2.RAWAI BEACH,PHUKET (29-30 MEI 2010)
3.KRABI,YALA, SONGKLHA, PATTANI(30-31 MEI 2010)
Destinasi dakwah 2 minggu lepas menjejakkan aku buat kali pertama ke bumi Thailand yang indah dan permai, dari Selatan Thailand hingga ke pulau peranginan terkemuka ,Phuket. Jika selama ini aku menjejaki orang asli di semenanjung malaysia,tetapi kali ini diberikan kesempatan waktu untuk menjejaki orang asli di Thailand yang kebih dikenali sebagai orang 'cowley' (Orang laut). Terima kasih akan jemputan dari ustaz Wahab untuk sama-sama dalam kembara dakwah kali ini..Satu pengalaman baru yang betul-betul mengujakan..Pelbagai peristiwa menarik semasa berada di sana..
1. Pertama kali memandu kereta hingga ke luar negara, Thailand. Konvoi ke sana sebanyak 3 buah kereta. Perjalanan sepanjang 5 hari itu melebihi ribuan kilometer. Apa yang menarik, sepanjang perjalanan melalui highway tiada melalui tol. Sungguh mengkagumkan. Cuma harga minyak thailand lebih mahal dari Malaysia,hampir dua kali nilainya.
2. Di pulau Kok Lanta,perlu menaiki 2 buah feri yang menghubungkan 2 pulau yang berasingan.Seperti feri di penang,cuma ianya tidak berbumbung.
3. Kampung orang cowley pertama di kunjungi di Kok lanta ialah Ban Tok Baliou. Ban bermaksud kampung. Kehidupan orang laut yang begitu daif.. Kampung ini sesuai dilawati semasa air surut..Pabila air pasang , penduduk perlu meredah air laut yang dalamnya melebihi lutut..Tiada titi mmenghubungkan rumah ke rumah penduduk.. Suasana yang berbeza dengan kampung nelayan lain.
4. Di Tok Baliou, menghadapi kesukaran dari segi bahasa untuk berkomunikasi..Ramai dari kami tidak mahir/tidak tahu bahasa Siam. Mujurlah, generasi tua cowley masih boleh berbahasa melayu dengan berloghatkan melayu utara.. Generasi kedua tidak pandai langsung berbahasa melayu akibat dasar kerajaan men'siam'kan penduduknya. Dan Mereka ada dua nama ,Melayu dan Siam..
5. Mereka sudah tidak mengamalkan ajaran Islam. Ajaran Islam hanyalah agama tok nenek mereka. Sampai generasi bawah mereka tidak mengamalkannya kerana tiada bimbingan, maka mereka mencipta agama baru. Mereka mencipta dan memuja tiga tuhan iaitu Tok Baliau,Tok Adam dan satu lagi saya lupa namanya.Rumah ibadah mereka seperti rumah ibadah kaum buddha.
6. Kampung Cowley kedua dikunjungi di Kok Lanta ialah Kg Sangkha Ou.. Kawasan ini pernah mengalami peristiwa tragis tsunami 2006 dan masih boleh lihat kesan-kesannya.. Kami bermalam di sekolah berhampiran kampung ini.
7. Penduduk di sini ,agak baik dari segi petuturan dalam bahasa Melayu. Apa yang lebih mengujakan ada istilah-istilah bahasa mereka menyamai istilah dalam bahasa Asli 'orang Temiar' di Malaysia.. Hal ini amat menarik dan perlu dikaji semula akan kaitan mereka dengan suku kaum asli di Malaysia..Perkembangan bahasa dan budaya yang menarik sekali..
8. Mendapat kerjasama yang sangat baik dari ustaz yang lebih dikenali 'pak Ya' dan anaknya semasa di Kok Lanta. Mereka sedang berusaha membina madrasah islam pertama di pulau Kok lanta dan masih dalam proses pembinaan dan memerlukan dana dan sumbangan dari orang ramai..Usaha yang sungguh murni untuk meningkat syiar Islam di pulau itu..
9. Semasa di kg Ban Narai, berjumpa dengan ketua Cowley untuk kawasan kok Lanta..Beliau lebih dikenali sebagai Tok Mudin.. Beliau kelihatan tegas tapi baik sebenarnya..
10. Destinasi seterusnya ke Pulau Phuket.. Di sini hanya satu sahaja perkampungan Cowley iaitu di Rawai beach.. Penduduknya agak ramai di sini. Perkampungan nelayan di sini berbentuk kawasan setinggan dengan keadaan rumah berselerakan.
11. Separuh penduduk di sini beragama Islam dan separuh lagi beragama Budha. Tapi seperti juga kampung cowley lain, Islam mereka hanya pada nama sahaja.. penghayatan Islam amat kurang sekali..
12. Penduduk di sini amat kuat mabuk dan minum minuman keras serta juga pesta' joget' hampir setiap malam. jangkitan budaya sosial yang sungguh kuat yang dibawa pelancong-pelancong betul-betul telah menular ke kampung ini.
13. Dengan izin tuhan yang maha Esa, seorang penduduk Cowley telah terbuka hatinya untuk melafazkan kalimah tauhid semasa kedatangan jemaah kami..Syukur kepada tuhan. Program susulan perlu ada untuk kunjungan ke kampung ini lagi..
14. Sebelum perjalanan pulang ke Malaysia ,kami berkunjung ke Selatan Thailand. Apa yang pasti keadaan di Selatan Thai masih bergolak lagi.. Terlalu banyak sekatan jalan raya di buat oleh askar-askar Thailand.
15. Peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ,kereta kami ditahan oleh askar Thailand di Yala dan kami disyaki sebagai pengganas .. Semua barang kami bawa digeledah mereka dan disoal selidik lebih dari setengah jam. Mujur ustad Wahab mengenali seorang ‘orang kuat’ di situ dan meminta bantuannya.. Maka kami dilepaskan dengan selamatnya.. Syukur,Alhamdulillah..
16. Kami selamat pulang ke Malaysia pada hari isnin malam.. Kisah dan gambar-gambar sepanjang perjalanan boleh dilihat di blog sahabat .
salam perjuangan al azhar