EXPLORASI DAKWAH THAILAND 2010 (27-31 MEI 2010)
Posted by azhar mohamed in aku, community services, dakwah, jalan2 cari makan, kerja, melancong
2.RAWAI BEACH,PHUKET (29-30 MEI 2010)
3.KRABI,YALA, SONGKLHA, PATTANI(30-31 MEI 2010)
Destinasi dakwah 2 minggu lepas menjejakkan aku buat kali pertama ke bumi Thailand yang indah dan permai, dari Selatan Thailand hingga ke pulau peranginan terkemuka ,Phuket. Jika selama ini aku menjejaki orang asli di semenanjung malaysia,tetapi kali ini diberikan kesempatan waktu untuk menjejaki orang asli di Thailand yang kebih dikenali sebagai orang 'cowley' (Orang laut). Terima kasih akan jemputan dari ustaz Wahab untuk sama-sama dalam kembara dakwah kali ini..Satu pengalaman baru yang betul-betul mengujakan..Pelbagai peristiwa menarik semasa berada di sana..
1. Pertama kali memandu kereta hingga ke luar negara, Thailand. Konvoi ke sana sebanyak 3 buah kereta. Perjalanan sepanjang 5 hari itu melebihi ribuan kilometer. Apa yang menarik, sepanjang perjalanan melalui highway tiada melalui tol. Sungguh mengkagumkan. Cuma harga minyak thailand lebih mahal dari Malaysia,hampir dua kali nilainya.
2. Di pulau Kok Lanta,perlu menaiki 2 buah feri yang menghubungkan 2 pulau yang berasingan.Seperti feri di penang,cuma ianya tidak berbumbung.
3. Kampung orang cowley pertama di kunjungi di Kok lanta ialah Ban Tok Baliou. Ban bermaksud kampung. Kehidupan orang laut yang begitu daif.. Kampung ini sesuai dilawati semasa air surut..Pabila air pasang , penduduk perlu meredah air laut yang dalamnya melebihi lutut..Tiada titi mmenghubungkan rumah ke rumah penduduk.. Suasana yang berbeza dengan kampung nelayan lain.
4. Di Tok Baliou, menghadapi kesukaran dari segi bahasa untuk berkomunikasi..Ramai dari kami tidak mahir/tidak tahu bahasa Siam. Mujurlah, generasi tua cowley masih boleh berbahasa melayu dengan berloghatkan melayu utara.. Generasi kedua tidak pandai langsung berbahasa melayu akibat dasar kerajaan men'siam'kan penduduknya. Dan Mereka ada dua nama ,Melayu dan Siam..
5. Mereka sudah tidak mengamalkan ajaran Islam. Ajaran Islam hanyalah agama tok nenek mereka. Sampai generasi bawah mereka tidak mengamalkannya kerana tiada bimbingan, maka mereka mencipta agama baru. Mereka mencipta dan memuja tiga tuhan iaitu Tok Baliau,Tok Adam dan satu lagi saya lupa namanya.Rumah ibadah mereka seperti rumah ibadah kaum buddha.
6. Kampung Cowley kedua dikunjungi di Kok Lanta ialah Kg Sangkha Ou.. Kawasan ini pernah mengalami peristiwa tragis tsunami 2006 dan masih boleh lihat kesan-kesannya.. Kami bermalam di sekolah berhampiran kampung ini.
7. Penduduk di sini ,agak baik dari segi petuturan dalam bahasa Melayu. Apa yang lebih mengujakan ada istilah-istilah bahasa mereka menyamai istilah dalam bahasa Asli 'orang Temiar' di Malaysia.. Hal ini amat menarik dan perlu dikaji semula akan kaitan mereka dengan suku kaum asli di Malaysia..Perkembangan bahasa dan budaya yang menarik sekali..
8. Mendapat kerjasama yang sangat baik dari ustaz yang lebih dikenali 'pak Ya' dan anaknya semasa di Kok Lanta. Mereka sedang berusaha membina madrasah islam pertama di pulau Kok lanta dan masih dalam proses pembinaan dan memerlukan dana dan sumbangan dari orang ramai..Usaha yang sungguh murni untuk meningkat syiar Islam di pulau itu..
9. Semasa di kg Ban Narai, berjumpa dengan ketua Cowley untuk kawasan kok Lanta..Beliau lebih dikenali sebagai Tok Mudin.. Beliau kelihatan tegas tapi baik sebenarnya..

10. Destinasi seterusnya ke Pulau Phuket.. Di sini hanya satu sahaja perkampungan Cowley iaitu di Rawai beach.. Penduduknya agak ramai di sini. Perkampungan nelayan di sini berbentuk kawasan setinggan dengan keadaan rumah berselerakan.
11. Separuh penduduk di sini beragama Islam dan separuh lagi beragama Budha. Tapi seperti juga kampung cowley lain, Islam mereka hanya pada nama sahaja.. penghayatan Islam amat kurang sekali..
12. Penduduk di sini amat kuat mabuk dan minum minuman keras serta juga pesta' joget' hampir setiap malam. jangkitan budaya sosial yang sungguh kuat yang dibawa pelancong-pelancong betul-betul telah menular ke kampung ini.
13. Dengan izin tuhan yang maha Esa, seorang penduduk Cowley telah terbuka hatinya untuk melafazkan kalimah tauhid semasa kedatangan jemaah kami..Syukur kepada tuhan. Program susulan perlu ada untuk kunjungan ke kampung ini lagi..
14. Sebelum perjalanan pulang ke Malaysia ,kami berkunjung ke Selatan Thailand. Apa yang pasti keadaan di Selatan Thai masih bergolak lagi.. Terlalu banyak sekatan jalan raya di buat oleh askar-askar Thailand.
15. Peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ,kereta kami ditahan oleh askar Thailand di Yala dan kami disyaki sebagai pengganas .. Semua barang kami bawa digeledah mereka dan disoal selidik lebih dari setengah jam. Mujur ustad Wahab mengenali seorang ‘orang kuat’ di situ dan meminta bantuannya.. Maka kami dilepaskan dengan selamatnya.. Syukur,Alhamdulillah..
16. Kami selamat pulang ke Malaysia pada hari isnin malam.. Kisah dan gambar-gambar sepanjang perjalanan boleh dilihat di blog sahabat .
salam perjuangan al azhar
PENGARANG

- azhar mohamed
- Selangor, Malaysia
- AKU adalah seorang musafir yang gemar berkelana dan mengembara di pentas duniawi berusaha mencari keredhaan-NYA.. mencari kasih sayang-NYA.. dan mengejar cinta-NYA... Blog yang dinukilankan ini sebagai menceritakan rentetan sebuah kisah kembara hidupku di dunia yang fana ini untuk diabadikan sebagai 'KISAH KLASIK UNTUK MASA HADAPAN!'.. Kurang aktif sekarang menulis blog kerana sibuk dengan tugasan sukarelawan seluruh Malaysia. Mahu melihat update program saya boleh kunjungi di www.yayasanalkhalifah.com
MY LINKZ
EPILOG HATI
SAHABAT BLOGGER LINKZ
- abg zul
- al irfan
- ashraf
- comrade
- effy
- En. Shamsul IOA
- engku
- eyu
- faisalkhamis
- huzaimah
- idah
- jalie
- jannah
- jasa
- jenol
- k pijan
- k sarah
- K syariah
- k. adah
- kak engku
- kak tikah
- madam martinelli
- mirul
- miye
- mr amry
- mrsm mersing
- muhaimin
- munna izzah
- Nadirah
- nazri
- nik sabariah
- peja
- pokma
- raihan
- ricca
- riduan
- rosli
- shazni
- tikah
- wani
- wildan
kg asli yg sudah dikunjungi..
1.kg Tohor,jelebu
2.kg Dusun kubur, jelebu
3.kg air lerek, kuala pilah
4.kg air pulasan, kuala pilah
5.kg air runtuh, kuala pilah
6.kg Senibai, kuala pilah
Selangor
7.kg Air kuning, bukit bandaraya, shah alam
8.kg asli pulau indah,klang
9.kg asli batu 12, gombak
10.kg ulu batu,ulu yam
11.kg kemensah,Ampang
12.kg Pertak,Kuala Kubu Baru
13.kg Gerachi Jaya,Kuala Kubu baru
14.kg bukit Tampoi,Dengkil
15.kg songkok.batang kali
16.kg hulu tamu, batang kali
17.kg batu 16,gombak
Terengganu
18.kg sg Berua, kuala berang
Kelantan
19.pos brooke,gua musang
20.kg jelgep,g musang
21.kg tuel, g musang
22.kg mendrop,g musang
23.kg ber,g musang
24.kg hendrop,gua musang
25.Kg Hanir,g musang
26.kg pelug,g musang
27.kg brooke lama,g musang
28.kg liak,g musang
29.kg renggil,g musang
30.kg sigar,Lojing
31.kg jerdip,g musang
32.pos tohoi,gua musang
33.kg kuala Tahu,Lojing
34.kg kuala Labu,Lojing
35.pos Simpor,gua musang
36.kg Jegjok,Gua Musang
37.Kg Perawas,Gua Musang
38.Kg Balar,Gua Musang
39.Kg Dakoh,Gua Musang
40.Kg Belatim,Gua Musang
41.Kg Ipes,Gua Musang
Perak
42.pos poi,sg siput
43.bukit tinggi,kuala kangsar
44.pos kerawak,s pulai
45.kg lalang.simpang pulai
46.Kg Palas,pos slim,s. pulai
47.Kg Pawong,pos Slim,S.Pulai
48.kg kuala Mu,Sg Siput
49.kg Gapeh hulu,Sg Siput
50.kg Gapeh Hilir,Sg Siput
51.kg Toi,Sg Siput
52.kg Bersah,Sg siput
53.kg kenang,sg siput
54.kg asap,sg siput
55.Pos Tisong,Sungkai
56.Pos Jernang,Sungkai
57.Kg Husen,Sg Siput
58.Kg Kelah,Sg Siput
59.Kg Awal,Sg Siput
Pahang
60.kg teji,cameron highland
61.kg Abu,cameron highland
62.kg Selangkar,cameron highland
63.kg Temangan,Tasek Bera,Bera
64.kg Nyentil, pos lanai, Kuala Lipis
65.kg Pantos, Kuala Lipis
66.kg Chemperoh, Janda Baik
67.Kg Penangau, Cameron Highland
68.kg Gumum, tasik Chini,Pekan
Johor
69.Kg Sayong Pinang, Kota Tinggi
Kedah
70.Kg Lubuk Legong, Baling
etc..
p/s: Alhamdulillah, sehingga hujung tahun 2009, lebih 100 kampung asli sudah dikunjungi..
SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga..
Lirik Nasyid :Hijjaz
TRAFFIC FEED
LAGUKU UNTUKMU!!
TAG
KOMEN SAHABAT!
SAHABAT BLOGGERZ!!
-
Sensory Overload dan ADHD Dewasa5 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Cabaran itu seronok!10 years ago
-
Kau Pula???10 years ago
-
-
-
-
-
I’m moving13 years ago
-
-
PENGUMUMAN13 years ago
-
not what i bargained for14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MAYA BLOGGERZ
ISLAM BOLEH!
Hari ini mesti lebih baik dari semalam..
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!..