BUKIT FRASER RAUB PAHANG -6&7 MAC 2010
Minggu lepas, aku curi sedikit masa dari jadual kesibukkanku untuk merehatkan diri dan menenangkan fikiran di pusat peranginan tanah tinggi di Bukit Fraser Pahang. Terima kasih atas jemputan Cik Fauziah dari NGO MRA (Malaysian Relief Agency) mengajak kami (saya, en shamsul dan Yusuf) untuk ke sana atas satu program bersama OKU.. Dan bersama kami kali ini juga adalah ustaz Labai dari Riau Indonesia yang sedang mengambil PHD di UKM sebagai penceramah motivasi bagi program ini.
OKU kali ini bukan lah dari golongan yang buta, bisu, pekak mahupun 'disable person', tetapi adalah OKU dari golongan 'slow learner'.. Golongan seperti ini perlu diberi perhatian sewajarnya.. Dengan sebab itu, MRA mengambil inisiatif membantu golongan ini untuk meningkatkan nilai tambah mereka. Di Fraser hill ini, mereka mendapat latihan 'hospitaliti' di hotel Silver Park Resort dibawah jagaan senior manager hotel, En Aziz ..
Semasa aku di sini, aku berasa kasihan dengan mereka.. Dari air muka mereka, aku lihat mereka perlukan perhatian.. terutama perhatian dari kita.. Masyarakat selalu memandang enteng pada golongan seperti ini.. Sebenarnya mereka sama sahaja dengan kita.. Mereka boleh sahaja lakukan tugas dan lakukan sebaik kita juga. Cuma mereka perlu diberikan ruang agar mendapat latihan serta bimbingan untuk terus hidup.. Hidup dengan nilai tambah.. Agar mereka boleh 'survive' dan meneruskan kelangsungan hidup di kemudian hari..
'Berprogram sambil bercuti'.. kesempatan itu yang ku ambil pada minggu lalu.. Mengelilingi puncak Fraser Hill menikmati keindahan hutan tropika yang indah, berkunjung ke air terjun Jeriau yang airnya tersangatlah sejuk dan singgah ke beberapa kampung asli di Kuala Kubu Bharu yang hampir setahun tidak ku kunjungi (kg Pertak dan Gerachi Jaya). Mengingatkan ku beberapa kenangan indah di sini..

Selamat tinggal bumi Fraser!.. semoga suatu hari aku akan kembali ke sini semula :)
salam perjuangan al azhar
This entry was posted
on 15.3.10
at Monday, March 15, 2010
and is filed under
aku,
berkelah,
community services,
jalan2 cari makan,
melancong,
OKU
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.