"SUKU KANAQ KIAN PUPUS!"
Mungkin sukar dipercayai, terdapat satu kaum asli yang tinggal di pedalaman Johor, semakin diancam kepupusan kerana jumlah mereka kini dipercayai hanya seramai dalam 82 orang sahaja. Sebelum ini mungkin ramai yang tidak mengetahuinya dan mungkin juga tidak ramai yang pernah mendengar masyarakat Orang Asli suku Kanaq.
KANAQ
Di Malaysia terdapat 18 kaum asli. Antara semua, kaum Kanaq merupakan kaum yang paling sedikit jumlahnya. Mereka tergolong di dalam kumpulan Melayu Proto iaitu salah satu dari tiga kumpulan utama kaum Orang Asli.. Satu-satunya perkampungan Orang Asli dari suku kaum Kanaq berada di negeri Johor yang terletak dalam daerah Kota Tinggi iaitu di Kampung Asli Sg Selangi.
Alhamdulillah, majoriti penduduk memeluk agama Islam dan 'penggerak'nya adalah ustaz Nizam seorang Melayu berumur dalam awal 30 an.. Kemudahan seperti surau, rumah rawatan dan tadika lengkap disediakan oleh pihak JHEOA di sini.
Ketua kampung di sini bernama Tok batin Talib tetapi tidak sempat berbual lama dengannya kerana beliau ada urusan di ladang kelapa sawit.. Mendapat matlumat daripada beliau, punca pendapatan utama mereka adalah melalui perusahaan ladang kelapa sawit milik FELCRA.
Tok Batin Talib
Banyak maklumat yang didapati hanya melalui 'nenek Yam' seorang penduduk yang paling berusia di sini.. Berusia dalam lebih kurang 80 tahun dan beliau juga seorang bomoh.. Nenek Yam walaupun sudah berusia tetapi masih lagi cergas dan sangat peramah.. Agak senang dan mudah mengajak berborak dengan nenek yam ini..
Aku bertanya nenek Yam, kenapa penduduk kampung tidak berkembang.. lalu apa nenek ini kata?
"Nenek Yam pun tidak tahu, ramai yang 'mati' dan 'hilang'.. Dulu sebelum zaman Jepun kaum Kanaq ini dalam beratus juga penduduknya" ulas Nenek Yam..
Jawapannya menimbul seribu satu persoalan dalam diriku.. Mungkin ada sesuatu 'misteri' mengenai kampung ini yang perlu dikaji.
Walaupun penduduknya hanya lebih kurang 82 orang sahaja tetapi mereka masih menggunakan bahasa 'kanaq' itu sendiri dalam perbualan seharian.. Contoh yang paling mudah sebutan dalam bahasa kanaq: makcik-musa, pakcik-mamak, ayah-bepai, emak-omak dan binatang anjing-kuyok ..
Kebanyakkan penduduk di sini masih hidup dalam kedaifan walaupun mendapat bantuan rumah PPRT.. Dari segi kebersihan agak kurang dititikberatkan di sini..
Alhamdulillah, misi kali ini berjalan dengan lancar.. Walaupun minggu ini banyak jemputan ke program-program lain, tetapi terpaksa aku menolak.. Aku terpaksa 'mengalah' untuk semua itu.. 'Mengalah' bukan bermaksud aku 'Kalah'!.. Kerana aku ada misi aku tersendiri iaitu
"Mencari kaum yang hilang!" Salam perjuangan al-azhar