PALOH; SISI SEPI SEORANG MUALAF  

Posted by azhar mohamed in , , ,

Kisah Benar Sempena sambutan Tahun Baru China 2010

13 FEB 2010

Menyusuri laju di highway PLUS menuju arah selatan.. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.. Perjalanan baru sahaja bermula dari Sungai Buluh.. Kesejukkan perjalanan malam memang mengujakan setelah di siang hari bahang kemarau amat merimaskan..

Bertemankan muzikal instrumental China, suasana malam itu betul-betul mengharukan perjalanan malamku..

Hari ini, aku pulang ke kampung halamanku di Johor setelah hampir tiga bulan tidak pulang berjumpa keluarga.. Sepatutnya aku akan menaiki bas menuju terus ke Larkin pada malam itu, tetapi akan takdir Allah kepulangan ku kali ini bersama seorang mualaf yang bukan sebangsa denganku..

Muhammad Adam, nama baru untuk pengislamannya.. Baru 3 tahun memeluk Islam.. Seorang berbangsa China berumur awal 20 an.. Dengan dasar kepercayaan sebagai seorang abang dan teman, meminta aku menemaninya pulang ke kampung halamannya di satu perkampungan china di Johor yang bernama Paloh..

Dengan memandu kereta saga BLM miliknya, pecutannya memecah keheningan malam.

Walaupun aku kepenatan pada malam itu kerna di siang hari menghadapi satu peperiksaan dan membantu menguruskan satu program sahabat lain, tetapi aku gagahi juga agar dapat menemani Muhammad sepanjang perjalanan.. Menjadi rakan bicara di dinihari ini..

Berboraklah kami berdua berkisarkan kehidupan dan pengalaman masing-masing.. Adakala kami berbicara pasal perkara-perkara ghaib ,kisah berkaitan jin dan syaitan walaupun sepanjang perjalanan dikelilingi gelap maya yang menakutkan. Tapi bukan itu yang kami takuti, kerana kuasa yang maha Esa yang selayaknya ditakuti oleh seluruh makhluk di dunia ini..

Apa yang aku tertarik sekali dengan Muhammad ini adalah keperibadiannya.. Keyakinan akidahnya.. Kisah pengislamannya yang diceritakannya penuh ranjau dan dugaan..

“Saya masuk Islam sebab saya sendiri mengkaji pasal Islam! Sebelum itu saya beragama Krisitian” jelas Muhammad kepadaku..

“Dulu saya sendiri tertanya-tanya kenapa orang Islam tidak makan babi, sedangkan daging babi itu sedap dimakan.. Setelah buat kajian sendiri dan melalui sumber internet, saya dapati daging babi ini mengandungi cacing pita..Cuba abang buat sendiri letakkan air coke ke atas daging babi.. Tidak lama lagi akan keluarlah caci pita itu.. Babi ini banyak sangat kuman.. Sebab itu sesiapa yang makan akan terdapat bintik-bintik di badan..” ulas Muhammad lagi kepadaku.

“Banyak kajian tentang Islam telah saya buat.. Saya mengkajinya sejak tingkatan 4 lagi.. Mujur ada seorang kawan Melayu ,namanya Afiq yang sudi menjadi tempat rujukan saya untuk bertanyakan tentang Islam”.Tambahnya lagi.

Sebelum keberangkatan kami ke Johor pada malam itu, Muhammad telah memperkenalkan aku dengan Afiq, insan yang banyak membantunya memperkenalkan tentang Islam di Sg Buluh. Pengislamannya juga dilakukan dengan seorang ustaz di Sg Buluh ketika beliau sudah mencapai cukup umur iaitu ketika berusia 18 tahun.

“Setelah masuk Islam, ahli keluarga telah membuang saya. Saya sangat sedih.. Ayah memang tidak mahu terus menerima saya. Bantuan wang pengajian saya juga ditarik balik oleh ayah, jadi saya berhenti belajar ketika itu dan saya tidak ada tempat pergantungan. Mujur Ustaz Razlan sudi mengambil saya sebagai anak angkatnya..” Tambahnya dengan nada sayu.

Ustaz Razlan adalah seorang aktivis yang aktif dengan program kemasyarakatan.. Seorang yang peramah dan amat baik sekali.. Menjadikan Muhammad sebagai anak angkat hampir setahun di rumahnya.

“Banyak lagi dugaan saya hadapi bang.. Kawan –kawan Cina saya yang berada di Sg Buluh juga telah membuang saya, ada yang sanggup menghunuskan pisau dan mengugut untuk bunuh saya !..” tambahnya lagi.

Tapi dari nadanya tidak timbul kekesalan memeluk Islam.. Memang beliau memeluk Islam akan keyakinan terhadap agama yang Haq ini. Tiada keraguan tentangnya..

Jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi..

Kini kami sudah sampai ke Kluang.. Aku sebagai anak jati Johor dan Kluang ini adalah kawasanku juga, jadi aku bertugas sebagai petunjuk arah kerana Muhammad tidak mengetahui jalan di Johor ini..

Sebenarnya ini kali pertama Muhammad membawa kereta ke suatu destinasi yang jauh.. Destinasi yang di tuju adalah perkampungan Paloh, iaitu rumah datuk sebelah ibunya.. Kepulangan di sini adalah kerana sambutan tahun baru China.

Daripada maklumat yang aku peroleh daripada Muhammad, perayaan Tahun Baru China sebenarnya adalah perayaan bangsa, bukan perayaan agama.. Jadi setiap kaum China tidak kira beragama Budha ,Kristian akan menyambutnya mengikut cara masing-masing..

Keluarga sebelah bapanya menolak dan membuang terus dirinya. Tidak mengaku Muhammad sebagai keturunannya. Walaupun kenyataan itu pahit, tetapi itulah yang perlu dihadapinya.

Cuma, bernasib baik keluarga sebelah ibunya yang masih boleh terima pengislamannya.. Dan kepulangannya kali ini berharap dapat memujuk keluarga sebelah ibunya agar dapat menerimanya..

Jam 6 kini kami sudah sampai di Paloh.

Pada mulanya Muhammad mahu mengajak aku berjumpa dengan kaum kerabatnya.. Tetapi setelah difikirkan beberapa kali dan melakukan perbincangan antara kami berdua, tidak perlu aku berjumpa dengan keluarganya.. Muhammad risau jika ‘pengislamannya’ disalah tafsir sebagai masuk ‘Melayu’.

Aku memahami perasaan Muhammad. Pada ketika ini,dia perlu menjaga hati semua pihak. Dan dia juga ada misi dakwahnya tersendiri kepada keluarganya.. Hanya apa yang boleh aku lakukan ketika ini adalah memberinya kata –kata peransang agar dia terus kuat dan sabar untuk menghadapi semua dugaan dan mehnah ini.

Walaubagaimanapun, beliau tetap mahu memperkenalkan aku bagaimana keadaan suasana kampungnya, Paloh.

Muhammad telah membawa aku berjalan-jalan mengelilingi Paloh, menunjukkan aku rumah datuknya dari kejauhan walaupun kami tidak singgah. Bertemu juga dengan guru sekolah lamanya ketika solat subuh di masjid Paloh. Barangkali ,suatu hari nanti aku boleh kembali ke tempat ini..

Selepas itu, aku meminta Muhammad menghantarku ke stesen bas Kluang agar aku boleh menaiki bas pulang ke rumahku di Bandar Tenggara lebih kurang 30 minit perjalanan dari situ.

Jadi, sekarang aku meneruskan misi asalku menyambung perjalanan ke destinasi kampung halamanku sendiri.Manakala, Muhammad kembali semula ke Paloh untuk merayakan sambutan tahun baru Cina bersama keluarganya.

Hari sudah semakin siang. Matahari mula memancarkan sinarnya.. Kehidupan mula memulakan rutin hariannya.. Lalu aku, menuju ke destinasiku yang sudah pasti..

Selamat tinggal bumi Paloh!..

p/s: Nama sebenar Muhammad tidak boleh didedahkan bagi menjaga keselamatannya..
Muhammad bakal menerbitkan buku mengenai kisah hidupnya tidak lama lagi..

This entry was posted on 16.2.10 at Tuesday, February 16, 2010 and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 komen

sekali bace mcm cerpen daaa..

February 16, 2010 at 8:35 PM

ni kisah betul ni cikgu...

semasa jaa nak blik rumah miggu lepas...

pulang bersama Muhammad Adam...

sementara byk masa free kat rumah,buatlah citer ala-ala cerpen sikit..

nanti klo dah bizy,x boleh nak buat citer dah..pling rajin pun upload gmbr je nnti... Huhuu.. :)

February 17, 2010 at 1:15 AM

salam perjuangan,

pi paloh trg ker ???hehe

February 17, 2010 at 9:31 AM

TO HIJABUL CREWZ, PE MAKSUD ENTA?...

"TRG" TU APA MAKSUDNYA? ANA X BERAPA RETI TULISAN RINGKAS NI..

:)

February 17, 2010 at 6:05 PM

Post a Comment