Lambaian Cameron Highland-seribu satu makna pengembaraan  

Posted by azhar mohamed in , ,

Lambaian Cameron Highland (09-11 JAN 2009)


Pada minggu lepas, sekali lagi aku mengembara sebagai seorang seorang sukarelawan bersama NGO (MUHAMMADIYAH INTERNATIONAL) pergi ke Cameron Highland atas misi untuk membantu masyarakat asli di sana .Selepas 2 minggu lepas dengan misi ke pos Poi di sungai siput Perak untuk bertemu menteri besar perak,IR Nizar di perkampungan pos Poi atas jemputan jabatan agama Perak, kini pada minggu ni aku ke Cameron untuk perjalanan yang jauh dan meletihkan tapi penuh dengan seribu makna .

Perjalanan sejauh 900 km pergi dan balik benar-benar tidak mematahkan semangatku untuk ke sana kerana aku sedar bahawa ada insan lain yang memerlukan kami di sana. Diriku bersama-sama 4 orang sahabat ku yang lain memulakan pengembaraan ke sana pada petang jumat lepas .Bro Max, Kak Syariah, farha dan Jae ,inilah nama-nama yang selalu pergi bersama ke program NGO. Kemudian, kami ke sana dengan menaiki kereta sewa dan semua perbelanjaan ditangung oleh ustaz wahab.

USTAZ WAHAB, berusia dalam 60 an-merupakan ustaz yang memang tak asing bagi kami dalam melakukan kerja sebagai seorang volunteer agama dan merupakan orang kuat dalam ‘Muhammadiyah International’ ini .Sehingga kini, aku sudah berjumpa 3 kali dengan ustaz wahab dalam program-program sebelum ini di kelantan. Walaupun keadan fizikal dirinya tidak sempurna kerana kaki kirinya agak lemah yang memaksa dirinya berjalan menggunakan tongkat tapi beliau hampir setiap minggu masuk ke hutan untuk bersama-sama masyarakat peribumi di seluruh negara.Tapi kerna kekuatan rohani dan emosinya itulah telah menaikkan semangat aku untuk turut sama berbakti dalam program seperti begini..

Ok, akan aku mulakan cerita dari awal pengembaraanku .Buat pertama kali setelah setahun lebih aku tidak memandu kereta tetapi untuk perjalanan kali ini benar-benar memerlukan aku memandu untuk ke medan juang ini..Wargh, pada mulanya aku tidak sanggup untuk memandu kereta kerana masih kekok lagi,tapi setelah difikirkan semula mungkin ini adalah masa terbaik bagiku untuk memandu kereta. Huhuu,pada program-program sebelum ni pun aku berjaya mengelak daripada memandu walaupun dah dapat lesen penuh dan selalu digantikan dengan orang lain.Dan selalunya ustad dari ABIM lah yang akan memandu kereta tapi kini mereka tiada bersama kami kerana kali ni aku bersama ngan NGO lain pula...


Perjalanan kali ini ke Cameron melalui Pahang bukan seperti sebelumnya melalui Simpang Pulai, Perak menjadikan perjalanan kami bertambah sangat lama. Sampai ke Kelantan pukul 3 lebih pagi memaksa kami berehat untuk melelapkan mata di surau kuala betis ,Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Cameroon Highland selepas subuh. Kuala betis-pertama kalinya aku ke sini pada 6 bulan yang lepas semasa program di pos Tohoi anjuran JASA. Lepas subuh kami bertolak terus ke Cameron Highland kerana ustaz Wahab sudah berada dan menunggu di sana. Perjalanan selepas subuh amat mengasyikkan dan mendamaikan kerana pada ketika pagi kabus sangat tebal dan memang sejuk sekali udaranya.Walaupun memakai sweater pun rasa menggigil kesejukkan lagi.

Manakala,ustad Wahab sudah menunggu di Brichang, Cameron di mana beliau menginap hotel di situ pada malam sebelumnya .Dan kami sampai ke Brinchang pukul 10 pagi kerana semasa perjalanan berlakunya tanah runtuh di Lojing memaksa kami melalui jalan lama yang sangat sempit ke kg Raja. Pabila sampai ,ustad Wahab sudah menunggu di tempat makan kat Brichang.Dan kelihatan,ustad Wahab bersama –sama dua orang rakannya yang di kenali sebagai pakcik Salmi dan pakcik Razif.Kedua-duanya adalah engineer . Wau, tak sangka perjalanan kali ini bersama dengan engineer .Tambah kami ada empat engineer.huhuu..Tapi aku ngan farha hanya sebagai future engineer sebab kami masih belajar lagi.hehee..Selepas sarapan kami terus menuju ke lembah Bertam di Ringlet dan menyimpan kereta di balai polis lembah Bertam kerana kereta tak akan lepas untuk perjalanan di dalam hutan rimba.


Kali ni hanya dua kenderaan pacuan empat roda yang masuk untuk extreme journey kali ni iaitu range rover kedua2 engineer tersebut. Kali ini land rover kepunyaan ustaz wahab tiada kerana masih di bengkel lagi kat kampung Raja selepas perjalanan yang sangat mencabar ke pos Balar,Kelantan pada bulan lepas.. Aku masih merindui untuk menaiki ‘yala’ustaz wahab tu..huhuuu .Seterusnya, aku menaiki land rover pakcik salmi dan duduk bahagian belakang yang tidak berbumbung bersama rakan-rakan yang lain.Memang, kalau pengembaraan ke hutan aku lebih suka berada kat belakang yang ‘open air’..Bolehlah aku menghayati permandangan hutan dengan sebebasnya.

Kami meneruskan perjalanan yang tidak bertar dan hanya laluan lori balak dari lembah Bertam. Kelihatan sepanjang perjalanan baik kiri ngan kanan penuh dengan kebun-kebun sayur ngan kebun bunga .Cerun-cerun bukit dan gunung di cameron di tanam dengan pelbagai jenis sayur dan bunga mencipta suasana yang amat menakjubkan seperti berada di lembah .Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke kawasan pembinaan highway yang amat mengerunkan.bersepah lori-lori pembinaan,pas tu aktiviti peletupan batu bukit dan bermacam lagi..Tambahan lagi perjalananan yang melalui kawasan bukit bukau yang berbahaya.kiri kanan adalah gaung ,kalo jatuh tak jumpa kat bawah agaknya.huhuu.. Tapi memang best.Badan ni melambung-melambung di belakang kereta bersama-sama iringi bunyi-bunyian unggas hutan memberi satu panorama yang amat mendamaikan.

Pabila hampir sampai ke kg Teji,Cameron kami menghadapi masalah kerana berlaku tanah runtuh yang menyebabkan jalan putus ke kampung tersebut. Memang dahsyat kerana apa2 kenderaan tak boleh lalu jalan tu memaksa kami patah balik mengambil jalan altenatif melalui pos Cheros di bahagian lain.Dan selepas beberapa jam mengharungi jalan extreme sekali lagi kami menghadapi tanah runtuh,di mana kali ni tanah selut sampai ke lutut.Satu kenderaan tersangkut dengan tanah lumpur memaksa kereta satu lagi menariknya keluar.Setelah beberapa lama baru boleh di tarik keluar..


Kami pun sembahyang jamak qasar pabila sampai ke satu anak sungai yang sangat jernih.Kali ini diriku mendapat satu pengajaran bermakna sepanjang pengembaraan ini daripada ustaz wahab bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan kerana kami sembahyang hanya beralaskan tanah tanpa apa-apa alas . Walau apa-apa pun keadaan pun, solat itu penting kerana kami yakin tuhan bersama-sama kami dan akan sentiasa menolong hambanya.

Kemudian,kami berpatah balik melalui jalan sebelumnya dan nekad mengharungi jalan yang pertama dan berjalan kaki masuk ke kampung teji yang hampir satu kilometer ke dalam dari tanah runtuh tersebut. Kami berhenti kereta sebelum tempat tanah runtuh tu dan nekad untuk jalan kaki ke kampung tersebut.Nasib baik kerana kami mendapat bantuan dari penduduk kampung untuk membawa barag-barang derma untuk penduduk yang kami bawa ke dalam kampung.Sampai ke kampung teji sudah maghrib.Pabila dihintung,perjalanan mengambil masa 6 jam untuk ke sana kerana perjalanan yang mencabar itu.

Sekali lagi,pengalaman yang tidak dapat dilupakan pabila membawa motosikal yang dah uzur dipinjam dari penduduk untuk mengambil ustaz wahab yang masih menunggu di range rover yang tidak mampu berjalan dengan melaui jalan gelap dan tanah runtuh itu.keadaan tanah amat mengerikan dengan lubang dengan lecak di mana2 sahaja tambahan lagi suasana gelap gelita.Diriku beberapa kali nak terbabas dalam gaung,nasib baik tuhan selamatkan diri ini..


Akhirnya semua selamat sampai dan kami sama-sama memasak di rumah salah seorang penduduk asli di situ.Sesungguhnya ,mereka sangat mesra melayan tetamu dan suka akan kedatangan kami..3 perempuan tidur di rumah tersebut dan 5 orang lelaki tidur di surau yang memang dah ada kat teji..Aku pun tidur dengan lena pada malam itu ditemani kedinginginan tanah tinggi Cameroon .Mujurlah aku bawa ‘sleeping bag’ ke mana-mana sahaja aku pergi agar aku boleh tidur lena dengan kehangatan sleeping bag itu.

Pada esok paginya selepas solat subuh berjemaah diriku dikehendaki memberikan tazkirah.Tak sangka kali ini aku bagi tazkirah kepada orang yang lebih tua dari aku malah dari golongan professional lagi. Kemudian,pada ahad pagi kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti ziarah mahabbah sambil memberikan sumbangan kepada setiap penduduk kampong.Kali ini dua kampung kami ziarah,kg Teji dan kg Abu.Memang penduduk sini sangat peramah dan menyenangi orang luar.Aku mendapati ,senyuman sentiasa berada di bibir mereka.


Kaum di sini kebanyakan adalah kaum Semai.jadi aku kurang faham bahasa mereka kerana banyak yang aku pergi sebelum ini adalah orang temiar dan temuan. Huhuu,aku paham sikit bahasa temiar.Kemudian,untuk ke kampung Abu terpaksa menyeberangi sungai dengan menggunakan jambatan yang sempit dan dibina dari buluh sahaja.Akhirnya, di kampung Abu ,aku dapat melihat sendiri rumah ’kak salina’ yang dikatakan penuh misteri yang selalu dikatakan oleh rakan-rakan.Huhuu..Sebelum pulang kami mandi di air terjun kg Teji di mana airnya sangat dingin dan best.

Selepas tengahari kami bertolak pulang meninggalkan kampung Teji menuju semula ke lembah Bertam melalui jalan extreme itu semula. Kemudian, kami sempat singgah di Cameron Valley untuk mengambil gambar kenangan dengan berlatar belakangkan kebun teh.Selepas itu, singgah berhenti di satu tempat yang dipanggil Tanah Rata untuk menikmati makanan tengahari ..Semua perbelanjaan di taja oleh ustaz wahab.


Di tanah rata, di sini kami team dari uia berpisah ngan team ustaz wahab.Ustaz wahab akan kembali ke penang dan kami akan meneruskan perjalanan ke Gombak.Sebelum balik sempat singgah di Brinchang lagi untuk membeli sedikit buah tangan.Walaupun pengembaraan kali ini singkat,tapi ia benar-benar mengajar ku akan erti perjuangan. Pejuang palestin berjuang di negaranya pada masa ini ,dan kami meneruskan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini terutama masyarakat peribumi..Dan perjalanan kali ini menambahkan lagi koleksi aku pengembaraan ke perkampungan orang asli kepada 27 buah semuanya.Subhanallah..

This entry was posted on 14.1.09 at Wednesday, January 14, 2009 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 komen

Anonymous  

SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

...................................

agi idup agi ngelaban.....

kak awa

January 14, 2009 at 4:59 PM

thank kak awa,cam sama je ngan apa yang jaa bagi dulu..huhuuu

January 14, 2009 at 10:05 PM
Anonymous  

tazkirah...ingat mengingat...
kalo akk ada peluang jumpa ja'a lagi 20 tahun pun...akk pasti akan berkongsi lagu ni pd ja'a gak...sampai ble2...hidup kita kan selalu up side down..

January 15, 2009 at 2:18 PM
Anonymous  

pegi umah kak sal, jumpe tuannya tak?
muehehe~
selalu selalu la pegi Teji lagik..(btw kalu nak pegi lagik ajak aite..heheh)

p/s: Ya Allah.. Biarkan kami senantiasa berada dijalan yang benar, pandukan kami, berikan kami idayah jika kami terpaling dari jalanMu..ameen..
Semoga kita smua terus mendapat peluang berdakwah, dan tidak mensia-siakan peluang yang diberi, insyaAllah ameen..~

January 15, 2009 at 6:11 PM

Post a Comment