BERKELAH DI KOLAM AIR PANAS BENTONG PAHANG(22 FEB 09)  

Posted by azhar mohamed in ,


di jambatan gantung sebelah kolam air panas

aku ,max,hairul

farha,jannah,teha


kolam air panas yang penuh ngan rumpai air yang tahan dengan suhu panas tu..


badan kami dah separuh masak dek air panas ni..hehee


sebelum balik,posing sat di depan gate kolam air panas bentong pahang

Pada hujung minggu ni sempat luangkan masa pergi berkelah di kolam air panas bentong ,pahang yang mengambil masa sejam lebih perjalanan dari UIA ni.. Aku mengambil peluang untuk release kan tension sebelum esok pagi ada exam midterm lagi..huhuu


Seramai enam orang kali in,aku,max ,hairul,janah,farha dah teha berkonvoy menaiki motor dari UIA ke kolam air panas ni...Dah nama air panas,memang panas lah airnya,siap berasap2 lagi..lupa kami bawa telur ,kerana kalau rendam telur tu boleh masak jadinya jadi telur rebus,tempat ni lagi best kalau pergi waktu malam,amat mendamaikan...

Satu perjalanan yang sangat best!!...

VIDEO IOA ABIM DAKWAH PROGRAM  

Posted by azhar mohamed in , ,





VIDEO DI ATAS BERKENAAN ISLAMIC OUTRICH ABIM ATAU DIKENALI SEBAGAI IOA ABIM YANG MERUPAKAN SALAH SATU BADAN NGO (NON GOVERNMENT ORGANIZATION) YANG BERGIAT AKTIF DALAM MISI DAKWAH DAN SILATURRAHMI KEPADA MASYARAKAT PERIBUMI TERUTAMA MASYARAKAT ASLI YANG BERADA DI PERAK DAN KELANTAN..

DAN HAYATI LIRIK LAGU DI BAWAH INI KERANA IANYA MEMBERIKAN PENDORONG DAN PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA KAMI UNTUK TERUS BERJUANG DI MEDAN DAKWAH INI..AYUH RAKAN-RAKAN, MARILAH KITA BERSATU DAN MENGEMBELING TENAGA DEMI MEMERTABATKAN AGAMA YANG HAK, AGAMA ISLAM DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI..ALLAHUAKHBAR..

JALAN DAKWAH

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islam terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

ROBOT FOR MILITARY  

Posted by azhar mohamed in ,

Jumaat lepas kena present project pasal robot for military semasa seminar..Project senang je tapi kena jumpa supervisor,Dr Riza Muhida 8 hingga 9 kali tu..letih tu..huhuu..bawah ni adalah 5 daripada 18 slide yg aku present masa aritu..share lah sikit ngan korang semua,mana taw korang boleh beli robot tu pas ni, tak pun buat sendiri..yang paling penting robot tu mahal2 belaka,berjuta2 ringgit harganya.. huhuu..

















NUKILAN HATI..aduyai politik..  

Posted by azhar mohamed in ,

Dah lama tidak bermonolog pasal situasi politik dalam negara Malaysia yg bertuah ini. Macam-macam hal telah berlaku..Politik,politik,politik !... Satu istilah yg bagi saya agak menjengkelkan buat masa sekarang kerana politik sekarang penuh dengan polemik, tipu muslihat, pembohongan, rasuah, penindasan kuasa dan macam-macam lagilah.. sedih bila memikirkannya.. rakyat yg menjadi mangsa...adakah manusia semakin rakus dengan kuasa sekarang ? atau ini adalah salah satu tanda-tanda kecil kiamat seperti diterangkan dalam kitab Mustika Hadis halaman 62:

1.Apabila sesuatu masyarakat dipimpin oleh ketua yang fasik(jahat)yang suka menggalakkan maksiat dan perbuatan durjana

2.Apabila diserahkan sesuatu urusan agama seperti jawatan ketua negara,mufti,kadi dan sebagainya untuk diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya

3.Apabila orang yang bersifat benar dikatakan pendusta.Pendusta dikatakan orang yang benar,orang yg khianat disifatkan amanah,orang yang amanah dikatakan khianat,orang yang adil dikatakan zalim,orang yang zalim dikatakan adil,orang yang jahil mempunyai pengaruh dan bermaharajalela dengan berlagak pandai dalam ilmu agama sehingga orang yang alim terpaksa mendiamkan diri setelah tidak lagi dihargai..
Renung-renungkanlah..

Sudahlah sekarang kita lihat tanda-tanda kiamat kecil lain sudah muncul dengan banyaknya, macam perzinaan berleluasa di mana sahaja, arak diminum seolah-olah minum arak itu bukannya haram yang dilarang Allah, perjudian berleluasa dan banyak lagi dan sekarang ni kalau kita lihat bencana alam semakin banyak dan paling mengemparkan kejadian gerhana semakin banyak dalam era ini.. Baru-baru ini pun berlaku lagi..Adakah senario ini menunjukkan bahawa paksi dunia ini semakin tidak stabil? dan akan menyebabkan tanda kiamat besar iaitu matahari terbit sebelah barat pula pabila bumi ini berubah paksinya..Planet lain pun dah ada yang bertukar paksinya.Kalau tak silap saya dapat info adalah planet marikh. Subhanallah,kita tunggu dan saksikan kalau ketika itu kita masih hidup lagi..

Berbalik kisah pasal politik,ni saya cuba menyelusuri kembali kisah politik kampus yg sudah 2 minggu berlalu di kebanyakkan kampus..dah tentu universiti paling hot adalah UIA..Saya tahu 'Orang-orang Besar Putrajaya' memang hendak sangat menawan UIA dari dulu lagi dan 'orang-orang besar UIA' cuba 'mengongkong' proses pemilihan raya.. Ya lah,saya lihat tahun ni tidak meriah pun proses pilihanraya.Cam tak ada pilihanraya..Kat fakulti engineering, tak ada flyer pasal calon, poster pun sikit sangat,takde kempen yang betul-betul macam pilihanraya dan hari terakhir baru tahu siapa calon,itu pun tak taw mana satu aspirasi mana satu promahasiswa.. camne nak undi?camne dikatakan politik matang ni?..ahai.. Dan semua ini adalah disebabkan kerenah birokrasi. sebenarnya saya tahu banyak pasal 'proses sebenar' dalam piliharaya UIA dan sebenarnya hampir terjerat dengan 'kospirasi dalaman' ini pada tahun-tahun sebelumya.Tapi tidak boleh cerita lanjut kerana posting ini mungkin dibaca oleh orang pentadbiran UIA..maaf ya..huhuu

Sebenarnya,saya merindui saat pilihanraya sewaktu kat maktab (MRSM Mersing) dulu. MRSM pun ada proses perlantikkan BADAN WAKIL PELAJAR atau BWP. Memang agak sama macam pilihan raya sebenar.Time nak piihan raya,setiap calon kena bagi testimonial masing-masing di hadapan semua pelajar maktab.Kat situ kita dapat lihat ketokohan masing-masing untuk jadi pemimpin.(Kat U ni,takde pulak buat gitu walaupun dah tiga tahun kat sini..aduyai.. )Lepas tu siap ada flyer lagi yg sangat banyak,macam pilihanraya betul plak, penuh pulak maktab dengan flyer tu dan siap ada banner besar lagi, kalo tidak silap banner tu milik nazirul. Dan berkempen selama seminggu kalau tidak silap saya. Dan cara pengundian pun sama macam pilihanraya umum dimana memangkah nama calon dan masukkan dalam peti dan bukan guna online seperti di U ni.

Sekarang kita pergi pada politik semasa negara..sekarang ni kes negeri Perak pulak. Aduyai.. sangat kalut lah..parti yg memerintah sekarang boleh dikatakan sama ngan Israel(ayat ini mungkin memberi maksud yg lain kepada orang lain ,tapi saya tegaskan maksud dari segi undang2 penubuhan kerajaan) .Mereka merampas negeri orang tanpa mengikut undang-undang yg sah. dan kita lihat selasa ini akan ada dua kerajaan memerintah dalam satu negeri. Camner tu?.. Dan saya pernah berjumpa dengan MB Perak, IR Nizar tu masa kat Pos Poi,Sungai Siput Perak sebulan yg lepas dan sangat respek beliau kerana beliau cuba berlaku adil kepada semua kaum dalam masa tak sampai setahun ni,cuba membetulkan apa yang tak betul yg dibuat oleh kerjaan sebelum ini.Tetapi sekarang keadaan jadi tidak menentu pulak..Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan.Jika permohonan itu diperkenan oleh Sultan Perak suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar sebelum ini pasti tidak akan berlaku. Semalam sempat pergi dengar taklimat pasal situasi Perak dan situasi Ghaza dari YB DR Lo'Lo dan tahu lah banyak info kat sana.Sedih sangat-sangat.sebenarnya duit yg kita derma kepada kerajaaan malaysia untuk palestin tidak sampai ke palestin pun,yang sampai hanya bantuan dari NGO-NGO Malaysia je.So,camner tu?Renung-renung kan..

Sekarang sangat bosan dengan media masa yg dimanipulasikan, dah bertahun-tahun jugak tidak menonton tv kat kolej ni..Orang kata, dengar dan tengok boleh,tapi percaya bulat-bulat ,JANGAN !.. Memang betul tu. Dan selama saya aktif bersama NGO-NGO lain ,ramai daripada mereka golongan professional melahirkan rasa ketidakpuashati pada pemerintah sekarang.. Ialah,semua benda nak dipolitikkan..Dari pentadbiran,jabatan agama,mufti, pendidikan dan banyak lagi, semua dipolitikkan. Even small thing pun sama..Ingat lagi, kata-kata beberapa pak menteri kat Malaysia ni,kemudahan-kemudahan yg hebat yang ada di negara ini adalah untuk pelancongan,jalan raya untuk perlancongan,jambatan untuk perlancongan, dan banyak lagi untuk perlancongan..Apa semua ini? Kemudahan untuk pelancong ke untuk rakyat?..Rakyat Malaysia ni ramai lagi masih melarat,kalau pergi ke perkampungan orang asli masih banyak lagi prasana tak cukup..Jalanraya tak de, jambatan pun tak de,kemudahan asas kurang,bantuan tak sampai ..Saya tahu , sebab saya dah pergi ke 32 kampung orang asli setakat ini. Lagilah sekarang ekonomi merosot,betapa sengsara rakyat di bawah ni..

Sudah panjang pulak saya berceloteh pasal politik kali ini.Nanti akan disambung pada posting yang seterusnya. Dan..



"Belajar sambil mencabar,

pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,

bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin,

biarlah mahasiswa mencabar ,

asalkan sambil itu mereka belajar!!."




ketika program di pos poi,Sg Siput perak bulan lepas bersama YB IR Nizar


Kami semasa di masjid Ubudiyah Kuala Kangsar bulan lepas ,dan kini menjadi tempat paling hangat kat Malaysia sebagai tempat himpunan penentangan rakyat kepada perlantikkan MB baru dan Sultan Perak


Sekarang ,kita tunggu dan lihat!!...

KEBENARAN PASTI MENANG!!

ROBOFAIR 2009  

Posted by azhar mohamed in ,

MARI RAMAI-RAMAI PI ROBOFAIR PADA 6-8 FEBRUARY 2008..BANYAK AKTIVITI
PASAL ROBOT MASA ARITU:PERTANDINGAN,SEMINAR,BENGKEL AND MANY MORE...JOM PI!!!

MORE INFO LAWAT LAMAN WEB BAWAH


TERINGAT PULAK ZAMAN SEKOLAH DULU!!!...  

Posted by azhar mohamed in ,

MAKTABKU!!..


maktab rendah sains MARA mersing,johor


Sekarang ni dalam facebook,teman2 aku x-maktab (budak mrsm panggil sekolah mereka sebagai maktab..hehee),MRSM MERSING sibuk mencari gambar2 lama di waktu persekolahan dulu, pas tu uploadkan ke web untuk tatapan sahabat maktab lain.maklumlah dah tinggalkan maktab lebih 5 tahun..mungkin rindu kot ngan zaman persekolahan yg ketika itu, diri ini masih come lote,kurus,kecik,rambut panjang ,x matured lagi dll..heheee..

abis album gambar di selongkar balik dalam almari,pastu bersusah payah scan gambar-gambar lama..maklumlah dulu gambar dalam filem,pastu kena antar kedai untuk cuci..jadi bentuk hardcopy..berbeza ngan sekarang, yg majoriti sudah guna camera digital jer...pastu boleh tangkap beribu2 gambar dan simpan dalam komputer plak..seingat aku ada 7 album gambar masa sekolah dulu..memang ghairah gak amek gambar time tu..time tu jugak beli camera murah jer.guna duit sendiri.huhuu..tapi time beli kodak filem ngan cuci gambar tu memang mahal...

sekarang dah 3 tahun guna camera digital...gambar kat laptop ni dah berpuluh2 gigabite dah...huhuu..sekarang ngah mencari-cari camera baru jenis dslr...baru boleh jadi professional photographer ..hehee

anyway,tgoklah gambar daku semasa kat maktab dulu...agak berbeza ngan sekarang...ye kan?huhuu...



my best roomate forever A308:aku,nazmi,bob ngan apis




zuhalianz the best


ni gambar geng2 lelaki masa pergi rombongan ke melaka depan entrance zoo buaya..cari aku yg mana satu?huhuuu...



gambar2 geng budak P.A. masa nak masuk dewan peperiksaan spm untuk subjek p.akaun..geng yg mengharumkan nama maktab dengan result spm , p. akaun semua dapat A dan ranking no. 1 bg subject p. akaun seluruh Malaysia..hehee



praktikal haji kat padang sekolah,guna cadar sendiri tuk buat baju ihram..huhuu..



Sebelah kanan aku hostel lelaki and sebelah kiri blok akademi..hehee.camne,dekat kan?taw kan kalo prep buat per?hehee..

"sejarah mengajar kita,menjadi lebih dewasa!"