BERSAMA ANGKASAWAN MALAYSIA DI 'A.B.U. PROGRAM'-(1 MARCH 09)  

Posted by azhar mohamed in , , ,


Sempena majlis lima tahun ke 5 Asrama Baitul Ummah atau lebih dikenali sebagai 'ABU' di taman Setapak Indah berhampiran Danau kota,pihak asrama telah menjemput angkasawan Malaysia Pertama Iaitu Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk sesi perkongsian pengalaman sebagai angkasawan pertama Malaysia kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.


Terlebih dahulu saya ceritakan serba sedikit pasal baitul Ummah ini. Asrama Baitul Ummah telah ditubuhkan pada 1 march 2004 atas inisiatif Ustaz Abdul Rahman Ramani B Abdullah dan bertempat di Setapak Indah,Kuala Lumpur.Asrama ini menempatkan 50 orang kanak-kanak yang terdiri daripada golongan anak yatim,anak fakir miskin dan anak muallaf yang berusia antara 4 tahun hingga 15 tahun.Kanak-kanak ini dijaga dan diasuh dan diberikan pendidikan agama dan kerohanian di asrama ini ,disamping diberi pendidikan formal di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta dihantarkan ke kelas tambahan di pusat akademik yang diiktiraf.


Disebelah pagi, majlis dirasmikan oleh Y.Bhg.Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail,Yang dipertua Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia,diserikan dengan persembahan dari pelajar asrama Baitul Ummah sendiri. Dan disebelah petang pula,sesi perkongsian pengalaman Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama anak2 yatim.Kanak-kanak sangat seronok dan semua teruja mahu menjadi angkasawan juga.


Aku hadir ke sini atas jemputan rakan-rakan comrade lain untuk sama-sama memeriahkan majlis kerana sahabat lain menjadi urusetia bagi program ini.Setelah pulang dari kembara dakwah di Perak semalam dan balik pada tengah malam,hari ahad pagi ini aku gagahi diri untuk sama-sama memeriahkan program ini disamping dapat bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain .Dapatlah juga berjumpa ramai senior-senior kitorang dan berkongsi-kongsi pengalaman suka dan duka..huhuu



Seronok juga dapat jumpa angkasawan malaysia ni. Siap dapat bergambar dengan beliau lagi...Satu lagi pengalaman baru yang tidak boleh dilupakan..

'MENGGAPAI BINTANG'








This entry was posted on 1.3.09 at Sunday, March 01, 2009 and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 komen

Anonymous  

bestnya jumpa abg sheikh ni..jelous..

March 3, 2009 at 9:09 PM
Anonymous  

bestnya jumpa abg sheikh ni..jelous..

March 3, 2009 at 9:09 PM

reaching the stars.. Buku ni raihan baca tahun lepas.. Best sangat.. Menyentuh perasaan..

March 22, 2009 at 12:32 AM

Post a Comment