar dan udang galah. Penduduknya juga mesra dan peramah di sini..

Kampung ini sebenarnya masih menyimpan seribu satu rahsia pasal sejarah " the lost city-kota purba Gelanggi" yang masih menjadi tanda tanya sampai ke hari ini.. Di sekitar kawasan inilah dikatakan terletak kota Gelanggi tersebut. Dikatakan, kemungkinannya ia lebih tua daripada Angkor wat di Kambodia dan Borobodur di Indonesia, sekiranya berjaya ditemukan bukti-bukti yang sahih, sejarah Malaysia umumnya dan sejarah Johor khususnya perlu ditulis semula.Namun belum ada bukti kukuh akan kewujudannya..Dan para pengkaji arkeologi dan sejarah masih meneruskan kajian pasal kota ini..Bawah ini adalah site yang menceritakan pasal kota ini..


Sememangnya hamba memang berminat akan kajian arkeologi dan kisah-kisah kerajaan Melayu yang hebat suatu masa dahulu. Baru-baru ini hamba menonton filem 'Queen of Langkasuka' dibikin oleh orang Thailand. Kisahnya sangat menarik berkaitan kerajaan Langkasuka. Pelakon-pelakonnya memakai busana Melayu daripada raja, puteri hinggakan para pahlawan Melayu. Ia ternyata mengangkat kehebatan sejarah Melayu dahulu kala walaupun wataknya dilakonkan oleh orang Siam dan bertutur dalam bahasa Siam. Sangat mengujakan sekali menonton filem ini..



Dan hamba tidak berada lama di kampung ini kerana masa yang tidak mengizinkan...Semoga suatu hari dapat kembali ke sini semula.. Mana tahu sejarah baru bagi Malaysia akan terukir lagi selepas ini?.. nantikan!...

salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH POS BROOKE-EDISI RAYA  

Posted by al-azhar in , , ,

Raya pertama & Raya Kedua-20&21 Sept 2009

Gambar-gambar sekitar program raya di Kg Jerdip,Kg mendrop,Kg Sigar,Kg Penangau,Kg Brooke Lama,Kg Jegjok dan Kg jelgel di Gua Musang Kelantan yang dihadiri oleh En Shamsul sekeluarga pada 1 Syawal dan 2 Syawal di sana..Bersama-sama berkongsi dan meraikan kegembiraan dan mengukuhkan tali silatulrahim dalam menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini kepada masyarakat asli yang baru memeluk Islam di sana..


Sembahyang Raya


Ziarah raya ke kampung-kampung di Pos Brooke







Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk warga asli beragama Islam di Pos Brooke
dari IOA


salam perjuangan al-azhar

KISAH BERAYA DI JOHOR- edisi raya 2009  

Posted by al-azhar in ,

FELDA PENGELI TIMUR,KULAI JOHOR- 18-26 SEPTEMBER 2009


EMAK DAN ABAH TERCINTA

MY BIG FAMILI

KAMI BERSAMA SEORANG SAHAJE NENEK YANG MASIH HIDUP



Buat pertama kali aku ceritakan perihal keluargaku di dalam blog ini. Raya tahun ini semua adik beradik ku yang seramai 8 orang ,berkumpul dan beraya di rumah termasuk yang sudah berkakwin bersama pasangannya. Emak dan bapa aku mempunyai 4 orang anak yang nama hadapannya dimulai dengan huruf S dan 4 anak lagi yang mempunyai nama depan bermula dengan N..4 orang sudah berkahwin dan lagi 4 masih single.. Sudah mempunyai 4 orang cucu setakat ini...Dan kami hanya tinggal seorang sahaja nenek yang tinggal kerana yang lain sudah kembali ke alam yang kekal selamaNya..Raya tahun ini kami beraya di kampung emak dan abah di Pontian Johor pada raya kedua menziarah sedara mara..

Dan tak tahu kenape tema warna keluarga kami ada 2,biru dan oren pada tahun ini..hehe..

Oklah, Selamat hari raya aidilfitri diucapkan dari keluarga en Mohamed bin Hamzah dan maaf zahir batin!..


KEMBARA DAKWAH POS TUEL-POS SIGAR-POS BALAR PHOTOS  

Posted by al-azhar in , , , , ,

PHOTO DI POS SIGAR







PHOTO DI POS BALAR



















salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH POS TUEL-POS SIGAR-POS BALAR DI GUA MUSANG (11 -16 SEPT 2009)  

Posted by al-azhar in , , , , ,

Pos Tuel, Gua Musang - (12-13 September 2009)
Pos Sigar,Gua Musang - (11-13 September 2009)
Pos Balar,Gua Musang - (13-16 September 2009)

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'."

(HR. Ahmad dan An-Nasa'i)



Hari pertama (11 Sept 2009)

Bergerak dari Gombak dalam pukul 10 pagi dengan 2 buah kenderaan pajero.. Kali ini, hanya hamba dengan Sufi sahaja dari UIA, manakala sahabat-sahabat lain sedang sibuk bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman maklumlah UIA cuti seminggu sebelum kedatangan Syawal. Jadi ramai yang menarik diri untuk misi kali ini.. Takpelah, walaupun sedikit yang pergi perjuangan mesti diteruskan.. Bersama –sama dengan en. Shamsul dan isteri serta Nasir ( orang asal dr kg Husin) kali ini. Untuk minggu ini sahaja ada 3 program besar di tiga tempat yang berlainan yang harus dilakukan iaitu di pos tuel, pos sigar dan pos balar dan semuanya di Gua Musang..

Malangnya satu kenderaan pajero mengalami kerosakan semasa pertengahan jalan di highway PLUS berdekatan Sungkai. Kereta berasap disebabkan bearing rosak dan keluar api lagi dari tayar belakang..Memang agak risiko jadi kami menariknya dengan pajero satu lagi ke Workshop di Ipoh. Hendak dijadikan cerita,pajero putih ini tidak boleh disiapkan dalam sehari sahaja dan mengambil masa agak lama untuk disiapkan.. Jadi bersemadilah ia sementara dari medan perjuangan di workshop yang dimilikki oleh seorang usahawan Melayu yang mahu dikenali sebagai Pak Long yang khusus untuk me’repair’ kenderaan 4WD .

Nasib baik Ustad Wahab (Muhammadiyah International) turut serta dalam expedisi kali ini. Kami menemuinya di tol Ipoh. Jadi semua barang program dipunggah ke pajero biru dan Volvo milik ustaz wahab. Usai itu, kami menuju ke simpang Pulai untuk menemui Dato Razak kerana Dato Razak sudah menunggu di sana bersama sebuah lagi pajero..Dan meneruskan perjalanan ke Gua Musang melalui jalan di simpang Pulai.. Kami berbuka puasa dalam kenderaan semasa masih dalam perjalanan di Cameron Highland. Kali ini, terasa nikmatnya berbuka hanya dengan air tin dan buah tamar sahaja setelah siangnya kami berpenat lelah menghadapi kenderaan yang rosak tadi. Dan akhirnya singgah di pos Sigar untuk berbuka puasa yang sebenarnya.. Di sini kami menemui IOA Kelantan yang sudah berkampung di sini 2 hari yang lepas kerana mereka akan menganjurkan program bersama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada keesokkan hari di mana kami akan turut sertai.

Setelah berbuka puasa kami meneruskan destinasi ke Pos Brooke kerana bersedia untuk menerima kehadiran 2 lagi team di sana iaitu dari Kolej Perubatan Diraja Perak, Ipoh dan kakitangan masjid Bangsar.. Lebih kurang 30 orang pelajar dari kolej berkenaan yang terdiri dari pelajar perubatan dan farmasi bersama beberapa orang staff.. Mereka akan mengadakan program di Pos Tuel untuk pemeriksaan perubatan dan pembahagian sumbangan raya dan zakat untuk penduduk asli yang beragama Islam.. Kami (IOA Selangor) sebagai penyelaras bahagian pengangkutan dan makanan.. Oleh kerana semua dah penat seharian bekerja , jadi malam itu kami tidur awal..


Hari kedua (12 Sept 2009)

Kami bersahur di pos Sigar kerana IOA Kelantan dengan baik hati menyediakan sahur untuk kami semua. Kemudian singgah seketika di Cameron Highland untuk ambil beberapa peralatan dapur yang tertinggal di kg asli Penangau yang betul-betul berada di sempadan Pahang –Kelantan pada program sebelum ini. Tempat ini benar-benar sangat sejuk..

Kemudian, kami meneruskan destinasi ke Pos Tuel yang mengambil masa selama 1 jam setengah untuk masuk ke dalam hutan.. Semua peserta sudah ada pada pagi ini termasuklah kakitangan dari Masjid Bangsar yang sampai agak lewat semalam. Hamba sekadar menghantar pelajar-pelajar ini dengan pajero IOA Kelantan dan kemudian kembali semula ke pos Brooke untuk menjaga barang-barang di sini bersama –sama dengan Sufi dan Ustaz Wahab..

Untuk pengetahuan, program di Pos Tuel kali ini diuruskan sepenuhnya oleh Masjid Bangsar dan pelajar-pelajar perubatan dari Ipoh. Mereka akan membuat program di 5 buah kampung iaitu kg plug, kg ber,kg tuel,kg Hanir dan kg Kerbuk di dalam pos tuel ini. Manakala kami akan ke program di Pos Sigar pada petang nya pula bersama-sama Tok Guru. Tetapi ,Tok Guru Nik Aziz tidak dapat hadir pada petang itu untuk iftar bersama-sama penduduk asli kg Sigar oleh kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Ini kali kedua hamba datang program berbuka puasa membabitkan Tok Guru dan kedua-duanya beliau tidak dapat hadir. Program sebelum ini majlis iftar di Kg Nakhoda, Gombak di Selangor pada minggu lepas. Pada usia yang lanjut ini, memang masalah kesihatan agak mengganggu perjalanan hidup beliau. Dan beliau mewakilkan isteri dan anaknya ( Nik Omar ) dan beberapa orang SUK. Sebelum berbuka puasa sedikit tazkirah diberikan oleh Nik Omar untuk penduduk asli di sini.

Selepas berbuka puasa dengan makanan yang menyelerakan , adalah sesi pengislaman 8 orang lagi penduduk asli Sigar.. Alhamdulillah, sinar Islam sudah mula menyinari hidup mereka. Lagi indahnya, pengislaman mereka berlaku di bulan Mulia ini,bulan yang penuh keberkatan kepada semua umat manusia.Nur Ramadhan benar-benar memberi rahmat kepada sekalian alam. Kemudian,majlis diteruskan dengan diadakan pembahagian sumbangan raya dan zakat kepada semua penduduk Islam kg Sigar.Kami kembali ke Pos Brooke semula untuk tidur pada malam itu.


Hari ketiga (13 Sept 2009)

Pagi ini, hamba dengan ustaz Wahab menuju ke Cameron Highland lagi untuk mengambil Land Cruiser yang sedang dibaiki di workshop di kg Raja untuk digunakan pada malam ini bagi perjalanan ke Pos Balar. Manakala En. Shamsul dan Sufi masuk ke Pos Tuel untuk mengambil peserta-peserta yang sedang berada di sana kerana program di pos Tuel akan habis pada pagi ini. Kami menunggu agak lama di Cameron Highland untuk memastikan Land Cruiser ini dibaiki sepenuhnya sehingga jam 3 petang . Manakala mereka yang berada di pos Tuel juga keluar agak lambat kerana ada pembetulan jalan dipertengahan jalan keluar.

Dalam pukul 3 semua orang sudah dapat keluar dari Pos Tuel. Maka pada saat ini majlis perpisahan antara kami dengan pelajar perubatan Ipoh ini dan masjid Bangsar. Mereka akan pulang semula ke tempat masing-masing tetapi kami akan meneruskan perjalanan lagi mencabar ke Pos Balar untuk 4 hari lagi. Oleh kerana hamba tidak berada lama di pos Tuel dan tidak dapat join aktiviti di sana jadi kisah penuh pasal program di pos Tuel boleh dibaca dari seorang pelajar perubatan Ipoh di dalam blog ini
(http://layyinulharir.blogspot.com/2009/09/066-rehlah-to-post-tuel.html) .

Setelah membuat persediaan rapi untuk misi ke Pos Balar, kami bergerak dalam pukul 6 petang menuju ke Kuala Betis. Kali ini, jumlah yang pergi ke pos balar adalah seramai 8 orang sahaja semuanya. Kemudian kami berbuka puasa antara simpang Air Panas dan simpang pos Hendrop. Dan kemudian team yang menaiki Land Cruiser menuju terus ke kuala Betis manakala satu pajero menuju ke Bandar Gua Musang untuk membeli stok minyak kenderaan untuk kegunaan di dalam hutan nanti. Takut kehabisan minyak kerana di dalam hutan tiada minyak lagipun terpaksa tempuhi perjalanan yang agak lama lebih kurang dalam 6 jam.

Singgah di surau kuala Betis untuk menunaikan solat terawikh dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan lagi. Perjalanan kali ini akan dilakukan pada waktu malam.. Ya,perjalanan kali ini akan dilakukan pada waktu malam kerana kalau dilakukan pada waktu siang akan terasa penat lagi kerana pada siangnya kena berpuasa seperti mana hamba ter’hidrasi’ semasa ke pos Simpor 2 minggu lepas.. Untuk mengelakkan kepenatan keterlaluan jadi kami memutuskan untuk gerak masuk ke dalam hutan pada waktu malam.. Sekali gus, ia mengingatkan hamba akan perjalanan malam semasa ke Kuala Mu tempoh hari..

Bergerak dari Kuala Betis dalam pukul 12 lebih menuju ke simpang perjalanan ke Pos Balar. Perjalanan malam yang gelap gelita hanya ditemani bunyian mergastua. Terasa sangat syahdu terutama perjalanan di malam bulan puasa lebih-lebih lagi di malam 10 terakhir ramadhan. Samaada kami menemui malam ‘lailatul qadar’, itu urusan antara seorang hamba dengan tuhannya.. Perjalanan malam yang agak lancar kerana bernasib baik hari tersebut tidak hujan jadi keadaan jalan tidaklah beberapa teruk sangat. Cuma kebimbangan akan minyak clutch land cruiser yang tinggal sedikit sahaja agak memperlahankan perjalanan kami ini.


Hari keempat (14 Sept 2009)

Kami melihat jam sudah pukul 5 pagi ,tetapi perjalanan masih jauh lagi.. Jadi singgah sebentar di sebatang sungai untuk memasak sahur.. Di sini lah adegan ‘mai secawan ‘ kami di lakukan..Bukanlah dengan ‘coffee Radix’ tapi dengan ‘teh boh’ yang dibeli semalam di Cameron highland oleh ustaz wahab. Makanan sahur kami cuma nasi berlaukkan maggie sahaja sebagai mengisi perut untuk keesokkan harinya..

Kemudian meneruskan perjalanan sehingga sampai ke sebatang sungai lagi di Ipes, berhenti seketika untuk mandi dan solat Subuh.. Selesai mandi terasa segar kembali pabila badan ini dilimpahi air sungai yang menyejukkan..Usai solat, sedikit tazkirah diberikan oleh En Shamsul sebagai ustaz kami mengingatkan kembali akan matlamat perjalanan dan misi kami.

Sampai di kampung asli Ipes dalam pukul 7 pagi lebih.Perjalanan mengambil masa 6 jam lebih. Kemudian segera memunggah barang-barang ke dalam rumah en. Shamsul di situ. Selesai punggah, mata pun sudah agak berat dan mahu melelapkan mata.. Jadi 2 khemah dipasang untuk kami tidur sebentar kerana semalamam tidak tidur dari semalam. Semua orang benar-benar sudah letih jadi tidur lah dengan lenanya pada pagi itu .Dalam pukul 11 pagi, hamba tersedar kerana rasa macam sudah tidur lama sedangkan baru tiga jam tidur.huhuu.. Dan pada ketika itu mendapat panggilan dari en Shamsul untuk pergi ke Kg Balar. Melihat yang lain sedang lena tidur, jadi cuma kami bertiga (aku,en Shamsul dan Din) yang pergi ke sana .Biarkan yang lain berehat dulu.

Pergi ke Kg Balar untuk menyediakan masakan untuk berbuka pada petang ini kerana kami akan berbuka di Kg Balar pada hari ini. Tujuan sediakan makanan awal di sini kerana pada petang ini kami akan membuat lemang di Kg ipes. Jadi selesai memasak di situ dalam pukul 4, kami tinggalkan makanan yang dah siap dalam surau pos Balar dan kemudian kembali semula ke Kg Ipes..

Di kg Ipes , kami membuat lemang untuk penduduk kampung berlaukkan redang ayam. Tujuan kami membuat lemang adalah untuk tunjukkan suasana hari raya kepada mereka, walaupun raya seminggu lagi. Iyelah,di sana kebanyakan mereka baru memeluk agama Islam. Jadi mahu menunjukkan suasana hari kemenangan kepada umat Islam iaitu ‘hari raya’ jadi kami buatkan untuk mereka. Sama –sama meraikan bersama mereka ,makan secara beramai-ramai dan tunjukkan ukhwah kita..Dan kami berterawikh di sini juga.


Hari kelima (15 Sept 2009)

Kali ini hamba tidak bangun sahur,maklumlah terlampau letih sampai tak larat nak bangun. Orang yang bangun sekadar makan lemang lebih yang dibuat semalam. Kemudian,pada pagi ini hamba ,Sufi , Din dengan Ripin (orang asli kg Ipes) pergi menjaring ikan di sungai di suatu lubuk yang agak dalam. Agak banyaklah hasil yang dapat seperti dapat ikan tengas, kelah dan keli.

Pada tengahari,kami berkemas-kemas untuk pergi ke Kg Dakoh kerana kami akan membuat program dan akan tidur di sana hari ini.Kg Dakoh tidak berapa jauh dari kg Ipes. Lebih kurang 2o minit perjalanan.. Sebahagian orang menyediakan lauk dan makanan untuk berbuka puasa nanti manakala sebahagian lagi ke kg Belatim untuk berjumpa dengan seorang wanita asli asli bernama ‘Siti Hajar’ adalah merupakan hanya dialah seorang yang beragama Islam di kampung tersebut.Tambahan bahagian rumah yang dibina untuknya sudah siap sepenuhnya bersama dengan zink baru menggantikan atap nipah sebelum ini. Sumbangan hari raya turut diberikan untuknya. Manakala ,Ustaz wahab memberikan karpet dan set alat dapur kepadanya..

Untuk pengetahuan, kisah pengislaman Siti Hajar agak menarik . Beliau sanggup datang dari jauh seorang diri hanya dengan berjalan kaki dari Kg Belatim menuju ke Kg Balar yang jaraknya agak jauh untuk menyatakan keIslaman beliau ketika IOA membuat program di situ. Ia menunjukkan kecekalan hati wanita ini untuk menerima agama Islam ini sebagai agamanya dan sampai sekarang masih beliau seorang sahaja beragama Islam di situ. Diharap kan suatu hari nanti penduduk kg Belatim yang lain ini akan dapat sama menerima agama Islam walaupun di situ pengaruh Kristian terlalu kuat. Mubaligh kristian selalu datang untuk menyebarkan dakwah mereka di situ..

Kami kemudian kembali ke Kg Dakoh untuk menyambung kembali tugas memasak di sini. Sekali lagi lemang dibuat lagi di kampung ini. Dan petang itu hujan turun membasahi bumi gersang Dakoh ini memberikan seribu satu rahmat kepada penduduk di sini setelah beberapa hari tidak hujan. Suasana petang yang sangat mendamaikan. Kemudian, berbuka bersama-sama penduduk sini dan menikmati juadah lemang pada malamnya..Usai terawikh berjemaah, ada ditunjukkan tayangan wayang kepada penduduk kampung dengan filem ‘Mendam Berahi’. Itu pun pinjam CD cerita dari orang kampung situ juga.


Hari keenam (16 Sept 2009)

Hari ini hamba bersahur dengan nasi berlaukkan daging masak kicap yang hamba masak seorang diri malam tadinya memandangkan semua orang sudah kepenatan semalaman. Hari ini kenalah bersahur kerana hari ini kami akan keluar dari hutan untuk kembali ke KL semula, jadi kena guna tenaga lebih memandangkan perjalanan pulang pada waktu siang. Dan singgah semula ke Kg Ipes untuk mengambil semula barang-barang yang ditinggalkan di situ untuk di bawa pulang.

Perjalanan pulang tidak menghadapi sebarang masalah dan perjalanan lancar. Singgah semula ke Pos Brooke untuk meninggalkan barang program di situ dan Land Cruiser di situ. Kemudian kami singgah berbuka di masjid kampung Raja di Cameron Highland.Di sinilah,kami berpisah dengan Ustaz Wahab..Ustaz Wahab akan kembali ke Penang manakala kami akan kembali ke KL. Berbalik pada kisah ustaz Wahab, beliau demam sepanjang masa semasa program di Pos Balar. Beliau tidur sepanjang hari. Kesian saya melihat tubuh tua ini terlalu lemah semasa di Pos Balar.Namun semangat juangnya sangat tinggi untuk turut sama menyiarkan dakwah Islamiyah kepada orang asli. Sekali lagi hamba sangat kagum dengan beliau dan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi kepada diri ini untuk terus tabah dalam medan juang ini.

Esoknya, hamba meneruskan lagi pengembaraan ke Johor Bahru untuk beraya di kampung halaman bersama keluarga tercinta.

Satu kisah pengembaraan yang panjang untuk kali ini.

Gambar-gambar akan di ‘upload’ kemudian..

salam perjuangan al-azhar
selamat hari raya maaf zahir dan batin

REUNION X-ZUHALIAN MRSM MERSING BATCH 2003  

Posted by al-azhar in , ,

Restaurant Bangkok Station, Ampang, Selangor-06 sept 2009

Setelah beberapa kali perancangan membuat gathering bersama kawan-kawan lama dari MRSM Mersing tidak menjadi, iftar (berbuka puasa) baru-baru berjaya menemukan kami semula. Ada kawan yang 6 tahun tidak berjumpa semenjak meninggalkan maktab kat mersing yang jauh nun di sana.. Walaupun hanya separuh dari kelas zuhal batch spm 2003 yang hadir,kemeriahan masih terasa.. Gelagat, perangai dan gaya masing-masing masih sama seperti dulu..Mengingatkan aku akan suasana seperti di maktab dulu.. Separuh yang hadir pun dah cukup meriah dengan mengegarkan restauran ini dengan suara dan hilai ketawa dari kami sahaja, itu belum lagi kalau semua hadir pasti akan lagi meriah... Kelas kami dulu memang terkenal dengan kemeriahan dan kebisingan masa kat maktab dulu terutama waktu 'prep', tapi kelas kami jugak hebat dari segi akademik.. banyak juga award yang kami dapat.. Semua itu masih menjadi kenangan terindah..

Yelah, bila lama tak berjumpa, banyak cerita yang hendak dikongsi bersama.. Dan sekarang ni, hampir semua sudah tamat belajar di U dan sudah memasuki alam pekerjaan.. Semua sudah menceburi bidang profesional masing-masing seperti yang diimpikan di maktab dulu...Aku berbangga dengan kalian semua.. Semua bakal menjadi orang hebat di masa hadapan...Caiyok2!..

Selepas ini kita tunggu dan lihat siapa budak zuhal ini yang bakal kahwin dahulu? ye lah, masing-masing dah besar dan cukup matang untuk kahwin kan ?.. kerja pun dah selesa..dan reunion masa-masa mendatang bawalah pasangan dan anak sekali lah yek.. keluarga zuhalianz bakal membesar tidak lama lagi.. nantikan!..

Antara yang hadir:Spike ( nama nickname aku masa kat maktab dulu..hehe), pakcik, epul, paktam, faiq, hana, zaza, farehah, ain, aimi, zira dan ash..







Di bawah ini adalah suasana di dalam restaurant ini..Simple tapi nampak ekslusif juga lah..Dan makanan nya boleh tahan lah rasanya...Berdekatan dengan Ampang waterfront..




KEMBARA DAKWAH POS SIMPOR,GUA MUSANG,KELANTAN(28-31 OGOS 2009)  

Posted by al-azhar

Pos Simpor Gua Musang Kelantan- 28-31 OGOS 2009

Sesungguhnya kembara dakwah di bulan Ramadhan kali ini amatlah memerlukan ketahanan jiwa dan mental yang kuat, fizikal yang mantap untuk menghadapi perjalanan beratus-ratus kilometer,berjam-jam perjalanan tanpa henti, keadaan muka bumi yang mencabar, gaung kiri kanan, mendaki bukit yang curam beratus-ratus meter, keadaan bentuk muka bumi yang tidak dapat diduga penghujungnya... Semata-mata untuk menyebarkan dakwah Islamiyah di hutan belantara gua Musang Kelantan di mana kami berada dalam keadaan berpuasa...

SubhanAllah, Al-Haliq mempermudahkan perjalanan kami..

rumah di pos Tohoi

surau di pos Simpor

Gereja di pos Simpor


Bersama-sama teman seperjuangan yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan penat lelah walaupun di dalam bulan puasa mengharungi dugaan di hutan rimba ini terdiri dari 8 orang iaitu en Shamsul(ustaz kami),hamba,mat lie,mirul,yusuf,nawas,rehan dan najwa..

Beberapa kampung telah dikunjungi iaitu Pos Tuel kemudian ke pos Tohoi dan berakhir di Pos Simpor.. Kampung Tuel dan Kampung Tohoi pernah di kunjungi hamba setahun yang lepas,mengingatkan banyak kenangan indah di sini. Singgah di Tuel untuk membuat makanan sahur untuk penduduk di situ kemudian bergerak menuju ke kg Tohoi. Di kg Tohoi ,bersama-sama budak kelab JASA UIA untuk seketika membantu dari segi teknikal.

Manakala, program sebenar kami adalah di kg Simpor bermakna perjalanan itu masih jauh lagi. Perjalanan yang amat meletihkan mengambil masa lebih separuh hari untuk sampai di pos Simpor. Di pos Simpor lah kami bermalam 2 hari untuk aktiviti fardhu ain,sahur, iftar jamai,solat terawikh dan solat jemaah bersama-sama.Pos Simpor mengandungi 7 buah kampung di dalamnya iaitu Kg Penad, Kg Sedal, Kg Jader, Kg Dangdut, Kg Rekom, Kg Halak dan Kg Simpor.. Di kampung ini, separuh penduduk adalah Islam dan separuh adalah kristian..Paling menarik, di kampung ini musim durian masih banyak lagi..Rezeki lah kepada kami yang sememangnya peminat setia buah ini..:)

mendapat bantuan dari penduduk kampung ketika kereta tidak mampu menaiki bukit yang licin

Kampung yang sangat indah terletak di atas pergunungan di mana kami boleh melihat awan seperti lautan dari puncak kampung ini.. Di samping suasana senja yang sangat indah dengan cahaya kekuningan dikombinasikan dengan kabus senja yang amat mepersonakan yang tidak pernah hamba temui di tempat lain..Sungai yang sangat sejuk dan memukau.. SubhanAllah, itulah kalimah yang layak dilafazkan.. Terlalu banyak kejadian alam yang mempersonakan di sini untuk sama-sama kita berfikir akan kebesaran tuhan pencipta alam..

antara jejaka yang pergi

berbuka bersama penduduk kampung

solat terawikh berjemaah


generasi masa depan

bergambar bersama sebelum pulang

Dan buat pertama kali hamba memandu kenderaan pacuan empat roda sepenuhnya di semua jalan menuju ke kampung pendalaman dengan melalui jalan yang mencabar berjam-jam lamanya..Alhamdulillah, hamba berjaya lepasi semua laluan sukar ini.. Sampai suatu ketika, hamba seperti tak percaya dapat memandu kenderaan di tempat-tempat sebegini teruk yang seperti tidak tahu kesudahannya.. Silap sedikit sahaja boleh menempah maut.. Apatah lagi menanggung 4 jiwa lagi di belakang..Tapi,hamba yakin tuhan pasti akan membantu hamba yang berjuang pada jalan-Nya.. Itulah janji Tuhan..

Terlalu banyak kisah suka duka sepanjang kembara ini ingin diluahkan tetapi tiada masa untuk dituliskan di sini.. Biarlah gambar menceritakan segalanya..Meminjam kata-kata seorang sahabat..

"Ijazah terbaik adalah melalui pengalaman dan pengembaraan!"



sebelum pulang singgah sebentar di gua Cha yang kaya dengan kesan arkeologi

tapak arkeologi


salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH KG HUSIN,SG SIPUT,PERAK ( 21-23 OGOS 2009)  

Posted by al-azhar in , , , ,

kg Husin,Jalong,Sg Siput,Perak-21-23 OGOS 09

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Ramadhan al Mubarak..

Hari pertama bersahur dan berbuka puasa di perkampungan orang asli..

Minggu ini kembara diteruskan lagi ke perkampungan asli kg Husin di atas sebuah tanah tinggi yang dikelilingi bukit bukau yang mempersonakan. Bersama-sama sahabat dari kelab Comrade UIA dan berkolaborasi dengan rover scout UIA meneruskan misi dakwah dan iftar bersama -sama penduduk di sini. Selain di Kg Husin hamba turut ziarah ke kg Awal dan Kg Kelah..

Sebenarnya minggu ini hamba tidak plan untuk ke mana-mana kampung oleh kerana sibuk dengan exam, tetapi oleh kerana tiba-tiba 2 daripada 3 exam sepatutnya dilakukan pada minggu depan ditangguh ke minggu depan satu lagi jadi bersyukur kepada tuhan dapatlah hamba bersama-sama sahabat meneruskan misi lagi.

Pada masa yang sama ada 5 program yang sama di tempat berlainan iaitu 2 di Cameron Highland,1 di bukit Bandaraya Shah Alam,1 di Kg Harong kuala Lipis dan 1 lagi di Kuantan Pahang dianjurkan oleh sahabat-sahabat da'i yang lain..

Semua program selamat dianjurkan dengan jayanya..Dan pada masa-masa mendatang program ini akan diteruskan lagi terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini..

gambar sebelum pulang

waktu sahur

menunggu waktu berbuka

dugaan bulan puasa,buka durian waktu siang untuk jadikan tempoyak

modul kanak-kanak

bergambar beramai-ramai

ziarah di kampung asli Kelah

ziarah di kampung asli Awal

salam perjuangan al-azhar

GAZA-SERUAN JIHAD MEMANGGILKU!..  

Posted by al-azhar in , , ,


Kisah ini berlaku pada minggu lepas,di suatu petang yang damai,semasa hamba sedang bersiap sedia ke kompleks sukan untuk bermain badminton bersama teman. Hamba mendapat suatu mesej dari seorang yang dikenali..

Kak Mas: Salam Azhar,nak tanya sesuatu boleh?Ni kak Mas..

hamba: Ya saya,ni kak Mas mana satu ni?

Kak Mas: Program kat Kg Pantos aritu,wife Syakir...Ingat?

hamba:Oh ingat-ingat,ya kenape kak?ada apa2 yang boleh saya bantu?

kak Mas: Sebelum tu boleh tanya,boleh berbahasa Arab?..

hamba: Maaflah kak,saya tak boleh lah cakap berbahasa Arab,sebab saya budak engineering..

kak Mas:Betul kah,urm,anyway thanks !..:)

Hamba: Ok tak pe,yayasan Salam ada apa2 program yang boleh dijoin?

Kak Mas:Tu lah pasal tanya bahasa Arab,kut boleh dihantar di Ghaza.Mahu?

hamba: SubhanAllah,sayang sekali saya tak mahir berbahasa Arab.. sebenarnya kepingin jugak berjuang di sana.membantu umat Islam di sana..Bila program nya kak?..

Kak Mas:InsyaAllah,minggu pertama puasa..

hamba: Selamat berjihad lah kepada volunteer yang akan ke Gaza nanti,saya doakan untuk kalian dan semua umat Islam semua..semoga tuhan merahmati perjuangan kalian..

Inilah antara dialog sebenar antara hamba dengan kak Mas,staff kepada badan NGO Yayasan Salam yang sememangnya hamba kenali buat pertama kali semasa program di kampung orang Asli Kg Pantos ,Kuala Lipis hampir sebulan yang lepas.

Buat pertama kali hamba mendapat jemputan untuk satu program kemanusiaan yang bagi hamba begitu besar sekali.. semasa mendapat tahu akan Gaza, hamba mengucap panjang..perasaan bercampur baur.. betul ke ni?betulkan mesej ini ditujukan kepada hamba?..

Sememangnya hamba memang sangat hendak ke sana.oleh kerana Yayasan Salam mahu volunteer yang betul-betul mahir dalam komunikasi dalam bahasa Arab untuk projek kemanusiaan di sana ,jadi tidaklah hamba boleh join.. Pada masa itu terasa agak terkilan juga lah sebab tak reti berbahasa Arab,sebab hamba bukan datangnya dari sekolah Agama.Walaupun hamba belajar d UIA,oleh sebab hamba belajar kos engineering,maka bahasa Arab pun diajar untuk budak Engineering sekadar basic sahaja..kalau lah hamba pandai berbicara bahasa Arab,sudah pasti cerita ini akan menjadi panjang lagi..

Tetapi ia tidak mematahkan semangat hamba untuk terus berjihad di sana..dan sebenarnya, masih banyak lagi perlu belajar lagi..Lagipun kalau difikirkan balik,buat masa ini expedisi ke Gaza itu adalah pada minggu depan, satu tempoh yang singkat untuk hamba membuat persediaan fizikal dan mental..kerja di kampus terlalu banyak untuk diselesaikan,dan hamba sendiri tidak ada pasport antarabangsa..Banyak proses yang perlu bakal hamba lalui..

Jika suatu hari nanti, kalau diberikan peluang sekali lagi,hamba mahu pergi..Itulah tekad hamba..Jihad fi sabilillah..

Tanggal 21 Ogos lepas,adalah genap 40 tahun tahun peristiwa hitam bagi umat Islam dimana berlakunya penghinaan kepada masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat islam apabila telah dibakar oleh pelampau Yahudi. Dan proses pernodaan terhadap masjid yang mulia berterusan sehingga ke saat ini..Kita perlu melakukan tindakan pro-aktif umat Islam sedunia bagi menyelamat Palestin dari berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.Kerana maruah Islam perlu dipelihara!..

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139)

salam perjuangan al-azhar





KEMBARA DAKWAH KG ASLI HULU TAMU & KG SONGKOK,BATANG KALI,SELANGOR (15 OGOS 2009)  

Posted by al-azhar in , , , , ,

Kg Asli Hulu Tamu dan Kg Songkok, Batang Kali,Selangor-15/08/09


Ziarah pada minggu ini di kampung asli sekitar Batang Kali yang mempunyai tempat yang indah dan mendamaikan. Dua kampung yang dikunjungi iaitu kg Hulu Tamu dan Kg Songkok. Kampung Hulu Tamu berdekatan dengan Kolam air panas Hulu Tamu yang pernah hamba kunjungi sebelum ini (cerita ada di link sini ).Di samping itu ia berdekatan juga dengan air terjun.

Hamba pergi join 'menembak ikan' di sungai dengan adik-adik asli di sini, sangat menyeronokkan.. Kampung ini mempunyai penduduk lebih 400 orang dan yang sudah memeluk Islam dalam 30 orang. Berborak-borak dengan Wak Alang yang berumur dalam 75 tahun yang merupakan pemilik kedai di kampung ini ,sangat-sangat berinformasi. Sedar tak sedar agak lama hamba berborak dengannya dalam 3 jam lamanya.. Hamba turut dipelawa makan tengahari di sini lagi. Memang rezeki selalunya murah bila berkunjung ke perkampungan asli. :)

Terima kasih banyak-banyak Wak Alang atas layanan yang terbaik .Manakala, Penggerak di sini adalah Ustaz Zulkifli Dawan yang menjaga banyak kawasan kg Asli di batang kali dan Kuala Kubu. Hamba sangat kagum dengan ustaz ini walaupun tidak dapat berjumpa beliau semasa berkunjung di sini tetapi melalui cerita dari Wak Alang dan bukti2 gambar dan keratan akhbar yang ditampal dinding surau, terlalu banyak jasa dan pengorbanan beliau akan pembangunan Islam terutama kepada masyarakat asli .Semoga suatu hari berharap akan dapat berjumpa dengannya..

kalau di oversea ada menara condong,di Kg Hulu Tamu ini ade rumah condong..menunggu masa untuk rebah sahaja..


Wak Alang (Pak Cik Ariffin) yang sangat baik hati

senyum itu sedekah..

rumah di sini..


keratan akhbar menunjukkan usaha murni para da'i menyebarkan dakwah kpd orang asli


Kemudian hamba menuju pula ke Kg Songkok yang berada di tepi jalan besar ,iaitu jalan menuju ke Genting Highland. Kampung ini terdiri daripada beberapa belas rumah sahaja dan kebanyakkan sudah mendapat rumah baru (prt) yang di bina oleh kerajaan. Kampung ini berdekatan dengan sungai yang menarik dan pusat rekreasi Sg Kedondong.. Keindahannya boleh dikatakan setanding dengan pusat rekreasi Ulu Yam. Dan sekali lagi rezeki datang menggolek di sini apabila hamba mendapat jemputan makan buah di sini.. :)

Dan hamba baru mendapat tahu, kampung Songkok ini adalah kampung angkat kepada Kelab Titian Asli UIA. Dan kelab ini akan membuat program di kampung ini pada bulan puasa ini..Selamat berjuang kepada kalian semua!

Alhamdulillah, ternyata kembara minggu ini amat menyeronokkan..

"Mengembara untuk mencari erti hidup!"



Rumah baru dibina untuk kg Songkok

keindahan Sg Kedondong yang mempersonakan!

binatang cute apakah ini?hehe..


salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH PULAU KETAM,KLANG SELANGOR (09 OGOS 2009)  

Posted by al-azhar in , , , ,

Pulau ketam,pelabuhan Klang Selangor-09 Ogos 2009

Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33) dan sabda Rasulullah saw “Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)


Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara..

Jika misi sebelum ini banyak bertumpu kepada perkampungan asli di serata Malaysia,tetapi kembara minggu lepas membawa hamba dan teman-teman jauh ke perkampungan cina di sebuah pulau untuk mencari saudara seIslam kita di sana. Seramai 10 orang yang menyertai kembara kali ini terdiri dari pelbagai NGO iaitu Islamic Outreach Abim ( En Shamsul,Bro Nawas,Hamba, faiz, hajar dan zulaikha-anak en shamsul),Muhammadiyah International(Ustaz Wahab dan Cikgu Hashim), 4x4 4wd Perlis team(Bro Azmarul dan pak cik perlis).

Pulau Ketam mempunyai penduduk lebih seribu orang dan majoriti adalah berbangsa cina. Mengambil masa lebih kurang 40 minit mengharungi samudera ke pulau tersebut dengan menaiki feri sambil mata disajikan dengan permandangan kesibukkan kapal-kapal dagang yang belayar ke pelabuhan klang.Kebanyakan penduduk adalah bekerja sebagai nelayan dan kerja-kerja laut. Paling menarik di kampung ini ia terletak di atas air..Ya, di atas air.Kesemua binaan didirikan di atas air termasuk lah rumah kayu dan batu,sekolah,balai polis,bank,rumah ibadat dan sebagainya kerana pulau ini adalah dikelilingi hutan paya bakau.Dan setiap bangunan disambung dengan titi yang agak sempit.Oleh itu basikal adalah menjadi kenderaan rasmi di pulau ini kerana kenderaan bermotor tidak dibenarkan beroperasi di pulau ini.Pulau ini terkenal dengan sajian makanan laut dikalangan penduduk.

Misi kali ini adalah untuk melawat saudara mualaf cina yang berada di sana. Setakat ini,yang diketahui hanya 10 keluarga Cina yang memeluk Islam yang tinggal di situ. Dan semasa kunjungan kami ke sana bertemu dengan seorang mualaf Cina yang bernama Isa Wong yang salah seorang ajk surau yang aktif mengimarahkan balai islam di sana .Di pulau ini ,surau disebut sebagai balai Islam dan dibina oleh pihak MAIS untuk kegunaan penduduk Islam di sini.Ustaz yang menjaga surau ini iaitu ustad Amin Lum tetapi beliau tiada semasa kedatangan kami. Jadi saudara Isa Wong yang banyak membantu,berkongsi maklumat,sejarah dan rasa pasal keadaan penduduk Islam di situ.Penduduk Melayu yang tinggal di sini kebanyakkan bekerja kerajaan seperti di sekolah,balai polis dan kelinik kesihatan.Itu pun tidak banyak bilangannya. Penduduk Islam di sini menjadi minoriti di pulau ini.Semoga saudara seIslam kita dapat bersabar dan dapat bertahan bagi meneruskan syiar Islam di pulau ini. Allahu akhbar!..


jeti pulau ketam

ustad wahab(muhammadiyah International) menaiki feri


signboard di jeti menunjuk arah balai Islam(surau)


antara yang pergi dari kiri:azmarul,hamba,ust wahab,en shamsul,cikgu hasim,nawas, pakcik perlis (tukang amek gambar-faiz)

inilah balai islam

hamba bersama saudara Isa Wong

hiasan khat bercirikan kaligrafi cina

pengajaran agama dan kitab-kitab kebanyakan diajar dalam bahasa Cina


jemaah kami turut dikunjungi oleh pelajar dari UM (kos arkitek)

hamba menulis di dalam buku pelawat sebagai tanda kenangan!


salam perjuangan al-azhar


KEMBARA DAKWAH CAMERON HIGHLAND-JANDA BAIK-DENGKIL (7 -9 OGOS 09)  

Posted by al-azhar in , , ,

Alhamdullilah bersyukur kepada ya Rabbi, minggu ini perjalanan dakwah bukan sahaja mendaki ke puncak pergunungan malah turut merentasi lautan samudera ke pulau. Untuk entri pertama ini hamba ceritakan kembara dakwah perkampungan orang asli di tiga tempat berbeza iaitu di cameron highland, Janda Baik dan Dengkil.Dan entri kedua akan diceritakan pada posting seterusnya iaitu kembara dakwah di perkampungan Cina di Pulau Ketam, Selangor.Dengan izin tuhan,ke semua aktiviti dapat dilakukan dalam masa 3 hari sahaja. Allahu akhbar..


1.Kg Teji ,Abu dan Selangkar Cameron Highland-8-9 Ogos 2009

Program di kampung ini dianjurkan oleh Comrade UIA untuk 3 minggu berturut2 sebagai program follow up.Minggu ini adalah sebagai minggu permulaan.Selama 3 minggu akan di buat kursus fardhu ain kepada penduduk 3 kampung iaitu Teji, Abu dan Selangkar.Sudah agak banyak perubahan yang hamba lihat di kampung ini berbanding kunjungan hamba pada 7 bulan lepas seperti jalan yang berlaku tanah runtuh sudah dibaiki,6 buah rumah pprt sudah dibuat unutk penduduk kampung dan jambatan kayu perhubung ke kampung Abu sudah diganti dengan jambatan besi. Semoga kursus ini akan terus mendapat sambutan dari penduduk kampung dan ukhwah ini berpanjangan..InsyaAllah..

surau kg teji

belajar kursus fardhu ain

mahhabah visit di kg selangkar

kursus fardhu ain untuk wanita asli

sekolah ini mejadi tempat untuk anak2 asli dari 3 kampung tersebut (pandangan dari highway)


2.Kg asli Chemperoh, Janda Baik Pahang (08 Ogos 09)



Selepas di kg Teji untuk seketika kami meneruskan perjalanan ke Janda Baik. Kunjungan ke sini untuk bertemu seorang penduduk kampung yang perlukan perhatian dan mencari jalan hidup yang sebenar. Tetapi beliau tiada semasa kami berkunjung ke terataknya..Dan di kampung ini buat pertama kali hamba belajar memandu kenderaan 4wd merentasi sebuah sungai..Berdebar2 jugak lah nak control kereta dalam air.Terima kasih lah kepada en. Shamsul kerana memberi kepercayaan dan mengajar hamba memandu kereta 4wd ini.:)

3.Kg asli Bukit Tampoi,Dengkil Selangor( 09 Ogos 2009)

tok batin (berbaju warna warni)

surau

Kunjungan ke sini atas jemputan professor Abu (dari UniKL) untuk menziarahi kampung ini.Kampung asli yang sudah moden dan dikelilingi dengan kebun kelapa sawit.Majoriti adalah berketurunan temuan.Berdiskusi dengan tok batin pasal program di kampung ini pada masa-masa mendatang..Insya Allah..

"Sesungguhnya sekalian orang yang beriman adalah bersaudara"(Al-Hujurat:10)

salam perjuangan al-azhar

KEMBARA DAKWAH POS JERNANG & POS TISONG,SUNGKAI PERAK(1-2 OGOS 09)  

Posted by al-azhar in , , ,

Pos Jernang & Pos Tisong,Sungkai Perak-1-2 Ogos 09


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,walaupun kerja di kampus semakin banyak dengan pelbagai projek besar yang perlu diuruskan dan diselesaikan ,minggu ini hamba diberikan kekuatan untuk mengambil 'sedikit masa' di hujung minggu untuk meneruskan kerja dakwah di hutan belantara Sungkai Perak.Dua pos telah dikunjungi iaitu pos Jerniang dan Pos Tisong di Sungkai,Perak . Tidak sangka kedua2 pos ini mempunyai jumlah penduduk yang agak ramai terutama di pos Jerniang dengan penduduk lebih kurang 1000 orang.Kebanyakan adalah daripada kaum semai dan majoriti tidak memeluk agama Islam.Urusan kali ini atas tujuan ziarah mahabbah dan bersuai kenal dengan penduduk kampung kerana pertama kali berkunjung ke sini.

Biarlah gambar menceritakan segala perjalanan kembara kali ini kerana hamba tiada masa untuk menulis panjang kerana terlalu sibuk minggu ini. Semoga diberikan kekuatan untuk diri ini dan teman2 seperjuang di luar sana untuk terus istiqamah pada 'jalan ini' ini pada masa-masa mendatang.Insya Allah..



salah sebuah rumah di kg Limau,Pos Tisong

Sepasang warga emas..Mereka dipercayai berumur dalam 120 tahun.Kami dijamu dengan buah hutan(x taw nama),yg kalau hendak dimakan,kena direbus atau dibakar dahulu.. Kalau makan secara mentah akan menyebabkan mabuk.. Tapi rasanya enak macam kacang hazel nut :)

Sekolah di dalam hutan rimba. Sekolah di Pos Jernang


Sungai yang perlu diharungi ke Pos Jernang



"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan mendokong pendirian (pegangan hidup) memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu atau dari golongan yang menyeru kepadanya. Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan jiwa yang terhimpun di dalamnya beberapa perkara: Iaitu kemahuan yang tidak mengenal lemah, kesetiaan yang tetap yang tidak disaduri oleh kepura-puraan dan khianat, pengorbanan yang banyak yang tidak dihalang oleh tamak dan haloba serta kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) dasar pegangan hidup, beriman kepadanya dan menghargainya sungguh-sungguh. Semuanya itulah yang memelihara (kita) dari kesalahan dan penyelewengan daripadanya (pembentukan) dan tawar-menawar (apologetik) di atas perkara dasar dan tidak terdaya dengan yang lainnya

-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna-

salam perjuangan-al-azhar

KEMBARA DAKWAH KG PANTOS,KUALA LIPIS PAHANG(24-26 JULY 2009)  

Posted by al-azhar in , , ,

Kg Pantos,pos Lanai Kuala lipis Pahang-24 -26 july 2009


mai makan buah!

Minggu ini hamba mendapat agak banyak jemputan program. Antaranya program di kg Husein, Perak(COMRADE), Janda Baik (ABIM), Bentong (JASA) dan Kuala Lipis (ASDAF PERKIM).Tetapi apakan daya,hamba insan yang lemah dan hanya boleh memilih satu antara semua itu. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya hamba telah membuat keputusan memilih program di kuala lipis untuk hujung minggu lepas.Maaf ya kepada kawan2 di program lain kerana tidak boleh bersama kalian untuk kali ini..:)

Berbalik kepada program di kg Pantos, lebih kurang 40 orang dari pelbagai organisasi NGO seperti ASDAF, YAYASAN SALAM, YAYASAN TAQWA, ,PERSIAP HUKM (bakal2 doktor dr UKM) dan dari UIA (cuma hamba dan kak Adah sahaja). Hamba pergi atas nama ASDAF untuk kali ini kerana hamba telah mengenali mereka ini pada program di kg Nyentil sebelum ini..

Yang istimewa untuk program kali ini adalah turut disertai oleh 3 sukarelawan nonmuslim (china,india dan siam) yang turut bersama-sama dalam program dakwah ini. Misi program ini secara nyata adalah untuk follow up dakwah orang asli kg pantos dan tiada selindung kepada mereka(3 orang ini).Ternyata walaupun mereka bukan Islam tetapi minat untuk Islam sudah ada.Komitmen mereka akan program ini juga sangat tinggi. Semoga mereka2 ini akan menerima sinar-sinar hidayah daripada Allah untuk menerima ajaran Islam sebagai pegangan hidup mereka.Dan kita sebenarnya yang sepatutnya mendorong ke arah itu.

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada seorang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya". Al-Qasas:56

Aktiviti di kampung ini sama sahaja seperti program2 yang sebelum ini hamba sertai seperti usrah,mahhabah,kenduri,grooming,medical check-up dan sukaneka. Cuma kali ini bertuahnya kami datang ke sini pada musim buah.Jadi memang kenyang dihidangkan dengan pelbagai buah seperti durian,rambutan,langsat dan asam paya. Sehinggakan hamba tidur dalam kepanasan kerana makan durian yang banyak walaupun udara luar terlalu sejuk.Dan kali ini, hamba tidur malam di rumah Tok Batin bersama 3 orang lagi (Naim,k syikin dan k Shaida) dan mendapat layanan yang tersangat baik (pertama kali tidur malam di kampung asli dengan bantal).. :)

Layanan daripada penduduk pun sangat baik.Sehinggakan sebelum balik,ada seorang makcik ini men'kenen'kan anaknya kepada hamba.Hamba hanya mampu tersenyum je.Tidak bersedia ke 'arah' itu lagi..:)
Kisah selebihnya boleh dibaca dari blog kak Adah (maaf x boleh nak cerita panjang kerna semester ini hamba terlalu busy)..Semoga kerjasama dan ukhwah antara NGO ini berpanjangan dan berkekalan..Insya Allah..Ya,demi Islam kita bersatu!...



gaya ala2 tekong

merenung masa depan yg x pasti!

hmm, ustad ni jala ikan ke jala orang?..

sesi mahhabah visit

modul bersama kanak2 asli

aloo doktor,saya mahu cek darah ma!


tekun meneliti jenis dari hamba. Hamba adalah berdarah 'O' iaitu darah seorang 'pemberi'..

main acah2 buah..huhu

sesi grooming

gambar kenangan sebelum balik terdiri drpd NGO ASDAF,YAYASAN SALAM,YAYASAN TAQWA,IOA dan volunteer persendirian

Akhir kata,
salam perjuangan-al-azhar

KEMBARA DAKWAH KG KUALA TAHU,LOJING KELANTAN (17-19 JULY 09)  

Posted by al-azhar in , , ,

Kg Kuala Tahu dan kg Kuala Labu, Lojing Kelantan(17-19 july 2009)

Jalan Dakwah

Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Jadi jalan dakwah, walau bagaimana pun susahnya, deritanya dan pahit akibatnya, tetapi terjamin hasilnya.

"Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman " (Ar-Rum: 17)

rumah tok batin kg Kuala Tahu
rumah di kg Tahu

Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan pencipta alam, kunjungan ke perkampungan asli di Kampung Kuala Tahu, Lojing buat pertama kali oleh kami (ABIM) pada minggu lepas membuahkan hasil. 2 jiwa telah selamat kembali kepada agama fitrah dengan lafaz kalimah agung ,syahadah bahawa hanya Allah, Tuhan yang layak disembah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya dilafazkan penuh syahdu. Semoga ditetapkan hati mereka untuk merasai nikmat Islam kerana itulah sebaik-baik nikmat dengan mengakui tuhan sebenar hanyalah Allah Taala.

Kampung kuala Tahu adalah kampung terdalam dalam kawasan Lojing. Dan perjalanan mengambil masa dua jam lebih ke dalam hutan dan melalui tiga sungai tanpa jambatan. Kampung yang sangat terpencil dengan mengandungi cuma lima rumah sahaja dan beberapa keluarga. Mereka berketurunan Temiar yang agak pemalu. Tetapi berjaya diyakinkan untuk mengikuti kami ke perkampungan kuala Labu yang terletak sebelum kampung ini untuk turut sama join program di sana. Kami membuat kenduri dan memberi ration kepada mereka sempena kedatangan kami agar cara ini dapat mengukuhkan ukhwah bersama mereka.Kisah penuh selebihnya boleh dibaca dari

blog Kak Adah. http://bintukhair.multiply.com/journal/item/276/Kembara_ke_Kuala_Tahu

blog Irah http://niqsabariah.wordpress.com/2009/07/22/perjalanan-syahadah-kg-kuala-tahu/

melalui kawasan lembah sebelum sampai ke kg Tahu

melalui sungai pertama

melalui sungai ketiga

Inilah dua pasangan suami isteri warga emas yang memeluk Islam

sesi perkenalan tentang Islam dan proses pen'syahadah'an


"Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia janganlah kamu mengikuti jalan yang lain lalu kamu dicerai-beraikan dari jalan-Nya, demikianlah Allah mewasiatkan kepada kamu agar kamu bertaqwa". (Al-An'aam: 153)

salam perjuangan-al-azhar

'PERODUA PRACTICAL TRAINING'- EPISOD AKHIR  

Posted by al-azhar in , ,

PERODUA MANUFACTURING SDN BHD,SG CHOH, RAWANG(22 april-8 july 2009)


Akhirnya,berakhirlah pengalaman berpraktikal di syarikat automotif Malaysia, Perodua selama 3 bulan. Pengalaman suka duka yang amat berharga buat diri ini tak akan dapat dilupakan.Terima kasih kepada my big bos 'pak Din' yang sudi mengambil diri ini sebagai trainee.Dan terima kasih kepada my supervisor 'bro Mutalib' yang sudi melayan diri ini walaupun terlalu sibuk dengan projek kereta baru Perodua.. Thanks to all staff engineer 'Quality Resident Engineering Assembly'(QREA) section especially D46T project(mpv car)- hana,Saiful bahri,Idham, Saifulizan,Syukri, kamal dan azanisyam,nasir,irme,am fazil,anuar, hisham,pok Ju serta semua orang yg terlibat secara lansung dan x lansung..Dan juga untuk semua staff Production Engineering.

Jika mpv baru ni keluar pasaran hujung tahun ini, akan ku teringat kembali kalian semua dan akan tersenyum sendirian, huhuu..Thanks, bagi peluang join projek new mpv car development ini, pengalaman sangat berharga dan bukan senang diri ini diberi penghargaan sebegini..Segala 'confidential matter' pasal mpv ini ,I will keep it secret.. So, gambar2 kat site,tak akan disiarkan ya.. Ada rezeki, aku akan kembali ke sana sebagai 'real engineer'..InsyaAllah..

Thanks PERODUA!...Akhir kata,

'tingkatkan kualiti kerja..Yosh!!...'

di dalam PE office

trainee UIA-dr kiri :Arip & pok said(QC),solehah (CMK), aku & lat(PE-QREA)

posing kat luar corporat buiding

ketika present project kepada management ,Engineer dan lecturer

dr kiri: bro talib(supervisor aku),syam(supervisor lat),Dr Raisudin( IIUM visiting lecturer), 2 org lelaki lagi (supervisor solehah)

trainees di PE: aku dr UIA (PE-QREA), Yan & Anne UTHM (PE-TA),Ain UTHM(PE-Assembly), Jijah UTHM(PE-Body) dan Jijan UITM(PE-QREW) ,Lat UIA(PE-QREA) <-tukang amek gambar

Saya menang kereta..hehe..

di sinilah aku tinggal untuk selama 3 bulan-hostelku syurgaku(bukit sentosa)

PERODUA eye bird view

Selamat Tinggal Perodua,bye2!

REHLAH AIR TERJUN PERTAK, KUALA KUBU BARU,SELANGOR (4 JULY 09)  

Posted by al-azhar in , , ,

kg Pertak dan Gerachi, Kuala Kubu Baru, Selangor- 04.07.09


konvoi di depan tasik empangan Sg. Selangor


tasik yang sangat mempersonakan!

Minggu ini agak sibuk untuk siapkan report perodua beratus2 muka surat sebab pada minggu depannya aku akan habis praktikal di situ. Jadi kena antar ke Perodua dan UIA. Dan minggu lepas buat pertama kali perodua memberikan cuti hari jumaat sebab kilang 'shut down' untuk service mesin ngan robot kat kilang itu. Jadi aku ambil peluang tu pergi lah ke kampung changkat,Gombak menolong en Shamsul jadi mekanik betulkan dan service kereta 4wd beliau sepanjang satu hari dan beli barang-barang untuk program ke pos balar kelantan.Walaupun tak dapat join program dakwah selama seminggu itu, aku tolonglah apa-apa yang patut. Semangat ini masih bersama2 mereka. Dan bertuahnya malam jumaat itu ada usrah dan barbekue kat situ yang dibuat oleh 'skuad prihatin Abim',memang langkah kanan lah berada di sana..bertemulah ngan team Pepias dan Abim Gombak.

Oleh kerana tidak dapat join kembara ke kelantan pada minggu ini, disebabkan kekangan masa yang tidak mengizinkan,hujung minggu ni membuat perancangan bersama2 rakan praktikal yang berada di Rawang dari perodua dan APM seramai 9 orang mahu ke Cameron Highland sebenarnya,tetapi masalah transport pula tidak mencukupi..van yang disewa pula menghadapi masalah. Tidak mahu hampakan mereka sebab x dapat pergi berjalan, aku gi cadangkan pergi ke kg Pertak, Kuala Kubu Baru yang mengambil masa setengah jam lebih dari sini.Pergi secara berkonvoi dengan menaiki motor.

Kg Pertak ini pernah ku kunjungi seorang diri pada beberapa minggu lepas.Kampung ni adalah kampung asli dan terletak on da way ke Fraser Hill.Kampung yang sangat cantik, seperti syurga dunia di atas pergunungan. Ada sungai jernih,air terjun,tasik, hutan dan ada denai untuk 4wd adventure.Sangat menarik! Rumah2 mereka pun sangat cantik cam chalet,x sama ngan rumah RPS orang asli di tempat lain.


Kunjungi sebelum ni sekadar buat lawatan saje atau rickee. Borak2 ngan beberapa orang asli situ pasal kampung tu,sejarah kampung tu. Asalnya kampung kat situ bukan tanah asal mereka.Kampung asal mereka dah ditenggelamkan oleh sebab empangan Selangor yang di buat di situ. Jadi kampung asal mereka berada bawah tasik tu sebenarnya. Kaum kat situ adalah Temuan. Dan alhamdulillah di situ sudah ada yang memeluk Islam lebih kurang 10 orang. Penduduknya dalam 200 lebih orang.


sungai sesuai untuk white water rafting!


Ok,berbalik minggu ni aku membawa kawan2 ni pergi untuk rehlah sahaja di air terjun situ. Memasuki jalan denai untuk sampai ke dalam. Kemudian,jumpalah air terjun yang sangat menarik. Agak dalam juga,lebih kurang 2 meter.Cuma diri ini masih x pandai lagi berenang walaupun banyak kali mandi sungai,kalo dalam sangat rasa cuak so main kat tepi2 je,..huhuu..

Saksikan lah gambar2 untuk rehlah kali ini..Seronok konvoi motor secara beramai2 dan indah sungguh ukhwah ini..

di air terjun pertak

posing2 jgn x posing!

cover album.huhu.

Semasa pulang, singgah ke kg asli Gerachi jaya,di sini pun permandangan sangat cantik,dari atas puncak bukit melihat seluruh kawasan empangan dan tasik.Dapat melihat border damn itu sendiri.Sangat tinggi.Sungguh indah ciptaan tuhan!..

empangan Sg Selangor,Kuala Kubu Baru

gambar ketika di kg asli Gerachi Jaya

InsyaAllah jika ada masa dan rezeki akan berkunjung lagi ke 'syurga dunia' ini dan kita buat program di kampung ini!

InsyaAllah..wassalam

KEMBARA DAKWAH POS LANAI- a full story  

Posted by al-azhar in , , ,

KG NYENTIL ,POS LANAI,KUALA LIPIS,PAHANG (19-21JUN 2009)

Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan yang baik". (AnNahl:125)


Marhalah Dakwah Ini

“Azhar,saya cik Mira dari Muslim Aid, awak jadi tak ikut program ke Kg Nyentil minggu ni ?”.

“InsyaAllah saya pergi..”balasku segera selepas mendapat panggilan telefon daripada saudari cik Mira yang merupakan kakitangan Muslim Aid.

“Termasuk awak 6 orang volunteer dari Muslim Aid,tunggu pukul 8 malam kat bangunan Asdaf ye?”.

“Ok,cik Mira,terima kasih!”balasku lagi..

Pada hari itu segera ku siapkan kerja yang bertimbun di Perodua disamping menyiapkan report dan slide untuk presentation kepada bos Perodua.Sebenarnya,pada minggu ni aku memang tekad untuk masuk ke kampung asli dan settlekan semua kerja dulu sebelum pergi program setelah program terakhir di Tasik Bera hampir sebulan lepas .

Tepat 5.45 pm,tanpa berlengah segera aku keluar dari Perodua dan menuju terus ke KL untuk destinasi seterusnya, ASDAF atau dikenali sebagai Asrama Darul Falah yang berdekatan KL Central. Bermusafir lagi minggu ini lantas ku singgah masjid Negara untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mukmin sembahyang Jamak Maghrib dan Isya’ dan seusai itu lantas menuju ke ASDAF yang sememangnya berdekatan juga di situ.

Ini adalah kunjungan kali pertama aku ke ASDAF.Rumah Kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.

Sesungguhnya aku tidak mengenali sesiapa di sini kerana kehadiran aku di sini atas inisiatif sendiri menjadi sukarelawan kepada sebuah NGO yang aku kenali melalui dunia maya iaitu Muslim Aid.Dan melalui itu aku berkenalan dengan en. Muhammad yang menawarkan tempat untuk ke program tersebut.Tetapi en Muhammad tidak dapat pergi bersama kerana menjaga isterinya yang sarat mengandung.

Ketika sampai ke kawasan perkarangan ASDAF,kehadiranku disedari oleh seorang ustaz di situ.

“Awak ni,saya macam pernah lihat tapi di mana ya?”. Sapaan ustaz itu kepada ku.

“Emm,.saya tak pastilah” jawabku dengan sedikit kebingungan. Kerna ini kali pertama saya berkunjung ke sini bahkan macam mana pula ada orang yang mengenali diri ini.

“Apa ya,kat mana?.. Hah, Travelog laskar Pelangi!,Awak ni Azhar kan?”.tanya ustaz lagi.

Kali ini betul-betul diri ini teruja kerana aku dikenali melalui dunia blog. Blog Travelog laskar pelangi yang menjadi tempat aku menzahirkan kenangan kisah perjalanan hidupku di pentas dunia ini.Blog yang menjadi pengukuh ukhwah bersama teman-teman perjuangan yang lain.

“Boleh panggil saya Pak Abu!”jelas ustaz itu atau nama sebenarnya Ust Hasmadi. Rupa-rupanya beliau mengetahui blog ini melalui En Shamsul dari ABIM.

“Kalau belum makan boleh lah makan kat kantin dan berjumpa dengan Ustaz Latif kat sana.”ajak ustaz lagi.

Ketika makan malam bersama-sama ustaz dan ustazah di kantin ASDAF tu, satu lagi kejutan. Tiba-tiba, kelibat ummi (isteri ustaz Razlan ABIM) melintas depan mata bersama ika, anak bongsunya. Terkejut juga masa itu,satu pertemuan yang tak dirancang. Terfikir macam mana diorang boleh ada kat ASDAF pada ketika ini. Rupa-rupanya ustaz Razlan satu famili datang untuk join sekali program ini.Mereka hadir akan maklumat program yang saya sebarkan ke Kak Syariah dan kak Syariah memberitahu ustaz Razlan pula.

Program kali ini dianjurkan oleh Perkim (Asdaf) dan bersama-sama NGO lain seperti Muslim Aid,Yayasan Salam dan ABIM bersama-sama krew wartawan dari RTM untuk penggambaran program selama 2 hari tersebut. Kali ini aku pergi atas nama Muslim Aid bersama-sama 5 sahabat Muslim Aid yang lain iaitu kak Mira (kakitangan MuslimAid) dan Lias,Naim,Am dan Ika( semua praktikal student dari UM).Dan aku seorang je wakil tunggal dari UIA.Manakala ustaz Latif(Perkim) menjadi ketua atau Amir program kali ini.

“Saya mahu perjalanan malam ini secara berkonvoi. Tidak mahu terlalu laju atau perlahan..Bergerak secara berjemaah!”.Ucapan Ustaz Latif sebelum perjalanan bermula.

Setelah semua berkumpul,kembara dakwah pun bermula dengan bertolaknya pada pukul 9 malam menuju ke Pahang. Sesungguhnya kembara dakwah tidak sunyi dari dugaan,5 buah kenderaan yang bertolak malam tu,satu darinya telah rosak di Tol Bentong dan terpaksa ditinggalkan di Bentong dan berbaki empat itu meneruskan perjalanan kerna perjuangan mesti diteruskan.
Walaubagaimanapun,yang menariknya perjalanan malam ini kami menghadiri jamuan hari lahir anak seorang teman kepada wartawan RTM di Raub pada pukul 1 pagi. Ya,1 pagi! kerna kelewatan disebabkan kerosakkan teknikal kenderaan tadi. Makanan sangat banyak siap ada sate,mie,buahan dan macam-macam lagi dan siap boleh dijadikan tapau untuk bekalan perjalanan.Memang rezeki datang bergolek untuk pengembaraan ini. Kemudian dalam pukul 2 pagi lebih kami sampai ke masjid Sg Koyan dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan esoknya.

Seusai solat subuh kami meneruskan perjalanan ke Kuala Medang.Di sini lah destinasi terakhir kami dengan menaiki kenderaan beroda kerana perjalanan seterusnya pula akan menaiki bot ke kampung Nyentil yang memakan masa 2 jam lebih melalui sungai besar .

“Pakai baju biasa masa naik sampan ,nanti basah juga dalam perjalanan.”bicara ustaz Latif.

“Lagipun,air sungai sekarang tengah cetek, kena turun untuk tolak sampan kalau sangkut kat pasir!”Tambahnya lagi.

Kata-katanya menjadikan aku semakin teruja dan tidak sabar untuk menghadapi perjalanan mencabar kali ini.

Berjalan,Melihat dan Mentafsir

Perjalanan yang sangat menarik melalui sungai Telom sambil melihat alam ciptaan tuhan yang cukup mengujakan.Pertama kali berkunjung ke kampung asli menaiki bot kerna kembara dakwah sebelum ini banyak menaiki kenderaan 4WD melalui kawasan hutan tebal..Perjalanan sungai yang kadangkala melalui kawasan jeram sangat mengujakan dan sangat sesuai untuk aktiviti White Water Rafting.

Kampung Nyentil adalah kampung yang kedua terakhir di sepanjang sungai itu.Kampung terakhir adalah kampung Harung yang tidak berapa jauh dari kampung tersebut.Sepanjang perjalanan melalui juga beberapa kampung asli seperti kg Pantos,kg Perangkap dan kg Lanai.

Sampainya kumpulan kami ke Kampung Nyentil pada waktu tengahari. Maka bermulalah aktiviti kami di kampung tersebut.Masak kenduri,solat berjemaah dan sukaneka diadakan pada petang itu.Kali ini sukaneka amat menarik kerana banyak kategori dipertandingkan .Siap ada permainan tradisional seperti galah panjang,congkak dan ten teng dipertandingkan. Semua aktiviti kali ini dirakamkan oleh krew RTM untuk tayangan galeri nasional di TV 1 rabu ini. Berbalik pasal RTM ini pula,pertama kali aku pernah masuk TV semasa program di kampung Tohoi di Kelantan setahun yang lepas. Tetapi tidak dapat menontonnya sendiri kerana program ditayangkan di TV ketika kami ketika itu masih di dalam hutan selama seminggu.

Dan pada lewat petang nya pula kami bersiar-siar ke kampung Harung dan ke kawasan terakhir yang bot tak boleh lalu iaitu jeram yang agak bahaya.Dikatakan,kalau melalui jeram tersebut ke atas boleh sampai ke Cameron Highland. Menikmati keindahan alam sambil menghirup udara segar alam yang sangat mendamaikan di kawasan ini .Ditambah lagi dengan muzikal alam,bunyian mergastua yang sentiasa berzikir kepada tuhan memberikan sesuatu inspirasi kepada santapan rohani dan jasmani .

Pada malamnya, solat maghrib dan isyak berjemaah dan kuliah maghrib kepada penduduk kampung. Seusai solat, ada persembahan kugiran oleh peduduk kampung beserta tarian sewang oleh penduduk kampung. Mereka menarikan tarian sewang yang sudah moden.Rindu sebenarnya mahu melihat sewang yang klasik dan penuh mistik.Lama tak melihatnya. Esoknya,aktiviti penyampaian hadiah sukaneka dan pembahagian barang ration kepada penduduk kampung.Dan Muslim Aid memberikan sumbangan vitamin C kepada kanak-kanak asli kampung tersebut.



Paling menarik, Tok Batin Kg Nyentil, Bilin bin Abdullah sudah berusia seratus lebih. Dari raut wajahnya kelihatan lelaki ini masih gagah tidak dimamah dek usia.Seorang yang sangat peramah dan mudah memberikan senyuman. Tok Batin seorang yang sangat baik dan dihormati penduduk asli di situ. Respon dari kampung ini pun baik kerana Kampung Nyentil ni adalah kampung angkat Perkim dan sudah lama berada bawah jagaan Perkim.

Perjalanan kami berakhir setelah menyelusuri sungai Telom itu menuju pulang ke Kuala Medang semula. Di situ bertemu dengan Yang Berhormat kawasan situ dan RTM sempat menemu ramah beliau. Kembalinya kami di ASDAF Kuala Lumpur hampir senja dan matahari sudah mula melabuhkan tirainya.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di sini lah semua NGO berpisah untuk meneruskan ke destinasi masing-masing . Terima kasih kepada Muslim Aid yang memberi peluang kepada diri ini untuk sama-sama berjuang di marhalah dakwah ini.


Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(surah Al-Ankabut:20).
salam perjuangan-al-azhar


KEMBARA DAKWAH KG NYENTIL,POS LANAI KUALA LIPIS (19-21 JUN 2009)  

Posted by al-azhar in , , ,

KG NYENTIL,POS LANAI,KUALA LIPIS PAHANG (19-21 JUN 2009)

Hujung minggu lepas sekali lagi hamba menjadi sukarelawan ke program kembara dakwah ke Pos Lanai Kuala Lipis Pahang atas nama program Titian Mesra orng asli kg Nyentil, Pos Lanai. Program anjuran Perkim (Asdaf) dan bersama-sama 25 sukarelawan daripada NGO lain seperti Muslim Aid,Yayasan Salam dan ABIM bersama2 krew dari RTM untuk pengambaran program selama 2 hari tersebut.Terima kasih kepada NGO Muslim Aid kerana memberi kesempatan untuk hamba turut bersama dalam program ini..Kisah penuh akan diceritakan pada posting seterusnya..



Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(surah Al-Ankabut:20)..





KENAPA MATA KITA DI HADAPAN?..  

Posted by al-azhar in , ,


Entri kali ni agak lain dari lain sedikit..

Teringat kembali beberapa tahun yg lepas,ketika diriku semasa itu menonton cerita animasi doraemon di layar tv.. ada satu siri dalam doraemon tu, doraemon bertanya kepada nobita, dengan soalan lebih kurang begini..

‘kenapa mata kita dihadapan?’..

lalu nobita dengan terpinga-terpinga dan kejahilannya tidak dapat lah menjawab soalan tu..

Lalu doraemon yang bijaksana pun menjawab..

'Mata kita di hadapan supaya kita akan pandang hadapan, pandang masa depan kita.. fokus dan terus maju ke hadapan ,dan tidak perlu menoleh kebelakang lagi..walau apa yang berlaku, kita kena maju dan ambil yang positif dan buangkan yg negatif…kita kena berani ke hadapan!'..

Oleh sebab itu tuhan jadikan mata kita tidak terletak dibelakang ..
Ini memang dialog sebenar dari anime itu. Sampai sekarang saya masih mengingati dialog ini..

Dan satu lagi dialog dalam siri anime yang memberi kesan dalam kehidupanku ini adalah dari anime Yu Gi Oh..Dialognya lebih kurang berbunyi begini ..

'benda apa yang tidak boleh nampak tapi boleh di lihat..?'

Jawapan nya kalau teman2 nak tahu adalah 'nilai persahabatan'..Dalam komik ini membuktikan nilai persahabatan dan ukhwah yang kuat mampu mengalahkan musuh2 durjana..nak paham maksudnya lebih lanjut sila lah baca komik ni..Konsep yang diterapkan sangat menarik!

Kesimpulannya, sesungguhnya anime banyak mempengaruhi minda dan pemikiran kita sejak kita kecil lagi ya. Dan memberi impak kepada kehidupan kita!..
p/s: Sekarang tengok pula gambar di atas apa yang di fikirkan anak orang asli ni yek?


REHLAH KOLAM AIR PANAS HULU TAMU, BATANG KALI (7 JUN 2009)  

Posted by al-azhar in , ,

Kolam Air Panas Hulu Tamu,Batang kali Selangor-7.6.2009

Minggu ni aku ngan rakan serumah iaitu Lat ngan pok said (cuma arip je x de sebab pergi jemputan kawin kat kuantan) pergi ke Pusat rekreasi kolam air panas di Batang kali.Perjalanan kali ni x dirancang..Kami pi bersiar2 petang tadi kat Bukit Beruntung sebab kat sini banyak tasik dan kolam ternakan ikan sepanjang perjalanan ke Rasa sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan,dan main jalan je..tiba2 nampak pula signboard kolam air panas mengatakan ia x beberapa jauh dari sini..Lalu apalagi,kami pergi je tempat tu....Rugi2, sebab x bawa telur,kalo x boleh jadi telur rebus..pastu boleh makan time lapar2..huhuu...


Aku ngan Lat
lat ngan pok said



kecik je kolam air panas di sini..

signboard di waktu senja,menakutkan!..

Manakala, di bawah ni pulak kisah minggu lepas, lambat update pula..kami budak serumah (kali ini semua ada termasuk arip) pergi main bowling kat pusat sukan, bukit Beruntung Golf & Country Resort..Second time main bowling dan menang satu game kali ini..huhuu..Dan berapa kali diri ini melakukan strike..cewah ..hehee..


dari kiri: pok said,arip ,aku ngan lat

cam 'bola jiwa' dalam siri dragon ball tu plak..hehee..

peace ya bro arip..
gaya dah ada,masuk tu x tentu lagi..huhuu..
aksi swing pok said..

semoga ukhwah ini berpanjangan....wassalam..

KEMBARA DAKWAH TASIK BERA ,PAHANG (22-24 MEI 2009)  

Posted by al-azhar in , , ,

Tasik Bera,Pahang-22-24 MEI 2009


dari kiri:din(abim),ust razlan (abim),tuan hamba(uia),due(usm),abu(usm),muha(usm)

Mengucapkan kesyukuran untuk kesekian kalinya minggu lepas hamba dapat pergi ke perkampungan orang asli di Tasik bera Pahang .Bersama-sama dalam perjuangan dakwah ini adalah sahabat dari USM seramai 12 orang di mana 9 daripadanya adalah muslimat dan 3 orang saje muslimin. Semua mereka adalah para doktor baru yang bakal berkhidmat kepada masyarakat tidak lama lagi kerana program ini menjadikan satu titik permulaan bagi mereka untuk menjalani kehidupan di dunia yang sebenarnya. Mereka ini baru saje habis belajar dan akan di’ posting ’ kan di hospital-hospital tidal lama lagi.

Manakala cuma diri hamba seorang saje dari universiti yang berlainan iaitu UIA. Mengambil inisiatif pergi sendiri dan menawarkan diri untuk bersama-sama mereka kerana hamba percaya dengan matlamat yang satu dan tujuan yang satu dapat menjadikan satu titik pertemuan untuk kita sama-sama mengukuhkan ukhwah dalam pertemuan bersama-sama sahabat-sahabat baru lain untuk berjuang menyebarkan dakwah di bumi Malaysia tercinta ini.

Ramai dari sahabat-sahabat di luar sana menjadikan alasan tiada teman rapat bersama join program ,jadi mereka tidak mahu join. Perjuangan dakwah bukan kerana ‘kawan’. Sebenarnya setiap orang islam adalah bersaudara, jadi sesiapa sahaja adalah kawan dan sahabat kita. Dan hamba bersyukur kerana setiap kembara dakwah hamba dapat berkenalan dengan bermacam-macam orang dan meluaskan kenalan tuan hamba tanpa mengira umur,pangkat dan bangsa. Dan melalui program-program sebegini hamba telah menjelajah banyak tempat di bumi Malaysia ini yang hamba sendiri tidak pernah terfikir untuk akan sampai ke tempat-tempat sebegini. Subhanallah!..

Berkaitan program minggu ini, hamba sangat bersyukur kerana sambutan dari penduduk asli yang amat menggalakkan. Mereka adalah kaum Semelai yang tinggal berhampiran tasik Bera. Pertama kali berprogram di perkampungan kaum Semelai kerana sebelum ini hamba banyak program di Kg asli Temiar,Temuan,mahmeri dan semaqberi. Setelah banyak kampung asli dikunjungi ,tempat ini adalah pertama kali hamba kunjungi dan sangat mengujakan kampung asli ini diketuai oleh seorang wanita yang dilantik sebagai penghulu bagi kg asli ini. Sesuatu yang menarik kerana jarang orang asli mengangkat martabat kaum wanita ke tahap tertinggi dalam pentadbiran mereka.Dan mengenali lebih dekat lagi penghulu yang dipanggil oleh kami sebagai ‘kak Jun’ memang seorang wanita yang berwawasan dan berdedikasi. Beliau pernah menunaikan umrah di tanah suci dan kisah perjalanan umrahnya diabadikan dalam siaran Jemputan Umrah oleh Astro.Satu penghormatan untuk beliau khususnya dan kaum asli amnya.

tasik bera,pahang


Bermulanya perjalanan pada Jumaat petang dari Hospital Kuala Lumpur di mana meeting diadakan bersama Dr Razak dari IOA yang merupakan orang kuat bagi program ini. Tetapi beliau tidak dapat bersama kerana ada perkara yang lain mesti didahulukan. Dan Amir program kali ini adalah oleh Haji Ariffin. Kemudian dengan tiga buah kenderaan meneruskan perjalananan dan mengambil tuan hamba di tol Gombak, setelah hamba bergegas terus ke tempat ini setelah abis waktu bekerja di Perodua di Rawang dan mengharungi hujan lebat sepanjang 45 minit perjalanan dari Rawang.Walaupun kepenatan bekerja hamba teruskan juga perjalanan. Setelah itu,hamba menaiki Unser yang turut dinaiki bersama-sama 3 orang jejaka dari USM dan kemudian meneruskan perjalanan yang mengambil masa 6 jam untuk sampai ke kg asli Tasik Bera ini dimana kami sampai pukul 1 pagi.

Aktiviti yang dilakukan seperti biasa di mana Lawatan muhibbah, kenduri dan sukaneka dilakukan pada keesokkan harinya.Ternyata sambutan amat menggalakkan. Dan paling menarik di kampung ini adalah sungainya yang dinamakan sungai Bera yang mempunyai kedalaman yang tidak dapat kami capai dasarnya.Dan kami mandi di sungai besar dan dalam tu di atas sebuah rakit balak yang dibuat oleh orang asli di situ. Sekali lagi hamba menjadi chef untuk masak kenduri dan seperti biasa lauk ayam kari adalah lauk asasi program kami.

Sukaneka yang diadakan sangat meriah dimana ada 3 kategori iaitu dewasa lelaki,wanita dan kanak2. Bagi acara lelaki acara sepak takraw dan sumpit diadakan.Dan seperti biasa pasukan sepak takraw dari kumpulan kami kalah pada acara tersebut.Huhuu, tetapi saingan tetap diberikan. Dan hamba hanya menjadi pengadil untuk acara ini sebab kaki hamba sakit.Yang penting semangat itu penting!


pertandingan menyumpit,gaya sang juara


papan markah buatan sendiri.huhuu..



nak try juga ..
perlawanan sepak takraw
hamba selaku pengadil bersama permain sepak takraw
apa yang paling bahagia pabila menjadi chef adalah pabila orang lain menikmati makanan yang kita masak..


JANGAN TERLALU GHAIRAH, DAN JANGAN PULA MENGALAH”

Petikan ayat di atas adalah slogan oleh Encik Shamsul, da’e sepenuh masa IOA mengatakan dalam penyebaran dakwah kepada masyarakat asli kita jangan terlalu ghairah pabila berjumpa dengan orang asli terus berbicara pasal Islam kerana perspektif mereka berlainan terhadap Islam. Contohnya, pabila kita mendekati mereka dan kemudian terus cerita pasal Islam, cerita syurga dan neraka dan sebagainya. Benda-benda berkaitan pasal agama sebegini sebenarnya masih menjadi ‘taboo’ dalam masyarakat mereka kerana masyarakat mereka amat patuh pada amalan nenek moyang mereka. Sebab itu pabila kita datang dan membawa benda baru dalam kehidupan mereka menjadikan mereka takut akan kita. Dan kadangkala melarikan diri dari kita. Dan lebih teruk lagi, adakala mengugut dan menghalau kita dari tempat mereka.

Kerja dakwah ni bukanlah kerja mudah yang boleh dilakukan dalam sehari dua untuk mengajak mereka ke jalan yang benar dan kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun dan berpuluh-puluh tahun lamanya. Itu lah dikatakan ‘jangan mudah mengalah’. Sebenarnya jalan dakwah ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana cabaran yang hebat di pendalaman belantara hutan Malaysia .Para Da’e perlu mengharungi perjalanan yang mencabar dengan pelbagai bentuk bumi yang mencabar seperti gunung, mengharungi sungai ,jurang dalam, gaung kiri kanan dan sebagainya. Jikalau tersilap langkah sikit saje akan mengundang kemalangan dan kematian kerana bahayanya perjalanan seperti ini. Kadang kala mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke pendalaman orang asli. Di sini, ternyata kekuatan fizikal dicabar. Hanya semangat ‘ jihad fi sabilillah’ untuk menyebarkan dakwah Islam dan membina ummah mengatasi segalanya. Yang penting keikhlasan dalam usaha mendaulatkan syariah menjadi initipati perjuangan ini.

Kemudian kekuatan mental akan teruji bagaimana kita berinteraksi dengan mereka. Oleh sebab itulah, berdakwah mesti ikut kondisi sesuatu tempat. Tempat yang berbeza dan kaum yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. Dan yang pasti berdakwah secara berhikmah. Sebenarnya orang asli ini ada yang tiada agama dan juga sudah menganuti kristian. Cara terbaik adalah berdakwah 'bil hal', iaitu berdakwah dengan menunjukkan perbuatan dan teladan yang baik kerana perkara inilah yang dilihat dan dinilai oleh mereka. Dan yang paling penting kita mengukuhkan hubungan dan ukhwah dengan mereka. Pabila mereka sudah rapat dan selesa dengan kita maka kita boleh menyebarkan dakwah islam itu dengan mudah .Itulah pentingnya hubungan silaturrahim dengan mereka. Jika kita menghormati mereka,maka mereka akan lebih menghormati kita. Dan mereka akan terima kita seadanya.

Sememangnya , urusan samada ada seseorang akan mendapat petunjuk hidayah Islam adalah urusan Allah SWT dan Dia lebih mengetahui dan kita sebagai hamba Allah membantu menyebarkan dakwah islamiyyah itu agar agama Islam itu terus berkembang. Allahuakhbar!

bersama penduduk kampung 1, Temangan Tasik Bera

bersama penduduk kampung 2, Temangan Tasik Bera

Para jejaka pada program kali ini..
9 orang muslimat bakal doktor dari USM bersama penghulu kak jun (baju hitam putih)


Bila kukuh "hablumminallah' yang vertikal..

Akan teguhlah 'hablumminannas ' yang horizontal!..

salam perjuangan-al-azhar

PAINTBALL DE RIMBA AMPANG (16 MEI 2009)  

Posted by al-azhar in ,

Bersama-sama pekerja Perodua Rawang, hamba telah join pemainan paintball di Ampang .Bertuahnya, jadi pekerja Perodua ini sebab banyak aktiviti diadakan untuk pekerjanya.. Segalanya adalah free,cuma perlu bawa diri sahaja. Kalo x free kena bayar berpuluh2 ringgit gamaknya.. Team yang menang dapat 300 ringgit.hush,berbaloi tu..Walaupun kumpulan kami kalah, tapi semangat sepasukan tu yang penting..Apa yang penting, "KERJASAMA!"..cewah.. Game ni memang best! Saksikan gambar2 semasa pertandingan itu..

GAMBAR2 TEAM

team taliban(team hamba)

team gangurro
team tangkap lentok
team warden


GAMBAR2 AKTIVITI




GAMBAR SEMUA PESERTA PERMAINAN PAINTBALL DI DE RIMBA AMPANG

CUTI2 MALAYSIA-EDISI PULAU TIOMAN(8-10 MEI 2009)  

Posted by al-azhar in ,


Tioman island xpdc 2009 !

matahari terbenam,sangat cantik!

cantik alam ciptaan Illahi

chalet di atas bukit nan indah
jom gi snorkling..
pose sat atas batu..huhuu..

kalo kail panjang sejengkal,lautan dalam jgn diduga..

buat peace!!cewah..

Terima kasih atas ukhwah ini bersama 10 orang teman seperjuang semasa ke pulau Tioman baru2 ni..Percutian terindah untuk tahun ini.. Kenangan yang tak boleh dilupakan buat selamanya.. Semoga ukhwah dibina berkekalan selamanya..wassalam..;P

PROGRAM KG ASLI-aku merindui..  

Posted by al-azhar in , ,

Hampir seminggu program besar ke kg asli oleh JASA ngan COMRADE telah berlalu. Kampung JASA kat Tohoi,Gua Musang,Kelantan dan COMRADE di Pelantuk,Sg Siput Perak telah dianjurkan dengan jayanya..Sedih sebab x dapat join diorang time tu sebab diri ini sudah praktikal di Perodua.

Tahniah lah pada committe program kali ni yang kebanyakan adalah junior kerna berjaya menganjurkan program tersebut dan harap objektif anda untuk menyebarkan syariat islam di pendalaman bumi bertuah Malaysia berjaya ..Walaupun banyak dugaan dan rintangan semasa mahu menganjurkan program2 besar sebegini, jadikan ia suatu pengalaman berharga dan kutip pengalaman itu sebaiknya kerana pengalaman adalah cikgu kita yg sebenar dalam kehidupan. Dan Allah sendiri berjanji dalam al Quran ,barangsiapa yg berjuang pada jalan Allah,Allah akan membantu dan beserta kepada mereka yang membuat kebaikkan..jadi teruskan juang dakwah kalian..

Bila aku mendengar kembali lagu 'oh aleh' yg didendangkan oleh penduduk kg tohoi semasa program tahun lepas,benar2 membuatkan hati ini sedih dan sayu mengingatkan saat2 manis semasa di sana dengan keramahan dan kebaikkan hati penduduk kg yg tiada taranya.Bagi diri ini kg Tohoi adalah kg paling 'best' dalam JASA society.Dan kampung ni berpotensi untuk diislamkan semua penduduknya.Harap kalian dapat menjaga kg ini dengan sebaiknya,tetapi kg2 lain jgn dilupakan pulak ya.. Lirik lagu asli 'oh aleh' dalam bahasa temiar..



"oh aleh ilok hayah hak perak la maye..
oh aleh ilok hayah hak perak la maye..
belang yang leng ak balik
sereg yog kapak nom kejai
sereg yog calon manjarbelangyau leng ak balik
seg siog kapak nom kejai
sereg yog seg siog calon manjar.."

Minggu2 akan datang aku akan cuba kembali ke kg2 asli di belantara bersama ABIM..Setelah lama berehat daripada join2 program sebegini sebelum ini disebabkan kengkangan masa yg x mengizinkan ..Ya ALLAH,tabahkan hatiku ini...

kenangan gambar2 kembara dakwah sebelum ni..





CUTI-CUTI MALAYSIA-edisi PULAU PINANG (1-3 MEI 2009)  

Posted by al-azhar in , ,

Sempena cuti hari buruh tahun ni , aku layak untuk bercuti (sebab aku dah kerja.huhu..), dan mengambil kesempatan pergi bercuti dan melancong ke Penang untuk melawat 2 orang kakak ku di sana..Sambil tu melanconglah mengelilingi bandar Pulau Pinang atau dikenali pulau mutiara ni.

Sebenarnya dah 5 tahun x ke Penang, dan aku melihat Penang sekarang sangat pesat membangun...Bandar di sini memang sangat cantik terutama george town yg masih banyak dengan bangunan2 lama zaman penjajah yang dipulihara..Tak sama seperti 5 tahun yg lalu.. Mungkin kerana dah mendapat status bandaraya warisan dunia oleh UNESCO baru2 ni,bangunan2 lama dibaik pulih, dicat semula menjadikan,jalan2 dihias menjadikan bandar ini sangat cantik.. Aku memang suka hasil2 seni yang bersejarah ni.So amazing!

Jalan2 pi naik bukit bendera kali ni,boleh melihat bandar georgetown dan pelabuhan penang dari puncak bukit bendera,dan nampak bendang sawah di bahagian semenanjung yg sayup2 je pemandangannya, sangat menarik pemandangannya!..saksikan sedikit foto yg sempat dirakam, gambar semasa menaiki bukit bendera,tempat yg famous kalo kat pulau ni ..

stesen bukit bendera

keretapi
tengok kejap x de,

pastu ada dah..huhuh..

permandangan dari puncak,nampak bandar georgetown

aku ngan kakakku,sama kan muka?huhuh..bergaya bersama haiwan peliharaan??

Dan bawah ni adalah kucing yg dibela akak aku yg comel lote dan debab..namanya tom ngan didi..Sangat comel kan,siap ada baju lagi..huhu..

tom

didi
Akan datang akan ceritakan Cuti2 Malaysia edisi pulau tioman pula,wassalam..

'Practical training' di PERODUA-hari pertama  

Posted by al-azhar in , ,


Start 22 hb april ,aku menjalani latihan industri di perodua di Rawang.Menerima Perodua sebagai tempat internship setelah menolak beberapa tawaran dari company2 lain seperti Boustead Holding kat Lumut yg buat Kapal Laut,Molex kat Penang yg buat electronic part especially connector,syarikat Jepun Yamatake di Penang dll.. Memang payah nak buat keputusan untuk pilih mana satu company yg terbaik untuk internship,tapi setelah membuat analisis dan pandangan dari orang2 tertentu ,aku tekad memilih perodua sebagai tempat praktikal walaupun elaunnya sedikit berbanding company2 lain. Perodua Rawang ni agak jauh lah dari UIA..Perjalanan mengambil masa 45 minit dari UIA,tapi aku tidak duduk UIA.tapi tinggal di hostel yg disediakan oleh PERODUA sendiri...

Sewa sebulan dalam 40 ringgit,tapi tersangat berbaloi berbanding duk hostel yg kat UIA tu yg kena byr seratus lebih sebulan.Hostel di perodua ni style rumah pangsapuri ada 3 buah bilik dalam satu umah.. ruang rumah sangat luas.. dan semua kemudahan adalah cukup dari segi dapur,bilik air,tv,katil ,loker,sofa,peti ais dan macam2 lagi lah...tersangat berbaloi berbanding harga sewa yg 40 ringgit..KAlo duk Hostel UIA tu x de apa dalam bilik tu, cuma katil ngan loker sahaja..Kan bagus kalo hostel UIA cam hostel di Perodua ni!..huhuu

Seramai 5 budak Engin UIA yg dapat praktikal kat sini ,3 budak mecha dan 2 budak Auto..Aku,PAk Said,Arif,Lat,ngan sorang perempuan iaitu Solehah..Aku ngan Lat di department Production Engineering,Pak Said ngan Arip di department Quality Control bawah Perodua Manufacturing dan Solehah di Di Department Machining di Perodua Engine Manufaturing..

Atas ni adalah pelan perodua Rawang,tersangat luas,tengok kereta cam semut je dari pandangan atas.Kalo nak taw kawasan perodua ni tersangat lah luas,penat kalau berjalan,besar kawasan separuh luas UIA ni..Sebab tu diorang sediakan basikal untuk pergi ke mana2 department kerana jarak yg jauh antara satu depatment ke department yg lain..

Dalam department Production ni aku bawah QREA iaitu bermaksud 'Quality Resident Engineering Assembly'.. bahagian yg penting dalam menjaga quality model kereta baru sebelum di'release'kan. Kiranya orng tengah dari R&D sebelum production..Dan akan deal ngan vendor...kiranya nanti aku akan banyak pergi kerja kat luar lah untuk jumpa vendor2 perodua..

Hari pertama aku kat sini,dah dapat 'my own table'..huhuu.. sangat best..kiranya ni lah meja aku untuk buat segala kerja dan projek selama praktikal ni di sini. Tapi meja ni x de komputer,jadi boleh lah aku bawah laptop aku ke sini. Dan paling menarik, meja aku betul2 menghadap meja Assistant Manager ngan Manager..Memang menghadap muka mereka terus.. X boleh lah nak curi tulang,,huhhuu..tapi bos aku memang sempoi orang nya..x delah serius sangat...

Dan aku juga mendapat kerja tambahan iaitu sebagai operator sebab kat meja aku tu ade telefon QRE division. Jadi, memang aku lah yang kena angkat dan jawab panggilan..Huhuu. .Dan yg best sebelah meja aku tu ada cermin yg boleh lihat kawasan plant disebelah, di mana tempat kereta2 dihasilkan iaitu kawasan 'assembly plant'..

Kat perodua ni style kerja diorang tiru style jepun, jadi akan dapat lihat banyak istilah2 jepun kat sini.. pengurusan masa memang amat penting di sini.. dan sebelum masuk waktu kerja akan ada senaman yg disebut 'taisoe' istilah dalam bahasa jepun (kalo x silap lah)...lebih kurang macam aerobik juga..boleh cergaskan badan sebelum kerja bermula..

Ok, oleh kerana minggu ni baru minggu pengenalan kepada perodua jadi kisah perjalanan latihan praktikal di perodua ni akan di sambung ke posting yg akan datang .. retetan perjalanan hidup sebagai bakal seorang engineer pada masa masa hadapan.Wassalam...

DINNER AT GRAND SEASON HOTEL,KUALA LUMPUR (11 APRIL 2009)  

Posted by al-azhar in ,

GRAND SEASON HOTEL,KL (9pm-11 pm)


Lie
Miye

tuan hamba

hmm, muka kekenyangan..


Pada malam 11 april 2009, setelah ketensionan menghadapi final exam sem ni, aku, lie ngan miye pergi makan buffet kat hotel grand season dekat hospital Kuala Lumpur..Hotel bertaraf 4 bintang.... harga boleh 'tahan' lah. x boleh beritaw..huhuu.. standard harga hotel yg berbintang2 ni.. tapi ada diskaun... memang puas hati..macam2 ada.. dari malaysian food,western, jepun, china semua ada...

Barangkali makan dinner terakhir kami bersama sebelum aku akan ke Rawang minggu depan practical training di Perodua , Lie akan ke Gamuda company kat shah Alam dan Miye akan sambung belajar di sem 3 IIUM.. .Doakan yang terbaik untuk kami!!...



PERHENTIAN ISLAND 2008- a sweet holiday  

Posted by al-azhar in ,

PULAU PERHENTIAN,TERENGGANU (9-11 APRIL 2008)


Oleh kerana selama 2 minggu ni aku menghadapi final exam selama 2 minggu start 4-18 April 2009, maka tiada join program luar dan fokus untuk final exam kali ni.

Jadi,kini aku siarkan kembali kenangan semasa bercuti di pulau perhentian tahun lepas juga di hujung sem 2 . Sedar tak sedar dah hampir setahun rupanya x ke sana. Dan di situ adalah percutian paling best bagi tahun 2008 bagi diriku bersama teman2 sebanyak sepuluh orang semuanya..

Sangat cantik dan mempersonakan alam ciptaan illahi..Sesungguhnya semua kecantikkan ciptaan ini diciptakan oleh Allah untuk manusia sama2 berfikir dan menilai akan kebesaran Allah SWT..

Bagi rakan2 seperjuang yg bercadang bercuti pada cuti sem ni, pulau perhentian adalah terbaik untuk anda..dan mungkin aku tidak dapat join untuk kali ni kerana akan praktikal industri lepas sem ni..hmm..Barangkali..huhu

RECTOR'S STUDENTS' SYURA (30 MAC 2009)  

Posted by al-azhar in ,

SENATE HALL,UIA (5PM-7PM,30 MAC 09)

Ketibaan rector dan timbalannya

antara pemimpin-pemimpin mahasiswa

Rector sedang berhujah

Di skrin atas adalah paparan pemimpin2 pelajar dari kuantan campus

bumbung Senate hall yang sangat cantik


Buat pertama kalinya, meeting antara pemimpin-pemimpin mahasiswa dari pelbagai persatuan, kelab, organisasi, kuliyah, MRC dan SRC di dalam pentadbiran UIA bersama-sama dengan pemimpin tertinggi universiti iaitu rector di dalam "Rector's Students' Syura" atau RSS yang diadakan di dalam dewan 'Senate Hall' yang begitu berprestij itu. Tujuan adalah untuk membincangkan isu-isu yang berkenaan universiti, isu semasa, perkembangan kampus, masalah siswa dan lain-lain.

Paling menarik adalah berkaitan pembentangan projek bawah RMK 9 oleh engineer UIA ,di mana UIA mendapat peruntukkan yang begitu besar dalam pembangunan fizikal seperti pembinaan banyak bangunan-bangunan baru seperti IIUM Medical City di Nilai, Matriculation centre baru di Gambang, Penor, Kuantan Campus dan kulliyah ICT.

Dan satu lagi perkara menarik adalah pemimpin-pemimpin siswa dari Kuantan campus turut sama dalam meeting kali ini, di mana konsep "virtual meeting" diadakan. 'Live' meeting ditayangkan melalui paparan skrin dan mereka boleh turut sama untuk melontarkan idea, pandangan di dalam meeting kali ini walaupun mereka berada di Kuantan.

RSS ini bakal diadakan sebanyak 3 kali setahun dan ia amat berguna kerana pemimpin-pemimpin mahasiswa ini dapat berhubung terus dengan pemimpin tertinggi universiti bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan universiti. Satu usaha yang perlu diteruskan . Syabas UIA! ..

p/s:Anda mesti tertanya2 saya mewakili kelab apa ya?...huhu..

Rehlah,air terjun Kemensah, Ampang (29 MARCH 2009)  

Posted by al-azhar in , ,

Kemensah, Ampang (29 mac 2009)



Ingatkan hujung minggu ni tidak ke mana-mana, maklumlah dah sekian lamanya pabila hari Ahad je, tidak pernah melekat ke bilik. Ada je pergi program mana-mana kat luar sana yang disertai. Dan minggu ni kononnya nak stadi lah, sebab minggu depan final exam. Maka tidak planning nak ke mana2 minggu ni. Dan nak merasa suasana hari Ahad kat UIA pulak...

hmmm...dan setelah itu terasa bosan juga yek tak buat ape-ape kat dalam UIA hujung2 minggu gini.huhu ..

Jadi,tiba-tiba kali ni ajaklah mat li ngan miye pergi makan tengah hari kat Sri Gombak, makan lauk ulam-ulaman yang banyak kat restoran di Sri Gombak tu.Punyalah ramai orang kat situ.Dan lauk tidak dinafikan tersangatlah sedap.. Tiba-tiba, masa makan terjumpa ngan artis Ustad Asri dari kumpulan Rabbani yang turut sama makan kat restoran tu bersama keluarganya.Miye lah sibuk teka betul ke tak artis tu atau orang lain..huhu..Tapi memang betul lah beliau ..

Tiba-tiba, abis makan je miye ajak kitorang pergi ke Kemensah, yang belakang zoo negara tu..Maka tanpa berlengah menerima ajakan tu..Seusai solat zuhur kat surau petronas, pastu lalu pergi ke kg Kemensah di Ampang. Melalui kawasan kampung kemensah dan terus je sampai masuk kawasan yg cam hutan2 tebal jugak lah. Tak sangka kat dalam ni banyak tempat-tempat menarik untuk camping.Banyak jugak camp site kat dalam tu sebenarnya.Lagi hebat dari Sg Pisang di Batu 12 tu.. Dan ada 3 tempat air terjun yang agak menarik..hanya 2 tempat air terjun je sempat dilawati, dan satu lagi tidak dapat pergi sebab kena berjalan kaki selama satu jam baru boleh sampai ke air terjun tersebut. Tambahan, kat sini ada 2 kolam memancing ikan ..Rindu sebenarnya sebab lama x pergi memancing..

Kali ni tak mandi air terjun pun, just survey2 tempat je.. Dan tak sangka minggu ni jumpa lagi kawasan kg orang asli dan di Kemensah ni kampung tu betul-betul berada atas bukit yg tinggi jugaklah...huhuu..

Dan semasa balik je, kami menjumpai crew buat penggambaran tak pasti samada drama atau filem, di kg Kemensah tu. Adalah artis2 yg cam kenal tapi tak ingat nama sangat sebab lama tak tengok tv kat UIA ni..hehe

Saksikan gambar-gambar perjalanan kali yang menggunakan camera henpon mahal matli sebab kali ni aku tak bawa camera jadi tak de lah banyak gambar menarik untuk dikongsi bersama....Dan akhir kata, selamat menghadapi exam final kepada diri ini dan member2.. Ok, wassalam..


mat li dan miye

miye ngan aku bersama motor kami..hehee

merenung masa depan yg x pasti...

pose teristimewa dari mat li..huhu..

Berkelah di Ulu Yam, Selangor (22 march 2009)  

Posted by al-azhar in , ,







Pada minggu ni aku bersama sahabat pergi rehlah sekali lagi ke ulu yam sebelum final exam minggu depannya...beristirehat dan bermandi manda sambil makan durian..huhuu.. dan minggu ni sebenarnya ade program kembara ke kg asli Balar kelantan sebenarnya,tetapi program tersebut mengambil masa semingggu, jadi wakil dari UIA tiada yg dapat pergi kerana bizy ngan final exam...

kalo seminggu x dapat mandi air sungai cam tak sah pula hujung minggu aku..huhuu...Dan minggu ni memilih lokasi ulu yam kerana berdekatan dengan UIA. Saksikan gambar2 kenangan di Ulu Yam.Biar gambar yg menceritakan perjalanan kali ini..Dan Watak2 untuk minggu ni adalah aku,max, hairul, helmi, farha, isma dan raihan..

aku
max
helmi
hairul

isma
farha



raihan

selepas bermandi manda di ulu yam dan kali ni aku sempat juga melawat ke kg asli di ulu yam.kg yg agak moden dan bersebelahan dengan pusat rekreasi di situ,dan sudah ada surau di situ...Dan nama kampung asli di situ adalah kg Ulu Batu...kawasan yg boleh diterokai..


papan tanda masuk kampung

surau mereka


balai raya

kawasan rumah

POS KUALA MU- a real story  

Posted by al-azhar in , ,

POS KUALA MU,SG SIPUT PERAK (13-15 MARCH 2008)



Bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi kesempatan pada minggu ini untuk berjuang ke medan dakwah lagi ..Dan akhirnya pengembaraan ke kuala Mu,Sg Siput menjadi kenyataan.Kali ini kami mengikuti program anjuran bersama Institut al Qayyim dari Penang,Muhammadiyah International dan 4x4 4wd Perlis team.Dan kami dari UIA seramai 4orang semuanya iaitu aku,mat lie,raihan dah irah.

Bertolak dari UIA pada 8 malam dan kemudian menyusuri Highway Plus selama 6 jam untuk sampai ke kuala Kangsar disamping mengharungi perjalanan malam yg mendebarkan kerana hujan lebat sepanjang perjalanan.Kemudian,di stesen keretapi Kuala Kangsar kami bertemu dengan team NGO2 lain yg sudah sampai awal sebelum kami.Dan kelihatan 5 4wd kenderaan sudah menunggu.Dari jauh sudah ku lihat kelibat ustaz Wahab yg penuh ceria menanti kehadiran kami.Dan kelihatan beberapa orang yang pernah dikenali pada program sebelum ni pakcik Razif dan pak cik Salmi.Maka,di sini kami memunggah barang barang dari kereta kami ke land rover ustaz Wahab.Maklumlah kancil mana boleh masuk kat dalam hutan tebal sebegitu. Land Rover 'Yala' inilah yang telah banyak berjasa dalam kembara Dakwah Ustaz Wahab.Dan aku sendiri sudah beberapa kali menaikinya..Sangat teruja dengan saiznya yg sangat besar itu.huhuu..

Jam sudah menunjukkan 2 pagi,maka perjalanan diteruskan ke Sg Siput dan berhenti sebentar di masjid Lasah menanti satu team NGO di sini iaitu al qayyim.Dan dari sini kami menuju ke Bawong.Dan dalam perjalanan tu baru aku teringat bahawa aku pernah melalui jalan itu 2 bulan yang lepas semasa ke Pos Poi semasa bertemu DS Nizar.Rupanya jalan yg sama untuk ke kuala Mu cuma Kuala Mu melalui cabang yg lain.Dari sini lah tempat bermulanya pengembaraan hebat tanpa jalan raya bertar dan bakal mengharungi jalan balak yg sejauh lebih kurang 45 kilometer untuk sampai ke kuala Mu tersebut..

Berhenti seketika di sebatang anak sungai kecil berhampiran pos Legap untuk solat subuh secara berjemaah.Kemudian perjalanan diteruskan sehinggakan mentari mula menunjukkan dirinya.Rupanya sudah pagi,tapi perjalanan masih jauh lagi ke kg kuala mu. Setelah 6 jam perjalanan yang sangat mengkagumkan yang merentasi banjaran titiwangsa,kami selamat tiba di kuala mu dalam pukul 9 pagi.Berhenti berehat di kampung Bersah,bertemu dgn Tok Batin yang bernama Tok Batin Hadu yg sangat peramah dan baik hati bersama isterinya yang di panggil ummi oleh rakan2 perempuan UIA lain.

Walaupun perjalanan berterusan yang memenatkan selama 12 jam dari KL ke Kuala Mu,tapi diri ini tidak dapat berehat,misi mesti diteruskan..Kini agihan baju2 terpakai kepada penduduk dan adik2 kg bersah.Kelihatan mereka sangat ceria dan gembira.Manakala rakan2 daie lain mengambil masa untuk tidur sebentar bagi merehatkan badan kerana tidak tidur seharian..Maklumlah abis kerja dan belajar petang jumaat tu terus memulakan perjalanan yg jauh..

Kemudian ke kampung gapeng untuk membuat kenduri ataw cak raya.Diri ini mengambil bahagian di dapur manakala perempuan UIA membuat modul bersama kanak2 di situ.Makan lauk ayam kari (lauk asasi) bg program di kg asli seperti mana program2 sebelum ini..Dan rupanya hari panas tidak sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..huhuu..betul,petang tu hujan turun dengan lebatnya..

Kemudian selepas sesi memberi makanan kepada orang kampung dan agihkan ration mulalah sesi taaruf bersama semua anggota NGO,dan masing2 mengenalkan dirinya.Lebih kurang 23 orang semuanya.Sememangnya yang hadir adalah orang yg hebat2 belaka ,ada ustaz,bos,golongan profesional dan etc. Tapi masing2 merendah diri..Sangat ku kagumi mereka ini.Itulah sifat yg patut ada pada seorang Da'ie.

Dan petang tu aku bermain dengan kanak2,buat sikit modul untuk mereka.Ajar buat roket guna daun lalang..Tu lah permainan aku semasa kecil,tapi kebanyakkan di kg orang asli yang aku kunjungi semua kanak2 kecil ini tidak tahu.jadi aku ajarlah mereka.Permainan ini sangat best,kalo dapat tembak jauh kagi best.huuhuu.. Sambil2 itu boleh lah mereka membersihkan lalang yang semakin meninggi di kg tu.

Dan petang berangkat ke kg Bersah semula kerana kami akan bermalam di situ.Dan tiba2 aku teruja kerana kelihatan land rover kuning berada di depan rumah batin Hadu.Oh,rupanyan ust Mad sudah sampai.Tak sangka dapat jumpa beliau lagi. Mengikut perancangan sepatutnya kami ke Pos Piah bersama Ust Mad minggu ni,tetapi oleh kerana kanak2 asli bercuti pada cuti sekolah ini,jadi ustaz Mad terpaksa menghantar mereka balik ke kg masing2.Ambil kanak2 asli di asrama kg kenang kemudian antar ke kuala Mu.Oleh kerana ustz Mad sibuk minggu ni,jd aku ikutlah program bawah Muhammadiyah international dan kebetulan ke kampung yg sama.Alhamdulillah,x sangka dapat bersama2 dengan 2 orang yg aku kagumi ustaz wahab dan ustaz Mad pada program kali ini.

Malam itu,Tok Batin Hadu dengan baik hati menyembelih 3 ekor ayam untuk di buat ayam panggang.Sangat sedap dan malam itu aku sangat kenyang sekali..huhuuu.maklumlah banyak lauk malam itu.Dan makan ramai2 bersama2 jemaah lain.Dan malam itu juga aku tidur awal dalam pukul 10 lebih kerana sudah mengantuk kerana aku tidak tidur 36 jam sebelumnya..huhuu.dan malam tu aku rasa kengantukkan yang teramat sangat.Tidur sangat lena di samping udara luar yang tersangat sejuk.huhuu.sangat damai..

Dan pada pagi esoknya,aku di kehendaki oleh ustaz Wahab untuk memberi tazkirah subuh selepas solat.Masa itu aku rasa terkejut juga kerana dapat task on the spot,x prepare pe2 pun.Lagi2 bagi tazkirah kepada bukan calang2 orang,malah hampir semua orang2 tua yang berpangkat ustaz,professional.Patutnya diorang lagi layak bagi tazkirah..Tapi mungkin sebab aku dah ada cop 'student UIA' tu lah yg kena bg tazkirah jugak..huhuu

Tapi aku menyahut je.Dan alhamdulillah agak lancar masa bg tazkirah kerana aku membuat topik 'cara berdakwah kepada masyarakat asli' dan '5 teka teki dunia'..Dan apa yg aku cakap berdasarkan pengalaman.Ini bukan bermaksud aku banyak pengalaman,tapi boleh lah berkongsi sedikit pengalaman selama aku sudah pergi ke 3o lebih perkampungan orang asli.kerana cara dakwah kena ikut keadaan..Itu dinamakan berdakwah secara berhikmah..nanti akan ku buat satu post pasal cara berdakwah kepada masyarakat peribumi.Insyaallah.

Dan pada pagi tu kami bertolak keluar dari kg Bersah dan ziarah sebentar ke kg Toi untuk beramah mesra di situ kerana di situ majoriti adalah bukan Islam.Dan kampung ini sangat cantik rekaan rumahnya.Manakala penduduk juga sangat mesra.Mungkin akan tiba masa mereka kan memeluk islam pada masa2 mendatang? Insyaallah..

Kemudian meneruskan perjalanan untuk keluar dari kuala mu,maka lalulah perkampungan orang asli seperti pos legap,perjek,dan sebagainya.Dan kami sampai keluar dalam pukul 12 tgahari lebih..Kemudian pada ketika ini masa untuk berpisah,biasalah setiap kali pertemuan mesti ada perpisahan. Dan masing2 ada tugas yang perlu diteruskan.Duniawi dan akhirat kena balance juga.Kerana benda itu hampir setiap minggu ku lalui.

Walaubagaimanapun, perjalanan kali ini meluaskan lagi pandanganku kerana sudah berjumpa dengan bermacam2 orang dan ragam.Oleh kerana program ini membabitkan banyak NGO maka diri ini lebih banyak memerhati dari memberi pandangan dan pendapat..Kerana mahu belajar dan tengok cara dari orang2 lama dan yg lebih berpengalaman..

Dan terakhir kali ,teringat kembali ketika ustaz Wahab dengan nada sayunya memberikan tazkirah semasa selepas solat Maghrib bahawa 'kita mungkin mudah mencari orang yang kuat beribadat seperti tambahan sembahyang sunat sampai berpuluh2 rakaat,tapi amat sukar mencari orang yang rela berdakwah terutama kepada masyarakat asli yg berada diperdalaman hutan rimba dan mengajak mereka kepada ajaran islam.' !!Ya Allah,tabahkan hati pejuang2 agama Mu ini..

" Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis!"