1.Apabila sesuatu masyarakat dipimpin oleh ketua yang fasik(jahat)yang suka menggalakkan maksiat dan perbuatan durjana
2.Apabila diserahkan sesuatu urusan agama seperti jawatan ketua negara,mufti,kadi dan sebagainya untuk diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya
3.Apabila orang yang bersifat benar dikatakan pendusta.Pendusta dikatakan orang yang benar,orang yg khianat disifatkan amanah,orang yang amanah dikatakan khianat,orang yang adil dikatakan zalim,orang yang zalim dikatakan adil,orang yang jahil mempunyai pengaruh dan bermaharajalela dengan berlagak pandai dalam ilmu agama sehingga orang yang alim terpaksa mendiamkan diri setelah tidak lagi dihargai..
Sudahlah sekarang kita lihat tanda-tanda kiamat kecil lain sudah muncul dengan banyaknya, macam perzinaan berleluasa di mana sahaja, arak diminum seolah-olah minum arak itu bukannya haram yang dilarang Allah, perjudian berleluasa dan banyak lagi dan sekarang ni kalau kita lihat bencana alam semakin banyak dan paling mengemparkan kejadian gerhana semakin banyak dalam era ini.. Baru-baru ini pun berlaku lagi..Adakah senario ini menunjukkan bahawa paksi dunia ini semakin tidak stabil? dan akan menyebabkan tanda kiamat besar iaitu matahari terbit sebelah barat pula pabila bumi ini berubah paksinya..Planet lain pun dah ada yang bertukar paksinya.Kalau tak silap saya dapat info adalah planet marikh. Subhanallah,kita tunggu dan saksikan kalau ketika itu kita masih hidup lagi..
Berbalik kisah pasal politik,ni saya cuba menyelusuri kembali kisah politik kampus yg sudah 2 minggu berlalu di kebanyakkan kampus..dah tentu universiti paling hot adalah UIA..Saya tahu 'Orang-orang Besar Putrajaya' memang hendak sangat menawan UIA dari dulu lagi dan 'orang-orang besar UIA' cuba 'mengongkong' proses pemilihan raya.. Ya lah,saya lihat tahun ni tidak meriah pun proses pilihanraya.Cam tak ada pilihanraya..Kat fakulti engineering, tak ada flyer pasal calon, poster pun sikit sangat,takde kempen yang betul-betul macam pilihanraya dan hari terakhir baru tahu siapa calon,itu pun tak taw mana satu aspirasi mana satu promahasiswa.. camne nak undi?camne dikatakan politik matang ni?..ahai.. Dan semua ini adalah disebabkan kerenah birokrasi. sebenarnya saya tahu banyak pasal 'proses sebenar' dalam piliharaya UIA dan sebenarnya hampir terjerat dengan 'kospirasi dalaman' ini pada tahun-tahun sebelumya.Tapi tidak boleh cerita lanjut kerana posting ini mungkin dibaca oleh orang pentadbiran UIA..maaf ya..huhuu
Sebenarnya,saya merindui saat pilihanraya sewaktu kat maktab (MRSM Mersing) dulu. MRSM pun ada proses perlantikkan BADAN WAKIL PELAJAR atau BWP. Memang agak sama macam pilihan raya sebenar.Time nak piihan raya,setiap calon kena bagi testimonial masing-masing di hadapan semua pelajar maktab.Kat situ kita dapat lihat ketokohan masing-masing untuk jadi pemimpin.(Kat U ni,takde pulak buat gitu walaupun dah tiga tahun kat sini..aduyai.. )Lepas tu siap ada flyer lagi yg sangat banyak,macam pilihanraya betul plak, penuh pulak maktab dengan flyer tu dan siap ada banner besar lagi, kalo tidak silap banner tu milik nazirul. Dan berkempen selama seminggu kalau tidak silap saya. Dan cara pengundian pun sama macam pilihanraya umum dimana memangkah nama calon dan masukkan dalam peti dan bukan guna online seperti di U ni.
Sekarang kita pergi pada politik semasa negara..sekarang ni kes negeri Perak pulak. Aduyai.. sangat kalut lah..parti yg memerintah sekarang boleh dikatakan sama ngan Israel(ayat ini mungkin memberi maksud yg lain kepada orang lain ,tapi saya tegaskan maksud dari segi undang2 penubuhan kerajaan) .Mereka merampas negeri orang tanpa mengikut undang-undang yg sah. dan kita lihat selasa ini akan ada dua kerajaan memerintah dalam satu negeri. Camner tu?.. Dan saya pernah berjumpa dengan MB Perak, IR Nizar tu masa kat Pos Poi,Sungai Siput Perak sebulan yg lepas dan sangat respek beliau kerana beliau cuba berlaku adil kepada semua kaum dalam masa tak sampai setahun ni,cuba membetulkan apa yang tak betul yg dibuat oleh kerjaan sebelum ini.Tetapi sekarang keadaan jadi tidak menentu pulak..Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan.Jika permohonan itu diperkenan oleh Sultan Perak suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar sebelum ini pasti tidak akan berlaku. Semalam sempat pergi dengar taklimat pasal situasi Perak dan situasi Ghaza dari YB DR Lo'Lo dan tahu lah banyak info kat sana.Sedih sangat-sangat.sebenarnya duit yg kita derma kepada kerajaaan malaysia untuk palestin tidak sampai ke palestin pun,yang sampai hanya bantuan dari NGO-NGO Malaysia je.So,camner tu?Renung-renung kan..
Sekarang sangat bosan dengan media masa yg dimanipulasikan, dah bertahun-tahun jugak tidak menonton tv kat kolej ni..Orang kata, dengar dan tengok boleh,tapi percaya bulat-bulat ,JANGAN !.. Memang betul tu. Dan selama saya aktif bersama NGO-NGO lain ,ramai daripada mereka golongan professional melahirkan rasa ketidakpuashati pada pemerintah sekarang.. Ialah,semua benda nak dipolitikkan..Dari pentadbiran,jabatan agama,mufti, pendidikan dan banyak lagi, semua dipolitikkan. Even small thing pun sama..Ingat lagi, kata-kata beberapa pak menteri kat Malaysia ni,kemudahan-kemudahan yg hebat yang ada di negara ini adalah untuk pelancongan,jalan raya untuk perlancongan,jambatan untuk perlancongan, dan banyak lagi untuk perlancongan..Apa semua ini? Kemudahan untuk pelancong ke untuk rakyat?..Rakyat Malaysia ni ramai lagi masih melarat,kalau pergi ke perkampungan orang asli masih banyak lagi prasana tak cukup..Jalanraya tak de, jambatan pun tak de,kemudahan asas kurang,bantuan tak sampai ..Saya tahu , sebab saya dah pergi ke 32 kampung orang asli setakat ini. Lagilah sekarang ekonomi merosot,betapa sengsara rakyat di bawah ni..
Sudah panjang pulak saya berceloteh pasal politik kali ini.Nanti akan disambung pada posting yang seterusnya. Dan..
pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
ketika program di pos poi,Sg Siput perak bulan lepas bersama YB IR Nizar
Kami semasa di masjid Ubudiyah Kuala Kangsar bulan lepas ,dan kini menjadi tempat paling hangat kat Malaysia sebagai tempat himpunan penentangan rakyat kepada perlantikkan MB baru dan Sultan Perak
Sekarang ,kita tunggu dan lihat!!...
KEBENARAN PASTI MENANG!!