'HALAWATULIMAN'-Syahadahmu adalah Tanggungjawabku  

Posted by azhar mohamed in , , ,

Alhamdulillah..

Semasa menulis entri ni aku baru je pulang dari kelantan

Pengembaran dakwah pada minggu ini di Kelantan selama 3 hari 2 malam di Pos Brooke ,gua Musang menggamit seribu satu kepercayaan,seribu satu kemanisan dan seribu satu pengalaman yang beharga bagi diri ku..

Misi kali ini di Kg Liak,Kg Kuala Rengil, kg Brooke Lama dan Jerdip benar-benar menggamit diriku kepada 'halawatuliman' yg tak terucap dengan kata-kata . 6 orang sukarelawan; kak Engku, Irah, Sem, Haidir, K Adah dan aku diiringi oleh En Syamsul dan adik Anis daripada IOA ABIM terlibat dalam program ini.Sebanyak 18 orng asli telah berjaya di islamkan pada misi kali ini.

Perasaan masih berdebar dan bercampur baur lagi kerana diriku sendiri telah diberikan peluang oleh tuhan yang maha esa untuk mensyahadahkan 10 orang kaum lelaki asli di sana di sana .Tiada rasa bangga tapi ketakutan masih menjelma. Diri ini penuh kekurangan yang terlalu banyak. Belum sempurna. Takut kerana mengislamkan orang lain tapi masih bergelut dengan kesilapan-kesilapan duniawi. Doaku agar bukan syahadah sahaja yang mereka lafazkan tapi kepercayaan yang satu bahawa Allah itu hanya Tuhan Yang Satu dan Nabi Muhammad itu Nabi terakhir, kekasih Allah yang satu.

Insyaallah,Kisah pengembaraan dakwah ini akan aku cerita lebih lanjut pada entri seterusnya..kerana diri ini masih lagi letih dengan pelbagai cabaran yang di tempuh kali ini..

-salam perjuangan dari azhar mohamed

This entry was posted on 18.1.09 at Sunday, January 18, 2009 and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 komen

Aduhai. Meremang bulu roma. Walau seorang munafik pergi menempah neraka, 18 lagi hamba-Nya yang kembali. Itu tugas berat, bro. Aku doakan kamu terus istiqamah.

January 19, 2009 at 2:43 AM

sepatutnya diletakkan link ke blog akak sbb ayat2nya dipetik dari sana..but its ok..i put here k
http://bintukhair.multiply.com

January 20, 2009 at 10:14 PM

Post a Comment