POS BERSIH FASA I, II & III; ULU SLIM, PERAK-8-2-2010
Destinasi kembara minggu ini adalah ke Pos Bersih di Perak. Kami seramai 6 orang daripada pelbagai badan NGO terdiri daripada En Shamsul (IOA), Yusuf (IOA), Cik Fauziah (Malaysia Relief Agency,MRA), En Khairil (MRA), En Rizaidi (Jabatan Integriti Malaysia) dan saya (UIA)..
Kampung Asli Pos Bersih di Ulu Slim Perak terletak di lembah kaki pergunungan Banjaran Titiwangsa.. Ia mengandungi 5 buah kampung terdiri dari pos Bersih, Kg Gesau, Kg Bangkung, Kg Tibang dan Kg Keding.. Majoriti penduduk adalah dari suku Semai.. Penduduk Islam di sini adalah minoriti dan majoriti masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang (tidak beragama).
Tujuan kali ini adalah 'rickee' untuk program susulan di kampung ini.. 2 minggu akan datang akan dianjurkan program di kampung ini bersama pelajar universiti swasta dari Management Science University (MSU) berjumlah lebih kurang 40 orang.. Jadi, berjumpa dengan Tok Batin setiap kampung dan pihak sekolah untuk berbincang tentang masalah kampung, laporan, hal-hal berbangkit kepada wakil-wakil NGO ini agar mereka boleh mencari jalan penyelesaian untuk membantu kemajuan kampung asli pos Bersih ini..
Awas! papan tanda ini amaran kepada orang luar yang cuba mengambil kesempatan terhadap orang asli.. Dan ia juga boleh didapati di Pos Jernang dan Pos Tisong..
Sekolah Pos Bersih
Rumah pprt yang baru dibina untuk penduduk kampung
dari kiri:Yusuf (IOA), Cikgu Wazir (Guru besar Pos Bersih), penduduk kampung, En Shamsul (IOA), saya, En Rizaidi (Jabatan Integriti Malaysia) , Cik Fauziah (MRA)..
salam perjuangan al-azhar