Yang pertama program kembara asli II di kg asli Pulau Indah, Klang dimana program ni adalah under JASA. Kg asli yg moden tapi penuh mistik,di mana aku pernah menjadi PM untuk program sebelumnya di kg ni hampir setahun yg lepas..Rindu sebenarnya ke kampung ni.bila lah aku nak pi mancing kat laut ngan bro jamil tu?..huhuu.Yang kedua program di kg asli Sigar di Lojing Kelantan bawah ABIM dimana berlakunya kursus fardhu ain bagi orang asli yg baru memeluk Islam pada minggu2 sebelum ni.Petang sebelum program aku menolong en Shamsul angkat barang dan beli barang modul kat maidin..siap main 'roller coaster' kat hospital selayang(k adah yg taw maksud ni) ..ahakh2...Kat kg ni tok batin sangat best,aku dah pernah ke sini bulan lepas untuk ambil sayur kat kebun tok batin tu...best2...Yang ketiga adalah ke kuala Mu,satu destinasi yg aku ingin sangat pergi sejak dulu lagi ,tapi tiada peluang sampai sekarang untuk ke destinasi yang tersangat cantik ni.program ni under ngo Ummah Aid.. Dan yang terakhir adalah ke pulau pangkor perak untuk program recreation skill 2 yang wajib aku pergi kerana 40 marks untuk skill tu adalah melalui prog kat pangkor tu... Akhirnya,setelah membuat keputusan muktamad ,pulau pangkor lah yang destinasi yang aku harus pergi untuk minggu ni..huhuu
Sem ni aku ambil recreation II program under CCAC UIA.. Masa recreation I , praktical kat sg Perdik,Hulu Langat.So ,untuk skill II ni pi pulau pangkor.Bolehlah sambil berprogram sambil bercuti..hehee.PULAU PANGKOR,Perak pulau yang ketiga aku kunjungi yang sebelum2 ni aku pernah ke pulau perhentian,terengganu dan pulau Indah,pelabuhan klang.Aku cerita sikit analogi perjalanan ke pangkor kali ni..
PULAU PANGKOR JOURNEY
6 mac 2009
Berkumpul kat tangga besar pukul 11.30 pm.Time tu team yg ke kg sigar x pergi lagi.aku sempat menghantar mereka.manakala team yg ke p. pangkor sudah memenuhi tangga besar. Jumlah peserta dalam 140 lebih orang yang pergi pangkor ni..Agak ramai jugalah.Bas datang lambat,pukul 1 pagi lebih baru sampai.Naik bas je aku terlena terus sebab satu ari x tidur krn siangnya pi antar team pi pulau indah,aec ruil,pi kg changkat ngan maidin selayang dan pi antar team yg pi sigar.lagi2 ngan aircond bas yg sangat sejuk tu,terlena dibuatnya,sedar2 dah sampai jeti lumut hampir subuh.Masa kat jeti tu pun dah ramai orang luar yg nak pi p pangkor menunggu untuk naik feri awal.Al maklumlah cuti panjang 3 hari untuk kali ni.
7 mac 2009
Sembahyang subuh kat masjid lumut dulu.Kemudian,sarapan nasi lemak ngan air teh.Lepas sarapan je gerak terus dari masjid ke jeti lumut.mMasuk jeti dan menunggu feri untuk berangkat ke pulau pangkor dan feri kali ni special untuk kami student uia je.Tak silap nama feri tu PSF PAN SILVER 6.Kami yang lelaki ni angkat barang perkhemahan masuk dalam feri.dah angkat barang terus naik kat atas feri yg open air..Dapatlah melihat keindahan laut ,pantai dan kapal perang lagi sambil posing untuk gmbar..very nice view.huhuuu.perjalanan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke jeti pulau pangkor.
pandangan kat jeti pulau pangkor
Dan masuk check point ke 5 kena redah hutan pi teluk Sekadeh, kat sini ada camp site yg lawa tapi tersorok kerana tiada jalan biasa untuk ke sini,dah sampai semua group ke sini, kami ke destinasi yang last iaitu south summit iaitu summit yg agak mencabar kerana kena mendaki hutan tebal yg mencabar.dah lah aku pakai kasut adidas tapak yg agak licin,beberapa kali terjatuh..sakit bont** ni.huhuuu...mujur tak masuk gaung.
Jam dah menunjukkan pukul 6 lebih,kami sembahyang jamak kat surau dekat kota belanda tu dan pas tu pi makan kat kedai tepi jalan,time tu memang sangat lapar..kami sebenarnya antara group terakhir yg keluar dari hutan tu,melihat ramai dah ke destinasi camp site yg jarak lagi 5 kilometer lagi,patut kena jalan kaki ke pasir bogak tu tapi kami tekad akan ambil teksi je.penat nak jalan dan dah abis tenaga..lagipun trainer x de time tu.Jadi ngelat sikit.huhuu..Hari pun dah gelap dan hujan lebat tiba2..kami sembahyang jamak magrib ngan isyak dulu kat masjid pulau pangkor dan pastu amek teksi untuk ke sana.
dah lepas sesat,pi singgah makan sat kat kedai makan.huhuu
Last2, dapat taw malam tu semua kena pergi jambatan gantung,untuk survival malam tu,Beg kami kena tahan dan memang tinggal sehelai pinggang lah kat dalam hutan tu.Kami sampai je, group2 lain dah sibuk membuat khemah sendiri dalam keadaan hujan lebat dan suasana malam yg gelap.Khemah buat sendiri dari alam semula jadi cam daun pisang ,daun kelapa dan lain2 lah,..pastu buat unggun api,sangat lah sejuk malam tu.baju dah lah basah kuyup,jari tangan dan kaki dan kecut.pastu dahlah banyak pacat kat kawasan tu.memang kenyang lah pacat kat situ malam tu..huhuu..Tapi malam tu dah penat sangat,semua orang tidur kat mana2 x kesah dah,tidur duduk,atas tanah, atas jalan asalkan boleh tidur..kitorang dah mcm puyuh basah dah...senyap jer....ada yg kena hypotermia,menggigil kesejukkan sebab hujan satu malam..tempat teduh pun x muat,orang ramai pula..huhu memang survival lah camp kali ni..
Aku pun tidur je bawah khemah yg dibuat tu sambil balut kepala ngan plastik,takut pacat masuk lubang hidung ngan telinga..hehe
nilah tempat ku berteduh untuk satu malam,sedih kan?huhuuu
Bangun subuh agak lambat kali ni sebab badan letih sangat,bangun je badan ni menggigil kerana sangatlah sejuk kat situ...pi cari sungai untuk ambil wuduk dan sembahyang subuh.Dah solat,kemaskan kawasan perkhemahan tu,kerana hari ni akan pindah tapak perkhemahan ke tempat baru.Selepas tu kami bergerak ke pantai di pasir bogak dalam 150 meter dari situ.pi sana untuk sarapan setelah kami tak disediakan makanan semalam dan terpaksa beli makanan sendiri untuk hidup..huhuu.
Dan hari ini adalah hari paling best di mana akan ada dua aktiviti iaitu kayak dan abseiling.pada waktu pagi kami lakukan aktiviti kayak.Agak jauhlah kena berkayak ,iaitu dari pantai pasir bogak ke satu pulau kecil dikenali sebagai pulau batu orang tua.Dalam 2 kilometer jugalah jauhnya.Pasangan kayak aku adalah dengan seorang perempuan,huhuu..Terpaksalah kena keluar tenaga lebih untuk kawal kayak tu.Dan sampai kat tengah laut buat aktiviti ' rafting' iaitu semua kayak dikehendaki berkumpul bersama dengan membuat satu line lurus di tengah laut..jadi semua orang dikehendaki ke leader dengan sesegera mungkin. Memang tersangat lawa permandangan pabila dalam 2o lebih kayak beratur selari di tengah lautan. Dan gambar di ambil oleh abang Samadi dari SDEV. x sangka dia pun ikut sekali time ni..Pasni ni nak minta gambar2 dari dia.Dan kali ni bertambah hitamlah kulit kerana berkayak di bawah terik cahaya matahari.
Oleh kerana masa tak mengizinkan untuk terus sampai ke pulau kecil tu,kami pusing balik ke pantai pasir bogak.kali ni memang sangat letih untuk pusing balik sebab sangat jauh...huhuu. Sampai je daratan terus pi makan tengahari sebab lapar lagi...
Dan aku sempat curi masa tidur sekejap sebelum aktiviti seterusnya.Tidur di tepi pantai sambil ditiup oleh hembusan bayu membuatkan diri ini sangat terlena dalam kepenatan. Dan pukul 3 ptg pergi ke tempat abseiling dengan berjalan kaki lagi.Agak jauh juga dalam 2 kilometer jalan.Abseiling ni pernah buat sebelum ni,jadi x de lah gayat sangat.Kelihatan ada juga yang gayat terutama perempuan semasa hendak turun abseiling ni.Menunggu sorang2 abseiling tu yg lama.Dalam 6 lebih baru abis..pastu balik semula ke campsite.Balik ke campsite lalu disepanjang tepi pantai sambil tengok matahari terbit.Tersangat indah permandangan ketika itu.
Dan malam diadakan barbekue.memang best.ada ikan ,sotong ,kerang dan udang .Makan sekali ramai2 sambil menghadap laut.Dan malam ni memang aktiviti bebas,jadi dapatlah bernafas dan berehat lah sikit.Dan sekali lagi tengah malam hujan lebat di camp site,jadi tidur dalam kebasahan walaupun kali ni dibekalkan khemah kerana khemah group aku bocor..huhu..air hujan masuk.Tapi tidur mesti dilayan dulu..huhuu
barbekue
Hari ni adalah hari terakhir di pulau pangkor.hujan dari malam tadi masih berlarutan sampai ke pagi ini.Terpaksa kemaskan khemah dalam keadaan hujan.Selepas tu pergi ke pantai pasir Bogak untuk makan 'brunch' iaitu gabung sekali sarapan pagi dan tengahari sekali.Dan hari ini ada pesta kaum india di sepanjang jalan,jalan pangkor tu menjadi jam..Pesta macam sambutan thaipusam di batu caves,siap ada kavadi,cucuk2 badan etc..
makan ngan bro sidek di lumut
Sampai je dalam feri budak2 lain dah terlena,mungkin penat sangat kot..huhuu..Aku x dapat tidur time tu jd melihat lah alam ciptaan tuhan yg indah ini..Sampai je kat jeti Lumut,trainer bagi masa 1 jam untuk beli belah lagi sebelum balik ke UIA.Aku berjalan lah dengan bro sidek beli barang pastu makan nasi ayam sebab lapar lagi.Bas sampai dalam pukul 3 petang dan kami pun meneruskan perjalanan pulang ke UIA.Sampai UIA dalam pukul 8 malam..Balik je terus terlena kerana penat yg sangat.
Recreation 2 ni memang best !Satu lagi pengalaman yg x boleh dilupakan dalam hidup!!Akan datang nak ke pulau mana pulak yek?huhuhuu..
PULAU PANGKOR IS THE BEST!!