KEMBARA DAKWAH TASIK CHINI,PEKAN PAHANG (3-4 OKTOBER 2009)  

Posted by azhar mohamed in , , ,

KG GUMUM,TASIK CHINI PEKAN PAHANG - 3-4 OKTOBER 2009

Lagenda naga tasik Chini benar-benar menarik perhatian hamba untuk ke tasik yang banyak kisah mistik ini.. Kg Gumum ini pun dikatakan diambil namanya sempena naga 'Gumum' di tasik Chini ini. Benar atau tidak, ia hanyalah sekadar mitos atau lagenda tasik ini untuk menarik perhatian pengunjung luar untuk ke mari menikmati keindahan alam semulajadi kurnian tuhan..

peta lokasi

tasik chini

Hamba ke sini adalah untuk menjayakan program jamuan hari raya atau 'Open House' bersama penduduk asli kg Gumum yang beragama Islam kerjasama antara ABIM dan Yayasan Rahah (yayasan milik Dato Najib, perdana menteri kita lahni). Majoriti penduduk sini adalah suku kaum jakun. Yayasan Rahah diwakili oleh Ustad Mad dan Ustad Salim manakala ABIM diwakili oleh en Shamsul sendiri (Dato Razak tidak dapat hadir).




Sambutan amat meriah dan menggalakkan kerana penduduk memberi kerjasama yang baik sekali, membuat lemang, ketupat dan juadah raya bersama-sama.. Ukhwah itu memang benar-benar kelihatan bersama mereka. Mereka benar-benar amat peramah. Apa yang hamba dimaklumkan ini adalah pertama kali program seperti ini diadakan di situ. Dan mereka pun mengatakan ini pertama kali mereka membuat ketupat dan lemang untuk sambutan hari raya. Sekurangnya dengan adanya program seperti ini dapat mengajar mereka ilmu baru akan cara membuat ketupat dan lemang dan bolehlah diaplikasikan pada masa-masa mendatang disamping mengukuhkan ukhwah sesama umat Islam di situ yang berjumlah dalam 100 lebih daripada penduduk yang lebih kurang 600 orang.

Seorang pemuda berasal dari Sarawak yang mengahwini penduduk sini dikenali sebagai 'abang Amir' pula dilantik sebagai ketua untuk menguruskan majlis ini. Jadi program ini diuruskan oleh mereka dahulu sebelum ketibaan kami. Jadi tugas kami agak ringanlah semasa program ini kerana tugasan memasak telah di'settle'kan oleh mereka. Manakala hamba buat tugas-tugas prep & tech seperti 'wiring' ,'media presentation' etc... Rileks sikit..:)..Pada petangnya pergi ke tasik Chini, pusing-pusing tasik sambil menikmati matahari terbenam.. Malam, lepas maghrib baru jamuan besar diadakan. Walaupun sederhana tapi kelihatan meriah dengan dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis juadah raya sambil karaoke lagu-lagu raya dan tayangan filem menggunakan layar kepada penduduk kampung..

Kami pulang esoknya ke KL, dan menghadiri 2 lagi open house di KL.. Memang rezeki amat murah setiap kali semasa musim perayaan ini kerana 'Open House' di mana-mana sahaja ..:)







salam perjuangan al-azhar

This entry was posted on 9.10.09 at Friday, October 09, 2009 and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 komen

salam..
ana ada baca dlm blog anta yg anta penah dpt intern di yamatake peneng,,
ana dpt yamatake peneng..
ana nk tnya baguskah syrikt tu..??
kenapa tolak yamnatake pilih perodua??
bape elaun yamatake??

October 15, 2009 at 3:24 PM

oh,x berapa taw sgt pasal yamatake ni..yg pasti bosnya adalah melayu..

pilih perodua ni sebab dekat ngan U kitorang lagipun area selangor saje..tu je pun..

maaf ana x boleh byk membantu..

cuba telefon HR diorng..barngkali bleh membantu..

October 17, 2009 at 10:12 AM

Salam...
Tasik Chini ni kalau tak salah sem lepas pelajar dakwah UKM ada buat..mmng masyarakat disana sentiasa memberikan kerjasama yang amat memberangsangkan...so tahniah dengan program yang berlangsung

November 15, 2009 at 9:23 PM

Post a Comment