KEMBARA DAKWAH POS SIMPOR , GUA MUSANG (1-3 JAN 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , , , ,

KG SEDAL, KG SIMPOR & KG DANGDUT POS SIMPOR, GUA MUSANG KELANTAN -1-03/01/10

Kembara dakwah untuk permulaan tahun 2010 ke Pos Simpor, Gua Musang bersama gabungan IOA, ASDAF dan Muhammadiyah International dan 2 wakil dari Dato Shahidan Kassim.. serta gabungan beberapa sukarelawan dari universiti, UIA(1), UPM(2), UITM(1) dan UM(3) orang semuanya.. Jemaah kami seramai 14 orang semuanya. Pemergian kami akan asbab program susulan untuk kampung ini yang telah dikunjungi pada minggu sebelum ini.. Secara ringkas pasal program susulan kali ini..
1)Penduduk semakin mesra dengan kedatangan kami, sambutan semakin baik.. Kawasan sekitar surau juga telah dibersihkan..Tok Batin yang beragama kristian juga semakin mesra dengan kedatangan kami..

2)Pembahagian sekampit beras bagi setiap keluarga Islam di kg Simpor seperti apa yang telah dijanjikan sebelum ini..(Program pada minggu lepas 25/12/2009)

3)Pengislaman seorang lagi perempuan asli di kg Dangdut,pos Simpor...

4)Kunjungan kali kedua ke kampung Sedal tidak kurang hebat sambutannya dari penduduk kampung. Di situ majoriti adalah menganut krisitian dan hanya 3 orang sahaja beragama Islam.

5)Mendapat kebenaran dari tok batin kg Sedal menggunakan gereja untuk mengadakan aktiviti kenduri 'cak raya' kepada penduduk kampung dan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk..

6)Alhamdulillah,kami sempat solat berjemaah di dalam gereja tersebut... Diharap, semoga suatu hari nanti gereja tersebut bertukar menjadi surau untuk penduduk situ.. :)

7) Perjalanan offroad yang memakan masa lebih kurang 3 jam setengah semasa pergi menjadi 5 jam semasa balik kerana keadaan hujan lebat..Dan Steyr Daimler Puch milik abang Azmarul menggunakan tayar dipasangkan rantai untuk memudahkan perjalanan di jalan yang teruk dan licin itu..

8)Semasa perjalanan ke Pos Simpor, kami melihat satu kawasan penuh dengan replika salib di situ.. Apakah maksudnya?Adakah di situ mereka mahu menunjukkan itu kawasan mereka?

Apakah maksud dari 'mereka' ini?
Inilah replika salib


9) Semasa keluar ke Kuala Betis, kami membawa seramai 8 orang asli dari pos Simpor menumpang kenderaan kami untuk urusan ASB mereka..

10) Membawa kak Rokiah dan anaknya Ason (pos Simpor) yang menghidap penyakit mata terus ke Hospital JHEOA Gombak semasa pulang ke KL..
Alhamdulillah,tuhan memudahkan perjalanan kami pada kali ini. Meminjam kalimah indah dari blog seorang teman

“Tidak bertemu dua debu; debu api neraka dan debu perjuangan…”
Dan kisah perjalanan sepenuhnya boleh dibaca di blog Nadirah (pelajar UPM) episod 1 dan episod 2 .Sekian,wassalam..





salam perjuangan al-azhar

This entry was posted on 10.1.10 at Sunday, January 10, 2010 and is filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

6 komen

salam

camne enta wat link terus ke SIRI 1 n SIRI 2? ajar ana..hu3..

izin copy gambar salib tu..

January 10, 2010 at 3:14 PM

boleh2 copy..silakan...'sharing is caring'..huhuu

senang je nak buat link tu..

anti highligtkan perkataan tu, contohnya highlight perkataaa"episod",kemudian tgok kat simbol atas tu yg tulis pasal hyperlink...klik simbol tu...then masukkan laman web yg nak dimasukkan...kemudian save..tu je...mudah saje kan?...


:)

January 12, 2010 at 4:15 PM
yunus  

dasyat lah kembara anda kali ini..siap jumpa kawasan salib itu?..agak menggerunkan berjumpa dengan musuh islam no 1 satu tu...

diharap,terus tabah dalam perjuangan kalian,teruskan perjuangan akhi...

selamat berjihad...

January 13, 2010 at 12:24 AM

ok. sudah buat. tq2..

ana buat siri 3 plak..ha3

January 13, 2010 at 10:56 AM

subhanallah

January 14, 2010 at 9:31 AM

to kak wa-

kenangan sembahyang di gereja mmg x dptt dilupakan..

diharap suatu hari gereja ini bertukar jd surau ye..

insyaAllah...

February 2, 2010 at 8:43 PM

Post a Comment