KEMBARA DAKWAH POS BERSIH,ULU SLIM PERAK ( 8 FEB 2010)  

Posted by azhar mohamed in , , , ,

POS BERSIH FASA I, II & III; ULU SLIM, PERAK-8-2-2010

Destinasi kembara minggu ini adalah ke Pos Bersih di Perak. Kami seramai 6 orang daripada pelbagai badan NGO terdiri daripada En Shamsul (IOA), Yusuf (IOA), Cik Fauziah (Malaysia Relief Agency,MRA), En Khairil (MRA), En Rizaidi (Jabatan Integriti Malaysia) dan saya (UIA)..

Kampung Asli Pos Bersih di Ulu Slim Perak terletak di lembah kaki pergunungan Banjaran Titiwangsa.. Ia mengandungi 5 buah kampung terdiri dari pos Bersih, Kg Gesau, Kg Bangkung, Kg Tibang dan Kg Keding.. Majoriti penduduk adalah dari suku Semai.. Penduduk Islam di sini adalah minoriti dan majoriti masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang (tidak beragama).

Tujuan kali ini adalah 'rickee' untuk program susulan di kampung ini.. 2 minggu akan datang akan dianjurkan program di kampung ini bersama pelajar universiti swasta dari Management Science University (MSU) berjumlah lebih kurang 40 orang.. Jadi, berjumpa dengan Tok Batin setiap kampung dan pihak sekolah untuk berbincang tentang masalah kampung, laporan, hal-hal berbangkit kepada wakil-wakil NGO ini agar mereka boleh mencari jalan penyelesaian untuk membantu kemajuan kampung asli pos Bersih ini..


Awas! papan tanda ini amaran kepada orang luar yang cuba mengambil kesempatan terhadap orang asli.. Dan ia juga boleh didapati di Pos Jernang dan Pos Tisong..

Sekolah Pos Bersih


Rumah pprt yang baru dibina untuk penduduk kampung

dari kiri:Yusuf (IOA), Cikgu Wazir (Guru besar Pos Bersih), penduduk kampung, En Shamsul (IOA), saya, En Rizaidi (Jabatan Integriti Malaysia) , Cik Fauziah (MRA)..

salam perjuangan al-azhar

This entry was posted on 12.2.10 at Friday, February 12, 2010 and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 komen

Anonymous  

CANTIK NYA KAMPUNG ASLI INI..

February 15, 2010 at 12:35 AM

pos bersih?? senior TESL sy ngajar kat situ skrg. br jumpe dia smlm kat kenduri. kalo pegi skolah tu bleh la kim slm kat dia ek. name dia Hazwani Hairoman.

February 15, 2010 at 9:33 AM

OH,WOKEY..CIKGU BILA NAK KENA POSTING KE KAMPUNG ASLI?HUHU..

February 16, 2010 at 4:01 PM

haha.. xtaula kampung mane akan tercampaknye diri ini nnt.. mintak terengganu aritu, mungkin dpt terengganu jugak la.. huhu

February 16, 2010 at 8:26 PM

atau jaa boleh rekemen kan mana2 sekolah asli yg best? (cam pegawai jheoa plak jadinya...) :P

February 17, 2010 at 1:37 AM

Sudah banyak perubahan yang ada.sewaktu kami tinggal di Rumah Guru Besar tu..dulutak ada semua ini.Batin Terbang masih duduk di rumah guru itu lagi ke..Kami dari Jabatan Ukur Topografi sewaktu membuat pengukuran sempadan Pahang Perak sekitar 90 an dulu.
lihat..
http://hazis.wordpress.com/dtopografi-wilayah-barat/kerja-pengukuran-sempadan-negeri-phg-perak/

March 25, 2010 at 7:53 PM

sudah banyak perubahan yang ada di pos bersih,satelah hampir 10 tahun kami tinggalkan.tapi Batin Terbang masih macam itu jugak rendah..kami dari JUPEM Topografi Wilayah Barat sewaktu membuat pengukuran sempadan Pahang/Perak tinggal di Pos Bersih ini
http://hazis.wordpress.com/dtopografi-wilayah-barat/kerja-pengukuran-sempadan-negeri-phg-perak/

March 25, 2010 at 7:59 PM

Post a Comment