HIDUP MESTI CERIA!!- EDISI KHAS DI POS BROOKE  

Posted by azhar mohamed in ,









Foto-foto menarik semasa program di Pos Brooke (23-27 jan 09) aritu...Aksi terhebat dirakam di padang sekolah pos Brooke.Amazing kan?huhuuu..

5 pria terhebat terdiri daripada ihsan,sufee,husni,shazni dan aku sendiri..

Any komen?Heheeee..

IOA ABIM-KURSUS ASAS ISLAM POS BROOKE(23-27 JAN 09)  

Posted by azhar mohamed in , ,

POS BROOKE,GUA MUSANG-(23-27 JAN 2009)




Sempena cuti raya cina lalu,berlansunglah kursus asas Islam kepada masyarakat asli yang baru memeluk Islam di Pos Brooke, Gua Musang yang meliputi 5 kampung iaitu kg Jerdip,kg Liak,kg Renggil,kg brooke lama dan kg Kengkong.

Program anjuran ISLAMIC OUTREACH ABIM dibantu oleh 24 sukarelawan dari pelajar UIAM GOMBAK dan UIAM KUANTAN selama 4 hari ,adalah untuk mengajar mereka akan asas2 fardhu ain,cara berwuduk, doa,bacaan dalam solat dan sebagainya.Semoga mereka dapat mengamalkan ajaran islam sedikit demi sedikit selepas ini...AMIN!!!!... kisah selebihnya di link jali http://razalisudin.blogspot.com/2009/01/jangan-butakan-matamu.html









PHOTO KEMBARA POS BROOKE,KELANTAN(16-18 JAN 09)  

Posted by azhar mohamed in , ,





















wireless uia dah 3 hari x stabil, jd lambat upload gambar program Pos Brooke,Kelantan.Terima kasih kak adah sebab dah upload fotonya dulu.. and click link below to get more photos.

http://bintukhair.multiply.com/photos/album/30/Kg_Liak_Kg_Rengil

SYAHADAHMU ADALAH TANGGUNGJAWABKU-a true story  

Posted by azhar mohamed in , ,

POS BROOKE,GUA MUSANG (16-18 JAN 2009)


"Pergi pos Brooke lagi?",pertanyaan ku penuh semangat kepada k. Engku.

"Ya,kita akan pergi ke kampung Liak dan kg. Renggil pula!"

Wah,kali ini aku rasa teruja kembali kerana pos Brooke telah lama aku tidak jejaki..Pabila di hitung aku sudah 2 bulan tidak ke sini.Dan kali ini pula pergi ke kampung yang berlainan pula.

Untuk pengetahuan, pos Brooke ini mengandungi 18 buah kampung asli semuanya.Satu kawasan yang agak besar.Pos Brooke sangat hampir dengan Cameroon Highland tapi ia berada dalam jajahan Kelantan bukannya Pahang.

“Kita akan pergi dengan satu pajero sahaja kali ini,tunggu macam biasalah kat grand stair UIA tu yek, hari jumaat pada pukul 9 malam”.kata kak Engku kepadaku.

Di situlah tempat aku menunggu untuk ke setiap kali program bersama ABIM setiap minggu dan akan di ambil oleh En.Shamsul dengan pajero ,wakil dari IOA ABIM. Perjalanan kali ini di temani dengan 5 orang sahabat ku yang lain iaitu sem, haidir, irah, k.Adah dan K. Engku. Mereka ini adalah orang yang sudah berpengalaman dalam kembara dakwah di kampung orang asli .Tiada getar untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang akan di terima kerana yakin Allah akan bersama-sama kami.

Perjalanan seterusnya, ke rumah Dato’ Razak di Sg Buluh untuk mengambil Irah Dan K Engku kerana mereka sudah menunggu di sana bukan di UIA. Dan perjalanan kali ini ditemani adik comel yang baru berusia 8 tahun,iaitu adik Anis, anak kepada Dato’Razak.Tubuh munggil yang bersemangat waja dan sangat menyukai perjalanan ke belantara, bercita-cita mahu menggantikan ayahnya berjuang dalam medan dakwah kepada orang asli pabila dewasa kelak.

Sebelum berangkat terus ke Kelantan, Dato’Razak telah berpesan lagi kepada kami agar sentiasa menanamkan niat ikhlas untuk berdakwah pada misi kali ini,supaya bersabar dalam ujian yang bakal dihadapi dan agar apa yang kita hajati dalam medan dakwah akan tercapai. Kata-kata hikmah itu akan sentisa menemani kami dan menjadi pembakar semangat serta pendorong kepada kami.

Seperti yang direncanakan,kami terus menuju ke pos brooke ,Kelantan dan sampai pada 3 pagi, Kembara malam yang amat mengasyikkan dengan mengharungi kedingini tanah tinggi benar-benar mengujakan.Tidur sebentar di rumah tumpangan di Pos Brooke untuk merehatkan badan sebelum melakukan misi yang lagi besar pada esok pagi.

“Esok pagi kita akan ke kg Liak dahulu ya“ kata Encik Shamsul kepada kami..

“Kita akan masak makanan untuk kampung di sana” sambung En Shamsul lagi.

Seperti biasa, semasa berkunjung ke kampung orang asli, kami akan memasak untuk makan kenduri bersama penduduk kampung atau dipanggil ‘cak raya’ oleh masyarakat asli.

Perjalanan ke kampung Liak walaupun tidak sampai satu jam tapi agak mencabar juga, kerana terpaksa mengharungi jalan tanah laluan balak yang agak teruk , tanah runtuh di tengah perjalanan dan terpaksa menyeberangi sungai yang tidak berjambatan. Tapi itu semua sudah biasa di lalui pada kembara-kembara sebelum ini ,menjadikan cabaran-cabaran seperti itu sebagai suatu asam garam dalam dunia dakwah di kawasan belantara.

Sebelum sampai ke kg kampung Liak ,terpaksa mengharungi sebuah bukit cerun yang yang agak tinggi lebih kurang 70 darjah. Dengan kemahiran en.Shamsul mengendalikan jentera 4wd tu tidak menjadi masalah kepada kami untuk menuruni bukit yg tinggi itu.Akhirnya ,kami selamat sampai dan kehadiran kami dinantikan oleh penduduk asli di situ.

Kampung Liak-adalah kampung yang agak kecil dengan hanya 10 buah rumah dengan penduduk lebih kurang 80 orang. Kebanyakkan adalah kaum temiar,hmmm…
bolehlah paham sikit-sikit bahasa diorang.

Pabila sampai, kami segera memasak makanan untuk penduduk kampung dan membuat modul untuk kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak kali ini kurang, kerana menurut penduduk kampung sebilangan daripada mereka masih tinggal di asrama sekolah dan akan pulang pada raya cina nanti.

“ Adah, bawa perempuan asli ke dalam rumah itu,ada dua orang wanita asli yang mahu memeluk islam ”

Tiba-tiba encik Shamsul meminta k. adah membawa mereka ke salah satu rumah penduduk di situ.Mendengar perkhabaran itu hatiku berasa sangat bersyukur kepada Allah kerana sebentar lagi akan ada saudara baru yang akan memeluk Islam.

Oleh kerana perempuan asli yang mahu memeluk.jadi perempuan dari team kami yang afdal meng’akad’kad majlis peng’syahadah’an mereka dan k. adah menjadi wakilnya. Kemudian,datang lagi seorang lelaki asli meminta untuk disyahadahkan. Dan kini giliran Sem pula meng’syahadah’kan lelaki tersebut.Bersyukur kepada tuhan kerana di kampung Liak ini seramai 3 orang telah kembali kepada agama fitrah, iaitu agama Islam.

Kemudian, pada sebelah petang kami meneruskan misi ke kampung Renggil, kampung yang tidak berapa jauh dari kampung Liak tapi sangatlah mencabar.Halangan kali ini kami terpaksa menyeberangi sungai yang sangat lebar dan deras lebih kurang 15 meter dengan kedalaman paras pinggang. Tiada jambatan yang menghubungkan kampung itu.Pajero pun tidak mampu untuk menyeberangi sungai itu kerana sangat dalam.Kampung itu betul-betul berada seberang sungai di bahagian satu lagi.

Dan tiada cara lain untuk ke kampung tersebut, melainkan diri ini akan basah juga dengan air kedalaman paras pinggang. Kami berjalan di dalam sungai tersebut sambil membawa makanan yang di masak untuk ke kampung tersebut. Sungguh mengujakan kerana sungai yang berbatu dan air yang deras benar-benar mencabar fizikal kami,sehinggakan selipar salah seorang sahabat telah dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.Namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk ke kampung tersebut kerana di sana beberapa orang telah menunggu untuk di islamkan.

Tiba di seberang sungai, badan ini sudah separuh badan basah dek air sungai itu, namun misi mesti diteruskan.Kali ini sudah menunggu sekumpulan orang asli di sebuah rumah..Kami pun masuk ke rumah tersebut, dan kelihatan wajah-wajah tenang orang asli yang minta diislamkan.

“Azhar,tolong islamkan kawan-kawan ini.”

Tiba-tiba en. Shamsul meminta aku untuk mengislamkan mereka. Aku berasa sangat terkejut. Perasaan ini benar-benar bercampur-baur kerana pengislaman yang di lakukan sebelum-sebelum ini di lakukan oleh ustaz dari ABIM dan aku hanya menolong di belakang tabir sahaja.Tetapi kali ini, aku diberikan tugas yang amat berat ini.Aku cuba melepaskannya kepada sahabatku yang lain tetapi semua memintaku sendiri mengislamkan mereka.

Dengan perasaan berdebar-debar aku mengambil tanggungjawab itu.Dengan menarik nafas panjang ,aku meyakinkan diri ini untuk mengislamkan mereka kerana ini adalah tanggungjawabkan kita pada masyarakat,membawa mereka kepada jalan yang benar. Dan aku pun memanggil nama salah seorang pemuda yang mahu di islamkan.

“Encik Sifu!” dan dijawabnya “Ya!” Kebetulan nama sebenar salah seorang asli itu adalah Sifu.

“Anda sudah yakin untuk masuk Islam?” aku bertanya lagi kepadanya.

“Ya, saya yakin!”jawabnya.

“kalau begitu ikut cara saya mengucap ya!”kataku lagi.

“Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah!”

Ku sebut kalimah itu satu persatu kepadanya,lalu dikutinya dengan lancar sekali. Kemudian, ku terjemahkan dalam bahasa melayu agar mudah baginya untuk memahami maksud kalimah itu..

“Ok, saya baca maksudnya dalam bahasa Melayu dan ikut saya kembali lagi ya?”
“Ok ikut saya !”

“Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah , dan nabi Muhammad pesuruh Allah!”

Dan kali ini aku menyuruhnya melafazkan 3 kali lafaz itu dalam bahasa melayu agar kalimah itu serap ke dalam sanubari dirinya.

“Amin!”,aku mengakhiri majlis akad tersebut dan bersalaman dengan Sifu.

“Kini ,En Sifu sudah memeluk Islam dan en. Sifu percaya bahawa tuhan kita adalah Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Jadi sekarang kami bersaudara dengan en. sifu!”kataku lagi.

Dan En Sifu tersenyum dengan penuh makna .Sinar Islam sudah menyinar hati nya.

“Azhar,selesaikan juga yang lain juga ya!”kata en Shamsul kepadaku.

Dan pada petang itu juga 6 orang lelaki asli telah diislamkan oleh ku, 5 orang perempuan asli diislamkan oleh K. Adah. Bersyukur kepada Allah telah memberikan hidayah kepada mereka. Tetapi, perasaan ini masih lagi bercampur baur dan terharu kerana ku merasakan ‘halawatuliman’ atau ‘kemanisan iman’ yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Keseluruhan 11 orang penduduk kampung Renggil berjaya diislamkan pada petang itu .

Kemudian,kami pun pulang kembali pos Brooke untuk berehat pada malam tersebut dan meneruskan misi pada esok nya pula. Dan malam tersebut berlaku peristiwa yang agak ‘seram’ tapi tidak boleh ku ceritakan pada entri kali ini.

Esoknya ,misi di kampung Brooke lama dan kampong Jerdip. Dan tengahari kembali semula ke rumah tumpangan di pos Brooke.Dan ketika badan ini mahu merehatkan diri dalam rumah tumpangan itu,aku di kejutkan lagi oleh En Shamsul..

“Azhar,luar ada 4 orang lagi mahu memeluk Islam.Tolong ya meng’syahadah’kan mereka lagi!”kata encik Shamsul kepadaku.

Lantas diri ini bangkit dan memandang keluar pintu.Kelihatan 4 orang sudah bersedia untuk memeluk Islam di beranda.Mereka adalah orang asli dari Kg Brooke Lama. Aku lantas menjemput mereka masuk dan meng’syahadah’kan mereka lantas memberikan sedikit penerangan kepada mereka pasal Islam. Kemudian,ku berikan sedikit sumbangan kepada mereka .

Tidak ku sangka misi kali ini berjaya mengislamkan 18 orang asli di pos brooke ini.Bersyukur kepada tuhan kerana telah membuka hati mereka menerima agama yang satu,dan tuhan yang satu, iaitu Allah SWT. Semoga iman di dalam hati saudara baru kita akan berkekalan dan mereka akan merasakan ‘halawatuliman’ atau kemanisan iman itu sendiri.

Jiwa-jiwa yang syahid berjuang di bumi Palestin pada masa hari ini , kini sudah mendapat pengganti jiwa Islam yang baru di bumi Malaysia ini untuk meneruskan perjuangan mereka.Allahuakhbar..

InsyaAllah, minggu depan akan aku berkunjung kembali ke Pos Brooke untuk misi seterusnya..

Wassalam…

'HALAWATULIMAN'-Syahadahmu adalah Tanggungjawabku  

Posted by azhar mohamed in , , ,

Alhamdulillah..

Semasa menulis entri ni aku baru je pulang dari kelantan

Pengembaran dakwah pada minggu ini di Kelantan selama 3 hari 2 malam di Pos Brooke ,gua Musang menggamit seribu satu kepercayaan,seribu satu kemanisan dan seribu satu pengalaman yang beharga bagi diri ku..

Misi kali ini di Kg Liak,Kg Kuala Rengil, kg Brooke Lama dan Jerdip benar-benar menggamit diriku kepada 'halawatuliman' yg tak terucap dengan kata-kata . 6 orang sukarelawan; kak Engku, Irah, Sem, Haidir, K Adah dan aku diiringi oleh En Syamsul dan adik Anis daripada IOA ABIM terlibat dalam program ini.Sebanyak 18 orng asli telah berjaya di islamkan pada misi kali ini.

Perasaan masih berdebar dan bercampur baur lagi kerana diriku sendiri telah diberikan peluang oleh tuhan yang maha esa untuk mensyahadahkan 10 orang kaum lelaki asli di sana di sana .Tiada rasa bangga tapi ketakutan masih menjelma. Diri ini penuh kekurangan yang terlalu banyak. Belum sempurna. Takut kerana mengislamkan orang lain tapi masih bergelut dengan kesilapan-kesilapan duniawi. Doaku agar bukan syahadah sahaja yang mereka lafazkan tapi kepercayaan yang satu bahawa Allah itu hanya Tuhan Yang Satu dan Nabi Muhammad itu Nabi terakhir, kekasih Allah yang satu.

Insyaallah,Kisah pengembaraan dakwah ini akan aku cerita lebih lanjut pada entri seterusnya..kerana diri ini masih lagi letih dengan pelbagai cabaran yang di tempuh kali ini..

-salam perjuangan dari azhar mohamed

MUTIARA SEORANG PEJUANG...  

Posted by azhar mohamed in , ,

"Apabila hidup kita hanya untuk kita,
hidup kita amatlah singkat.Bermulanya,
kita berakhir dengan berakhirnya
umur kita yang terbatas.Tetapi jika
kita hidup untuk selain daripada kita,
hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidup
adalah panjang dan mendalam.Bermula
dari bermulanya manusia dan berakhir dengan
luputnya manusia dari muka bumi ini.Jika
kita rasa kita yang memulakan perjuangan ini
maka kita akan merasa sempit dada
kematian kerana perjuangan belum
mencapai matlamat.Ingatlah, bukan
kita yang memulakan dan bukan kita yang
mengakhirnya.Ia bermula oleh para Nabi
sehingga ke akhir zaman...
Kita adalah
mata rantai daripada satu perjuangan yang panjang...



As-Syahid Sayyid Qutb Rahimatullah

FOTO KEMBARA CAMERON HIGHLAND (9-11 jan 09)  

Posted by azhar mohamed in , ,

sedang memandu 4wd range rover



menarik kereta yang sangkut kat lumpur yang dalam paras lutut



kat kawasan peletupan batu- ustaz wahab,pakcik salmi,pakcik razif



bersolatlah kepada tuhanmu walau di mana sahaja berada


bersujud kepada tuhan pencipta alam



kg Teji ,Cameron yang mendamaikan


bersama tuk batin kg Teji



dari kiri.ustaz wahab,max,aku,jae ngan k sya..farha sedang mengambil gambar

kami berlima team dari uia:dari kiri k sya,jae,farha,max dan aku bersiar-siar kat cameron valley sebelum pulang.


gambar-gambar pengembaraan cameron highland semua dalam link bawah
http://www.flickr.com/photos/86azhar/sets/72157612545292588/

Lambaian Cameron Highland-seribu satu makna pengembaraan  

Posted by azhar mohamed in , ,

Lambaian Cameron Highland (09-11 JAN 2009)


Pada minggu lepas, sekali lagi aku mengembara sebagai seorang seorang sukarelawan bersama NGO (MUHAMMADIYAH INTERNATIONAL) pergi ke Cameron Highland atas misi untuk membantu masyarakat asli di sana .Selepas 2 minggu lepas dengan misi ke pos Poi di sungai siput Perak untuk bertemu menteri besar perak,IR Nizar di perkampungan pos Poi atas jemputan jabatan agama Perak, kini pada minggu ni aku ke Cameron untuk perjalanan yang jauh dan meletihkan tapi penuh dengan seribu makna .

Perjalanan sejauh 900 km pergi dan balik benar-benar tidak mematahkan semangatku untuk ke sana kerana aku sedar bahawa ada insan lain yang memerlukan kami di sana. Diriku bersama-sama 4 orang sahabat ku yang lain memulakan pengembaraan ke sana pada petang jumat lepas .Bro Max, Kak Syariah, farha dan Jae ,inilah nama-nama yang selalu pergi bersama ke program NGO. Kemudian, kami ke sana dengan menaiki kereta sewa dan semua perbelanjaan ditangung oleh ustaz wahab.

USTAZ WAHAB, berusia dalam 60 an-merupakan ustaz yang memang tak asing bagi kami dalam melakukan kerja sebagai seorang volunteer agama dan merupakan orang kuat dalam ‘Muhammadiyah International’ ini .Sehingga kini, aku sudah berjumpa 3 kali dengan ustaz wahab dalam program-program sebelum ini di kelantan. Walaupun keadan fizikal dirinya tidak sempurna kerana kaki kirinya agak lemah yang memaksa dirinya berjalan menggunakan tongkat tapi beliau hampir setiap minggu masuk ke hutan untuk bersama-sama masyarakat peribumi di seluruh negara.Tapi kerna kekuatan rohani dan emosinya itulah telah menaikkan semangat aku untuk turut sama berbakti dalam program seperti begini..

Ok, akan aku mulakan cerita dari awal pengembaraanku .Buat pertama kali setelah setahun lebih aku tidak memandu kereta tetapi untuk perjalanan kali ini benar-benar memerlukan aku memandu untuk ke medan juang ini..Wargh, pada mulanya aku tidak sanggup untuk memandu kereta kerana masih kekok lagi,tapi setelah difikirkan semula mungkin ini adalah masa terbaik bagiku untuk memandu kereta. Huhuu,pada program-program sebelum ni pun aku berjaya mengelak daripada memandu walaupun dah dapat lesen penuh dan selalu digantikan dengan orang lain.Dan selalunya ustad dari ABIM lah yang akan memandu kereta tapi kini mereka tiada bersama kami kerana kali ni aku bersama ngan NGO lain pula...


Perjalanan kali ini ke Cameron melalui Pahang bukan seperti sebelumnya melalui Simpang Pulai, Perak menjadikan perjalanan kami bertambah sangat lama. Sampai ke Kelantan pukul 3 lebih pagi memaksa kami berehat untuk melelapkan mata di surau kuala betis ,Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Cameroon Highland selepas subuh. Kuala betis-pertama kalinya aku ke sini pada 6 bulan yang lepas semasa program di pos Tohoi anjuran JASA. Lepas subuh kami bertolak terus ke Cameron Highland kerana ustaz Wahab sudah berada dan menunggu di sana. Perjalanan selepas subuh amat mengasyikkan dan mendamaikan kerana pada ketika pagi kabus sangat tebal dan memang sejuk sekali udaranya.Walaupun memakai sweater pun rasa menggigil kesejukkan lagi.

Manakala,ustad Wahab sudah menunggu di Brichang, Cameron di mana beliau menginap hotel di situ pada malam sebelumnya .Dan kami sampai ke Brinchang pukul 10 pagi kerana semasa perjalanan berlakunya tanah runtuh di Lojing memaksa kami melalui jalan lama yang sangat sempit ke kg Raja. Pabila sampai ,ustad Wahab sudah menunggu di tempat makan kat Brichang.Dan kelihatan,ustad Wahab bersama –sama dua orang rakannya yang di kenali sebagai pakcik Salmi dan pakcik Razif.Kedua-duanya adalah engineer . Wau, tak sangka perjalanan kali ini bersama dengan engineer .Tambah kami ada empat engineer.huhuu..Tapi aku ngan farha hanya sebagai future engineer sebab kami masih belajar lagi.hehee..Selepas sarapan kami terus menuju ke lembah Bertam di Ringlet dan menyimpan kereta di balai polis lembah Bertam kerana kereta tak akan lepas untuk perjalanan di dalam hutan rimba.


Kali ni hanya dua kenderaan pacuan empat roda yang masuk untuk extreme journey kali ni iaitu range rover kedua2 engineer tersebut. Kali ini land rover kepunyaan ustaz wahab tiada kerana masih di bengkel lagi kat kampung Raja selepas perjalanan yang sangat mencabar ke pos Balar,Kelantan pada bulan lepas.. Aku masih merindui untuk menaiki ‘yala’ustaz wahab tu..huhuuu .Seterusnya, aku menaiki land rover pakcik salmi dan duduk bahagian belakang yang tidak berbumbung bersama rakan-rakan yang lain.Memang, kalau pengembaraan ke hutan aku lebih suka berada kat belakang yang ‘open air’..Bolehlah aku menghayati permandangan hutan dengan sebebasnya.

Kami meneruskan perjalanan yang tidak bertar dan hanya laluan lori balak dari lembah Bertam. Kelihatan sepanjang perjalanan baik kiri ngan kanan penuh dengan kebun-kebun sayur ngan kebun bunga .Cerun-cerun bukit dan gunung di cameron di tanam dengan pelbagai jenis sayur dan bunga mencipta suasana yang amat menakjubkan seperti berada di lembah .Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke kawasan pembinaan highway yang amat mengerunkan.bersepah lori-lori pembinaan,pas tu aktiviti peletupan batu bukit dan bermacam lagi..Tambahan lagi perjalananan yang melalui kawasan bukit bukau yang berbahaya.kiri kanan adalah gaung ,kalo jatuh tak jumpa kat bawah agaknya.huhuu.. Tapi memang best.Badan ni melambung-melambung di belakang kereta bersama-sama iringi bunyi-bunyian unggas hutan memberi satu panorama yang amat mendamaikan.

Pabila hampir sampai ke kg Teji,Cameron kami menghadapi masalah kerana berlaku tanah runtuh yang menyebabkan jalan putus ke kampung tersebut. Memang dahsyat kerana apa2 kenderaan tak boleh lalu jalan tu memaksa kami patah balik mengambil jalan altenatif melalui pos Cheros di bahagian lain.Dan selepas beberapa jam mengharungi jalan extreme sekali lagi kami menghadapi tanah runtuh,di mana kali ni tanah selut sampai ke lutut.Satu kenderaan tersangkut dengan tanah lumpur memaksa kereta satu lagi menariknya keluar.Setelah beberapa lama baru boleh di tarik keluar..


Kami pun sembahyang jamak qasar pabila sampai ke satu anak sungai yang sangat jernih.Kali ini diriku mendapat satu pengajaran bermakna sepanjang pengembaraan ini daripada ustaz wahab bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan kerana kami sembahyang hanya beralaskan tanah tanpa apa-apa alas . Walau apa-apa pun keadaan pun, solat itu penting kerana kami yakin tuhan bersama-sama kami dan akan sentiasa menolong hambanya.

Kemudian,kami berpatah balik melalui jalan sebelumnya dan nekad mengharungi jalan yang pertama dan berjalan kaki masuk ke kampung teji yang hampir satu kilometer ke dalam dari tanah runtuh tersebut. Kami berhenti kereta sebelum tempat tanah runtuh tu dan nekad untuk jalan kaki ke kampung tersebut.Nasib baik kerana kami mendapat bantuan dari penduduk kampung untuk membawa barag-barang derma untuk penduduk yang kami bawa ke dalam kampung.Sampai ke kampung teji sudah maghrib.Pabila dihintung,perjalanan mengambil masa 6 jam untuk ke sana kerana perjalanan yang mencabar itu.

Sekali lagi,pengalaman yang tidak dapat dilupakan pabila membawa motosikal yang dah uzur dipinjam dari penduduk untuk mengambil ustaz wahab yang masih menunggu di range rover yang tidak mampu berjalan dengan melaui jalan gelap dan tanah runtuh itu.keadaan tanah amat mengerikan dengan lubang dengan lecak di mana2 sahaja tambahan lagi suasana gelap gelita.Diriku beberapa kali nak terbabas dalam gaung,nasib baik tuhan selamatkan diri ini..


Akhirnya semua selamat sampai dan kami sama-sama memasak di rumah salah seorang penduduk asli di situ.Sesungguhnya ,mereka sangat mesra melayan tetamu dan suka akan kedatangan kami..3 perempuan tidur di rumah tersebut dan 5 orang lelaki tidur di surau yang memang dah ada kat teji..Aku pun tidur dengan lena pada malam itu ditemani kedinginginan tanah tinggi Cameroon .Mujurlah aku bawa ‘sleeping bag’ ke mana-mana sahaja aku pergi agar aku boleh tidur lena dengan kehangatan sleeping bag itu.

Pada esok paginya selepas solat subuh berjemaah diriku dikehendaki memberikan tazkirah.Tak sangka kali ini aku bagi tazkirah kepada orang yang lebih tua dari aku malah dari golongan professional lagi. Kemudian,pada ahad pagi kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti ziarah mahabbah sambil memberikan sumbangan kepada setiap penduduk kampong.Kali ini dua kampung kami ziarah,kg Teji dan kg Abu.Memang penduduk sini sangat peramah dan menyenangi orang luar.Aku mendapati ,senyuman sentiasa berada di bibir mereka.


Kaum di sini kebanyakan adalah kaum Semai.jadi aku kurang faham bahasa mereka kerana banyak yang aku pergi sebelum ini adalah orang temiar dan temuan. Huhuu,aku paham sikit bahasa temiar.Kemudian,untuk ke kampung Abu terpaksa menyeberangi sungai dengan menggunakan jambatan yang sempit dan dibina dari buluh sahaja.Akhirnya, di kampung Abu ,aku dapat melihat sendiri rumah ’kak salina’ yang dikatakan penuh misteri yang selalu dikatakan oleh rakan-rakan.Huhuu..Sebelum pulang kami mandi di air terjun kg Teji di mana airnya sangat dingin dan best.

Selepas tengahari kami bertolak pulang meninggalkan kampung Teji menuju semula ke lembah Bertam melalui jalan extreme itu semula. Kemudian, kami sempat singgah di Cameron Valley untuk mengambil gambar kenangan dengan berlatar belakangkan kebun teh.Selepas itu, singgah berhenti di satu tempat yang dipanggil Tanah Rata untuk menikmati makanan tengahari ..Semua perbelanjaan di taja oleh ustaz wahab.


Di tanah rata, di sini kami team dari uia berpisah ngan team ustaz wahab.Ustaz wahab akan kembali ke penang dan kami akan meneruskan perjalanan ke Gombak.Sebelum balik sempat singgah di Brinchang lagi untuk membeli sedikit buah tangan.Walaupun pengembaraan kali ini singkat,tapi ia benar-benar mengajar ku akan erti perjuangan. Pejuang palestin berjuang di negaranya pada masa ini ,dan kami meneruskan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini terutama masyarakat peribumi..Dan perjalanan kali ini menambahkan lagi koleksi aku pengembaraan ke perkampungan orang asli kepada 27 buah semuanya.Subhanallah..

MY ROBOT WORLD  

Posted by azhar mohamed in , ,



Ini adalah robot yang pertama aku.Senang je buatnya,dari robokit dan dah ada programingnya sekali.tapi satu set beribu-ribu ringgit jugalah..huhuu..aplikasi-'blocker avoidance' dan ' people follower'..



Ni adalah robot kedua...semua benda buat sendiri..robot direka untuk pertandingan 'CENTIBOT IIUM ROBOT'.. Aplikasi-'line follower robot'.



Robot ketiga-Ini adalah robot untuk final project mechatronics workshop.Aplikasi-'Light Follower robot','' blocker avoidance' .



Robot keempat-Ini untuk pertandingan robot R0BOCON 2008 peringkat Malaysia...time ni buat tiga robot.huhuu.letih gila..ni adalah autonomous robot di mana robot ni berfungsi jalankan tugas tanpa bantuan manusia.Aplikasi-'line follower','cube point grabber',etc..



Robot kelima-second robot untuk Robocon.Robot ni bentuk macam merak kalau dalam bentuk sebenar tapi tugasnya sekadar'blocker' untuk petandingan tu.Ia jugak autonomous robot. Aplikasi- 'line follower' dan 'blocker robot'.



Robot keenam-third robot untuk robocon..Ini adalah manual robot..tugas amek 'ball point' untuk petandingan tu.Aplikasi-'manual robot','grabber robot' ,etc.



Robot ketujuh= ini adalah 'asimo kecil malaysia'..hahaaa. buat masa IRO2008 aritu..Aplikasi-'lcd displaying image','robot mode'etc..



Robot kelapan-Robot untuk IRO 2008 jugak..Ini adalah model autonomous robot..bertanding dalam kategori tradisional robot or malaysiana robot.robot ni boleh main congkak ngan baik dan boleh lawan ngan manusia..robot paling cantik yang pernah aku buat dan the first autonomous robot plays congkak in the world..boleh masuk 'malaysia book of record' ni.hahaaa..Aplikasi-' congkak player,interactive action,built-in bird sound','human follower',etc


Robot kesembilan-AKAN DATANG.dalam proses..projek untuk seminar 2..tajuk 'military robot'..huhuu..kalo jadi boleh buat untuk fyp sekali..robot ni kalo jadi boleh antar pi perang ke palestin ni,tolong orang islam sana....

FUTURE ROBOT=???????







JAWAPAN KEPADA SEMUA PERSOALAN  

Posted by azhar mohamed in , , ,

Kepada sahabat-sahabat semua,ni adalah jawapan kepada persoalan dalam hidupmu..

cuba renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Al Quran dah pun menjawab segala-galanya..

KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.




kesimpulannya, apa-apa hal dan perkara kita hendaklah berbalik semula pada quran dan sunnah sebagai pegangan hidup kita.. kerana semua itu ada hikmahnya..

INTERNATIONAL ROBOT OLYMPIAD 2008  

Posted by azhar mohamed in , ,




Ini merupakan pertandingan robot peringkat antarabangsa yang pertama aku sertai atau nama pendeknya IRO 2008.Sebelum ni aku pernah jugak masuk robot game yang besar,tapi sampai peringkat kebangsaan iaitu melalui pertandingan ROBOCON 08 kat UKM pada tahun ni gak...banyak peserta IRO dari china,korea,singapore,thailand,filipina dan lain2 lagi lah..aku pon x ingat..huhuuu..x sangka aku akan sampai ke tahap gini yek..dapat sijil mahal plak tu..

Pertandingan IRO ni masa bulan 12 aritu, time tu ada jugak pertandingan satelit mini malaysia dan international programming contest...pastu, siapkan robot dalam masa sebulan...agak tension gak...thankslah pada member2 team aku,mael,jazlan ngan hasan..korang memang best ..susah senang kita bersama..bilik lidv kitorang dah jadi macam lab dah..huhuuu..tapi we are still the best team ya..

pas final exam,terus pi program kat terengganu semiggu, pas tu terus buat kerja robot ni.. sebab pertandingan ni aku tak cuti balik rumah masa cuti sem panjang aritu..dan cuti kali ni adalah cuti sem paling panjang selama aku kat uia..tapi aku x dapat manfaatnya.cuti 5 ari je masa raya aji aritu....pas tu x dapat join extreme journey pi pos balar,tuel ngan kuala mu ngan sahabat2 abim yg lain...hush..tension gak time tu...


tapi,dah x de nasib sekadar dapat nombor 4 sahaje..sedih2...x pe,asal dapat sijil mahal...lagi best dapat souvinear banyak giler..pas tu dapat kupon makan sehari rm 15 ringgit...kalo 5 ari pertandingan dah beberapa? huhuhu..memang kaya time tu..hari2makan kat kyros kebab,mama mia uia..hahaa..kalolah x de kupon tu,x kan aku jejak kaki makan kat tempat2 mahal seperti tu..

bulan 2 ni ada lagi pertandingan robot,namanya ROBOFAIR kat KL,pas tu bulan 3 pertandingan robocon untuk tahun 2009 punya,kalo menang wakil malaysia pi jepon peringkat antarabangsa pulak.Aduyai...x tau nak join lagi ke x?...dah dapat offer tuk join game tu..tapi diri ini masih penat ngan kerja IRO tu...huhuuu..lagipon,sem ni nak fokus kerja lain plak...banyak kerja lain menanti aku..tension jugaklah member kata aku ni gila robot jer..x abis2 robot..robot,robot,robot..
budak mecha je=robot?
tapi ye ker?

hish, maner ade ...aku aktif gak kerja sukarelawan kat luar..kalo nak tau dah 25 kampung orang asli aku pergi tuk buat program..aku ade citer dalam posting sebelum ni...
boleh jer ber'society'..hehee
buat robot tu adalah minat aku yang ke lima..kalo x silap lah ..hahaa..
banyak lagi benda yang aku minat dari buat robot tu..

oklah,tengok gambar kenangan aku masa IRO tu..







nilah robot tercantik yang pernah dihasilkan ole team uia selama ini.huhuu..dan ini adalah robot paling complicated yang pernah dihasilkan oleh aku...padahal,x de belajar pun dalam kelas...hush,guna servo,motor,lcd,ir,decoder dan banyak lagilah microchip pic,ic dan part paling payah adalah buat AI(artificial intelligent) ntuk robot ni. Programming yamg panjang agaknya dalam 10 muka ..huhuu..mael memang terbaik dalam membuat programming..thanks mael..

ni video masa IRO tu..ni video masa demo..x berapa jadi sangat...
video sebenar yang robot ni boleh main dengan bagus terlalu besar..x boleh nak upload dalam youtube..huhuu



sekarang aku ngah fikir,final year nak buat robot apa plak yek?huhuuh...

JALAN JUANG VIDEO  

Posted by azhar mohamed in ,

lagu nasyid yang paling semangat dan bertenaga aku pernah tengok dan dengar...hehee..membuatkan semangat membara untuk pergi berjuang...


TEKA TEKI DUNIA  

Posted by azhar mohamed in ,


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu ". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia" . Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

PEREMPUAN: LAWA DAN TAK LAWA  

Posted by azhar mohamed in ,

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: eleh kontrol laa tuu..
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: pemalu agaknya..

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: harap muka ja lawa, tapi perangai hampeh..
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: hmmm,org lawa pun de wat jahat..sama jek..

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: nak cari laki hensem jekk..
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: dah jodoh beb..

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: padan muka..
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...cari je la lain,nak wat camne takde jodoh..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: eleh,nak je tu,saja je wat2 taknak..
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: bkn taknak bergambar,tp kamera abih bateri..

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk baik nih..
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: alahai,bagusnya..

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: pompuan kena la pandai masak..
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: kita rasa la dulu masakan dia,baru nilai..iye tak?

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: ishh gedik sungguh..ingat lawa sangat aku nak heran ke,ntah sapa ntah..lain la makwe aku yg misscall..
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: hmmm,tersilap nombor agaknya..nanti aku gitau dia lah..

DOA TAUBATAN NASUHA  

Posted by azhar mohamed in ,

Ni adalah video doa taubatan nasuha dari kumpulan junied singapore...senikata ngan melodi yang amat sayu lagi menginsafkan diri...Mengingatkan kita akan senario sekarang yang banyak sangat berlaku peperangan,pembunuhan dan penindasan....Hish2...dunia dah tua agaknya..

Kepada pejuang palestin,berjuanglah!!Jika anda mati dalam peperangan,anda bukan akan mati dengan sia2,malahan mendapat mati syahid di sisi Allah ..Subhanallah..Kami di sini akan meneruskan perjuangan kalian menyebarkan islam di bumi malaysia ni terutama kepada masyarakat peribumi....Allahuakhbar!!!

ALKISAH ???..  

Posted by azhar mohamed in , ,

Alkisah, setahun setengah yang lalu, telah mendedahkan aku dengan satu 'dunia baru' yang aku sendiri tidak sedari sebelumnya..dan x ambil endah akannya...

bermulalah pengenalan aku akan masyarakat 'ORANG ASLI' pada ketika itu..ni semuanya adalah kerana aku masuk persatuan JASA di UIA..Persatuan inilah telah mendedahkan aku ngan orang asli...

Ada Apa Ngan Orang Asli?

Itulah ungkapan yg selalu orang tanya kat aku..huhuuu..nak tau jawapannya,cubalah explore sendiri dunia mereka..anda akan merasai kemisterian hidup mereka.huhuu...

Alhasil, aku kini sudah banyak berkunjung ke kg orang asli.Sedar x sedar sudah 32 kampung orang asli telah aku kunjungi atas alasan berprogram...semua ini adalah atas satu tujuan iaitu 'berdakwah ' kepada mereka..sebenarnya,aku bukanlah seorang yang tinggi akan ilmu agama, kerana aku bukan dari latar belakang sekolah aliran agama,bukan dari mahad malah bukan dari darul quran tapi hanya dari sekolah asrama penuh sahaja..tapi tugas berdakwah tu adalah tanggungjawab semua orang islam?betul x?jadi aku cuba lakukan terbaik untuk diriku dan orang lain..

bawah ni adalah list2 kg asli yg aku telah pergi, banyak yang kena redah jalan hutan,ngan jalan balak,seberang sungai.naik turun bukit dan gunung,semua tu hanya boleh ngan 4 wheel drive kereta jer...kalo jalan kaki x tau lah berapa lama..mungkin berhari2 kot...humm,kebanyakan yang aku pergi ni memang mundur terutama yg kat kelantan..tapi ade gak yg dah moden..hehee.. jadi,kita hendaklah bersyukur akan apa yang kita miliki...

selama itu jugak,kami berjaya meng'syahadah'kan hampir seratus orang asli...
alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..

bersyukur kepada tuhan kerana telah memberikan hidayah kepada mereka..agar jalan dakwah ini akan terus menyinari kehidupan orang asli...amien..

senarai nama kampung asli

negeri sembilan

1.kg tohor,jelebu (kg asli pertama aku pergi..huhuu)
2.kg dusun kubur,jelebu
3.kg air lerek,kuala pilah
4.kg air pulasan,kuala pilah
5.kg air runtuh,kuala pilah
6.senibai,kuala pilah

selangor

7.air kuning,bukit bandaraya,shah alam
8.pulau indah,klang
9.bukit kala, gombak


terengganu

10.kg sg berua, kuala berang

kelantan

11.pos tohoi,gua musang
12.pos brooke,gua musang
13.kg jelgep,g musang
14.kg tuel, g musang
15.kg mendrop,g musang
16.kg ber,g musang
17.kg hendrop,gua musang
18.Kg Hanir,g musang
19.kg pelug,g musang

20.kg brooke lama,g musang
21.kg liak,g musang
22.kg renggil,g musang
23.kg sigar,lojing
24.kg jerdip,g musang

perak

25.kg kenang,sg siput
26.kg asap,sg siput
27.pos poi,sg siput
28.bukit tinggi,kuala kangsar
29.pos kerawak,s pulai

30.kg lalang.simpang pulai

Pahang

31.kg teji,cameron highland
32.kg abu,cameron highland



bawah ni video pengislaman orang asli temiar kat kg mendrop,gua musang kelantan..saksikanlah...




thankz pada sahabat2 JASA, ABIM ngan COMRADE kerana sudi menjadi teman di medan juang ini..wassalam!!

siapakah ini????  

Posted by azhar mohamed in



ni adalah gambar bayang2 aku ngan muhyiddin...huhhuu..macam kungfu warrior plak..ni sebagai kenangan perjalanan kami ke kg asap,sg siput pada minggu lepas.....mula2 ingin pegi ke kampung husien,tetapi akibat k. sya kepenatan maka kami singgah ke kg asap jer...x jadi gi kampung husein..perjalanan yang agak meletihkan kerana berjalan di bawah bahang matahari..

kat kepala tu nampak cam topi sebenarnya adalah daun keladi...huhuuu.bijak muhyidin kerana dapat idea gunakan daun keladi sebagai sebagai pelindung..

ni adalah bermulanya retetan cerita aku sebagai seorang pejuang dan seorang pendakwah kecil kepada orang yang paling tulen di negara kita iaitu 'orang asli'...

akan ku ceritakan pada kisah seterusnya...

BERMULANYA...  

Posted by azhar mohamed in

akhirnya aku berjaya mencipta aku punya sendiri blog..huuhuu..dan aku sekarang seorang blogger..heheee.

bermulanya tahun baru maka bermulanya azam baru,jadi buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan masyarakat umum khususnya...setelah meninggalkan tahun 2008 dengan pelbagai ranjau yang dilalui menjadikan aku semakin matang untuk mengharungi ranjau duniawi ni..

dengan adanya blog ini bakal menjadi satu wadah untuk aku menceritakan retetan kehidupan duniawi..

ok, all da best...

HAPPY NEW YEAR!!!