Kok Lanta dan Phuket Thailand
Explorasi dakwah siri 1 (klik sini)
Kali ini peserta eksplorasi dakwah ke Thailand siri 2 hanya seramai 8 orang (4 orang dari Malaysia dan 4 Orang dari Pattani ,Thailand). Menjadi peserta paling muda dalam kembara ini memberikan ruang kepada anak muda ini belajar daripada orang-orang lama yang berpengalaman dalam bidang dakwah kepada bukan Islam. Sangat bernilai sekali ilmu yang ku pelajari dari mereka. Ternyata kunjungan kali kedua ku ke bumi Thailand ini memberikan impak yang besar kepada sebilangan besar orang laut di pulau Phuket dan Kok Lanta. Dan seperti apa yang pernah dinukilankan sebelum ini, sesungguhnya asas dakwah kepada golongan sasaran ini melalui "berkenal-kenalan" (taaruf) dan berkasih sayang (mahabbah)..Kemesraan dan hubungan yang semakin erat dengan mereka membenihkan nilai-nilai positif akan kefahaman Islam kepada mereka. Kali ini tidak mampu ku berbicara panjang untuk kembara selama 3 hari tersebut. Hanya dengan gambar saja lah ia berbicara.. Kerana sesungguhnya, dapat ku konklusikan bahawa "Ukhwah itu Indah, dan Islam itu mempersonakan!" ..