kg Palas dan kg Pawong, pos Slim Simpang Pulai Perak (28 Feb 2009)
Pada minggu ni bersama teman seperjuang, sekali lagi diriku pergi ke perkampungan orang asli di Perak iaitu kampung Palas (atau lebih dikenali sebagai kampung 17000) dan kg Pawong di pos Slim Perak atas tujuan dakwah.Cuma kali ni hanya kami berempat sahaja menjalani misi kali ni iaitu En Shamsul,aku ,kak engku dan Tikah.Walaupun sedikit yang boleh pergi,perjuangan mesti diteruskan.
Dengan menaiki VAN berplatkan DR tu,kami menyelusuri highway PLUS ke arah utara selepas En Shamsul mengambil kami di UIA untuk mengambil aku,k. Engku dan Tikah pada pukul 8 pagi.Dan dalam pukul 11 lebih kami sampai ke destinasi yang dituju...Setelah sampai kami terus bersiap sedia untuk membuat kenduri ataw 'cak raya' kepada penduduk kampung.Dan lauk yang dibuat oleh kami adalah ayam kurma dan dalca.sangat sedap..maklumlah di masak oleh aku dan kak engku.hehee...
salah satu tugasku untuk setiap program..memasak
Sementelah kami bersiap untuk hidangan tengahari,En Shamsul pergi menziarah Kg Sigar di lojing,Kelantan untuk menyelesaikan beberapa kes kat sana kerana pada minggu depan akan ada program Asas Islam di kg sigar pula.Itu merupakan program besar sama seperti di pos Brooke pada bulan sebelum ni.Jadi En. Shamsul serahkan tugas di kampung Palas kepada kami bertiga untuk melayan penduduk di situ,dan en Shamsul menguruskan di Lojing pula.
bersama penduduk kampung asli yang peramah
Dan Alhamdulillah kali ini,terdapat 3 orang lagi yang mendapat hidayah daripada Allah untuk memeluk agama yang satu,agama Islam.Ku lihat penuh sinar di wajah mereka untuk memeluk islam sebagai agama mereka dan sangat tenang semasa proses pengislaman dilakukan.Sangat bersyukur kepada tuhan pencipta alam.
proses pengislaman
Dan kali ini kami bertuah kerana dihadiahkan seekor landak gunung dari seorang penduduk asli .Oleh kerana masa di sana terhad,jadi tidak sempat di sembelih di sana dan kami membawanya pulang ke KL..Dan semasa post ni dibuat landak itu masih hidup lagi dan belum disembelih...hehee..
landak gunung