perarakan sambutan maulidurrasul
DJ sukaneka.. hehe :)
' wajah-wajah' sukarelawan hari Keluarga Kg Gumum
Program Sambutan Maulidurrasul dan ‘Hari Keluarga’ di kampung asli Gumum Tasik Chini kali ini sangat meriah.. Dianjurkan IOA bersama dengan pelajar-pelajar dari KLMU dan Kolej Darul Hikmah Kajang... Program sebegini sebenarnya adalah yang pertama kali diadakan di kampung ini kerana penduduk Islam di sini adalah minoriti sahaja.. Bilangannya terlalu kecil berbanding dengan yang bukan beragama Islam..
Kunjungan kali kedua ku ke sini ( kali pertama semasa program sambutan raya puasa).. Sambutan penduduk amat menggalakkan. Sangat respek kepada jawatankuasa program daripada penduduk kampung yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini.. Tahniah kepada abang Amir (penyelaras program dari penduduk kampung) yang berusaha mengadakan program di sini.. dan Kami membantu kalian seadanya..
Program kali ini kelihatan amat berjaya dengan sambutan yang meriah dari penduduk kampung.. Sambutan dari penduduk yang bukan beragama Islam juga amat menggalakkan. Beberapa penduduk yang duduk di ‘pulau’ seperti Chendahan dan Tanjung Kuput juga datang kerana bot disediakan untuk mereka..
Satu hari penuh dengan aktiviti.. Di pagi hari diadakan ‘perarakan maulidurrasul’ oleh anak-anak kecil dari kg Gumum.. Kemudian dari pagi sampai ke petang sukaneka untuk penduduk kampung.. Petangnya adalah perlawanan bola sepak Akhir Liga untuk penduduk kampung dan malamnya adalah ceramah maulidurrasul dan pembahagian sumbangan untuk setiap penduduk kampung..
Dan buat pertama kali, aku menjadi DJ untuk ‘hari Keluarga’ dan MC ‘ceramah maulid’ untuk malamnya.. MC ‘adhoc’ untuk malam itu.. Tiada persediaan apa-apa tapi sebab tugas dan amanah diberikan oleh abang Amir, aku terima sahaja tugas itu.. Belajar lagi satu pengalaman baru.. Bukan senang rupanya jadi MC ya! hehe.. :)
Tahniah kepada Dato Razak (Penaung IOA) ,sebagai penerima untuk anugerah Tokoh Maulidurrasul tahun ini.. Setelah mengambil anugerah pagi itu di PutraJaya, beliau terus bersama kami untuk program 2 hari itu..Sangat respek kepada beliau dan sememangnya beliau seorang tokoh sukarelawan dan da’ie yang sejati…
Respon dari penduduk kampung juga sangat baik, mereka sangat teruja dan berminat serta mahukan program-program seperti ini diadakan lagi pada masa-masa mendatang.. Insya Allah,ada rezeki kita berjumpa lagi agar ukhwah yang terjalin berterusan sampai bila-bila ..
salam perjuangan al-azhar